Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea - Cerita Cinta Surirumah

Thursday, 23 August 2018

Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea

Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea || yeah, baru ada kesempatan untuk review produk terbaru daripada Althea yang baru saja launching penghujung bulan Julai 2018 lalu, iaitu Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea ... real fresh skin detoxer ni merupakan hadiah istimewa yang diberikan kepada semua mereka yang terpilih menjadi Althea Angels , dan merupakan yang terawal dapat menggunakan real fresh skin detoxer ni T_T 

Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea
Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea 

real fresh skin detoxer ada dua jenis iaitu Rose dan Green Tea ... skin detoxer merupakan 2-in-1 pack cleanser yang membersihkan wajah daripada cela minyak dan kotoran, dan menjadikan kulit terasa lebih segar, bersih, fresh, licin dan lembut ... hanya 10 saat sahaja diperlukan untuk membersihkan kulit wajah menggunkan real fresh skin detoxer ni tau!

Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea
Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea 

untuk real fresh skin detoxer ROSE, ianya digunakan pada waktu pagi , membantu mengeluarkan kotoran daripada lapisan kulit, melindungi dan memberikan keseimbangan tahap pH terhadap kulit kulit dan menjadikan tekstur kulit lembut dan sekata ... lantas memudahkan korang untuk menggunakan make up muka ...   

Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea
Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea 

untuk real fresh skin detoxer GREEN TEA pula, ianya digunakan pada sebelah malam sebelum nak masuk tidur ... mengikut sumber Althea, sel kulit terjana paling aktif pada sekitar jam 10 pm , dan produk real fresh skin detoxer Green Tea ini dibuat untuk membantu meningkatkan penjaan sel kulit dengan memastikan kulit wajah dibersihkan dan sedia untuk berehat di waktu malam.

Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea
Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea 

untuk menggunakan real fresh skin detoxer ni, caranya amat mudah :-

letakkan real fresh skin detoxer pada jumlah yang secukupnya di tapak tangan, kemudian sapukan di kulit muka yang kering (jangan basahkan muka terlebihkan dahulu),  biarkan real fresh skin detoxer berada di kulit wajah selama 10 SAAT , kemudian tambahkan sedikit air dan dan urut kulit wajah dalam urutan membulat (circular motion) , dan bilas muka hingga bersih ...

pastikan korang catat tarikh membuka tube real fresh skin detoxer ni dan gunakan sebelum tarikh luput tau ... 

Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea
Review Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea 

ok mrs pip dah guna real fresh skin detoxer ROSE dan juga GREEN TEA ni ... kulit wajah terasa terasa lebih segar, bersih, fresh, licin dan lembut ... dan juga harum! memang suka dengan skin detoxer ni sangat sangat ... 

dan sedikit info mengenai real fresh skin detoxer Rose dan Green Tea yang mungkin korang ingin tahu ...


untuk skin detoxer ROSE tu, di dalam tube tu memang ada terdapat premium rose petals tau ... wah! kelas gitew ... dan premium rose petals ni di ambil secara hand picked setahun sekali hanya pada bulan Mei di Grasse, Perancis.


dan manakalu untuk skin detoxer GREEN TEA pula, hanya baby green tea leaf yang diambil pada waktu musim bunga hanya pada tuaian pertama ... 

aiseh, memang eksklusif sangat tau skin detoxer ni kan ... T_T

dan nak tengok barang lain yang mrs pip terima sebagai Althea Angels daripada Althea , boleh klik entry 


yang teringin untuk mendapatkan real fresh skin detoxer ni, 
korang bolehlah beli produk ni di  laman web rasmi Althea 


cheers.

3 comments:

  1. singgah bw sini :)

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/ragam-customer-online-yang-annoying.html

    ReplyDelete
  2. No wonder wajah Mrs Pip glowing.. Natural beauty mungkin inilah rahsianya..

    ReplyDelete
  3. dok tengok kawan2 review yang ni.. yang rose tu dok aim.. insyallah lepas da habis barang2 guna skrng =D

    ReplyDelete