Mudahnya rutin penjagaan kulit wajah dengan BARE ESSENTIALS - Cerita Cinta Surirumah

Monday, 23 April 2018

Mudahnya rutin penjagaan kulit wajah dengan BARE ESSENTIALS

hi there, gossip gossip Althea bertebaran luas di media sosial ... hiks, mrs pip pun nak juga bergossip kalau begitu ... siapa yang suka Althea, angkat tangan? kita geng! .... sejak dikenalkan dengan Althea, mrs pip no turning back kalau nak cari skincare product, mesti melekat kat Althea T_T dan buat peminat tegar skincare / make up product dari Korea mesti sudah tahu mengenai rangkaian terbaru penjagaan kulit Althea, iaitu BARE ESSENTIALS "your skin completes make-up" yang didatangkan dalam satu set lengkap mengandungi contour cleanser, primer water dan juga fixer cream ...

BARE ESSENTIALS from Althea
Mudahnya rutin penjagaan kulit wajah dengan BARE ESSENTIALS

mrs pip terjebak sama menggunakan Bare Essentials ni tau ... ni dah masuk lebih dua minggu guna produk Bare Essentials dari Althea ... memang puashati sangat dengan produk Bare Essentials ni tau ... hanya dengan tiga langkah penting penjagaan muka iaitu mencuci, menyegarkan dan melembabkan wajah, sebelum disusuli dengan kaedah penjagaan muka tambahan lain, Bare Essentials membantu menjaga kulit wajah agar sentiasa sihat dan hebat dan membantu meminimalistkan makeup  ... dengan Bare Essentials, kulit wajah mampu kelihatan bersinar dan cantik  ...

BARE ESSENTIALS from Althea
Mudahnya rutin penjagaan kulit wajah dengan BARE ESSENTIALS

kulit wajah mrs pip pun terasa glowing gitu selepas guna secara teratur setiap hari dan bagi mrs pip la kan, mrs pip dapat rasa kesan kulit wajah tak kusam dan bersinar selepas guna Bare Essentials ni selepas dua minggu ... rasa happy dan lebih berkeyakinan gitu bila kulit wajah terasa lebih sihat berbanding sebelumnya ...

Bare Essentials Contour Cleanser
Bare Essentials Contour Cleanser

Bare Essentials Contour Cleanser 150gm RM23.00 dengan bahan utama Ice Plant, Lemon, Verbena Leaf ... yang mrs pip suka mengenai pencuci muka ni, kita boleh rasa ada mikro mikro halus pada pencuci wajah ni apabila dicampur dengan air untuk mencuci muka ... ianya berkesan mengeluarkan kotoran dari kulit secara lembut, membantu mendetoksifikasikan kulit wajah dan menjadikan kulit wajah terasa bersih dan terasa segar dengan bau-bauan mint yang terdapat dalam pencuci muka ni ...

Bare Essentials Primer Water 200ml
Bare Essentials Primer Water 200ml

Bare Essentials Primer Water 200ml RM43.00 dengan bahan utama Snow Lotus, Petented dewdrop technology ... primer water ni yang paling mrs pip suka ... primer water ni ialah penyegar 2-dalam-1 iaitu penyegar dan primer , membantu meminimumkan penggunaan extra skincare ... dibuat dengan teknologi mandat yang dipatenkan, ia mampu melancarkan dan menghilangkan kulit kusam, mempersiapkannya untuk langkah seterusnya dan menjadikan kulit kelihatan muda bersinar ... 

apa yang mrs pip suka mengenai primer water ni kan, ianya tidak seperti kebanyakkan toner yang teksturnya cair dan lambat menyerap masuk ke dalam kulit wajah ... untuk primer water ni, teksturnya agak 'melekit' di jari tapi serius sangat cepat menyerap masuk ke dalam kulit wajah dan terasa kulit wajah glowing gitu :))

Bare Essentials Fixer Cream
Bare Essentials Fixer Cream

Bare Essentials Fixer Cream 50gm RM50.00 dengan bahan utama Trehalose, Green Tea, Baobab Tree ... fixer cream ni ialah krim pelembab yang mampu menembusi kulit dan melembapkan sehingga 24 jam, memberikan kulit penghidratan yang benar-benar diperlukan. Ianya memastikan kulit berasa segar dan kelihatan sihat sepanjang hari ...

ini ialah krim pelembap yang terbaik yang mrs pip pernah guna mana mana krim pelembap sebelum ni... fixer krim ni terasa 'ringan' di kulit mrs pip, tidak berminyak, cepat menyerap, dan suka dengan wanginya, mungkin kerana kehadiran green tea dan baobab tree yang terkandung di dalamnya ...

BARE ESSENTIALS tester / kit
BARE ESSENTIALS tester / kit

selain itu , Bare Essentials Althea Box ini juga didatangkan dengan 4 pek tester, lengkap setiap satunya mengandungi contour cleanser, primer water dan fixer cream. Althea juga memberikan hand mirror yang sangat mudah dibawa ke mana juga terutamanya ketika travel dan brochure yang memberikan maklumat lengkap mengenai produk Bare Essentials, dan sekeping Althea marble tile yang boleh diletakkan sebagai hiasan di meja solek ...

ketiga-tiga produk Bare Essentials ini iaitu contour cleanser, primer water dan fixer cream hanya berharga RM116.00 , dan sekiranya korang membeli produk ini sehingga promosi masih ada, korang akan mendapat diskaun sebanyak RM10% berserta hand mirror secara percuma. 

mahu tahu lebih lanjut menegenai produk Bare Essentials ini,  korang boleh

layari laman web Althea untuk pembelian di >>> www.althea.kr 

atau korang juga boleh follow instagram Althea di >>> https://www.instagram.com/altheakorea

dan boleh baca info produk dan skincare di blog Althea >>> http://blog.althea.kr/

"BARE ESSENTIALS, experience the simplicity of beauty; your skin completes makeup" 

dan meh layan video yang mrs pip share kat IG hari tu ... nak juga membawang pasal Bare Essentials ni tau ... kalau suka, jgn lupa like #pipvideo ni ok T_T

cheers.

4 comments:

  1. wahh lagi berseri2 la muka Mrs Pip.. hihi... cantiklah kotak dia suci giteww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius mrs pip suka sangat dgn produk althea bare essentials ni...

      Delete
  2. sama la skincare kita..hehe..sep sikit

    ReplyDelete
  3. Bertambah comellah mrs pip lepas nie..

    ReplyDelete