Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca. hi there, walaupun aku ni sudah 8 tahun bergelar mommy, tapi aku rasa aku masih terlalu lemah dalam hal-hal berkaitan parenting.
Aku rasa gagal sangat jadi seorang mommy. Kadang-kadang aku rasa jadi QAQC engineer, berada dalam projek pembinaan dengan berpanas dan berhujan, naik turun bangunan untuk inspection, tu lebih mudah daripada menjadi seorang mommy.
Argh, susahnya jadi mommy. Merungut takkan selesaikan masalah aku. Setiap kali ada masalah, aku selalu yakin mesti ada cara untuk selesaikannya. Kena selalu think optimistic kan.
Jadi, aku gagahkan diri beli buku parenting edisi bahasa melayu untuk perbaiki skill keibubapaan aku. Sebenarnya aku nak beli English Version, tapi aku tak jumpa di Shopee.
Beli versi BM pun ok juga, lagi senang nak faham baca buku dalam bahasa sendiri kan. Tapi aku selalu prefer baca buku dalam English pasal aku sambil membaca sambil memperbaiki cara penulisan aku guna bahasa mat salleh ni.
Aku beli 4 buku parenting edisi bahasa Melayu di Shopee. Buku ni antara best selling parenting book, dan aku rasa aku memang perlukan buku-buku ni semua.
Bajet aku agak terhad, jadi beli 4 buku parenting ini dulu. Nanti ada bajet tambahan, aku berniat nak tambah lagi beberapa buah buku yang aku dah masukkan ke dalam wishlist aku.
Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Untuk Perbaiki Skill Keibubapaan
#1 Buku Parenting How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk (Edisi Bahasa Melayu)
Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti :
- Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka
- Mewujudkan Kerjasama
- Alternatif Selain Hukuman
- Galakan Berdikari
- Pujian
- Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan
- Menggabungkan Semuanya Bersama
Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia.
Isi Kandungan
Pengenalan
Bab 1: Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka
Bab 2: Mewujudkan Kerjasama
Bab 3: Alternatif Selain Hukuman
Bab 4: Galakan Berdikari
Bab 5: Pujian
Bab 6: Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan
Bab 7: Menggabungkan Semuanya Bersama
alamak, gambar tak jelas. ekeke.
Buku ni aku beli pada harga RM16.50 , dan telah laris dijual di peringkat antarabangsa melebihi 3 juta naskhah.
Ini buku pertama yang aku baca antara buku-buku parenting yang aku beli.
Bab pertama sahaja cukup menarik perhatian aku.
Disertakan contoh contoh keadaan dalam bentuk tulisan dan ilustrasi komik memang senang sangat nak faham apa yang penulis cuba sampaikan.
Aku memang ada masalah nak mengendalikan perasaan anak aku (to acknowledge our children's feeling).
Ada masanya aku tak nak dengar langsung apa yang anak aku cuba sampaikan dekat aku, sebaliknya aku nak anak aku dengar dan patuh dengan kata-kata aku.
Buku ni buat aku sedar kesilapan aku. Dan buku ni memberi cara bagaimana untuk kita bantu diri kita untuk dengar anak anak kita dan cuba handle emosi mereka.
Nanti aku habis baca buku ni, Insya Allah aku akan review dengan lebih details ya.
#2 Buku Parenting Strong Mothers Strong Sons (Edisi Bahasa Melayu)
Buku ni mempunyai 568 muka surat, agak tebal dan berat. Tapi buku ni aku perlukan sangat kerana aku nak tahu bagaimana untuk aku connect dengan dunia anak lelaki aku.
Aku dibesarkan dalam adik beradik aku semuanya lelaki. Jadi bila aku membesar, aku memahami setiap perangai adik beradik aku, dan aku boleh menyelami dunia pemikiran mereka.
Aku ingatkan apabila anak-anak aku semuanya lelaki, aku boleh memahami mereka juga sama seperti aku memahami adik beradik lelaki aku. Aku SILAP!
8 tahun jadi mommy, aku masih tak begitu memahami anak anak aku terutamanya my first born, Iman. Cara dia berinteraksi, berfikir, memberi respons, bermain agak berbeza dengan Amin dan Nami.
Dan aku sukar untuk ikut rentak Iman. Sebab tu juga aku selalu rasa aku ni gagal menjadi seorang ibu kerana aku sukar untuk memahami Iman.
Memang agak tertekan juga bila aku dan Iman ni selalu bersilang cara dalam banyak hal dan buat kami tidak sependapat.
Buku Strong Mothers Strong Sons (Edisi Bahasa Melayu) membantu untuk kita memahami dan menerima diri sendiri seadanya, menerima bahawa kita sememangnya seorang ibu hebat untuk anak lelaki kita.
Kandungan buku
Pengenalan
Bab 1 : Ibu adalah cinta pertama anak (Tetapi jangan beritahu dia)
Bab 2 : Berikan dia kosa kata emosi
Bab 3: Dia bersiap siaga untuk berperang (Kita musuh yang akan diserang)
Bab 4 : Ibu adalah rumahnya
Bab 5 : Berkawan baik dengan Tuhan
Bab 6 : Hadiahkan ketajaman akal
Bab 7 : Ibu adalah talian hayat anak kepada bapanya
Bab 8 : Ibu VS S*ks
Bab 9 : Kebijaksanaan dan tanggungjawab dua sifat hebat diwarisi daripada ibunya
Bab 10 : Lepaskan dia pergi (supaya dia kembali)
Buku ni aku beli pada harga RM22.94. Dan ada satu lagi versi
Strong Fathers Strong Daughters yang aku target nak beli juga dari penulis yang sama. Hope ada bajet untuk beli buku tu kelak. Amiin.
#3 Buku How to Talk So Kids Can Learn at Home and in School (Edisi Bahasa Melayu)
Buku ni bukanlah buku parenting sangat, tetapi lebih kepada menggalakkan anak anak untuk percaya kepada diri mereka sendiri dan menjadikan diri seperti apa yang mereka inginkan.
Aku beli buku ni supaya aku bolehlah belajar bagaimana aku boleh membantu anak anak membina keyakinan diri di rumah dan juga di sekolah.
Kandungan buku
Bab 1 : Bagaimana mengendali persaan yang mengganggu pembelajaran
Bab 2 : Tujuh kemahiran bagi mengajak anak bekerjasama
Bab 3 : Keburukan hukuman - pilihan lain yang membawa kepada disiplin diri
Bab 4 : Menyelesaikan masalah bersama-sama - Enam langkah melibatkan kreativiti dan komitmen anak-anak
Bab 5 : Pujian yang tidak merendahkan maruah, kritikan yang tidak melukakan hati
Bab 6 : Bagaimana membebaskan anak yang terperangkan dalam perwatakan mereka
Bab 7 : Perkongsian ibu bapa - guru
Bab 8 : Penangkap mimpi
Dalam banyak-banyak bab di atas, aku berminat sangat nak baca Bab 3, Bab 5 dan Bab 6 tu.
Nanti lepas aku dah habis baca buku ni, Insya Allah aku buat review ya.
Harga buku ialah RM19.20. Dan penulis buku ni adalah sama dengan penulis buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk yang aku kongsi di atas tadi.
#4 Buku The 10 Habits of Happy Mothers (Edisi Bahasa Melayu)
Buku The 10 Habits of Happy Mothers (Edisi Bahasa Melayu) adalah buku untuk membantu kita menjadi ibu yang gembira dan bahagia.
Sebenarnya, nak jadi gembira dan bahagia tu, tak perlu beli buku pun. Masing-masing boleh cari cara bahagianya yang sendiri.
Jadi, kenapa beli buku ini?
Bagi aku, ada sesetengah hal aku perlukan bantuan dari orang lain seperti cara nak hilangkan stress dan burnout berdepan dengan karenah anak-anak.
Lagi-lagi bila kita tidak ada support system yang kuat, jadi kita perlukan sokongan dalam bentuk yang lain.
Dengan membaca buku yang bermanfaat, dan memberikan aku ilmu yang aku perlukan seperti buku The 10 Habits of Happy Mothers ni untuk membantu aku menjadi ibu yang terbahagia, aku rasa aku tidak rugi beli buku ni, dan ianya seperti penambahan kepada support system yang aku perlukan.
Kandungan buku
Bab 1 : Memahami nilai diri sebagai seorang ibu
Bab 2 : Mengekalkan persahabatan yang penting
Bab 3 : Menghargai dan mengamalkan kepercayaan kita
Bab 4 : Mengatakan tidak pada persaingan
Bab 5 : Mencipta hubungan yang sihat dengan wang
Bab 6 : Meluangkan masa untu bersendirian
Bab 7 : Memberi dan menerima kasih sayang dengan cara yang sihat
Bab 8 : Mencari cara untuk hidup sederhana
Bab 9 : Membuang perasaan takut
Bab 10 : Harapan adalah keputusan - Membuat keputusan
Buku ni aku beli pada harga RM17.55 dan ditulis oleh penulis yang sama dengan buku Strong Mothers Strong Sons.
Insya Allah aku review buku ini dengan lebih terperinci selepas aku habis baca ok.
Buku ni semua aku beli di Shopee, dan a
ku ada cara untuk dapatkan harga shipping paling murah untuk dihantar ke Sabah.
Memang setiap kali aku beli online, masalah shipping lah yang selalu menghantui aku.
Kamurang pun tahu kan betapa mahalnya untuk shipping barang dari Semenanjung ke Sabah. jadi kenalah bijak cari cara untuk kurangkan shipping.
Dan aku pernah kongsi tips sebelum ni.
Semoga kamurang pun boleh dapat harga shipping murah juga di Shopee.
Oh ya, aku harap semua buku-buku yang aku beli ni aku berjaya baca sampai habis dan membantu aku menjadi ibu yang memahami anak-anak aku dan juga menjadi ibu yang TERBAHAGIA sangat.
Doakan aku ya. Doakan aku jadi mommy yang baik, mommy yang kuat dan mommy yang hebat.
cheers.
.......................................................
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
7 تعليقات
Bagusnya Mrs Pip atas perkongsian ni. Nanti nak juga cuba dapatkan. :) terima kasih
ردحذفSemoga bermanfaat.
حذفBuku #1 tu best.
Menarik perkongsian ni. Memang zaman skrg ni kita as parents kena memahami setiap tingkah laku anak².
ردحذفSemoga perkongsian ni bermanfaat.
حذفMacam menarik je buku ni.. tajuk pun dah "memukul" tangkai hati nak baca😊
ردحذفBuku2 semua menarik. Memang teruja nak baca sampai habis.
حذفBagus2 buku mcm ni
ردحذفTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.