Review Phone Stand Viral Murah Beli Di Shopee

Terjebak. Review Phone Stand Viral Murah Beli Di Shopee. Hi there. Sebelum ni aku dah beli tripod mini untuk meja siap ada bluetooth button. Tapi bila aku terjebak buat video, aku rasa macam aku kena beli tripod lain pula, so terbeli tripod Yunteng.

Tapi aku ada satu problem lain bila aku shoot product jarak dekat, jadi aku rasa aku kena cari tripod lain. Banyak juga tripod aku cari di Shopee, tapi aku risau tak sesuai dengan kehendak aku. Jadi aku biarkan dulu perasaan nak membeli tu.

Artikel Berkaitan :


Satu hari time aku layan TikTok, aku nampak satu video ni ada follower yang tanya shoot video tu guna tripod apa? Dan TT owner tu share device yang dia guna siap tunjuk lagi betapa senangnya nak guna untuk shoot product jarak dekat.

Phone Stand Viral Murah Beli Di Shopee

Aku sedikit teruja bila nampak phone stand yang dia guna, tapi time tu aku ndak rasa pun aku mau beli, so aku pun macam hurmmmm , nanti-nantilah beli.

Kemudian, aku nampak dekat Twitter Iman Abdul Rahim, dia share phone stand viral dekat TikTok tu. Dia siap tunjuk macam mana nak guna dan betapa senangnya nak shoot video guna phone stand viral tu.

Kat sinilah aku rasa terjebak nak beli. Plus, dia siap share harga  phone stand viral, murah beli di Shopee. Seriuslah murah. Aku beli dalam sekitar dekat-dekat RM6.00. Tengah nak Sale 7.7 kan.

Phone Stand Viral Murah Beli Di Shopee


Aku terus beli dua ketul phone stand viral ni. Macam yang kamurang nampak, satu putih, satu merah jambu. Saja beli dua, boleh buat spare. Lagipun ada masanya mr. Husband guna gajet yang aku beli, so ndak mau lah rebut-rebut guna kan. 

Phone stand viral ni harga pun memang murah, beli jak lah dua terus. 

Material untuk phone stand ni ialah ABS + Silicone. Senang nak laraskan. Barang pun bagi akulah berkualiti elok. Warna pun cantik. Overall, aku happy beli kerana harga yang reasonable dan kualiti yang baik.

Phone Stand Viral Murah Beli Di Shopee

Klik saja di sini >>> Phone Stand Viral Murah Beli Di Shopee <<< manalah tahu korang pun perlukan phone stand sebegini. 

Kalau sebelum ni, tripod yang aku guna, aku ada masalah nak adjust bila aku shoot product jarak dekat , kaki tripod tu akan nampak (eh, kamurang faham kah tidak masalah aku? ekeke) ...

Jadi bila aku beli phone stand macam ni, ndak perlu aku risau macam mana mau adjust kaki phone stand tu supaya ndak kelihatan dalam video bila aku mau shoot product dalam jarak dekat. 

Kalau aku mau tinggikan phone stand ni, aku just letak tempat yang tinggi sikit (seperti susun beberapa buah buku kemudian baru letak phone stand ni)

Ada empat warna yang menarik. Terpulang korang suka warna apa. Buatlah pembelian kalau suka.



Review JUJUR Phone Stand Viral Murah Beli Di Shopee

Tapi , ada satu saja yang korang kena tahu pasal phone stand viral ni. Ni review JUJUR aku ok. Phone stand ni hanya selesa digunakan bila korang letak phone korang dalam keadaan MENEGAK. 

Aku dah cuba letak phone aku dalam keadaan MELINTANG, mesti tempat letak phone tu akan tilting dan buatkan phone korang jatuh dari phone stand tu.

Kalau tak nak phone korang jatuh, pandai-pandailah korang adjust ok. Aku bagi review yang sebenar berdasarkan pengalaman aku yang sudah mencuba phone stand viral ni.

Aku harap review Phone Stand Viral Murah Beli Di Shopee ni membantu korang yang ingin membeli produk ini.

Dan satu lagi, just in case korang nak beli Tablet Stand, aku suggest korang beli >>> wooden triangle tablet stand <<< seller yang sama jual phone stand viral ni.

wooden triangle tablet stand ni senang korang nak guna menegak atau melintang tablet korang tu. Dan ada jual juga wooden triangle phone stand.

Ok, tu saja nak membebel kat korang semua. 

Barang yang best, mestilah review dikongsi bersama, tak gitu?

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. cantik. harga pun murah. nak jugak beli tapi sekarang dah kurang buat video.

    ReplyDelete
  2. tak pernah tahu pula pasal tripod ni. Cantik design dan warna dia tapi kena pandai2 juga la kan kalau mau adjust position tu

    ReplyDelete
  3. Keperluan masa PdPR ni. Sangat membantu. Cantik cantik warna pilihan yang ada.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.