Mahalnya Nilai Lidah Kita; Apa Yang Kita Kata Nanti Boleh Jadi Doa

hi semua, mahalnya nilai lidah kita, apa yang kita kata nanti boleh jadi doa! Sebabtu mungkin kenapa lidah kita ni Allah pagarkan dengan gigi dan bibir. Kot kot kalau tanpa gigi, lidah ni mungkin suka ke kiri ke kanan ke atas ke bawah, dan ditambah kalau tanpa bibir, mesti tak terkawal lidah ni asyik nak terkeluar (berkata-kata).

mrs pip terbaca perkongsian menarik di channel telegram Ustaz KRT tentang nilai LIDAH. Menarik channelnya. Banyak perkongsian bermanfaat tentang hal hal kehidupan dan penuh nasihat keagamaan.  Mungkin ada perkara kita tahu tapi malas nak peduli, atau ada perkara yang kita tak tahu tapi kita buat padahal hukumnya berdosa, dan ada banyak lagi perkongsian menarik di dalam channel tersebut.

Ustaz KRT menulis, lidah orang Islam dan beriman itu terlalu bernilai, apa yang dipertuturkan boleh jadi ia suatu ungkapan doa tanpa disedari.

nilai lidah orang beriman

Sebab itu Nabi Muhammad s.a.w. melarang ibu ayah yang Muslim untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik terhadap anak-anak mereka kerana takut-takut ia jadi betul.

Kadang-kadang, kalau kita tengah tertekan, kemudian anak-anak pula tak nak dengar cakap, boleh lost control kan. Lepas tu mulalah membebel macam-macam sampai ada masanya berkata sesuatu yang tidak sedap dan manis di telinga anak-anak (mrs pip pun macam ni lah juga , lepas tu menyesal terlepas cakap. Sakit hati sendiri, dan menyesal sangat kerana kata-kata kurang manis tu mengguris hati anak-anak).

Mari baca sehingga habis penulisan Ustaz KRT ni. Menarik sangat bagi mrs pip. Lepas ni, mrs pip berharap boleh berubah jadi mommy yang lagi baik dari hari sebelumnya.

  • Cerita #1

Teman pernah bertemu dengan seorang Makcik ni, tanya dengan dia, "mak cik nak pergi Umrah?" Jawab makcik tu, "memang nak sangat pergi".

Teman tanya, "jika diizinkan pergi Umrah, pakej macamana yang Makcik nak ambil?". Kata makcik tu, "makcik ni tak ada duit banyak, yang murah-murah jadi ler".

"Yang murah tu berapa makcik?" "bawah RM5000 mampu ler" kata makcik tu.

Memang betul, sebulan dua lepas tu teman tengok makcik ni pergi Umrah dengan pakej kurang dari RM5000. Makbul permintaan makcik tu.


  • Cerita #2

Dan teman nak kongsikan 1 lagi kisah yang amazing. Iaitu kisah seorang kenalan teman. Dia anak muda, tapi berjiwa besar. Pernah teman tanya kat dia, "kamu nak pergi umrah?" Dia jawab, "nak sangat". Teman tanya, "kalau diizinkan pergi, pakej macamana yang kamu nak ambil?"

Cepat-cepat dia jawab dengan konfidennya, "yang paling mahal". Hebatnya kamu, yakinnya kamu!

Teman tanya lagi, dah cukup ke duit? Dia jawab, "belum lagi, tapi in shaa Allah saya yakin akan pergi dengan pakej yang mahal"

Teman tanya, "kenapa nak yang mahal?" Jawabnya, "sebab saya tak nak berkira dengan Allah Taala walaupun saya tak cukup duit sekarang, tapi saya yakin Allah akan bantu saya tunaikan hajat yang baik". Kagum teman dengan jawapan dia.

Tak lama lepas tu, memang sungguh dia dah ke Tanah Suci. Teman wassap dia, "dah kat Mekah ke?" . "ye ustaz, alhamdulillah".

Soalan teman, "berapa harga pakej kamu ambil?" "RM12 ribu", jawabnya. SubhanAllah mahal pakej tu. Rupanya pakej VIP, pergi dengan Dato-Dato pula tu.

Dia kongsikan pada teman memang luarbiasa apa yang dia dapat. Tak sangka selepas dia cakap dia nak pergi umrah dengan pakej yang mahal, Allah bukakan jalan yang cukup mudah baginya untuk menunaikan umrah, dapat rezki yang tak disangka-sangka.


Point nya kat sini, awasi tutur bicara kita, sebab Allah Maha Mendengar apa yang kita tuturkan baik di lisan atau dalam hati! 

Sumber : Hassan Adli, Ustaz KRT.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Menarik tak cerita di atas? Lepas ni kalau korang nak sesuatu yang elok, kenalah cakap / niat yang elok elok, semoga diperkenankan Allah.

Yang tak elok tu, tak perlulah nak minta, risau nanti diperkenankan Allah pula. Rugi diri sendiri.

Dah minta yang elok-elok tu, jangan lupa usaha. Kemudian tawakkal.

Saat ini, kalau korang tanya apa yang mrs pip nak sangat Allah perkenankan, SATU SAHAJA mrs pip nak sangat sangat Allah tunaikan.

mrs pip niat,  sesiapa yang baca entry ini, tolong doakan bapa mrs pip boleh sedar dari tidur yang panjang. 

hari ini masuk hari ke-16 bapa mrs pip berada di ICU. Doktor tidurkan bapa untuk dia rehat dan berharap akan recover. Selepas 9 hari ditidurkan, doktor hentikan ubat dan berharap bapa akan bangun.

Dah seminggu, tapi bapa still tak bangun lagi.

Jadi, tolong doakan bapa mrs pip ya, manatau doa yang keluar dari mulut korang yang dikasih Allah, jadi makbul.

thanks dan take care semua. 

(Lepas PKP, hajat nak jumpa mak bapa jadi kenyataan. Tapi tak sangka jumpa bapa terlantar di ICU, tak bergerak, kaku, tak bangun. Lagi sedih, tak boleh nak suka suka sentuh bapa).

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. Kata kata tu macam magnet kan kak... begitu juga dengan apa yang kita fikirkan... ada masa kena ubah cara berfikir dan berkata kata supaya positif dan kebaikkan yang selalu datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bah Sofie. Tapi tulah, kita ni just human, pandai juga tercakap yang bukan bukan kalau mood tengah ndak bagus kan.

      Delete
  2. lidah ni too powerful.. dia blh membina dan dia juga boleh menjatuhkan. semua atas pilihan kita sendri juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Siti, lidah ni sangat powerful. Sekarang ni dalam fasa nak mendidik lidah supaya jangan sesuka nak mengutuk menghina memaki. Allahu. Semoga lidah kita ni sentiasa basah dengan zikir dan selawat hendaknya.

      Delete
  3. Bila muhasabah diri sendiri, selalu jadi tau pada mummy hat ni. Apa yang kami cakap, memang satu doa.

    Contoh : nak buat kitchen cabinet. Bajet nak murah2 bawah RM10K tapi nak berkualiti juga. Cari 3 tempat, semua harga atas rm10k. Tup.. Tup.. Tup sabar sket. Beberapa hari Kemudian dapat apa yang kami rancangan..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.