Review KBS drama special My Happy Home

hi there, hari ni nak buat review KBS drama special My Happy Home. kalau korang peminat KBS World mesti korang tahu pasal KBS Drama Special ni kan ... ni drama yang sekali main dah habis, bukan bersiri tau, ala ala telemovie la gitu ... My Happy Home ni drama tahun 2016, season 7. hari tu kebetulan pula scroll scroll di youtube, nampak title My Happy Home ni mcm best, so layanlah tengok ... best juga drama ni, lagi lagi dibintangi oleh pelakon Lee Sang Yeob dan Son Yeo Eun ... ada sesiapa tak yang layan While You Were Sleeping? Lee Sang Yeob ni lah yang pegang watak peguam tamak haloba kat dalam drama While You Were Sleeping tu ... job layan review KBS drama special My Happy Home ....

Review KBS drama special My Happy Home
Review KBS drama special My Happy Home

Pelakon utama:-
Lee Sang Yeob  sebagai Kang Sung Min
Son Yeo Eun sebagai Yoon Se Jung
Park Ha Na sebagai Son Ji-A

Pelakon pembantu:-
Kim Myung Soo sebagai bapa kepada Yoon Se Jung
Lee Il Hwa sebagai ibu kepada Yoon Se Jung

drama ni berkisar mengenai gadis bijak bernama Yoon Se Jung. walaupun Yoon Se Jung seorang yang sangat bijak, namun dia berasa kesepian kerana dipinggirkan dan dia digelar Frankenstein Girl kerana dituduh membunuh seekor anjing chihuahua ... 

senior Kang Sung Min berasa kesian terhadap Yoon Se Jung dan ketika kerja secara berkumpulan pelajar universiti dibuat, tiada siapa pun mahu bekerjasama dengan Yoon Se Jung kecuali Kang Sung Min. dan memandangkan Kang Sung Min bercinta dengan Son Ji-A, maka dengan berat hati Son Ji-A terpaksa menjadi teammate bersama Yoon Se Jung.

Kim Myung Soo
Kim Myung Soo
bapa kepada Yoon Se Jung

pada sesi pembentangan kerja, Yoon Se Jung tidak dapat menghadirkan diri kerana sakit, dan Kang Sung Min dan Son Ji-A meneruskan pembentangan kertas kerja mereka dan menggugurkan Yoon Se Jung daripada kumpulan mereka. ini membuatkan Yoon Se Jung marah kerana dipinggirkan.

beberapa tahun kemudian, Kang Sung Min muncul menjadi salah seorang penyelidik di tempat Yoon Se Jung bekerja. Yoon Se Jung masih tidak melupakan kisah lama mereka, dan mengelak daripada Kang Sung Min, selain itu Yoon Se Jung juga meragui kehadiran Kang Sung Min untuk bekerja sebagai penyelidik di tempat mereka bekerja.

Son Yeo Eun
Son Yeo Eun
sebagai Yoon Se Jung

Kang Sung Min meminta maaf dengan Yoon Se Jung terhadap apa yang pernah berlaku di antara mereka, dan Kang Sung Min juga mengembalikan sketching book milik Yoon Se Jung yang berada dalam simpanannya sekian lama, dan pada ketika Yoon Se Jung membuka sketching book tersebut, beberapa helaian lukisan terbang di tiup angin, dan ketika Yoon Se Jung ingin mendapatkan lukisan tersebut, Yoon Se Jung hampir dilanggar kereta. Kang Sung Min menolak Yoon Se Jung dalam percubaan menyelamatkannya, dan akhirnya Kang Sung Min pula yang dilanggar kereta.

review KBS drama special My Happy Home
review KBS drama special My Happy Home

Yoon Se Jung pada mulanya menghubungi talian kecemasan tapi akhirnya meminta bapanya , yang juga seorang doktor untuk membantu memulihkan Kang Sung Min. selepas beberapa bulan, Kang Sung Min sedar dari koma, namun kehidupannya berubah tanpa dia ketahui siapa dirinya yang sebenar. Kang Sung Min hilang semua memori dalam hidupnya. 

Yoon Se Jung dan bapanya berjaya menyelamatkan Kang Sung Min, namun terpaksa menjadikan Kang Sung Min seorang cyborg dan memasukkan semua memori baru dalam dirinya. dan Yoon Se Jung menjadi isteri Kang Sung Min, dan segala gerak geri Kang Sung Min diatur oleh Yoon Se Jung.

Park Ha Na
Park Ha Na
sebagai Son Ji-A

Son Ji-A tiba tiba muncul semula di depan Kang Sung Min, namun Kang Sung Min tidak dapat mengecam siapakah Son Ji-A dalam hidupnya. ini membuatkan Kang Sung Min tertanya tanya siapa Son Ji-A dan bagaimana Son Ji-A boleh mengenali dirinya.  Kang Sung Min mula mencari jawapan mengenai hidupnya. Dia mengakses laman instagram milik Son Ji-A dan mendapati beberapa keping gambar diambil bersama Son Ji-A. dalam diam, Kang Sung Min mula mendapatkan sedikit memori kehidupan lalunya.

apa yang berlaku seterusnya? adakah Kang Sung Min akan kembali ke pangkuan Son Ji-A atau terus menjadi suami kepada Yoon Se Jung? adakah Kang Sung Min akan membenci Yoon Se Jung kerana menjadikannya cyborg atau terus menyayangi Yoon Se Jung dan menjadi suami yang baik kepada Yoon Se Jung? korang kena layan cerita ni sampai ending. nak bagitau, endingnya ialah Yoon Se Jung juga menjadi cyborg. bagaiman dan kenapa, kena lah layan cerita ni sampai habis. hehe T_T

Lee Il Hwa
Lee Il Hwa
sebagai ibu kepada Yoon Se Jung

apapun, lakonan Lee Sang Yeob sebagai Kang Sung Min memang tidak menghampakan, begitu juga dengan lakonan Son Yeo Eun sebagai Yoon Se Jung. cuma mrs pip sedikit kesian dengan Son Ji-A yang terpaksa berdepan dengan kehilangan Kang Sung Min, tapi dalam masa yang sama, agak menyampah juga dengan Son Ji-A kerana dia adalah mastermind menggugurkan Yoon Se Jung dalam pembentangan kertas kerja mereka satu masa dulu ....

rating 4/5 untuk  KBS drama special My Happy Home ....

thanks for reading.

cheers.

إرسال تعليق

5 تعليقات

  1. Plot yang bagus..tapi kat rumah xde astro la pulak. Pakai njoi je huhu

    ردحذف
  2. Macam menarik je plot dia.. nanti sha nak try cari..

    ردحذف
  3. CONGRATULATIONS MRS PIP!

    Alhamdulillah giveaway Ray dah berakhir.

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/12/congratulations-my-lucky-winners-for.html

    ردحذف
  4. Tak berapa layan cerita korea..tapi jalan cerita drama ni boleh tahan..best..

    ردحذف
  5. Cantik2 pelakon2 dia. Jalan cerita pun best

    ردحذف

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.