مايو 2020 - MrsPipDotCom
News Update
Loading...

الأحد، 31 مايو 2020

Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang

Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang

hi semua, Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang || beberapa hari lepas mengidam mau makan kuih gelang bah, jadi kita buat saja sendiri memandangkan semua bahan-bahan ada dan terasa malas pula mau keluar pergi pekan cari kuih ni. 

Azam mrs pip sejak PKP ni, antaranya ialah perbaiki kemahiran memasak. ekeke. Dah kita tak pandai masak masak, jadi kita trylah belajar memasak , termasuklah belajar buat kuih muih ok.

Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang
Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang

Kalau kamu yang suka makan kuih gelang atau donut kampung ni, bolehbah belajar buat sendiri. Belajar sekali dua mungkin ndak menjadi, tapi kalau belajar lagi dan lagi, insya allah berjaya. Dulu mrs pip ingat susah kot buat kuih gelang ni, tapi rupa-rupanya tidaklah sesusah mana, cumanya perlukan kesabaran menunggu doh tu kembang selepas ditambah yis. teehee.

Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang
Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang

biasanya kalau mrs pip buat kuih gelang / donut kampung ni, mrs pip guna doughnut cutter supaya cantik rupa kuih kita kan, tapi kali ni rasa malas betul guna cutter, jadi kita bulat-bulatkan ikut sesedap jari ... kurang cantik, tapi alhamdulillah rasa sedap ditekak mrs pip dan paling penting tekstur kuih gelang tu lembut dan gebu-gebu sikit gitu.

Jom kita tengok betapa mudahnya nak buat kuih gelang ni asalkan semua bahan-bahan tu ada.

Bahan-bahan:-

Penyediaan yis

1 sudu besar yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu manis
3/4 cawan air suam

Penyediaan doh

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar planta (atau sebarang marjerin / butter)
Secubit garam

2 cawan gula halus / secukupnya

Cara membuat:-

1. Di dalam air suam, masukkan semua bahan-bahan untuk penyediaan yis. Gaul sebati. Biarkan 5 - 10 minit sehingga campuran yis kembang naik.

2. Di dalam bekas , campurkan semua bahan-bahan penyediaan doh. Gaul sebati. 

3. Apabila campuran yis sudah kembang naik, masukkan yis tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga membentuk doh yang lembut.

4. Jangan tuang air yis tu sekali harung, biarkan sedikit demi sedikit kerana takut kot-kot air korang terlebih kan ... kalau air yis kurang, tambah sedikit demi sedikit air biasa, asalkan nanti doh terbentuk tak terlebih air ataupun terkurang air ok.

5. Dah berjaya buat bentuk doh, tutup bekas yang ada doh tu dengan kain lembap dan biarkan sejam sehingga doh naik sekali ganda.

6. Dah naik sekali ganda selepas sejam, uli doh selama 20 minit ... Part ni sila uli betul betul ya kalau mahu kuih gelang kamu nanti rasa lembut ketika dimakan.

Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang
Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang

7. Bulat-bulatkan doh seperti sebiji bola pingpong (mrs pip bahagi doh kepada 10 bahagian) , boleh dapat sekitar 8 - 10 biji bola pingpong saiz sederhana.

8. Dah bulat-bulat seperti bola, leperkan sikit dan tekan ditengah-tengah doh tu shingga berlubang.

9. Letak jari telunjuk di tengah-tengah lubang doh dan pusing-pusingkan doh tadi sehingga kelihatan seperti bentuk kuih gelang

10. Biarkan doh kembang sedikit 10 - 20 minit , kemudian boleh goreng doh yang berbentuk kuih gelang tadi.

Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang
Resipi Kuih Gelang Sedap Dan Senang Buat (Sukatan Cawan), Sesuai Untuk Minum Petang

11. Dah siap goreng, masukkan kuih gelang ke dalam bekas yang mengandungi gula halus, dan mandikan kuih gelang dengan gula halus sehingga semua permukaan diselaputi gula.

12. Siap kuih gelang ! Sedap makan ketika panas bersama minuman panas kegemaran.

Selamat mencuba.

cheers.

الخميس، 28 مايو 2020

3 jenis tuntutan selepas bercerai yang boleh dibuat oleh bekas isteri

3 jenis tuntutan selepas bercerai yang boleh dibuat oleh bekas isteri

hi there, perkahwinan merupakan ikatan suci antara lelaki dan wanita yang dibenarkan untuk berkahwin. setiap insan yang berumahtangga, mengimpikan perkahwinan kekal hingga ke syurga, namun ada yang terlerai dipertengahan jalan.

dan untuk itu, perlu untuk wanita tahu tuntutan yang boleh dikemukan kepada bekas pihak suami ...sama sama kita ketahui apa 3 tuntutan yang boleh dikemukakan kepada bekas suami ...

3 jenis tuntutan selepas bercerai yang boleh dibuat oleh bekas isteri

#1 – Tuntutan Muta’ah
Muta’ah ialah sejumlah harta di mana suami wajib memberikan kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi. Perceraian itu pula bukanlah berpunca dari isteri dan bukan kerana kematian suami.

Ia boleh diberikan dalam bentuk pakaian, barang-barang atau wang. Namun, ia mestilah sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Oleh itu, kadar muta’ah adalah bergantung kepada keredaan dan persetujuan suami isteri.

Tapi, ada masanya suami dan isteri bertelingkah mengenai kadar muta’ah. Maka, pada masa ini Mahkamah Syariah akan menggunakan budi bicaranya untuk memutuskan kadar yang patut diberikan kepada isteri.

Penetapan ini masih berdasarkan kepada kemampuan suami. Wanita yang mempunyai pendapatannya sendiri juga boleh menuntut muta’ah jika perceraian itu berlaku atas kehendak suami.

Mengapa Islam membenarkan pemberian Muta’ah?

Ini kerana isteri lazimnya bergantung hidup dengan suami. Perceraian sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bekas isteri yang secara tiba-tiba kehilangan tempat bergantung. Maka, Muta’ah dapat membantu bekas isteri untuk belajar berdikari dan memulakan hidup baru.

Persepsi masyarakat kepada wanita yang diceraikan juga adalah suatu perkara yang diambil kira dalam kewujudan Muta’ah. Masyarakat menganggap adanya keaiban dalam diri wanita yang diceraikan. Perkara ini menimbulkan rasa malu kepada isteri. Maka, Muta’ah merupakan penjelasan yang perceraian bukan berpunca dari bekas isteri.

Selain itu, Muta’ah juga merupakan tanda penghargaan suami terhadap isteri di atas sumbangan dan peranan yang diberikan oleh isteri.

Ada beberapa ayat Al-Qur’an yang menyebut tentang Muta’ah iaitu:

“Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) Muta’ah menurut yang ma’ruf sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang bertaqwa.Surah al-Baqarah 2:241
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu berilah Mutaah (pemberian sagu hati) kepada mereka dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya!”Surah al-Ahzab 33:49

#2 – Tuntutan Nafkah Eddah
Eddah ialah waktu tertentu yang perlu dilalui oleh seorang perempuan sebelum dia boleh bernikah dengan lelaki lain. Pada waktu ini, suami dan isteri berpeluang untuk berfikir semula ketika merasai pengalaman melalui perceraian.

Isteri yang diceraikan dalam talak raj’ie (talak boleh dirujuk) berhak mendapat nafkah dengan syarat:-

2.1 – Isteri Diceraikan Secara Talak Raj’ie

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya.”Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i
“Isteri yang ditalak raj’ie wajib mendapat hak nafkah eddah tidak kira sama ada ia merdeka, hamba, mengandung atau tidak mengandung.”
Kitab al-Fiqhu Mazahib ‘Ala al-Arba’ah, Juzuk 4 karangan ‘Abd al-Rahman al-Jazini

2.2 – Isteri Yang Hamil

Keletihan sedang hamil dan tekanan perasaan akibat perceraian akan mengganggu kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Oleh itu, isteri yang hamil dan ditalak dengan talak ba’in (tidak boleh dirujuk) berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal sehingga anak itu lahir.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Kalau mereka itu hamil maka berilah nafkah kepada mereka hingga mereka melahirkan anaknya.”
Surah at-Talak 65:6

2.3 – Bukan Ditalak Ba’in

Jumhur fuqaha menetapkan bahawa perempuan tidak hamil yang dicerai secara talak ba’in, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian, dan tempat kediaman. Ini merujuk kepada ketika Nabi Muhammad s.a.w mengulas mengenai talak tiga baginda menyatakan (maksud):

“Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah.”
Riwayat Ahmad dan Muslim
Walau bagaimanapun menurut Hanafi, perempuan dalam kes ini berhak mendapatkan nafkah kerana Allah s.w.t berfirman:

“Berikanlah mereka itu tempat kediaman sebagaimana tempat kediaman kamu dari kekakayaan kamu.”
Surah at-Talak 65:6

2.4 – Bukan Disebabkan Kematian Suami

Isteri yang dalam eddah kerana kematian suami tidak berhak mendapat nafkah eddah meskipun ia dalam hamil. Mengenai perkara ini Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan:

“Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami.”
Riwayat Daruqutni

2.5 – Bukan Isteri Yang Nusyuz

“Apabila seorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah, pakaian dan giliran.”
Kitab Kifayat Akhyar Juz 29 halaman 4

#3 – Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
Ibu bapa masih bertanggungjawab kepada anak-anak apabila berlaku perceraian. Cuma setelah berlakunya penceraian, maka anak-anak perlu dipelihara dan dijaga oleh salah seorang dari ibu bapa kerana mereka tidak lagi hidup bersama.

Hadhanah bermakna penjagaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dengan baik.

Ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan anak yang berada di bawah usia mumaiyiz. Ini kerana ibu lazimnya lebih menyayangi anak, tahu mendidik, bersabar dalam memelihara mereka, dan meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak.

Merujuk kepada kitab Subul al-Salam, seorang perempuan telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya: 

‘'Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, dalam perut akulah kandungannya, susu akulah minumannya dan ribaan aku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripadaku.”

Selepas mendengar aduan itu Rasulullah s.a.w bersabda:

“Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.”
Riwayat Abu Daud

Walaupun begitu, hak hadhanah akan telucut sekiranya si isteri itu tidak mempunyai salah satu syarat sepertimana berikut:-

“Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara, iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami, dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu, maka gugurlah hak hadhanah itu.”

Anak-anak yang sudah mumaiyiz pula diberikan pilihan untuk menentukan siapa penjaga mereka iaitu di antara ibu dan bapa.

“Bahawa Rasulullah s.a.w telah menyuruh seorang anak yang sudah mumayyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal.”
Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah

Tapi, jika anak berdiam diri, hak diberikan kepada ibu kerana kepentingan anak adalah lebih penting berbanding hak penjaganya.

Berkata Ibnu Qaiyim:

“Sesungguhnya kita menyerahkan anak kepada bapa atau ibunya bertujuan untuk menjaga kemaslahatan anak. Kalau anak tinggal bersama ibunya, maka kemaslahatannya lebih terjamin, maka anak itu diserahkan kepada ibunya, meskipun anak itu memilih bapanya kerana memang pilihan anak itu belum tepat acapkali tersalah pilih.”
Kitab Fiqh as-Sunnah

sumber : https://tazkirah.net/3-tuntutan-ke-atas-suami-yang-isteri-perlu-tahu-selepas-bercerai/

Semoga bermanfaat.

cheers.
Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

hi semua, antara biskut / kudap-kudap hari raya yang mrs pip paling suka ialah batang buruk. Batang buruk ni biasanya disalut guna tepung kacang hijau, tapi ada juga yang guna salutan susu tepung, cuma kosnya agak tinggi kerana susu tepung harganya mahal kan.

Untuk membuat batang buruk ni, kena guna teknik yang betul supaya jimat masa nak buat dan batang buruk akan kelihatan cantik. Yang menariknya, nak buat batang buruk ni, hanya perlu guna tiga bahan sahaja, dan bahan-bahannya sangat mudah didapati di pasaraya mahupun di kedai-kedai runcit.

Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja
Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

Bahan-bahan batang buruk

  • Kulit popiah (terpulang korang nak buat banyak mana, nak buat banyak belilah kulit popiah saiz paling besar 2 atau 3 pek, kalau nak buat sikit , memadai beli 1 pek kulit popiah saiz besar)
  • Tepung kacang hijau (1 pek tepung kacang hijau 300 gram cukup untuk salut 1 pek besar yang ada 40 keping kulit popiah)
  • Gula halus (mrs pip blender gula kasar sehingga halus, tapi kalau korang malas nak blender gula kasar, boleh beli siap siap gula halus atau gula icing)
  • Telur 1 biji (untuk melekatkan hujung kulit popiah yang digulung-gulungkan nanti)
  • Straw bersaiz kecil
  • Minyak masak untuk menggoreng

Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja
Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

Ini ialah tepung kacang hijau yang mrs pip guna. Ada banyak brand, mana-mana jenama pun boleh guna asalkan ianya tepung kacang hijau.

Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja
Resipi Batang Buruk Sedap Guna 3 Bahan Sahaja

Cara membuat batang buruk

1. Satu pek kulit popiah (biasanya kulit popiah ni beku dari peti sejuk kan) , dikeluarkan dari peti sejuk, dan dibiarkan seketika pada suhu bilik sehingga kulit popiah tadi boleh diasing-asingkan apabila dibuka dari plastik.

2. Asing-asingkan kulit popiah (ambil dalam 4 - 6 keping sekali) dan gunting kepada beberapa bahagian.
- mrs pip gunting kulit popiah (yang saiz besar tu) secara memanjang kepada 5 bahagian, kemudian setiap 1 bahagian memanjang tadi, mrs pip gunting lagi kasi kecil agak-agak dalam 5 bahagian.
- Gunting semua kulit popiah sehingga habis 1 pek tadi
- Sekarang anda perlu pisah-pisahkan setiap helaian kulit popiah yang sudah digunting kecil-kecil tadi.

3. Selepas kulit popiah sudah dipisah-pisahkan, guna straw berjejari kecil, atau sebarang batang yang panjang membulat untuk anda gulung-gulungkan kulit popiah tu dan gamkan hujung permukaan kulit popiah tu guna telur. Buat sehingga semua kulit popiah siap digulung-gulungkan.

Teknik mudah kerja nak pisah-pisahkan helaian kulit popiah: 
  • Biasanya kulit popiah ni bila keluar dari peti sejuk tu, dan bila kita pisah-pisahkan, kulit popiah tu agak macam basah-basah kan. 
  • Jadi, apabila anda nak pisah-pisahkan helaian kulit popiah yang sudah dipotong dalam saiz kecil-kecil tu , pastikan kulit popiah tu seakan-akan hampir kering, baru senang sikit untuk dipisah-pisahkan.
  • Dan bila hampir-hampir nak kering, kulit popiah ini juga lebih mudah untuk digulung-gulungkan dan gulungan tu akan kelihatan lebih kemas dan cantik.

4. Goreng kulit popiah tadi yang sudah dibentuk di dalam minyak sederhana panas, dan apabila kelihatan sedikit kekuningan boleh angkat dan toskan.

5. Sangai tepung kacang hijau sehingga nampak lebih kekuningan / sedikit coklat (jangan hangus pula)

6. 300gram tepung kacang hijau , mrs pip mix bersama satu setengah cawan gula halus , atau korang boleh rasa sendiri bila mix dengan gula, tepung kacang hijau tu ada rasa manis-manis. Nak lagi manis tambah extra gula dalam tepung yang dah disangai tu ok.

7. Masukkan kulit popiah yang sudah digoreng tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung kacang hijau yang dah ditambah gula, gaulkan sehingga kulit popiah tadi bersalut dengan tepung sekata, kemudian boleh angkat dan letak dalam container.

8. Lagi bagus kalau anda ada senduk yang berlubang seperti yang mrs pip guna , senang nak angkat batang buruk ni masuk container.

9. Dah siap semua kulit popiah digaulkan bersama tepung tadi, dan dimasukkan ke dalam container, maka terhasillah batang buruk sedap menanti untuk anda kudap-kudap sambil tengok drama korea! ekeke.

Anda rasa leceh nak buat? Yes, untuk 1st time buat mesti rasa leceh, tapi bila dah buat beberapa kali, percayalah mesti skill anda buat batang buruk bertambah baik, dan lepas tu anda akan cakap "alah, senang sangat nak buat batang buruk ni, tak susah mana pun" ...

Dan lagi best nak buat batang buruk sedap ini, buatlah bersama ahli keluarga. Buat ramai-ramai , seperti mrs pip buat bersama husband dan anak anak .... Iman dan Amin ditugaskan untuk pisah-pisahkan helaian batang buruk tu, manakala mr.Husband pula tolong mrs pip gulung-gulungkan kulit popiah tersebut.

Selain cepat siap, ianya juga bonding yang baik antara ahli keluarga ...

Selamat mencuba.

cheers.
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

hi semua, salam aidilfitri. Tips jadi kaya dalam 3 hari yang mrs pip temui hasil perkongsian pengguna Facebook. Nasihatnya bagaimana untuk menjadi kaya ini sangat menarik. Tiada jalan singkat untuk menjadi kaya, namun tidaklah sesukar mana untuk diamalkan. APapun, tips menjadi kaya dalam 3 hari ini mrs pip share di blog untuk peringatan diri sendiri dan semoga bermanfaat bagi semua yang membaca.

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Mari kita hayati nasihat tips jadi kaya dalam 3 hari ini. Mari kita renungkan, ada tak kita setiap hari buat perkara yang disyorkan oleh sis Fatin Harnani ini? Definisi kaya kita berbeza-beza. Apapun "KAYA" yang kita inginkan, kenalah minta bantuan Allah kan, kerana hanya DIA yang MAHA KAYA memiliki semuanya. 

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Bangun Pagi usap muka cakap thanks Allah. 
Usap seluruh badan dan bernafas dalam dalam, ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Mulakan dengan solat sunat sebelum subuh 2 rakaat dan solat subuh.

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakaat kemudian 2 rakaat lagi (4 rakaat).

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Hari ini tanam dalam diri takmau sembang dengan sesiapa takmau baca atau tulis yang bukan-bukan.

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Lepastu cakap thanks berkali kali kat ALlah sebab bagi kita tumpang di dunia.

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Bangun pukul 3.30 pagi, buat tahajud 2 rakaat kemudia ambil masa termenung fikir salah sendiri. Kenapa ujian datang dekat aku, mungkin aku pernah buat salah.

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Nak zikir dan sebut nama Allah saja. 
Sebut ulang-ulang (boleh jadi sebak tau).

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Solat di awal waktu, habis solat terus berdoa. 
Bersembang minta kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. 
Minta sungguh-sungguh.

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Hari ini tekad, kalau sapa ja minta sedekah bagi juga, walaupun 50 sen

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

call mak dan abah, bersembang dan tanya khabar walaupun hanya 5 minit.

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Buang ego dan kaji sedalamnya.
Apa salah silap kita, kalau tak jumpa mohon Allah tunjukkan.

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari
Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari

Ulang selama 3 hari berturut-turut.
Insya Allah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya!

Kredit: FB Fatin Harnani.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Tanya diri sendiri, kaya yang bagaimana kamu mahu dalam hidup kamu. Semua kita ni ada matlamat , jadi tetapkan matlamat dan mintalah dengan Allah SWT semoga dimakbulkan permintaan kamu.

Apapun, perkongsian ini menarik bagi mrs pip kerana mengingatkan kita untuk sentiasa dekat dengan Allah, sentiasa fikirkan Allah. Insya Allah kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah.

Amin.

Sila share kalau rasa entry ini menarik.

cheers.

الاثنين، 25 مايو 2020

Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita

Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita

hi semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020. Tarikh hari raya aidilfitri 2020 jatuh pada 24 Mei, cun sangat hari Ahad, so ada extra cuti sehingga hari Selasa.

Tapi, tahun ni rasanya hampir semua rakyat Malaysia berhari raya cara PKP , just stay at home kita jaga kita kerana wabak Covid-19 yang melanda satu dunia.

Walaupun kita berjaga-jaga dari serangan Covid-19, itu bukan penghalang untuk kita berhari raya dan bukan sebab untuk kita tiada mood nak celebrate hari kemenangan kita selepas berpuasa Ramadhan selama sebulan kan.

Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita
Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita

Biasalah kalau raya, mesti sinonim dengan baju raya dan menu raya. Dan tahun ni lagu raya kita jangan layan sangat. Sobs sobs nanti dengar lagu raya kan. ekeke.

Mrs Pip seperti tahun tahun lalu, baju raya memang siapkan awal-awal ... Awal tahun ni , mrs pip beli kain baju untuk suami dan anak-anak nak hantar jahit.

Baju mrs pip pula, kain tu mrs pip beli beberapa tahun lalu, tak sempat sempat nak jahit, so tahun lepas hantar jahit kat tailor. Warna a bit dark grey, fabric mix cotton satin kalau tak silap.

Mulanya nak pakai baju raya tema mustard yellow pasal mrs pip dah beli baju kurung kaler tu awal tahun, tapi bila tenung banyak kali, kaler grey lagi nampak menarik, so mrs pip beli kain pasang kaler grey la juga untuk suami dan anak-anak.

Ingat nak dark grey, tapi seller kain bagitau yang ada cuma warna grey sahaja. mrs pip bedal main beli saja warna grey ni tanpa bagitau mr.Husband. ekeke.

Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita
Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita

Fabric kain jenis SAKURA COTTON. Selesa sangat, tak panas dan senang nak iron. seperti tahun-tahun sudah, mrs pip beli kain pasang dengan TRUSTED SELLER yang FB Page dia saja ada lebih 80 ribu LIKES!

Dan ini tahun ke-tiga mrs pip berurusniaga beli kain pasang dengan seller ni.

Alhamdulillah, mrs pip hantar jahit kain awal Febuari hari tu. Memang akan hantar awal kerana di tempat mrs pip ni, tailor tak ramai, so risau nanti kalau last minute tailor jahit cincai, sebab tu hantar awal. 

Dan tailor yang mrs pip biasa hantar ni, jenis tailor yang tak suka ambil kain banyak-banyak. Dia bagitau, setiap tahun dia jahit baju memang limited, tak ambil banyak. Jahitan dia kemas, dan harga yang dia caj pun reasonable.

Dan tudung masih recycle tudung tahun tahun yang lalu pasal mrs pip still belum bertemu dengan instant shawl yang menarik di hati. Instant shawl yang mrs pip pakai tu keluaran Avilia, dan malangnya laman web mereka sudah tidak beroperasi. 

Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita
Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita

Pagi raya kita seperti biasa, mesti ambil family photos dulu sebelum memasak. Tahun ni berharap anak anak akan bagi kerjasama untuk gambar family ...

TETAPI, hurm .... susah nak dapat gambar terbaik, tapi bagi mrs pip setiap gambar yang diambil adalah cukup sempurna bagi pandangan seorang mommy.

Nanti bila anak anak dah besar, kalau dorang tanya mana gambar raya dorang yang terbaik, hah mrs pip bagi tunjuk gambar raya yang banyak aksi ntah apa apa ni ... kejap buka mulut, kejap pursed lips, kejap keluar lidah .... adeh!

Raya tahun ni , kita raya stay at home, kita jaga kita ... jangan gatal gatal nak open house ... Dan lagi satu, mukim kitorang dah ada yang positive Covid19 , dan ada family yang dah kena kuarantin! So stay safe semua ...

Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita
Cerita Our Hari Raya 2020 PKP || Stay at Home Kita Jaga Kita

Cerita makan-makan pula, mr.Husband buat nasi briyani , rendang ayam dan isi ikan masak sos tiram bersama sayur bawang.

biskut raya sedap
our Raya 2020

Dan kitorang juga ada buat sedikit kuih raya. Tahun ni kuih raya hanyalah kuih makmur , batang buruk, popiah cheese dan biskut coklat ala famous amos.

Nak resipi biskut raya, korang boleh klik resipi di bawah ni. Atau boleh bookmark siap-siap tunggu ada masa baru buat :))

Resipi batang buruk sedap guna 3 bahan sahaja tu mrs pip tak sempat nak share kat korang, nanti mrs pip dah siap tulis entry, mrs pip share ok. Sedap dan senang sangat nak buat batang buruk ni.

Dan yang nak resipi rendang ayam, bolehlah cuba
>>> Resipi Rendang Ayam (versi kurang pedas)

Kitorang celebrate raya di rumah mak mertua since rumah kami just bersebelahan, dan hanya buat gathering makan tengahari bersama mak mertua dan adik beradik mr.Husband yang tinggal just sebelah-sebelah rumah tak jauh mana pun rumah dorang bersama anak-anak buah.

Walaupun raya tahun ni versi raya PKP stay at home kita jaga kita, dan suasana raya sebenar tidak terasa sangat, tapi mrs pip sekeluarga tetap gembira meraikan hari raya dalam keadaan yang sangat minimalist.

Tahun ni juga anak-anak tiada baju raya extra, sorry kids mommy daddy tak belikan pasal risau nak shopping time-time Covid-19, so recycle pakai baju-baju melayu tahun-tahun sudah ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 PKP semua. Maaf Zahir Batin.

Hugs & Kisses.

cheers

الأحد، 24 مايو 2020

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Bayar Bil SESB Online di Shopee

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Bayar Bil SESB Online di Shopee

hi Sabahan , sekarang ni waktu PKP / MCO akibat Covid-19, jadi banyak urusan pembayaran bil dilakukan secara online termasuklah bayar bil SESB online. Mrs Pip mahu share kelebihan bayar bil SESB Online di Shopee. Sebenarnya, ada banyak cara untuk bayar bil SESB secara online, dan biasanya cara yang biasa ialah bayar bil SESB di Maybank2U / Internet Banking lain ataupun mungkin juga boleh guna BOOST.

Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

Siapa yang selalu suka shopping online di Shopee? Ok kita geng! Mrs Pip pun selalu sangat beli barang online di Shopee ni. Namun sejak PKP , mrs pip slow sikit beli barang online kerana masalah courier service yang agak lambat untuk pengeposan dan penghantaran. Bukan salah courier service lambat, tetapi keadaan semasa yang membuatkan penghantaran barang lewat dari selalunya kan.

Berbalik kepada cerita bayar bil SESB secara online, mrs pip setiap kali dapat bil elektrik SESB ni memang akan bayar di Shopee. Senang dan menguntungkan. 

Sebelum mrs pip bagitau apa yang menarik tentang bayar bil di Shopee, jom kita tengok cara-cara mudah untuk membuat pembayaran bil SESB tu ...

Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

1. Mula-mula, korang perlu buka Shopee Apps. Yang belum ada Shopee Apps tu, silalah download untuk memudahkan korang beronline-shopping di Shopee.

Kalau 1st time download Shopee Apps, boleh guna Referral Link : EMPHI222 , nanti korang boleh jimat RM8.00 untuk pembelian yang pertama (tertakluk terma dan syarat)

2. Dah buka Shopee Apps tu, bolehlah klik tanda "Deals, Top-up & Bills" seperti yang mrs pip tunjukkan di gambar atas tu.

Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

3. Kemudian, pilih "Electricity"

Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

4. Pilih Sabah Electricity. 
Selain Sabah, bil elektrik Sarawak Energy juga boleh dibayar menggunakan Shopee .

Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

5. Dah pilih Sabah Electricity, korang masukkan 12 Digit nombor akaun SESB korang, dan masukkan jumlah yang perlu dibayar.

Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

Nota: 
12 Digit nombor akaun SESB korang ialah korang boleh tengok bil korang, nampak tak yang paling bawah tu "Kod Stesen dan No. Akaun"?  Korang gabungkan ke semua nombor tu Kod Stesen+No Akaun untuk dapatkan 12 digit yang diminta (rujuk step no.5 di atas).

Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

6. Selepas korang masukkan no.12 Digit tu, dan juga jumlah perlu dibayar, korang boleh klik untuk teruskan pembayaran. Pastikan dahulu nombor akaun SESB dan jumlah yang ingin dibayar adalah betul dan tepat. Selepas itu bolehlah teruskan pembayaran.

Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

7. Sekarang korang boleh pilih nak bayar guna Shopee Wallet atau bayar bil elektrik SESB secara online banking. 

8. Klik "Pay Now" , dan anda akan dibawa ke laman web online banking anda untuk melaksanakan transaksi bayar bil SESB secara online.

Done payment!

Jadi sekarang, jom ketahui Kelebihan Bayar Bil SESB Online 
menggunakan Shopee?

1. Boleh collect COINS - lagi banyak nilai bil SESB yang dibayar,  maka lagi banyak COINS yang kamurang boleh dapat / kumpul

2. Tebus COINS - kamurang boleh tebus COINS yang kamurang kumpul di Shopee dengan barangan yang menarik, sama ada tebus untuk mendapatkan discount vouchers, atau redeem barangan lain tertakluk kepada apa yang ditawarkan di Shopee bersamaan dengan COINS yang kamurang ada.

Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

buat masa ini, mrs pip hanya ada 327 Coins, dan mrs pip boleh redeem item seperti Amazing Graze Free Granola Snack dengan 150 Coins, ataupun redeem Buy 1 Free 1 Hong Kong Milk Tea / Coffee / Ying Yong on Ice Bed guna 100 Coins.

3. Kumpul CASHBACK - Kamurang juga boleh KUMPUL CASHBACK, iaitu sedikit pulangan duit yang diberikan setiap kali kamu shopping online. 

Untuk CASHBACK, sesiapa yang guna SHOPBACK apps sebelum ini, dukacita dimaklumkan Shopee dan Lazada sudah tidak tersenarai di dalam SHOPBACK.

Namun, kamurang boleh kumpul CASHBACK setiap kali shopping atau bayar bil di Shopee dengan menggunakan My Smart Shopper Apps.

Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

My Smart Shopper apps ni kamurang boleh download di Google Play dan register untuk LOGIN dan setiap kali kamurang shopping di Shopee, kamu klik dulu My Smart Shopper , kemudian baru klik Shopee, kemudian tunggu untuk kamu dibawa ke Shopee apps. 

Selepas itu, kamu bolehlah beronline shopping atau bayar bil SESB di Shopee seperti biasa. Sambil shopping di Shopee melalui My Smart Shopper, sambil kumpul CASHBACK.

Apa itu Cashback? Tak fahamlah!

Untuk yang SELALU RAJIN SANGAT beli barang secara online, atau suka tempah tiket kapal terbang dan hotel contohnya, kamu akan dapat sedikit pulangan wang sekiranya kamu guna apps yang berikan CASHBACK.

boleh klik entry mrs pip tentang CASHBACK terkumpul yang mrs pip dapat selama beronline shopping. Kumpul sikit sikit, lama-lama jadi banyak kan, lepas tu boleh withdraw masuk akaun bank sendiri. Yeah!

#1

Kelebihan shopping secara online melalui SHOPBACK

#2

Penjimatan shopping online guna SHOPBACK

#3

Berjaya CASHOUT duit di SHOPBACK , lajunya 3 hari duit dah masuk bank!

untuk My Smart Shopper ni, mrs pip still baru guna selepas Shopee dan Lazada withdrawn dari Shopback, so still tak kumpul any cashback lagi ya. 

Untuk SHOPBACK pula, mrs pip memang dah lama guna untuk online shopping selain di Shopee dan Lazada, mrs pip juga shopping barang Althea, Hermo, dan Zalora dan akan dapat cashback setiap kali guna.

Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee
Kelebihan Bayar Bil SESB Online di Shopee 

Buat masa ini, cashback terkumpul yang mrs pip ada di Shopback ialah RM259.86 dan mrs pip berjaya withdraw duit cashback ni sebelum ini (sila rujuk entry #3 di atas) , dan akan withdraw lagi nanti bila cashback cecah RM300, teehee.

Jadi kamurang yang bayar bil SESB tu, sila bayar di Shopee tau. Boleh dapat COINS, kemudian kumpul COINS banyak banyak untuk redeem barang yang sesuai dengan nilai COINS kamurang. Dan boleh juga dapat CASHBACK kalau kamurang guna My Smart Shopper apps tu. 

Nah, siapa yang mau bagi cashback kan. Kalau biasa bayar di online banking, kalau harga bil RM50.00, maka RM50.00 lah kamurang bayar, tapi tiada coins untuk redeem barang kan atau teda sebarang cashback pun kena bagi. 

Ini cara mrs pip kumpul sikit sikit duit sampingan beli barang online. Jadi, mari kita jadi bijak pengguna. 

cheers.

الجمعة، 22 مايو 2020

Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu , Sedap & Mudah Disediakan

Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu , Sedap & Mudah Disediakan

hi semua, nak share dengan korang resipi ikan gerunggong masak taucu sedap dan mudah disediakan. Biasanya ikan gerunggong ni sedap kalau dibakar begitu sahaja kemudian dicicah bersama kicap dan perahan limau serta sedikit lada  /cili padi ataupun bersama sambal belacan. Selain dibakar, biasanya mrs pip hanya goreng bersama lapisan tepung jagung sahaja.

Beberapa hari lepas, since rasa macam bosan pula balik-balik makan ikan gerunggong goreng / bakar, jadi mr.Husband bilang kita masak taucu sajalah ikan ni. Masak taucu kan senang, ndak banyak bahan mau guna, dan kami pun memang suka makan ikan masak taucu, cuma selalunya guna ikan lain, tapi kali ni guna ikan gerunggong. 

Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu , Sedap & Mudah Disediakan
Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu , Sedap & Mudah Disediakan

mrs pip ndak tahu kalau kamurang panggil ikan ni dengan nama yang lain. Cumanya kalau di sini, ikan ni memang dipanggil ikan gerunggong. Harga ikan ni pun murah juga, sekilo sekitar RM8.00 kalau ndak silap.

oh ya, puasa semakin menghampiri ke penghujung. Kita pun insya allah ndak lama lagi sambut raya. Memandangkan kita semua masih dalam PKP, maka raya tahun ni duduk diam di rumah masing-masing ok. Jangan suka hati merentas daerah / negeri tanpa keperluan terdesak. Mari kita jaga kita. 

Kuih raya kamurang sudah buat? Kami baru start membaking kuih raya. 1st kuih yang siap ialah kuih makmur. Nah resipi >>> kuih makmur tanpa minyak sapi  ... mrs pip kalau buat kuih makmur, ndak guna minyak sapi, just guna planta saja .. rasa kuih makmur tu not bad, ok saja. 

Coming soon mau buat biskut coklat dan batang buruk ... Insya allah nanti mrs pip share resipi ya untuk batang buruk tu. Guna 3 bahan sahaja. Batang buruk ni ada banyak versi orang buat, tengok mana satu versi yang korang suka, bolehlah cuba nanti.

Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu , Sedap & Mudah Disediakan
Resipi Ikan Gerunggong Masak Taucu , Sedap & Mudah Disediakan

Dan jom kita tengok 
bahan-bahan dan cara menyediakan ikan gerunggong masak taucu.

  • 2 ekor ikan gerunggong dibersih dan diperap seketika dengan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil lada putih, 
  • Kemudian digoreng sehingga masak 
  • Letak di atas piring hidang.
  • Tumis 1 biji bawang besar dipotong dadu, 2 ulas bawang merah dan bawnag putih dan 1 inci halia yang telah ditumbuk.
  • Masukkan 4 sudu besar taucu dan 1 sudu kecil pati ikan bilis dan setengah cawan bancuhan air dengan 1 sudu kecil tepung jagung. Gaul seketika.
  • Boleh letak sedikit garam / sos tiram kalau perlu.
  • Tuangkan bahan masak tadi pada ikan gerunggong yang telah dimasak tadi. 
  • Siap dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.
Senang sahaja kan mau masak ikan gerunggong masak taucu ni. Kalau kamurang kehabisan idea mau masak menu ikan, maka kamu boleh guna idea masak taucu untuk ikan kamu ok. Selain ikan gerunggong masak taucu ni sedap , ianya juga sangat sangatlah bah mudah untuk disediakan.

Yang masak ni seperti selalu, mr.Husband lah yang masak. Akak tumpang makan saja. Ekeke.

Selamat memasak.

cheers.

الخميس، 21 مايو 2020

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

hi there, mrs pip tukar template blog, dan bila tukar template maka bloglist pun hilang. Masalah pula timbul mrs pip tidak tahu macam mana mau buat bloglist baru boleh scroll up and down. Sebelum ni blog diedit oleh designer blog , siap-siap minta bloglist tu boleh scroll up and down. Tapi hari tu time tukar template, terlupa pula minta agar bloglist yang ada di blog dikekalkan ...

Tapi tidak mengapa, benda-benda edit simple seperti ini, mesti ramai yang tahu macam mana nak edit-edit kan, so bila tanya geng biters, maka blogger MF yang edit template terbaru mrs pip ni share coding dari blog Lyssa Secret.

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down
Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

Terima kasih MF sharekan coding mudah ini, dan terima kasih Lyssa kerana rajin buat tutorial untuk blogger lain guna. So kita tepeklah di sini coding yang diberikan tu untuk rujukan di masa akan datang, dan manalah tahu ada blogger lain yang perlukan tutorial buat bloglist boleh scroll up & down ni, maka korang pun boleh rujuk kat sini ya. 

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down
Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

Kalau korang tengok cara yang dikongsi oleh Lyssa, memang senang sangat. Korang hanya perlu masuk ke blog, dan klik Theme, lepas tu klik Edit HTML.

Lepas dah klik Edit HTML, pastikan korang jumpa "Jump To Widget"

Lepas tu scroll cari Bloglist

Macam mrs pip cuma ada 1 sahaja senarai bloglist di blog, jadi mrs pip klik "BlogList1"

Lepas dah jumpa Bloglist1, korang klik ya, then korang mesti akan jumpa coding <div class='widget-content'>

Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down
Tutorial Buat Bloglist Boleh Scroll Up & Down

once korang dah jumpa coding <div class='widget-content'> , korang ganti dengan coding yang disarankan oleh Lyssa seperti gambar di atas tu ...

Masukkan coding ni tau:-

<div class='widget-content'
style='overflow:auto;width:ancho;
height:200px;'>

Untuk saiz height blog mrs pip, 200px tu mrs pip ganti dengan 400px , then baru nampak ok. Depends dengan blog korang nak guna tinggi height bloglist tu berapa banyak. Korang cuba dulu dengan 200, kemudian 400, kemudian 600 , tengok mana yang ok dengan blog korang.

Dan sebelum korang SAVE theme korang tu lepas perubahan, pastikan korang PREVIEW THEME dulu, tengok ok atau tidak ... kalau dah OK, baru save ya.

Selamat mencuba.

cheers.

الأربعاء، 20 مايو 2020

30 Idea Dekorasi Cantik Katil Bertingkat Untuk Bilik Tidur Anak Bagi Ruang Bilik Kecil

30 Idea Dekorasi Cantik Katil Bertingkat Untuk Bilik Tidur Anak Bagi Ruang Bilik Kecil

hi there, menariknya idea bilik tidur menggunakan katil bertingkat bagi ruang bilik yang kecil. Ianya bukan sahaja jimat ruang, tetapi boleh memuatkan beberapa orang anak di dalam satu bilik yang kecil. 

Kerana rumah kami hanya ada dua bilik sahaja, dan saiz bilik agak kecil untuk memasukkan banyak perabot, maka mrs pip perlukan solusi kepada masalah ruang bilik tidur yang sempit. Salah satu idea untuk ruang yang sempit ialah dengan menggunakan katil bertingkat untuk bilik tidur anak-anak mrs pip.

30 Idea Katil Bertingkat Untuk Bilik Tidur Anak Bagi Ruang Bilik Kecil

Mrs Pip dalam perancangan untuk bercerai susu dengan Nami, dan sebaik sahaja Nami berjaya bercerai susu, maka dia akan dipindahkan untuk tidur bersama Iman dan Amin. 

Namun, bilik kecil Iman dan Amin tidak memungkinkan untuk kami menambah extra single bed bersebelahan queen bed mereka, dan solution terbaik untuk ruang tidur kecil mereka ialah dengan penggunaan katil bertingkat.

Ada banyak katil bertingkat yang dijual di kedai perabot, namun dari segi design pula tidak semua design mampu memenuhi citarasa anda. Mungkin dari segi pemilihan material, warna, saiz dan sebagainya perlu diambilkira untuk disesuaikan di dalam bilik anak-anak.

Dan yang paling penting bagi mrs pip, pemilihan katil bertingkat perlulah mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk menghalang anak anak jatuh dari paras yang tinggi ketika menggunakan katil tersebut.

Gambar di atas ini, adalah yang mrs pip sedang fikirkan untuk digunakan di bilik Iman dan Amin.
Single bed di atas, dan queen bed dibawah.

Kalau anda juga seperti Mrs Pip yang tengah mencari idea susun atur bilik anak bagi ruang yang kecil, ada banyak idea katil bertingkat yang dikongsi oleh ramai di  Google / Pinterest, dan di sini hanyalah sebahagian 30 idea katil bertingkat yang menarik, cantik, simple, kemas yang mrs pip kongsikan untuk tatapan anda..

Selain katil bertingkat perlulah selamat, dan teguh buatannya, pemilihan katil bertingkat juga perlualah praktikal untuk kegunaan anak anak dan boleh digunakan untuk jangkamasa yang lama.

Nota: Rambang mata tengok segala macam design yang cantik untuk katil bertingkat bilik tidur anak kan , hehe.

cheers.
Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done