hi there, sedapnya nasi ayam di Restoran 1 Malaysia Beaufort. Ini cerita last 2 weeks kami pigi Beaufort pasal mr.Husband mau beli tools untuk mini project buatkan Iman "rumah bunga". Alahai, Iman sekarang ni kaki bunga tau, sikit sikit mau tanam bunga. Rajin betul Iman jaga bunga bunga yang kebanyakkannya mak mertua bagi ... since segala pokok bunga pun sudah banyak, jadi mr.Husband mau buat "rumah bunga" yang lebih elok untuk Iman letak bunga bunga dia semua.
Jadi, sesekali mrs pip makan di luar dan biasanya memang prefer makan nasi ayam memandangkan anak anak memang suka nasi ayam.
Sedapnya nasi ayam di Restoran 1 Malaysia, Beaufort |
Di Beaufort ni, banyak kedai makan yang sediakan nasi ayam. Restoran 1 Malaysia ni salah satu kedai makan yang ada nasi ayam. Pertama kali makan nasi ayam di restoran ini, biasanya ambil menu lain, tapi hari tu rasa macam mau mencuba nasi ayam di sini.
Ok atau tidak?
Pip Family |
mrs pip suka makan di sini kerana kawasannya nampak bersih dan tempat letak kereta tu ada bumbung, so kalau parking time hujan pun tiada masalah takkan basah bila keluar dari kereta. Layanan pun cepat pantas dan harga pun affordable.
mrs pip bukannya pakar review makanan. Tapi bagi seorang mrs pip, kalau makan sampai piring licin dan siap licinkan semua makanan di pinggan anak-anak, maka memang sedaplah jawapannya. Haha, besar kecik besar kecik jak mr.Husband hari tu tengok perangai wife dia licinkan semua makanan atas pinggan.
ekekeke, sedap bah. Suka kicap yang dorang mix dengan ayam tu. Sup yang disediakan pun sedap. Nasi pun masak elok dan rasa sedap. Siap request satu nasi tambah lagi :))
Tu sajalah nak share cerita makan nasi ayam di Restoran 1 Malaysia Beaufort. Gambar ndak snap banyak pun, ni pun nasib baik ingat nak snap sebelum makan. Biasanya lepas dah makan baru ingat mau snap gambar, haha #notafoodieblogger .
cheers.
13 تعليقات
haha..sedap sangat tu sampai tolong licinkan yang dlm pinggan anak2..haha..ptt mr hubby tengok kecik besar wife dia..haha
ردحذفHahaha, Tak tau la sedap sangat ke apa ni sampai Tak sedar diri makan banyak Hari tu ...
حذفsedapnya nampak... weh bilalah boleh gi sabah ni... =D
ردحذفhaha, biasa2 saja ni awa....
حذفkot2 I terlebih lapar ni.
nasib baik dah makan, kurang sikit rasa lapar ahahha
ردحذفalah, ray kalau makan byk pun still kuyus lagi,
حذفkak pip ni dah mcm belon nnt.
mmg sedap lah tu kalau semua pinggan dilicinkan 😄😄
ردحذفhaha, sedap lah ba ni kunun.
حذفndak pun mungkin hormon ndak stabil ..ekeke.
my favourite nasi ayam
ردحذفkak pip pun suka nasi ayam.
حذفahhh sedapnya..dah lama tak makan nasi ayam. nak kena order ni..hehe
ردحذف♕ Tiara Sapphire ♕
Kak Pip, Ruby pun suka nasi ayam. Hehe.
ردحذفBesar kecik besar kecik je suami Kak Pip tengok ya. Bila si isteri habiskan makanan pinggan anak². Hahahaha.
Tak nak membazirrr. Gituu.
Done follw sini #438
Alamak.. terlapar pula lepas baca entry ini..
ردحذفTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.