Edisi #40

hi there, very alhamdulillah .... 2 minggu lalu, pada tanggal 18 Feb hari tu, mrs pip genap berusia 40 tahun , dah masuk 4 series dah ... bukan semakin tua, bukan juga jiwa maintain muda tetapi hati dan jiwa semakin berusia dan semakin hampir dijemput sang pencipta ... ini pasti.

banyak lagi perkara yang mrs pip belum berjaya selesaikan .. wishlist panjang berjela tetapi keinginan untuk mahu memiliki pelbagai benda semakin berkurangan ... nowadays, just feeling grateful with everything I have. 

banyak yang dilalui, pelbagai ujian dihadapi, dan sampai satu saat tu hampir hampir depresi dan berputus asa dengan hidup sendiri, namun Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ... pada waktu rasa putus asa sebenar itu datang, Allah berikan pertolongan yang diperlukan.

ada perkara yang sukar untuk dikongsi , semua simpan sendiri dan nampak life mcm normal, padahal tengah strunggle untuk hidup tanpa depresi


semoga Allah panjangkan usia kita semua, dan sebelum kita menemui sang Pencipta Agung, semoga hidup ini digunakan sebaik-baiknya T_T

Allah, jadikan aku hambamu yag sentiasa mensyukuri nikmatmu, dan jadikan aku hambamu yang sentiasa bersabar da bersangka baik denganmu pada setiap nafas yang dihembuskan.

doa yang baik baik saja. semoga hidup ini sentiasa indah.

cheers.

إرسال تعليق

10 تعليقات

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.