Review KBS Drama Special : If We Were a Season

hi there, layan melo drama pula dari KBS Drama Special bertajuk If We Were a Season ... drama ini dibintangi oleh Chae Soo-Bin, Jang Dong Yoon, dan dibantu oleh Jung Jin-Young (B1A4) , mengisahkan mengenai dua sahabat yang membesar bersama dan sentiasa bersama, sehinggalah pada satu hari tu datang pelajar baru ke sekolah mereka dan menggugat persahabatan yang terjalin sekian lama ....



Pelakon:-
Chae Soo-bin as Yoon Hae-rim
Jang Dong-yoon as Uhm Gi-seok
Jinyoung as Oh Dong-kyeong

Hae Rim dan Gi Seok dilahirkan pada tarikh yang dan tahun yang sama, mereka berjiran dan dari kecil lagi mereka bersekolah di sekolah yang sama sehinggalah mereka meningkat remaja. hubungan persahabatan mereka sangat erat dan walaupun berlaku pertengkaran antara mereka, namun mereka berdua tidak pernah memutuskan persahabatan ... mereka berdua sangat mengambil berat di antara satu sama yang lain ....

satu hari tu, Hae Rim dan Gi Seok datang lewat ke sekolah, jadi mereka terpaksa memanjat pagar belakang sekolah untuk menyusup masuk ... mereka terserempak dengan pelajar yang baru sahaja berpindah ke sekolah tersebut sedang ingin merokok. dan ketika mereka masuk ke kelas, guru kelas memperkenalkan mereka dengan pelajar baru bernama Dong Kyeong, pelajar yang mereka temui  mereka memanjat pagar pagi tadi. 

ke mana sahaja Hae Rim pergi, pasti Gi Seok ada bersamanya, dan begitulah juga sebaliknya. setiap hari Hae Rim akan menghabiskan masanya belajar di perpustakaan sehingga lewat malam, dan satu malam tu Gi Seok tidak dapat menemankan Hae Rim kerana kurang sihat.

Dong Kyeong yang mula jatuh hati dengan Hae Rim pada malam tersebut menunggu Hae Rim di luar perpustakaan dan kebetulan malam tu hujan, Dong Kyeong mengajak Hae Rim untuk berjalan kaki pulang dan meminta Hae Rim untuk membiarkan sahaja basikal Hae Rim parking di kawasan perpustakaan. 

ketika sampai di depan rumah Hae Rim, Dong Kyeong berterus terang yang dia menyukai Hae Rim, namun Hae Rim sukar untuk menerima perasaan Dong Kyeong. satu hari tu, Hae Rim mendapat tahu bapanya mempunyai hubungan dgn wanita lain, jadi Hae Rim mengintip pergerakan bapanya untuk mengetahui siapakah wanita berkenaan ... Hae Rim memberitahu Gi Seok yang dia akan bertemu rakannya yang lain yang tidak dikenali Gi Seok agar Gi Seok tidak mengikutinya dan berasa curiga dengan Hae Rim, sedangkan Hae Rim sudah pun merencana untuk menyiasat siapakah wanita lain yang mempunyai hubungan cinta dgn bapanya.

di tempat bapanya bertemu wanita tersebut, muncul pula Dong Kyeong, dan membuatkan Hae Rim terkejut. rupa rupanya, bapa Hae Rim bertemu ibu Dong Kyeong atas urusan jual beli nota piano yang sukar untuk dimiliki. Hae Rim berasa lega bila mendapat tahu bapanya cuma ingin membeli nota piano tersebut, tapi bukanlah mempunyai hubungan cinta. begitu juga dengan Dong Kyeong yang menyangkakan ibunya mempunyai hubungan dgn lelaki lain ... mereka kemudian meninggalkan kawasan tersebut dan pergi ke tepi pantai untuk mengisi perut yang lapar dan Hae Rim balik agak lewat malam itu dan didapatinya Gi Seok ada di rumahnya, tapi Hae Rim hanya buat biasa biasa seolah olah tiada apa yang berlaku walaupun Gi Seok tahu ada sesuatu yang tidak betul dengan Hae Rim.

pada malam harijadi ibu Hae Rim, Gi Seok meminta Hae Rim untuk bertemunya di taman pada jam 10 malam. Gi Seok sedar yang dia sudah jatuh cinta dengan Hae Rim dan ingin berterus terang. bapa Hae Rim menghadiahkan ibu Haerim selendang, seperti tahun tahun kebiasaannya, dan ia membuat Hae Rim sedikit hairan kerana menyangkakan akan menghadiahkan nota piano yang dibeli dari ibu Dong Kyeong ... kepada siapakah nota piano itu dihadiahkan?

pada malam yang sama selepas sambutan hari jadi ibu Hae Rim, Hae Rim teringat akan guru pianonya, dan merasakan bapanya mempunyai hubungan dengan guru piano tersebut dan sangkaannya ternyata benar. dan pada masa yang sama, Dong Kyeong yang kebetulan tertinggal selendang di kelas piano kembali ke kelas untuk mengambil selendang tersebut dan terdengar semua perbualan antara guru piano mereka , bapa Hae Rim dan Hae Rim.

Hae Rim teringat janjinya dengan Gi Seok untuk bertemu di taman, namun sebaliknya Hae Rim hanya memandang Gi Seok dari jauh dan meninggalkannya. Hae Rim bertemu Dong Kyeong secara kebetulan dan dia sedar dia juga jauh cinta dengan Dong Kyeong ... Gi Seok yang sudah lama menanti Hae Rim akhirnya berjalan pulang dan ternampak Hae Rim dan Dong Kyeong dari jauh ... hatinya terguris dengan apa yang dilihatnya ...

persahabatan Hae Rim dan Gi Seok goyah. Gi Seok semakin menjauhkan diri daripada Hae Rim, manakala Hae Rim selalu berharap yang Gi Seok akan kembali seperti dulu ... kesudahannya? ending sedikit sedih la juga, hati tisu kan, so keluar juga air mata ... tu la layan sangat perasaan tengok drama ni... Hae Rim akhirnya bercadang ke Seoul untuk menyambung pelajaran dan Gi Seok tanpa di duga datang menemui Hae Rim untuk bid farewell kepada Hae Rim ... 

cinta itu mungkin bukan milik mereka,
namun persahabatan yang terjalin sekian lama sukar untuk dilupakan 
happy watching everyone.

cheers.

إرسال تعليق

5 تعليقات

  1. ada satu kbs drama special yg saya suka sgt tajuk dia Bride in Sneaker, try la tgk..hihi

    ردحذف
  2. Ana skrg tgh layan black knight. Best pula rasanya. Mrs pip tgk x?

    ردحذف
  3. huhu...nak kena sedia tisu banyak la nii..hehe

    ردحذف
  4. sinopsis menarik..tapi ending sedih yea...saya kalau boleh tak nak tonton yang ending sedih ni..

    ردحذف
  5. Cerita Korea ke ni.. cerita Korea mmg makin best la skrg

    ردحذف

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.