hi there, diam tak diam, lagi beberapa hari kita yang beragama Islam akan menyambut bulan Ramadhan, antara bulan bulan yang sangat dinanti-nantikan, bukan sahaja oleh mrs pip tapi juga oleh segenap umat Islam ....
sebut saja Ramadhan, selain berpuasa seharian dan mengerjakan sembahyang tarawih, kita juga akan 'busy' berbicara tentang menu berbuka puasa / iftar ... kalau mrs pip ni, of course la lebih suka memasak di rumah, mencuba menu baru atau memasak menu yang jarang sangat disajikan pada hari hari biasa T_T
hah! mr.Husband tu kekadang cakap "oooooo, time puasa ja la baru dapat makan menu ni, menu tu" ..... cenggitu la mrs pip ni, kalau yang simple2 bolehlah masak hari2, tapi kalau yang complicated sikit, tu diaaaaa , cuma akan masak pada hari2 istimewa jer lah ....
mrs pip ni kalau sebut ja menu berbuka puasa, ni antara yang sangat disukai, bihun kari udang. kalau tak suka bihun, boleh jer guna mi kuning tu T_T , ikut selera masing masing ... aiseh sesekali masak menu cenggini mencari kelainanlah katakan ...
menu sedap berbuka puasa |
mrs pip kongsikan resepi
Resepi : Bihun Kari Udang (untuk hidangan 4 orang)
Bahan-Bahannya :-
Bihun 200gm
(direndam terlebih dahulu menggunakan air pada suhu bilik sehingga lembut)
12 ekor udang sederhana besar - tanpa kepala
12 kepala udang - direbus untuk dijadikan stok
2 biji
tomato dipotong 4 bahagian setiap satu
Bawang merah
Bawang putih
2 sudu besar
udang kering
8 helai daun
kari
8 potongan
kecil baby corn (boleh gunakan babycorn dalam tin) - boleh tambah kuantiti kalau suka
8 biji
button mushroom (boleh gunakan mushroon dalam tin) - boleh tambah kuantiti kalau suka
4 batang kacang panjang dipotong sekitar 1 inci panjang
4 biji tauhu dipotong
4 - 6 bahagian setiap satu tauhu
3 sudu besar serbuk kari udang
/ ikan - kalau suka pedas, boleh tambah extra
1 sudu kecil
serbuk kunyit
½ sudu kecil
serbuk lada putih
Garam,
serbuk Knorr Pasti Sedap & gula secukup rasa
Cara-caranya :-
1/ Bahan Tumbuk
a/ Bancuh 3 sudu kari udang / ikan di gaul dengan air
sehingga sebati.
b/ Tumbuk 2 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih
c/ Basuh dan tumbuk 2 sudu udang kering
2/ panaskan kuali dan masukkan 5 sudu minyak masak. Apabila minyak telah panas masukkan bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan udang kering kemudian masukkan bancuhan kari udang, serbuk kunyit dan serbuk lada putih. tumis dan gaul sehingga naik baunya.
3/ Masukkan daun kari, button mushroom, baby corn dan kacang panjang. Gaul seketika dan masukkan air rebusan udang, kemudian ditambah 3 mangkuk air. biarkan sehingga mendidih. Masukkan tomato, tauhu, udang. biarkan mendidih seketika dan masukkan perasa iaitu garam, serbuk Knorr Pasti sedap, dan gula secukup rasa.
hint: air yang dimasukkan cukup untuk 4 orang makan
4/ Bihun yang telah direndam tadi (yang sudah dilembutkan) dibahagikan ke dalam 4 mangkuk. masukkan kuah yang sudah dimasak bersama bahan-bahan yang lain tadi (item #3) dibahagi sama rata ke dalam mangkuk yang sudah berisi bihun tadi..
hint: Bagi yang ingin lebih pedas boleh tambahkan dengan cili padi potong.
menu sedap berbuka puasa |
jadi, inilah menu sedikit ringkas untuk berbuka puasa yang mrs pip kongsikan .... rasa-rasanya, senang tak nak buat? .....
Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers
12 تعليقات
wow mcm sedap.. boleh try nanti ni. Goodluck juga utk contest tu :D
ردحذفTQ Awa... and you too, goodluck juga utk contest tu ;)
حذفsedapnye!!! all the best utk contest!
ردحذفTQ IQ ... IQ tak nak join ke contest Lazada ni?
حذفnampak sedap! sebab elsa tak makan udang em elsa tengok jelah hahaha. goodluck mrs pip :*
ردحذفoooo tak makan udang ke ;(
حذفTQ. Eh Elsa tak join contest ni?
nampak sedap danmudah menunya tu..
ردحذفsemoga berjaya mrs pip
TQ Aryan...
حذفNampak menyelerakan hidangan bihun kari tu :)
ردحذفSesekali tukar2 selera di bulan puasa, hehe...
حذفkalau sy rajin, boleh try resepi ni utk iftar nnt 😁
ردحذفSedapnya.. Tak sabar pula nak memasak.. hehehe
ردحذفTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.