MrsPip || The Reviewer
News Update
Loading...

Thursday, 18 June 2020

Tips Atasi Masalah Blog Re-Directs Ke Laman Web Meragukan (Malicious Website)

Tips Atasi Masalah Blog Re-Directs Ke Laman Web Meragukan (Malicious Website)

hi semua, beberapa waktu lalu, mrs pip ada menulis mengenai 14 sebab punca trafik blog menurun. Dan di antara salah satu sebabnya ialah mungkinkah blog berjaya dihack sehingga sering re-directs ke laman web perjudian sehingga ramai yang merasakan tertipu setiap kali buka blog mrs pip. 

Well, tiada sesiapa yang mahu melawat laman web yang meragukan, apatah lagi laman web tersebut merupakan laman web perjudian mahupun mengandungi X-Rated web.

Tips Atasi Masalah Blog Re-Directs Ke Laman Web Meragukan (Malicious Website)

Sangat menyakitkan hati setiap kali buka blog sendiri, sering dibawa ke pautan yang tidak sepatutnya. Mrs Pip ada meluahkan masalah kepada seorang blogger otai yang nampaknya sudah agak lama tidak menulis di blog, namun masih sudi berikan pendapat mengenai masalah blog mrs pip.

Dan selain itu, ada juga blogger lain yang berikan pendapat mengikut pengalaman yang mereka pernah lalui berkaitan blog re-directs ke laman web yang meragukan (malicious website).

Sekadar berkongsi dengan kamu semua, manalah tahu ada di antara blogger sekalian yang juga mengalami masalah yang sama seperti apa yang mrs pip lalui.

Hish, buat apalah mau hack blog mrs pip ni, masih lagi merangkak untuk perbaiki blog. Masih lagi belum mampu untuk monetizekan blog sepenuhnya.

Tapi sebelum itu, mrs pip google cari 3rd party website yang boleh bantu periksa status blog, manatau ada masalah malware ataupun memang ada masalah lain seperti DNS Hijacking (ceh, macamlah blog ni nilainya juta-juta ringgit sampai ada yang mahu hijack).

Tips Atasi Masalah Blog Re-Directs Ke Laman Web Meragukan (Malicious Website)


mrs pip guna laman web https://sitecheck.sucuri.net/results/www.mrspip.com  untuk ambil tahu status blog. Dan nampak keputusan scanning mengatakan tiada malware detected, tiada injected spam detected, mahupun defacement (kecacatan) detected. 

Tapi untuk website blacklist statust, McAfee dah blacklist domain mrs pip katanya tidak selamat untuk dilawati. Tapi kita chill chill sajalah.

Tips Atasi Masalah Blog Re-Directs Ke Laman Web Meragukan (Malicious Website)

Manakala kalau menggunakan https://transparencyreport.google.com/ , nampaknya blog mrs pip ni aman untuk dikunjungi. Jadi, tiada masalah malware atau spam dan sewaktu dengannya untuk blog mrs pip. 


Ikut Cakap Pakar Cik Google Transperancy Report
bahawa blog ini nyaman untuk dikunjungi.
yeah.

Dan ini apa yang mrs pip lakukan, mengikut nasihat mereka yang berpengalaman dan juga nasihat nasihat mereka yang banyak menulis mengenai keselamatan laman web :-

  • Buang widgets / plugins luar - Paling senang, kita cuba cuba dulu buang semua external widgets mahupun plugins yang ada di blog. Manalah tahu widgets dan plugins diskripkan dengan arahan untuk re-directs ke laman web lain tanpa pengetahuan kita, melainkan kamu memang faham baca skrip programming untuk widgets/plugins yang kamu install.
  • Buang mana-mana skrip (e.g. javascripts) yang kamu rasa suspicious. Sekali lagi, mrs pip ndak reti baca bahasa programming ni. Tapi, sangat kebetulan sewaktu mrs pip periksa link blog di Google Search Console, ada satu skrip tu menghalang untuk Googlebot masuk crawl ke blog.
Makanya, mrs pip pigi delete sajalah javascripts tersebut. Kemudian baru teringat yang skrip ni dulu blogger otai yang sorang lagi pernah suruh delete tapi terlupa sekian lama.
  • Tukar password blog. 
  • Buat laporan ke service provider yang sediakan domain. Macam mrs pip guna NetKL untuk beli domain, maka minta NetKL tolong tengok-tengokkan kalau-kalau ada percubaan untuk DNS Hijack.
NetKL menyatakan tidak mungkin ada DNS Hijack memandangkan sekuriti Blogger.Com agak kuat. NetKL menyarankan untuk membuang widgets dan plugins dan hanya re-install setelah masalah selesai. Dan juga mungkin perlu tukar theme kerana theme yang digunakan bermasalah.
  • Ada seorang blogger bagitau, kena re-install semula template yang kita guna. Fuh! mrs pip mana pandai mau edit edit template. Lagi-lagi mau cari template sebelum ni yang mrs pip guna. Alahai. Dahlah template yang mrs pip guna sekarang ni template beli, rasa macam rugi pula untuk tukar balik template lama tu. 

Jadi, mrs pip buang widget / plugins, buang javascripts seperti yang dinyatakan di #2, dan tukar password blog. Untuk tukar theme / template ni, nantilah dulu. Kita hold tengok macam mana.

Harap-harap selesailah masalah re-directs ke laman web meragukan ni. Biasanya blog akan re-directs ke CDNGATEAWAY.NET ! hiks. Lepas tu beberapa saat kemudian akan masuk laman web perjudianlah, pengiklananlah, dan gaminglah ... aiyo.

Beberapa hari ni, nampaknya masalah re-directs ni dah settle, tapi entahlah sama ada betul-betul selesai ataupun akan datang balik. Harap-harap settled sepenuhnya.

Lepas ni , nak try pula mansuhkan broken link pada page / artikel. Untuk hapus broken link pada user profile di bahagian komen, part ni kena cari jalan lain pula. Takkan nak delete semua user profile yang komen di blog kan.

Apapun, semoga blog kembali sihat seperti sediakala.

Thanks for reading, semoga bermanfaat.

cheers.

Tuesday, 16 June 2020

Beli Rotary Sander JoustMax di Shopee Dengan Harga Affordable

Beli Rotary Sander JoustMax di Shopee Dengan Harga Affordable

hi semua. Review tools rotary sander jenama JoustMax yang dibeli di Shopee untuk kerja-kerja melicinkan permukaan dinding sebelum kerja mengecat dilakukan dan untuk kerja-kerja kayu juga. Rotary Sander ni dibeli untuk kegunaan mr.Husband, kononnya dia nak mengecat semula dinding bilik anak, tapi dia unhappy sebab sebahagian dinding tu permukaan agak kasar, jadi dia berhasrat nak licinkan dulu mana-mana permukaan yang tak sekata dan kasar.

Beli Rotary Sander JoustMax di Shopee Dengan Harga Affordable
Beli Rotary Sander JoustMax di Shopee Dengan Harga Affordable

mrs pip sebenarnya dua hati sama mau beli atau tidak. Barangan elektrik kan, kalau rosak nanti kena pulangkan semula, malas pula nak lalui proses pemulangan. 

Once rotary sander sampai di tangan, terus suruh mr.Husband T&C (testing and commission) , nak tengok tools ni functioning ataupun tidak. Alhamdulillah, rotary sander berfungsi dengan baik.

Beli Rotary Sander JoustMax di Shopee Dengan Harga Affordable
Beli Rotary Sander JoustMax di Shopee Dengan Harga Affordable


Ni gambar atas, tengah testing ok atau tidak, selain tu nak rasa juga sewaktu pegang tu selesa atau tidak dan nak tahu juga sama ada bahagian vakum tools ni boleh sedut habuk dengan berkesan atau sekadar so-so sedut habuk sahaja.

Beli Rotary Sander JoustMax di Shopee Dengan Harga Affordable
Beli Rotary Sander JoustMax di Shopee Dengan Harga Affordable


Secara jujurnya, mr.Husband bagitau, rotary sander ni bukan untuk kerja-kerja heavy duty macam kau baru buat bangunan besar lepas tu nak buat sanding ke permukaan dinding yang besar. TIDAK. Rotary sander ni hanya untuk kegunaan persendirian. 

Bahagian nak hold rotary sander ni rasa selesa kata mr.Husband menjadikan kerja-kerja sanding lebih mudah. 

Tapi, bahagian vakum tu agak mengecewakan sedikit. Rasanya vakum nak sedut habuk tu tak begitu berfungsi dengan berkesan. 

Kau buat kerja-kerja sanding, habuk berterbangan sana sini tau.

Sebenarnya, part habuk terbang sana sini tu mrs pip dah boleh jangka. Mana ada kerja-kerja sanding habuk tak terbang darling oiii! Vakum tu bukan untuk sedut semua habuk masuk dalam. 

Beli Rotary Sander JoustMax di Shopee Dengan Harga Affordable
Beli Rotary Sander JoustMax di Shopee Dengan Harga Affordable
..
Rotary sander ni bukan semata-mata untuk sanding dinding konkrit, tapi juga boleh buat metal polishing, puffy polishing, paint polishing dan furniture polishing. 

mrs pip masukkan details rotary sander, manatau ada yang sedang cari rotary sander seperti ini , bolehlah buat rujukan:-

Feature:-
  • High quality copper motor brings strong power, stable output, better polishing effect
  • Excellent motor design, high temperature resistance, no burning machine
  • Ergonomic handle, easy to hold tightly
  • The product has the function of automatic dust collection, effective cleaning and grinding operation, and higher working efficiency
  • High rotation speed ensures good polishing effects and high working efficiency of application wall polishing, putty polishing, metal polishing, furniture polishing, paint polishing, wood polishing

Specification:-

Rated voltage: 220V
Rated input power: 240w
Plug type: EU plug
Grinding diameter: 125mm
Speed: 12000r/min
Power type: Rechargable lithium battery
Weight: 1452gram / 51.2oz

Package List:-

1 Orbit Sander
1 Dust bag
1 Sand paper
1 User manual

Beli Rotary Sander JoustMax di Shopee Dengan Harga Affordable
Beli Rotary Sander JoustMax di Shopee Dengan Harga Affordable

Ambil perhatian, sila pastikan saiz sand paper yang digunakan sama dengan grinding diameter rotary sanding. 

Jangan jadi seperti mr.Husband, dia suruh beli rotary sander ni, lepas tu dia suruh pula order beberapa keping sand paper, tapi dia lupa suruh mrs pip periksa saiz grinding diameter tu untuk sesuaikan dengan rotary sander, jadi sand paper lebih besar daripada tools ni, mana boleh match kan. 

End up masuk stor dulu sand paper tu, nextime baru guna kalau ada keperluan.

Harga rotary sander JoustMax ni ialah RM119.56 (selepas diskaun). Kemudian tu shipping cuma RM3.00! pasal mrs pip ada shipping discount waktu tu. 

Jadi jumlah perlu dibayar untuk dapatkan set tools ini 
termasuk postage ialah RM122.56 sahaja.

Bagi mr.Husband, harga tools rotary sander adalah affordable. Nak guna pun senang, kecuali part sedut habuk tu tak begitu berfungsi dengan elok. Selain itu, bunyi agak kuat, boleh dengar bunyi dari sebelah bilik. 

Kalau yang ada baby tu, kalau baby tengah tidur, betterlah tunggu baby bangun baru guna. Kesian nanti baby terkejut. Dan kalau yang rumah rapat-rapat seperti apartment, nak guna jangan tengah-tengah malam korang buat sanding works, kesian jiran tak dapat tidur.

Dan elak kanak-kanak masuk kawasan yang tengah guna rotary sander ni. Tak pasal-pasal terpaksa sedut habuk!

Overall, performance tools rotary sander ni tak mengecewakan. Ok jak pun untuk digunakan kata mr.Husband. 

Nak beli? Cari seller stylish365.my di shopee #bukanpaidreview.

cheers.

Thursday, 11 June 2020

Suka Beli Kuali Periuk Kalis Lekat (Non-Stick Cookware)? Ini Info Yang Anda Perlu Tahu

Suka Beli Kuali Periuk Kalis Lekat (Non-Stick Cookware)? Ini Info Yang Anda Perlu Tahu

hi semua, siapa sini Suka Beli Kuali Periuk Kalis Lekat (Non-Stick Cookware)? Jom baca info mengenai peralatan memasak kalis lekat, info menarik yang mrs pip baca di Group FB MaMa.

apa yang anda perlu tahu tentang non stick cookware


Komponen utama peralatan memasak ialah logam besi aka iron (Fe), aluminium (Al) dan kuprum aka tembaga (Cu). Disebabkan sifat fizikal (lembut, ringan, mudah dilentur...) dan kimia (mudah bertindakbalas), logam-logam ini dicampur dengan sedikit logam kromium, nikel, strontium atau molybdenum mengikut peratusan tertentu membentuk aloi. 

Ini bertujuan untuk menjadikan struktur logam utama ini lebih stabil secara kimia (tidak reaktif atau berkarat) dan tahan lasak.


Antara aloi yang paling popular ialah keluli tahan karat (stainless steel) yang mana dibentuk daripada campuran logam utama besi dan kromium.


Untuk membolehkan kita menggambarkan struktur kimia peralatan memasak ini, berbilion atom logam berkenaan terikat secara metalik. Ikatan metalik ini sangat kuat, boleh dilentur dan pengalir haba yang bagus. 

Ciri pengalir haba ini sangat perlu untuk memasak agar kuali cepat panas dan makanan masak dengan sekata. 


Apakah yang berlaku kepada peralatan memasak ini semasa dipanaskan?


Semasa dipanaskan, logam yang membentuk peralatan memasak ini akan mengembang (tidak dapat dilihat dengan mata kasar) disebabkan oleh tenaga kinetik (pergerakkan) elektronnya meningkat. 

Pengembangan ini akan menghasilkan ruang yang menyebabkan makanan yang dimasak mencelah masuk dan melekat pada permukaan kuali. 

Ini terutamanya makanan yang bersentuhan secara terus dengan permukaan seperti menggoreng atau memanggang. 


Jadi untuk mengurangkan perlekatan ini, ianya ditambahkan dengan minyak yang mana bertujuan menyaluti lapisan permukaan peralatan memasak. 

Namun, disebabkan kesedaran dalam mengurangkan penggunaan minyak, teknologi menggantikan fungsi minyak ini dibangunkan. 

Maka, di sinilah konsep penyelaputan (coating) permukaan peralatan memasak diperkenalkan. Dan dinamakan peralatan memasak kalis lekat (non-stick cookware).


Jenis-jenis lapisan  selaput pada kuali periuk non stick:


Terdapat beberapa jenis bahan yang digunakan sebagai selaput kalis lekat termasuklah bahan kimia plastik pelincir polytetrafluoroethylene (PTFE), seramik, enamel dan silikon. Mari kita teliti satu-persatu bahan selaput ini untuk lebih jelas.


PTFE


PTFE merupakan bahan pepejal yang memiliki pekali geseran (coefficient of friction) yang sangat kecil atau dengan bahasa mudah, sangat licin. Bahan kimia ini sangat stabil dan tidak berbahaya, maka ianya dijadikan alternatif (buid-in) untuk menggantikan fungsi minyak tadi. 


Peralatan dapur yang mengandungi PTFE adalah produk Teflon. Apabila peralatan ini dipanaskan melebih 350 degree Celsius ianya berpotensi menghasilkan gas fluorocarbons yang menyebabkan hidung berair (sementara) dan mungkin boleh menyebabkan komplikasi kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan. Pun begitu, suhu ini hanya dicapai apabila kuali dipanaskan sehingga berasap-asap tanpa air atau minyak dan dalam ruang kurang pengudaraan. 

Fikir logik, asap berlebihan biasa juga boleh memberikan kesan yang sama. Maka, kesan ini tidak signifikan. 


Sebenarnya yang merisaukan ramai ialah pengunaan bahan kimia perflurooctanoic acid (PFOA) yang dikaitkan dengan kanser. Bahan kimia ini digunakan untuk meningkatkan keterlarutan (surfactant) PTFE dalam proses pembuatan. Pun, begitu proses rawatan haba tinggi akhir terhadap peralatan ini sebenarnya tidak meninggalkan sedikit pun PFOA. Ianya telah termusnah. 


Namun disebabkan desakan, pengunaan PFOA ini telah dihentikan sejak tahun 2015, lalu fungsinya digantikan dengan bahan kimia lebih terjamin iaitu perfluoropolyether seperti GenX. Dan desakan ini sebenarnya lebih kepada isu bahaya pendedahan pekerja industri berkenaan semasa proses pembuatan (bukan pada selaput kalis lekat itu sendiri) dan ianya juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. 


Selain daripada itu, lapisan PTFE ini boleh terkopek dan bercampur dalam masakan jika tidak dijaga dengan betul. Namun, ianya tidak bahaya kerana tidak mampu dihadam, lalu dikumuhkan dalam najis. Cuma fungsi kalis lekat itu sudah tiada, malah akan menyebabkan penambahan sifat perlekatan dengan masakan pula. Ada pula jenis yang berkarat, jadi bolehlah dielakkan dengan sapuan sedikit minyak pada bahagian yang calar setelah dikeringkan. 


Disebabkan pelbagai ‘pertimbangan’ mengenai PTFE ini, maka para penguasaha datang dengan konsep ‘green’ non-stick cookwares yang berteraskan seramik, enamel dan silikon. 


Seramik & Enamel


Saduran seramik dan enamel keduanya berasal daripada asas yang sama iaitu tanah liat yang mengandungi bahan kimia utama SiO2 aka pasir. Yang membezakannya adalah kekuatan suhu yang digunakan pada tanah liat dalam penghasilan kedua komponen ini di mana enamel bersifat fizikal lebih opaque, manakala seramik pula lebih seperti kaca. 


Penambahbaikkan mengikut kesesuian kemudiannya dibuat dengan mencampurkan bahan kimia lain dalam pembuatan selaput ini menjadikannya berstruktur kimia hibrid (kacukan) organik-inorganik. Contoh penambahan bahan kimia organoalkoxysilane yang membentuk ikatan kovalen dan ionik yang kuat. Ikatan ini adalah kunci kepada stabiliti kimia dan fizikal saduran seramik dan enamel ini. 


Selaput jenis ini terdapat pada produk Le Creuset, Thermolon, GreenPan, Rachael Ra, GreenLife, EarthPan, Cuisinart, Orgreenic, GreenGourmet dan banyak lagi. 


Seperti juga PTFE, cara penjagaan yang salah untuk peralatan jenis ini juga boleh menyebabkan selaput seramik dan enamel tertanggal lalu tidak lagi menjalankan fungsi optimum kalis lekat tadi.


Kelemahan kuali kalis lekat PTFE, seramik dan enamel adalah mereka menghilangkan keupayaan kuali untuk mengalirkan haba sepenuhnya ke permukaan makanan yang mana kesan ‘kehangusan’ yang cantik tidak diperolehi. Maka satu lagi alternatif untuk penyelesaian ini ialah dengan menggunakan lapisan silikon.


Silikon 


Lapisan silikon diperbuat daripada bahan kimia polysiloxane atau siliconized polyester sama seperti pembuatan hibrid lapisan seramik namun ianya lebih kepada ciri organik. Pun begitu, silikon tidak teguh secara fizikal, maka ianya lebih sesuai digunakan dalam peralatan pastri dibandingkan peralatan memasak biasa. 


Seperti yang telah saya terangkan di atas, masalah dalam peralatan yang diselaputi dengan bahan kimia kalis lekat ialah kadar aliran haba yang rendah. Maka, para pengusaha datang pula dengan konsep ‘graniteware’. 


Graniteware


Peralatan memasak granite ini sebenarnya TIDAK ada langsung material daripada granite. Nama ini diberikan kerana struktur rupanya adalah seperti granite. 


Ianya diperbuat daripada besi karbon (carbon steel) yang diselaputi dengan lapisan porcelain enamel. Jenis yang ini juga selamat digunakan dan lebih tahan lasak, cuma ialah lebih berat kerana konsep pengaliran haba yang baik menjadi keutamaan disamping kalis lekat dan ‘green’.


KESIMPULANNYA: kesemua peralatan kalis lekat ini selamat digunakan. Namun pastikan beli daripada pengeluar yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Selebihnya bergantung kepada tujuan dan kemampuan masing-masing. 


Tips penjagaan peralatan memasak kalis lekat / Cara penjagaan yang betul untuk kuali periuk non stick cookware: 


• Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.


• Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ianya akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku. 


• Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub! 

cara menjaga kuali periuk non stick cookware

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sumber asal: FB Fatimah Salim, Makmal Makanan (MaMa)

cheers.

Wednesday, 10 June 2020

Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun

Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun

hi semua, Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun  || artikel kali ini mrs pip ingin share tentang faktor trafik blog menurun. Mungkin sudah ramai yang tahu apa yang menyebabkan sesebuah blog itu kehilangan pageviews, namun mungkin saja ada di antara kita yang tidak tahu kenapa blog kita mengalami kehilangan trafik secara tiba-tiba. 

Terus terang, melihat kehilangan trafik pada blog yang selama ini trafiknya nampak elok, sangatlah mendukacitakan bagi seorang blogger. 

Banyak usaha , kerja keras, masa, tenaga, idea yang dicurahkan untuk membangunkan blog tersebut, namun semuanya terasa seperti sia-sia apabila statistik blog hari demi hari kelihatan menurun, sehingga merasakan ada baiknya untuk menutup sahaja blog kerana rasa kecewa.

Blog mrs pip sedang mengalami penurunan trafik / pageviews secara tiba-tiba, tidak diketahui punca sebenar. Pada sekitar pertengahan tahun lepas ketika Google menukar algoritmanya, blog ini juga tidak terkecuali terkena tempiasnya, dan sekali lagi sekitar minggu terakhir bulan Mei tahun ini, blog mengalami penurunan trafik yang sangat ketara!

Ketahui 14 Sebab Atau Punca Kenapa Trafik Blog Menurun

Jadi, ayuh kita rungkai antara faktor yang mungkin menyebabkan masalah penurunan trafik di blog, dan ada diantara sebab-sebab trafik blog turun tidak pernah diketahui oleh mrs pip pun sebelum ini.

14 Sebab Kenapa Trafik Blog 
Menurun / Merosot


1. Bilangan konten diblog yang sedikit / tidak berkualiti

Untuk blog yang masih baru, di mana kontennya sangat sedikit , misalnya kurang daripada 10 artikel, mungkin saja trafiknya berkurangan. Tidak dinafikan, blog yang mempunyai konten yang banyak lebih mudah mendapat trafik berbanding konten yang sedikit.

Namun tidak semua blog yang mempunyai konten yang sedikit, maka trafiknya juga sedikit, kerana ada blog yang menulis dengan konten yang baik mampu meraih trafik yang tinggi walaupun bilangan kontennya masih sedikit.

Untuk blog mrs pip, konten blog sudah boleh dikira banyak memandangkan blog menyediakan artikel baru dan artikel lama dikemaskini, dan blog ini sudahpun memasuki usia 5 tahun, selain mrs pip sendiri mula memperbaiki cara penulisan artikel sekitar penghujung tahun 2018. 

Adakah blog ini tidak menyediakan konten-konten yang berkualiti sehingga trafik jatuh merudum?


2. Jarang update artikel

Trafik blog boleh menurun apabila blogger jarang mengupdate artikel di blog. Pelawat setia mungkin merasakan blog sudah dibiarkan lalu mereka beralih ke blog yang lain. Trafik blog mungkin boleh sustain kalau artikel blog ditulis dengan isi-isi yang evergreen yang sentiasa menjadi bahan carian di search engine, namun agak mustahil untuk menulis semua artikel berbaur evergreen kan?


3. Jarang mempromosikan artikel blog

Biasanya, ramai blogger yang berkongsi kemaskini artikel terbaru blog mereka di media sosial dan kebiasaannya perkongsian dibuat di Group Facebook atau Facebook Page persendirian. 

Tapi tidak semua yang rajin untuk mempromosikan artikel blog kerana kekangan masa untuk melakukannya secara manual, dan ada sesetengah blogger yang blognya tersekat daripada dibenarkan dikongsi di Facebook.

Selain itu, bagi blog yang kurang popular seperti blog mrs pip sendiri, untuk mengharapkan organic traffic daripada search engine agak sukar, dan perlu bersaing dengan blog yang mantap dari segi penulisan SEO dan blog ranking, jadi perkongsian URL artikel di media sosial misalnya mampu membantu sedikit sebanyak kenaikan trafik blog.

Boleh guna IFTTT untuk auto publish artikel blog di Twitter dan FB Page. Baca artikel yang mrs pip pernah tulis sebelum ini mengenai IFTTT menghubungkan blog dan media sosial dengan mudah.


4.Penggunaan SEO yang tidak tepat / salah

Bercerita mengenai SEO, ianya ilmu blogging yang sangat panjang untuk dihuraikan. Nampak seperti mudah untuk menerapkan SEO, namun kalau tersilap langkah dalam penggunaan, maka boleh menjatuhkan trafik pada sesebuah blog.

Ada beberapa perkara SEO yang harus difahami dengan baik seperti SEO on pages, SEO off pages, White Hat SEO, Black Hat SEO, Grey Hat SEO. 

SEO yang baik pada sesebuah blog mampu disukai oleh search engine, jadi blog lebih mudah kelihatan pada halaman utama search engine.

Jangan memanipulasikan SEO kerana risau blog dikenakan penalti / sandbox oleh Google.


5. Perubahan pada algoritma Google

Tidak dapat dinafikan, Google sentiasa mengubah algoritmanya , sama ada perubahannya dilakukan secara kecil-kecilan mahupun drastik. Dan mengikut apa yang mrs pip baca, Google mengubah algo-nya sehingga mencecah ribuan kali dalam setahun!

Agak sukar untuk kita catch-up dengan penukaran algo Google, dan seperti biasa Google akan menasihati pemilik laman web untuk sentiasa memperbaiki konten masing-masing.


6. Mengganti template blog / menukar domain

Mengganti template dikatakan boleh membuatkan trafik blog menurun, kerana pada waktu template ditukar, robot (seperti Googlebot misalnya) sedang mengambil masa untuk crawl template terkini, kerana mungkin ada perubahan arahan crawling antara template lama dan template baru, begitu juga dengan menukar domain baru, ianya mengambil sedikit masa untuk diindex.

Menggantikan template terbaru, disarankan menggunakan template yang responsive dan user friendly, punya struktur meta-tag yang baik. Dan ada yang menyarankan untuk menggunakan template premium yang berkualiti.

Tapi, tidak semua blogger bijak untuk memilih dan memahami apa itu template berkualiti, responsive lagi friendly kan. Ada yang berkongsi pengalaman membeli template premium yang memenuhi kriteria di atas, namun terpaksa menukar ke template percuma kerana masalah trafik semakin menurun dengan template premium. Adakah kerana alasan meta-tag yang tidak baik?

Hurm, adakah ini salah satu kenapa blog mrs pip mengalami penurunan trafik kerana menukar template  kepada yang premium yang dikatakan mesra SEO dan Adsense? 

Dalam membangunkan sesebuah blog, kenalah berani mencuba melakukan perubahan. Sekiranya blog mrs pip masih tidak mampu memperbaiki trafik blog dalam masa 3 bulan ini, mungkin mrs pip kembali saja ke template percuma yang disediakan blogger!
 

7. Penggunaan keyword yang berlebihan

Pemilihan keyword perlulah sesuai dengan tajuk yang ingin disampaikan, dan haruslah memilih keyword yang betul.

Ada banyak cara untuk mencari keyword yang sesuai di dalam penggunaan sesebuah artikel, dan mrs pip pun baru tahu teknik pemilihan keyword dan pantang larang penggunaan keyword selepas membaca blog pakar SEO seperti blog Neil Patel, Ahrefs, dan Wordstream.

Jangan menggunakan kata kunci yang berulang ulang (stuffing keywords) sehingga menyusahkan search engine untuk memahami artikel blog dan merasakan artikel tersebut adalah spam. 


8. Tidak menghantar / salah hantar URL blog untuk diindeks oleh Webmaster

Rasanya sudah ramai yang tahu mengenai Google Search Console dan kepentingannya dalam memberitahu pembangun blog sekiranya laman web mereka mempunyai masalah untuk diindex oleh search engine.

Selain Google Search Console, boleh juga hantar link blog ke Webmaster yang lain seperti Yahoo Webmaster dan Bing Webmaster.

Dan jangan lupa untuk mengindex sitemap blog secara berkala untuk memastikan search engine tidak terlepas pandang daripada mengindex isi kandungan blog anda.


9. Terdapat broken link pada blog & invalid offer link

Broken link pada blog juga boleh menyebabkan penurunan trafik blog kerana tautan yang ada pada blog tidak lagi valid menyebabkan Google akan triggered yang blog mungkin sudah lama terbiar / tidak lagi berfungsi.

Ada banyak sebab bagaimana broken link boleh terjadi pada blog, antaranya

  • user profile di ruang komen tidak lagi valid
  • live link yang ditinggalkan di ruang komen oleh para pengkomen tidak lagi wujud
  • link artikel yang sudah terhapus / not found 404
  • link telah diprivatekan 
  • dan banyak lagi sebab berlakunya broken link

Penggunaan offer link yang banyak dengan memautkan 'URL keluar' akan membebankan kualiti blog dan sekiranya anda meletakkan offer link, pastikan anda menyambung kepada link yang berkualiti dan boleh dipercayai. 


10. Komen Spam

Fuh, berderet komen berbaur spam yang blog mrs pip pernah terima, dan semuanya mrs pip tidak publish, malah dipadam terus untuk mengelakkan masalah risiko pelawat lain dari ter-klik komen spam yang akan membawa mereka ke laman web yang tidak elok.

Selain itu, Google sendiri tidak suka sebarang aktiviti spam diblog dan boleh menyebabkan trafik merosot jika dikesan.


11. Loading blog yang lambat

Ini sangat straight forward. Kalau loading blog lambat , maka kita boleh kehilangan pengunjung. Zaman sekarang ni, semua mau cepat. Kalau lambat loading, sesaat dua saja terus blog kita dipangkah pengunjung. Malas mahu tunggu loading lama-lama kan.

Jadi, apakah blog mrs pip ni loading lembab atau cepat pada kelajuan internet yang maksima? Kena tanya pengunjung blog ni. Cuba kamu komen sikit dulu blog ni laju atau lembap?


12.  Memasang terlalu banyak iklan

Kalau pasang iklan, biarlah berpada-pada. Jangan pasang iklan yang terlalu banyak sehingga mengganggu pembacaan pelawat blog.

Syiok membaca artikel, tiba-tiba ada gangguan iklan sama ada pop-up mahupun iklan bersepah-sepah dalam satu-satu artikel. Selain itu, kalau kebetulan keluar iklan yang sakitkan mata , x-Rated misalnya, nah terus ditutup laman web oleh pengunjung kan .


13. Tidak menggunakan HTTPS

HTTP dan HTTPS kelihatan seperti tidak ada perbezaan namun dari segi keselamatan, dan keamanan, maka website lebih baik berlalih menggunakan HTTPS.

Dikatakan penggunaan HTTPS lebih selamat kerana mempunyai SSL (Secure Socket Layer) agar komunikasi melalui pelayar web seperti Chrome dan Fox dengan laman web dirahsiakan, encrypted untuk keselamatan penggodam.

Kerana ianya lebih selamat, maka boleh menarik trafik ke blog yang menggunakan HTTPS, tetapi mrs pip tertanya-tanya adakah HTTPS mampu menghalang laman web untuk dihack dan di re-directs ke laman web yang lain seperti ke laman web perjudian misalnya?


14. Laman web kena HACK?

Yes, seriously blog mrs pip rasanya di hack oleh penggodam yang tidak bertanggungjawab! Ada beberapa info yang mrs pip dapat, cara blog dihack adalah apabila URL Blog ada ketikanya akan diarah ke laman web yang kita sendiri tidak pernah tahu dan kenal!

Pengalaman mrs pip apabila blog secara tidak semena-mena di re-directs ke laman CDNGATEAWAY.NET, dan selang beberapa saat kemudian, CDNGATEAWAY ini akan membuka laman web perjudian, atau laman web spam iklan Celcom misalnya.

Ada kenalan mrs pip yang memberitahu apabila mereka membuka blog ini, mereka akan mendapat notifikasi bahawa blog ini mengandungi TROJAN! 

Sebelum ini, mrs pip mengunakan template percuma dari 3rd party dan mungkin juga template tersebut mengandungi script yang membenarkan blog di spam / di hack / ada malware dan sebagainya.

Untuk plugin pula, mrs pip pernah menggunakan 3rd party plugin untuk meletakkan link gambar instagram di blog, dan kemungkinan juga ada script yang tidak sepatutnya disertakan.

Untuk iklan pula, mrs pip tidak pernah meletakkan sebarang iklan lain melainkan iklan adsense di blog.

Dan buat masa sekarang, agak sukar untuk mrs pip kenal pasti bagaimana blog terkena hack. 

Menurut seorang blogger otai yang mrs pip tanya (sudah agak lama blogger ini tidak menulis di blog) mengenai kejadian pelik blog yang secara tiba-tiba boleh redirects ke laman web yang tidak seharusnya, dia menasihati untuk menukar kata laluan blog (password) , dan melaporkan hal tersebut ke hosting provider.

Memandangkan hosting provider ialah Blogger (aka Google), jadi mungkin saja mrs pip akan membuat aduan /pertanyaan ke blogger community dalam masa yang terdekat.

Selain itu,  disebabkan redirects pelik ini juga memungkinkan kenapa URL blog mrs pip disekat oleh Facebook dan Instagram.

Tiada sesiapa yang berminat untuk rasa ditipu apabila laman web yang ingin dibuka tiba-tiba bertukar ke laman web yang meragukan.

Kalau dilihat di statistik dashboard blogger, Google seakan-akan tidak crawl blog mrs pip dan kebanyakkan trafik (top referrers) yang datang adalah dari tempat lain yang tidak dinyatakan sumbernya.

Kalau mengikut pemeriksaan di Google Developer, blog kelihatan tidak bermasalah, namun tidak kalau diperiksa dilaman web yang menyediakan pemerikasaan anti spamming / malware, blog menerima amaran tidak selamat untuk dikunjungi.

Pada saat artikel ini ditulis, mrs pip sudah pun menukar password blog seperti yang disarankan, dan menggunakan 2 step verification untuk login ke akaun Google, selain menukar email back up yang baru.

Kalau ada sesiapa yang ada maklumat bagaimana untuk hilangkan redirects merapu CDNGATEAWAY tu, tolong bagitau / share dengan mrs pip ya.

Doakan blog mrs pip kembali pulih seperti sediakala dan semoga trafik meroket dengan baik, amin.

Semoga entry ini memberi manfaat untuk semua.

cheers.

Thursday, 4 June 2020

Kebaikan Pokok Lidah Jin Sebagai Indoor Plant

Kebaikan Pokok Lidah Jin Sebagai Indoor Plant

hi semua, kenal tak dengan pokok lidah jin? hari ni nak sharing sedikit kebaikan pokok lidah jin sebagai indoor plant. Dan sekarang ni ramai terjebak dengan indoor plant, boleh kata asal buka FB dan IG, memasing show off pelbagai jenis dan bentuk indoor pant. Cantik sangat, gigit jari mrs pip nak juga pokok dalam rumah, tapi apakan daya anak anak lasak gila habis semua daun dicabut nanti!

Kebaikan Pokok Lidah Jin Sebagai Indoor Plant
Kebaikan Pokok Lidah Jin Sebagai Indoor Plant

Pokok hiasan dalam rumah (indoor plant) bagi pendapat mrs pip lah, ianya satu terapi kedamaian dan ketenangan, selain ianya mampu membuat ruang rumah kelihatan berseri-seri.

Ada yang suka tanam dalam pasu kecil kemudian disusun kemas di atas rak, dan ada yang suka tanam dalam saiz yang besar dan diletak dipenjuru rumah. 

Dan indoor plant ni ada banyak pilihan, terpulang korang suka yang mana satu. Tapi kalau macam mrs pip, memang suka tengok lidah jin sebagai indoor plant.

Kenapa suka lidah jin? Pasal daun lidah jin ni tak melebar dan menggelebeh, dia jenis daun keras memanjang ke atas, so nak jaga nampak macam senang. ekekek. Mak mertua ada tanam pokok lidah jin ni, tapi dia letak luar rumah. Nampak easy peasy jak mak mertua jaga pokok lidah jin dia tu. 

Pokok lidah jin ni pula ada banyak spesies, sekitar 70 jenis, dan di dalam bahasa Inggeris ianya dikenali sebagai Sansevieria. Nama lain ialah snake plant atau lidah mak mertua.

Ada yang mengatakan pokok lidah jin ni mempunyai khasiat perubatan, dan ada yang menyatakan juga bahawa pokok lidah jin boleh menapis habuk, lalu memberikan udara segar ke dalam ruang rumah.

Kebaikan Pokok Lidah Jin Sebagai Indoor Plant
Kebaikan Pokok Lidah Jin Sebagai Indoor Plant
Gambar Kredit : FB Public Health Malaysia


Kebaikan pokok lidah jin sebagai indoor plant, antaranya ialah

  • 1. Sangat mudah dijaga - hanya perlu disiram secara berkala, boleh tahan lama dalam cuaca kering, dan dengan sedikit pencahayaan mahupun dalam ruang yang gelap. Sesuai sangat kalau kamu mahukan indoor plant yang tidak leceh untuk dijaga dan dibelai.
  • 2. Mampu menapis habuk - sebenarnya cerita pokok lidah jin ni boleh menapis habuk tu adalah berdasarkan cerita NASA pada tahun 1989 membawa beberapa jenis pokok ke angkasa lepas termasuk lidah jin untuk bereksperimen tentang udara bersih di dalam ruang rumah, dan mendapati pokok untuk satu ruang berukuran 3.1Mx3.1Mx2.4M memerlukan 1000 jenis tumbuhan untuk mendapatkan keputusan berkesan untuk menapis udara di dalam ruang rumah. 
Kalau setakat satu dua pokok lidah jin, memang tak adalah sangat nak menapis habuk, tetapi pokok lidah jin merupakan pembekal oksigen yang baik lalu mampu memperbaiki kualiti udara dengan mengurangkan alahan yang disebabkan oleh udara.
  • 3. Menaikkan seri ruang rumah - Bandingkan ruang rumah kamu yang kosong vs ruang yang ada pokok lidah jin, dan kemudiannya disusun kemas dan teratur, pastinya mampu menambah seri ruang rumah kamu kan. Maka secara tidak langsung, pasti ianya membantu mengurangkan rasa stress lantas memberikan kesan positif pada mood individu.

Jadi, lepas ni yang tiada idea indoor plant apa yang harus ditanam, mrs pip syorkan kamu tanam pokok lidah jin ini terlebih dahulu. Nak jaga pun senang sangat kan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

cheers.

Wednesday, 3 June 2020

Susu formula terbaik untuk bayi sembelit Frisolac Comfort

Susu formula terbaik untuk bayi sembelit Frisolac Comfort

hi semua, Susu formula terbaik untuk bayi sembelit Frisolac Comfort || mrs pip nak cerita pengalaman menggunakan susu Frisolac Comfort untuk bayi yang sukar membuang air besar, baby colic, dan bayi yang selalu kembung perut .

Beberapa minggu selepas melahirkan baby Iman (Mac 2013), mrs pip mengalami masalah kurang air susu. Segala usaha mrs pip buat untuk stimulate agar air susu keluar pada hari pertama baby Iman lahir, sangat malang air susu tetap tidak berjaya untuk diproses, dan hanya selepas hari ketiga melahirkan baby Iman barulah air susu keluar, tetapi tidak lancar.

Dipendekkan cerita, mrs pip hanya berjaya mampu susukan baby Iman selama 10 minggu pertama sahaja. Namun, mrs pip berasa syukur kerana bagi mrs pip walaupun sangat singkat susukan baby Iman, ianya pengalaman indah perjalanan awal mrs pip menjadi seorang mommy.

Selepas gagal untuk breastfeeding, mrs pip bersama mr.Husband sepakat untuk berikan susu formula dan antara susu formula terawal yang baby Iman minum ketika itu ialah susu jenama anmum, tetapi selepas seminggu dua penggunaan, baby Iman mengalami sembelit yang agak teruk.

Terpaksa tukar susu formula lagi. Dan baby Iman juga sangat mudah kembung perut mungkin disebabkan baby Iman sukar untuk melepaskan angin atau 'burp' selepas menyusu.

susu formula terbaik untuk bayi sembelit frisolac comfort
susu formula terbaik untuk bayi sembelit frisolac comfort

Sampai satu tahap, mrs pip dan mr.Husband buntu nak bagi baby Iman susu formula yang mana satu kerana banyak susu yang dicuba, tetapi semuanya seperti tidak sesuai.

Susu formula Dumex pula kami cuba. Alhamdulillah baby Iman serasi dengan susu Dumex, tiada lagi sembelit. Tetapi tetap sukar untuk buang angin / burp selepas menyusu dan baby masih selalu menangis kerana kembung perut.

Dan terasa penat tau ikut cakap orang sekeliling, disuruh kejap cuba itu kejap cuba ini, kita yang masih dalam berpantang dengan anak yang sangat sensitif suka nangis dan selalu perut berangin, akhirnya kami memilih untuk membawa baby Iman ke klinik bagi mendapatkan nasihat doktor.

Teringat satu insiden tu, baby Iman menangis sepanjang malam dan sukar untuk tidur. Dan bila dia nangis, jangan harap dia nak tidur di tilam bayi. Sepanjang malam tu jugalah mrs pip dan mr.Husband bergilir-gilir dukung baby Iman untuk tidurkan dia.

Kalau baby mak mak sekalian ambil berapa minit untuk 'burp' selepas menyusu? Seingat mrs pip la kan, baby Iman ambil masa sekitar 30 minit untuk berjaya di-burp-kan! Penat nak gosok belakang dia semata-mata untuk nyah angin.

Berbalik kisah bawa baby Iman jumpa doktor kerana masalah kembung perut tu, kami pergi Klinik Purnama, satu-satunya klinik swasta yang ada di Membakut.

Baiknya seorang doktor, bilamana dia berusaha buat kami tenang. Doktor Purnama ajar kami tips parenting with newborn baby, dan dia syorkan kamu untuk berikan baby Iman dengan susu formula terbaik untuk bayi sembelit Frisolac Comfort , juga sesuai untuk atasi masalah bayi kolik.

susu formula terbaik untuk bayi sembelit frisolac comfort
Iman newborn

Doktor tersebut suspect baby Iman ada masalah kolik, sebab tu dia selalu nangis. Dan kitorang memang tidak tahu langsung tentang apa itu bayi kolik

Seminggu baby Iman minum susu Frisolac Comfort tu, mrs pip perasan dia lebih mudah burp, perut pun dah tak kembung, nangis-nangis pun dah kurang. Dan kelebihan lain susu Frisolac Comfort ni, bila baby Iman buang air besar, smooth saja.

Selepas beberapa bulan baby Iman minum special formula milk ni, kami selang selikan pengambilan antara susu Frisolac dan Dumex Dulac kerana harga Frisolac Comfort ni agak mahal, dan baby Iman pula sangat kuat menyusu.

Terkini : Harga Susu Frisolac Comfort Rumusan Khas 400gram ialah RM48.90 / tin

Cara kami selang selikan seperti selepas Frisolac Comfort, nanti next menyusu minum Dumex Dulac pula, lepas tu next menyusu Frisolac Comfort pula ... dan baby Iman minum special baby formula sehingga dia berusia genap setahun yo.

Sebenarnya, Dumex Dulac pun ada special infant formula milk, cuma kami lambat tahu. Dan harga special infant formula untuk Dumex sedikit murah jika dibandingkan dengan Frisolac Comfort.

susu formula terbaik untuk bayi sembelit frisolac comfort
susu formula terbaik untuk bayi sembelit frisolac comfort

Kalau lihat gambar di atas, untuk Dumex Dulac penutup warna putih, itu adalah special infant formula, manakala untuk penutup hijau tu ialah susu formula biasa.

mrs pip memang dulu kalau beli susu, sekali harung beli bertin-tin kerana risau tiada stok di Membakut memandangkan sewaktu baby Iman lahir , mr.Husband selalu outstation ke Membakut - Beaufort, padahal waktu tu kami tinggal di KK. Setiap kali mr.Husband outstation, maka mrs pip dan baby Iman pun ikut sekali.

Untuk mak-mak yang ada newborn baby kolik / colic , baby sembelit sukar buang air besar kembung perut, mungkin mak-mak boleh pertimbangkan untuk berikan special infant formula kepada baby mak-mak semua (yang bukan baby breastfeeding).

Kalau rasa susu rumusan khas Frisolac Comfort tu mahal, boleh cuba cari susu rumusan khas jenama lain yang harganya lebih affordable seperti Dumex Dulac.

happy parenting.

Nota: 

  • Ini bukanlah artikel advertorial / berbayar. Artikel ini hanyalah sekadar berkongsi pengalaman mrs pip mempunyai baby kolik dan baby menghadapi masalah sembelit kerana tidak serasi guna susu formula jenama lain. Semoga perkongsian ini membantu ramai mak-mak yang berdepan dengan situasi apa yang mrs pip pernah lalui dulu.
  • Artikel ini diterbitkan pada 9 Ogos 2016, dan diterbitkan semula selepas beberapa kemaskini dibuat.


Semoga entry Susu formula terbaik untuk bayi sembelit Frisolac Comfort bermanfaat untuk mak-mak dan mrs pip berharap, semua mak-mak yang dalam berpantang, agar berpantang dengan baik, dan jaga emosi elok-elok agar tidak stress atau depressi ok.

Selain itu, dapatkan bantuan pakar sekiranya baby mak-mak ada masalah kesihatan, hatta sekecil masalah pun seperti baby sukar untuk burp atau kembung perut, rujuklah mereka yang profesional untuk khidmat nasihat.

hugs & kisses.

cheers.

Monday, 1 June 2020

Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir

Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir

hi semua, ada tak sesiapa yang sedang mencari personalized baby gifts yang selesa dan cantik untuk dijadikan? Mrs Pip nak introduce kat korang Raph and Remy yang pakar dalam personalized baby gifts, dan lagi menarik semua keluaran pakaian bayi mereka menggunakan kain organik bambu yang sangat sesuai untuk dipakai oleh baby. Sememangnya barangan Raph and Remy sesuai untuk hadiah bayi baru lahir.

Apakah ciri-ciri pada kain organik bambu yang menjadikannya selesa untuk kegunaan bayi? Di sini mrs pip kongsikan kelebihan yang ada pada kain organik bambu untuk pengetahuan semua.

  • Kain organik bambu mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-kulat yang menghalang bakteria dan kulat membiak di kain dan juga ianya anti-bau. 
  • Dikatakan bahawa kain organik bambu mempunyai sifat berliang menjadikannya 3 kali atau lebih lebih baik menyerap berbanding kapas. 
  • Kain organik bambu juga bersifat poros (supreme breathability) maka disebabkan itu, ianya mampu membantu mengelakkan kerengsaan pada kulit bayi. 
  • Bambu ialah tumbuhan yang boleh tumbuh secara organik dan merupakan natural fibre, menjadikan fabrik bambu lebih selesa dipakai, dan yang lebih penting ianya less costly di dalam pembuatan , maka menjadikan harga bagi pakaian yang berasaskan bambu lebih affordable untuk dibeli berbanding fabrik yang sintetik.
Personalized baby gift

Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir

Personalized baby gift - Seperti mrs pip nyatakan di awal tadi, Raph and Remy menawarkan khidmat personalized baby gift di mana antara barangan bayi keluaran mereka sesuai untuk dijadikan hadiah ialah organic bamboo cloud cooling blanket, premium bamboo swaddles, organic baby towel & mitt, plush mascot, premium bamboo knotted gowns, sootherbuddy security blanket, bubblegummy teethers dan banyak lagi.

Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir

Organic Bamboo Baby BlanketDiperbuat daripada 100% kain organik bambu yang eco-friendly dan selesa. Ibu-ibu tidak perlu risau sama ada mungkin sahaja bayi akan kepanasan (pada waktu panas) atau kesejukan (pada waktu sejuk) kerana merasakan selimut ini mungkin tidak cukup nipis / tebal untuk bayi. 

Selimut organik bambu ini selesa kepada bayi kerana fabriknya mempunyai sifat kain yang mengatur suhu , selain ianya anti-bakteria , mempunyai daya serap yang tinggi , bebas bau , dan memberikan rasa fresh kepada si pemakai. Dan ianya juga OEKO-TEX certified.

Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir

Personalised Hooded Towel & Mitt Set -  Nak hadiahkan tuala berpenutup kepala beserta sarung tangan dan kaki berserta sulam nama? Bolehlah pilih set hooded towel ini. Selain fabriknya yang lembut , ianya mampu mengeringkan kulit bayi lebih cepat kerana daya serap 3 kali lebih cepat berbanding kapas organik. 

Sarung tangan lembut sutera yang sesuai menjadikan pencucian pada waktu mandi mudah dan merangkumi gelung gantung yang mudah digunakan untuk pengeringan dan penyimpanan.

Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir


Personalised Teethers -  Untuk bayi yang sedang dalam fasa pertumbuhan bayi, penggunaan teethers adalah digunakan untuk memberikan keselesaan pada gusi bayi. Di Raph and Remy, pemilihan teethers untuk bayi adalah dari manik silikon gred makanan 100% berkualiti tinggi dan menggunakan kayu beech premium asli tanpa dirawat. Kayu Beech ini merupakan kayu keras, tahan lama, lestari dan antibakteria semula jadi.

Cara untuk membersihkan teethers selepas digunakan sangat mudah, hanya perlu lap bersih sahaja tanpa perlu disterilkan atau direndam di dalam air. Dan kayu beech dijaga dengan menyapu minyak asli seperti minyak kelapa, minyak avocado atau minya zaitun dan dibiarkan begitu sahaja.


Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir


Bamboo Baby Swaddles - Baby swaddles di Raph and Remy dibuat daripada 100% viscose buluh dalam campuran warna seperti blushing mulberry, rainforest green, midnight blue dan feather white. Ianya merupakan sutera lembut dan unik dan tiga kali lebih baik penyerapan berbanding kapas biasa. Selain cirinya yang anti-bakteria-anti-kulat dan tidak memberikan kerengsaan kepada bayi kerana cirinya juga hypoallergenic.



Apparel

Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir


Knotted GownsGaun simpul? Namanya mungkin ibu-ibu tidak familiar kan? Tapi kalau dilihat pada gambar di atas, gaun simpul (knotted gowns) sangat biasa digunakan oleh ramai ibu yang lain. Fabriknya merupakan cammpuran 95% viscose buluh dan 5% spandex. Spandex menjadikan kain ini mampu sedikit stretchable untuk memudahkan ianya disarungkan kepada bayi dan memberikan keselesaan kepada pergerakan bayi.

Fitur menggunakan butang di depan sebenarnya menjadikan pakaian ini lebih mudah disarungkan kepada bayi, selain fabriknya yang anti-bakteria, anti-kulat, hypoallergenic, mudah serap peluh dan selesa.

Kalau terfikir nak cari hadiah untuk menjenguk bayi yang baru lahir tu, anda bolehlah pilih knotted gown ini untuk dijadikan hadiah!
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir


Baby Onesies -  Baju baby onesies juga sesuai dijadikan pilihan untuk diberikan kepada bayi. Di Raph and Remy, baby onesies mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik untuk bayi newborn sehingga berusia 3 bulan. Pastinya korang akan suka dengan semua warna yang ada!

Selain kainnya yang terdiri daripada campuran viscose buluh dan spandex seperti knotted gown, ianya sangat mudah dicuci dan dikeringkan. Guna tangan pun boleh!


Gift Set Collection

Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir


Baby Gift SetsPening nak hadiahkan mana satu untuk si kecil kesukaan kamu? Baby Gift Sets mungkin pilihan yang tepat! Setiap baby gift set Raph and Remy disertakan
  • Free Gift box packaging
  • Free gift card & personalised message service
  • Free RAPH&REMY Premium Canvas Tote Bag
Dan Raph and Remy juga memberikan penghantaran standard percuma di Singapura manakala penghantaran worldwide menggunkan DHL Express mengambil masa 1-3 hari bekerja dengan caj yang berpatutan.

Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir
Raph & Remy Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir


Newborn Essentials Collection Semua yang ibu perlukan untuk bayi yang bakal dilahirkan ataupun untuk pakaian bayi ke hospital , pastinya koleksi newborn essentials ini adalah yang paling sesuai dijadikan hadiah! Selain itu, semua item di dalamnya adalah OEKO-TEX certified. Dan anda juga boleh memilih untuk menyulam nama si kecil pada item tersebut jika suka dan memilih warna kegemaran yang diinginkan.

Jimat 20% apabila anda memilih untuk membeli set ini, dan ianya mengandungi
  • Premium Bamboo Onesies – Duo Set (0-3m)
  • Premium Bamboo Knotted Gown (0-3m)
  • Premium Bamboo Swaddle
  • Premium Bamboo Mittens – Duo Set (0-6m)
  • Premium Bamboo Reversible Slouch Beanie (0-6m)
  • Premium Bamboo Baby Booties (0-6m)
  • Premium Bamboo Baby Socks – Duo Set (0-3 + 3-6m)
  • Premium Canvas Tote Bag
  • Gift Card
Info lanjut mengenai barangan bayi Raph and Remy, anda boleh lawati laman web utama mereka dan media sosial mereka seperti yang tertera di bawah:-




Jadi, untuk semua yang nak cari baby personalized gift , nak sesuatu yang unik dan menarik untuk si kecil, jangan lupa untuk melihat laman web Raph and Remy. Pasti anda akan jatuh cinta dengan produk keluaran mereka, sesuai untuk hadiah bayi baru lahir

cheers.

Keibubapaan & Rumahtangga

[Keibubapaan & Rumahtangga][recentbylabel]
Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done