MrsPipDotCom: simpledish
News Update
Loading...
Showing posts with label simpledish. Show all posts
Showing posts with label simpledish. Show all posts

Monday, 11 June 2018

Resipi Ringkas Baked Cheesy Pasta

Resipi Ringkas Baked Cheesy Pasta

Resepi Ringkas Baked Cheesy Pasta || siapa suka pasta kita geng! cumanya kalau pasta yang pedas pedas tu mrs pip kurang sikit nak makan. perut mrs pip ni kalau bab bab pedas susah nak tahan, nanti gastrik. sesekali berbuka puasa dengan menu yang sedikit lain daripada biasa ... jadi hari tu sempatlah mrs pip sediakan resepi ringkas baked cheesy pasta untuk berbuka puasa mr.Husband ... happy kitorang dapat makan pasta ... lil' Iman lah paling suka makan ni, siap tambah lagi extra , kalau nasi bukan dia nak pandang sangat! ...

bahan bahan nak siapkan menu ni pun mudah, cumanya hari tu mrs pip tak cukup cheese *ouch ouch*, tapi malas nak keluar beli cheese semata mata, so guna sajalah cheese yang ada walaupun tak cukup ... kalaulah cukup cheese ni, mesti lagi sedap ...

Resepi Ringkas Baked Cheesy Pasta
Resipi Ringkas Baked Cheesy Pasta

cara membuatnya easy peasy like ABC tau ... memang senang nak sediakan , bukan sekadar untuk berbuka puasa, tapi menu ni boleh juga korang hidang bila bila masa lagi lagi kalau korang ada tetamu yg datang mendadak , lepas tu tak sempat nak memasak , so hidang baked cheesy pasta pun boleh ....

Resepi Ringkas Baked Cheesy Pasta

Bahan-Bahan :-

400gm pasta jenis small shells (pilihan masing masing, boleh guna jenis macaroni, spiral, atau bow)
500ml susu segar
2 biji telur
3 sudu besar planta (sebaiknya guna unsalted butter, tapi mrs pip tiada stok dalam dapur)
6 batang sosej black pepper (boleh guna sosej biasa atau sosej berkeju kalau suka)
Garam secukupnya
Black peper secukupnya
10 - 12 keping cheedar cheese (boleh lebih kalau nak extra keju) 
>>> mrs pip cuma ada 6 keping keju saja time buat menu ni *sob sob keju tak cukup*
Aluminium foil

Resepi Ringkas Baked Cheesy Pasta
Resipi Ringkas Baked Cheesy Pasta

Cara Membuatnya:-

1. Didihkan air di dalam pot. Bila air sudah mendidik, masukkan pasta dan rebus pasta tersebut. Biasanya rebus antara 5 - 8 minit ... Kemudian , toskan pasta yang sudah siap direbus

2. Sos Pasta : Pecahkan dua biji telur di dalam mangkuk, tambah susu segar, planta dan pukul sehingga sebati ... malas nak pukul guna tangan, boleh masukkan dalam blender ... senang kerja T_T

3. Pasta yang sudah ditoskan airnya tadi, tambah garam dan black pepper secukupnya ...

4. Siapkan loyang dengan melapiskannya menggunakan aluminium foil

Resepi Ringkas Baked Cheesy Pasta
Resipi Ringkas Baked Cheesy Pasta

5. Lapisan pertama: masukkan separuh pasta ke dalam loyang, potong sosej kecil kecil atau mengikut potongan kesukaan korang dan letak di atas pasta ... 

6. tuang separuh sos pasta ke dalam loyang, dan letakkan 5 - 6 keping cheddar cheese serata di atas pasta  ... Ulang langkah 5 dan langkah 6 untuk lapisan kedua pula ....  

7. Bakar pasta di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius menggunakan api atas bawah selama 20 - 30 minit  mengikut kesesuaian oven korang  ...

8. Siap! sedia untuk dihidang ....

walaupun semasa mrs pip sediakan baked cheesy pasta ni ada bahan yg kurang, tapi licin satu loyang tu kitorang kerjakan ! nextime insya allah mrs pip akan buat lagi dengan bahan bahan yang lengkap sepenuhnya .... 

selamat mencuba Resipi Ringkas Baked Cheesy Pasta dan selamat menjamu selera ....

cheers.

Sunday, 10 June 2018

Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce

Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce

Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce || jangan pening pening dengan nama resepi, dalam bahasa mudah ialah resepi ringkas ayam bakar bersama cendawan dan kicap ... muehehe ... mrs pip masak guna bahan apa yang ada di dalam dapur saja .. bereksperimentasi memasak ni memang seronok ... 

ada masanya , masakan tu menjadi, ada masanya masakan tu memang hambar tapi dah masak so kita makan saja ... berkesempatan masak Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce , memang mudah nak buat coz bahan bahan memang sedia ada ... ni macam kau nak masak ayam tumis kicap tapi versi ni versi ayam bakar gitu ...


Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce
Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce

dah nama pun ayam bakar , so ayam tu mmg warna gelap semacam, lagi lagi bakar bersama kicap kan ... walaupun nampak tidak cantik ayam tu, yang penting rasa menawan kalbu! cia cia cia  ... jom tengok bahan bahan yang diperlukan ...

Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce

Bahan-Bahannya:-

nota: saiz ayam ni untuk mrs pip dan mr.Husband makan bersama lil' Iman dan lil' Amin ... kalau korang nak extra, bolehlah tambah saiz hidangan mengikut kesesuaian korang ...

1. Ayam paha pinggul saiz besar - seketul

2. Dua ulas bawang putih dicincang halus

3. Dua sudu besar sos tiram

4. Tiga sudu besar kicap pekat

5. Tiga keping cendawan kering (Shan Yuan Dried Mushroom) dicincang halus

6. Tiga sudu besar minyak masak

7. Garam secukupnya

8. Serbuk lada hitam secukupnya

9.  Satu batang serai dikisar halus

7. Dua helai daun kunyit / aluminium foil


Cara Membuatnya:-


1. Bersihkan ayam

2. Campur semua bahan perapan , dan perap sekurang-kurangnya selama 30 minit atau lebih ... Lagi lama diperap lagi bagus.

3. Lapis loyang dengan aluminum foil atau lapis menggunakan daun kunyit ... 

4. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius, api atas bawah, selama 45minit. Periksa ayam sudah masak sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari oven, sekiranya ayam belum dibakar lengkap, tambah masa membakar dan mungkin boleh tukar api kepada api bawah sahaja atau api atas sahaja mengikut kesesuaian ...

5. Dah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi putih atau bersama hidangan lain mengikut citarasa masing masing ...

Selain mrs pip bakar ayam ni, mrs pip juga suka makan roasted potato with butter ... jadinya ketika mrs pip buat baked chicken with mushroom and soya sauce ni, mrs pip masukkan sekali ubi kentang yang dipotong wedges ... mrs pip sertakan bersama resepi mudah roasted potato with butter ...

Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce
Resepi Ringkas Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce

Resepi Mudah Roasted Potato with Butter

Bahan-Bahannya:-

1. Tiga biji ubi kentang

2. Butter secukupnya

3. Garam secukupnya

5. Black Pepper secukupnya

6. Daun Parsley cincang halus jika ada


Cara Membuatnya:-

1. Cuci kentang bersih, dan kupas kulit.

2. Potong kentang secara wedges

3. Gaulkan kentang dengan butter, garam dan black pepper  

4. Masukkan ke dalam loyang dan tabur daun parsley cincang jika ada

5. Bakar kentang tadi bersama ayam seperti resepi Baked Chicken with Mushroom and Soya Sauce

Dah masak, bolehlah siap dihidang! Selamat mencuba dan menjamu selera ...

cheers.

Thursday, 7 June 2018

Resepi Ayam Bakar Bersos Thai

Resepi Ayam Bakar Bersos Thai

Resepi Ayam Bakar Bersos Thai || sesekali mrs pip kongsi juadah berbuka puasa kitorang ... tahun ni mrs pip tak masak masak sangat, berbuka pun yang simple simple saja seperti mi goreng, ikan masak sos, ikan masak kicap, sup ayam kampung dan sedikit kuih muih ... baru baru ni, mr.Husband buat ayam bakar dengan perapan bahan bahan yang ada di dapur ... kebetulan ada sos thai, so, kita pun cubalah buat ayam bakar bersos thai ni, first time buat ...

Resepi Ayam Bakar Bersos Thai

Bahan-Bahannya:-

nota: saiz ayam ni untuk mrs pip dan mr.Husband makan bersama lil' Iman dan lil' Amin ... kalau korang nak extra, bolehlah tambah saiz hidangan mengikut kesesuaian korang ...

1. Ayam paha pinggul saiz besar - seketul

2. 2 ulas bawang putih dicincang

3. Sos tiram secukupnya (mr.Husband guna dua sudu besar)

4. Sos thai secukupnya (mr.Husband guna lima sudu besar)

5. Garam secukupnya

6. Gula secukupnya

7. 2 helai daun kunyit

8. 2 sudu besar minyak masak

Resepi Ayam Bakar Bersos Thai
Resepi Ayam Bakar Bersos Thai

Cara Membuatnya:-

1. Bersihkan ayam

2. Campur semua bahan perapan , dan perap sekurang-kurangnya selama 30 minit atau lebih ... Lagi lama diperap lagi bagus.

3.  Lapis loyang dengan aluminum foil sebaiknya dan bungkus ayam menggunakan daun kunyit ... Kalau tiada daun kunyit tidak mengapa, ayam boleh di bakar tanpa daun kunyit ...

4. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius, api atas bawah, selama 45minit. Periksa ayam sudah masak sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari oven, sekiranya ayam belum dibakar lengkap, tambah masa membakar dan mungkin boleh tukar api kepada api bawah sahaja atau api atas sahaja mengikut kesesuaian ...

5. Dah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi putih atau bersama hidangan lain mengikut citarasa masing masing ...

nak cuba resepi bihun kari udang? >>> klik resepi bihun kari udang di sini <<<


mrs pip guna mae pranom thai sauce
gambar: Google


Klik Entry : Lauk-Pauk dari Dapur Pip #PipKitchen

Selamat menjamu selera dan selamat mencuba ...

cheers.

Wednesday, 18 April 2018

Resipi ringkas homemade Coleslaw KFC

Resipi ringkas homemade Coleslaw KFC

hi there, siapa yang suka makan sayur fresh, tak perlu masak, just hiris halus halus letak perisa tambahan, disejukkan seketika dan yes, dah siap untuk dimakan? tak tahulah kalau Coleslaw ni boleh dikategori sebagai salad ke tak, tapi yang pasti ianya fresh, nak buat coleslaw ni sangatlah senang ... siapa yang gemar makan KFC tu pasti kenal sangat dengan coleslaw, kerana setiap hidangan lengkap KFC, wajib ada coleslaw kan ....

Resipi ringkas homemade Coleslaw KFC
Resipi ringkas homemade Coleslaw KFC

lepas ni, dah tak perlu berlari lari nak ke KFC kalau mengidam coleslaw ... korang buat saja sendiri, jimat lagi jimat ... ingatkan dulu nak buat coleslaw ni banyak punya sukar, haha I mengaku I is dasar malas bab masak masak ... tp since jadi isteri ni, haruslah merajinkan diri mencuba banyak resepi so that tak la bosan asyik makan menu yg sama ... tapi tu lah, mrs pip mmg tak talented bab masak2, so kalau mencuba resepi tu, hanya cuba resepi yang simple simple sajalah ... nak buat rendang pun tak reti, apatah lagi rendang crispy tu kan #masterchefuk #crispyrendang , cia cia cia ....

nak buat coleslaw ni , bahan bahan sangat mudah ... korang boleh beli di supermarket terdekat atau kedai runcit berhampiran korang ... korang cuma perlukan 
  • kubis yang bulat tu, 
  • lobak merah, 
  • mayonese, 
  • garam, 
  • gula, 
  • susu segar,
  • sedikit black pepper,
  • perahan lemon ...  

see, senangkan nak dapatkan bahan bahan nak buat coleslaw ni ... cara nak buat pun sangat senang , iaitu :-
  • potong kecil kecil halus halus tu kubis >>> kalau nak banyak, korang potonglah sebulat kubis tu, mrs pip cuma potong separuh kubis tu , dan cuci kubis ni bersih bersih 
  • setengah batang lobak merah saiz sederhana di potong kecil kecil halus halus >>> tp mrs pip sejenis yang malas, so mrs pip grated halus halus lobak merah ni, senang kerja 
  • gaul rata kubis dan lobak merah ni di dalam bekas / container
  • tuangkan susu segar sehingga campuran kubis+lobak ni hampir terendam sepenuhnya di dalam bekas
  • masukkan beberapa sudu mayones 
  • masukkan garam , gula dan sedikit black pepper
  • masukkan satu dua sudu perahan lemon
  • gaul semua rata dan sebati >>> sila rasa ... kalau tak cukup rasa, bolehlah adjust rasa tu mengikut rasa masing masing ... macam mrs pip suka extra mayonese, so mmg letak mayonese tu extra sikit ... dan perahan lemon tu akan buat rasa coleslaw lebih sedap ...
  • dah siap, sila sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidang >>> mrs pip sejukkan semalaman di dalam peti sejuk, dan esoknya, sedap dimakan bersama bread dan ayam goreng yang dihiris / diracik halus ...

Resipi ringkas homemade Coleslaw KFC
Resipi ringkas homemade Coleslaw KFC

macam mana? senangkan nak buat coleslaw sendiri... buat sendiri saja, buat stok banyak banyak, sedap di makan sejuk sejuk tau ... dan resepi coleslaw ringkas ni, mrs pip dapat dari blog cik fieza sani .. thanks fieza sani share resepi simple ni, I like ...

selamat mencuba ....

cheers.

Wednesday, 17 January 2018

Resipi salad epal hijau sedap untuk ibu mengandung

Resipi salad epal hijau sedap untuk ibu mengandung

hi there, so hari ni mrs pip nak kongsi resipi mudah iaitu resipi salad epal hijau sedap  untuk ibu mengandung. Resipi ini memang sesuai untuk mak mak yang tengah mengandung dan asyik rasa laparrrrrrr yang memanjang ... huh! jenuh kalau asyik nak makan makanan yang high carbo kan, tiap kali lapar cari nasi, so kita tukar daripada nasi, ke makanan simpleyang sedap, mengenyangkan dan sihat ...

dan, bukan sekadar mengenyangkan, tapi sangat mudah disediakan ... tada! ni lah kudap kudap simple tu, resipi salad epal hijau sedap dan rangup sesuai sangat sebagai makanan ringan untuk ibu mengandung ...

Resipi salad epal hijau sedap untuk ibu mengandung
Resipi salad epal hijau sedap untuk ibu mengandung

Bahan-bahan dan cara-cara menyediakan salad epal hijau sedap

ikut suka korang la ya .. kalau nak makan banyak, boleh sediakan dalam jumlah yang banyak, tapi yang resipi mrs pip sediakan ni untuk hidangan dalam mangkuk kecil, cukup sekali makan ...


  • satu biji epal hijau dipotong dadu (tak perlu kupas kulit, tapi pastikan cuci epal bersih bersih ya)
  • 2 sudu besar sultanas / kismis
  • 2 sudu besar honey peanuts (yang ni banyak jual kat pasaraya, di packing siap sedia. mrs pip guna jenama TONGS) ....
  • Mayones secukupnya ....

apa yang korang perlu buat ialah hanya gaul epal dan sultanas tu, kemudian masukkan mayones dan tabur honey peanuts tu ...

memang sedap dimakan begitu saja, ada rasa rangup rangup ... korang boleh ubah suai resipi ni ikut selera masing masing. boleh juga kalau nak tambah hirisan kecil buah anggur ... ataupun nak letak sedikit nata de coco ... mana mana yang korang rasa sesuai di tekak korang ok ...

Resipi salad epal hijau sedap untuk ibu mengandung ni bukan sekadar kudap kudap untuk ibu mengandung, sesiapa pun sesuai untuk makan kudap kudap ni, anak anak mrs pip pun suka , orang yang sedang berdiet pun sesuai juga makan ni dalam kuantiti sederhana ... lagi best kalau disejukkan seketika ... 

selamat mencuba ...

cheers. 

Saturday, 16 December 2017

Resepi ringkas pasta marinara

Resepi ringkas pasta marinara

hi there, sudah makan? muehehe, hari ni nak kongsi resepi ringas pasta marinara yang mrs pip sempat buat hari tu. ceh, kita makan pasta you ols! tak la, pasta ringkas saja, nak dapatkan bahan bahan pun senang, ada kat dapur mrs pip.

sesekali terasa mau tukar selera, sesekali kita lari dari makan nasi, jadi mrs pip buat resepi ringkas pasta marinara ni .... nak buat pun memang sangat senang. mrs pip tak banyak bahan yang ada kat dapur, jadi gunalah mana mana bahan yang ada ... cewah. ni bukan resepi pasta yang standard yer ... bahan bahan memang banyak yang kurang .... bolehlah daripada kebulur kan .. 

Resepi ringkas pasta marinara
Resepi ringkas pasta marinara

mrs pip ada lebihan macaroni kat dapur, ada setengah pack lagi, lebihan daripada buat cold fruitty pasta hari tu, so sayang pula tengok macaroni ni, dan kebetulan mrs pip ada satu tin prego sos marinara, jadi marilah kita makan pasta ringkas guna sos marinara ...

Cara-cara membuat pasta marinara yang ringkas


  • didihkan air, 
  • masukkan pasta (sukatan ikut suka hati korang, jenis pasta pun terpulang, mrs pip guna pasta macaroni), 
  • dan reneh pasta sehingga kembang dalam 8 minit la macam tu. tos dan ketepikan pasta tadi.
  • hiris bawang putih, panaskan kuali leper, masukkan minyak (sebaiknya olive oil, tapi kat dapur mrs pip olive oil dah lama habis, so guna minyak masak biasa saja), 
  • tumis bawang putih sehingga naik bau, 
  • masukkan sebiji telur dan dikacau, 
  • masukkan setin prego sos marinara tadi, 
  • tambah sedikit air untuk cairkan sos tadi, 
  • tambah perisa secukupnya (mrs pip masukkan sedikit garam, dan serbuk lada putih sahaja), kemudian, bila sos dah panas, bolehlah masukkan pasta tadi dan gaul rata. 

Resepi ringkas pasta marinara
Resepi ringkas pasta marinara
ni sos yang mrs pip guna :)

kalau korang suka, boleh tambah daging cincang, ayam cincang, hirisan daun sup dan sebagainya utk menambahkan rasa sedap pasta ni, tapi mrs pip malas nak mencincang segala daging dan ayam, jadi, kita makan pasta ekspress saja lah ya ....

apapun, perut tetap kenyang. licin satu mangkuk mrs pip makan sorang sorang. 

kalau korang nak cuba resepi ringkas ni, sila sila lah mencuba ... 

cheers. 

Monday, 4 December 2017

Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato

Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato

hi there, resepi ringkas pumpkin ramen bersos tomato. hari ni mrs pip nak share resepi ringkas buat korang yang malas nak masak, tapi perut tengah berkeroncong nak makan. so, masak saja yang simple simple, janji perut tak menyanyi. kali ni kita masak resepi mee pumpkin ramen yang mrs pip dapat dari signature market, free item dibawakan oleh 100comments ke dapur mrs pip gitu! so, jom lah layan resepi ringkas pumpkin ramen bersos tomato ni.

Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato
Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato

tapi sebelum tu nak intro juga kat korang, pumpkin ramen keluaran signature market ni ialah mee organik, jaid kalau korang mencari mee yang organik, so bolehlah try keluaran signature market ni ya. 100% natural no preservative no bleaching katanya. dan nampak tak muka happy mrs pip bila dapat produk ni. mee ni easy peasy senang nak masak. kalau korang sejenis mcm mrs pip yang hanya tahu masak ala kadar, so jom layan resepi ni.

Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato
pumpkin ramen keluaran signature market 

nak masak resepi ringkas pumpkin ramen bersos tomato ni, caranya mudah sahaja, bahan bahan yang mrs pip guna pun senang nak cari di pasaraya. korang boleh juga guna bahan lain mengikut selera korang masing masing ok.

bahan-bahannya:-

satu paket pumpkin ramen
satu botol sos tomato (mrs pip guna jenama Prego)
selabu bawang besar
sebiji telur
sebiji tomato
daun bawang secukupnya
bahan bahan perasa seperti garam, serbuk lada putih, cukup rasa secukupnya

Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato
Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato

cara memasak:-

1/ didhkan air secukupnya. 
masukkan pumpkin ramen dan masak sehingga cukup kembang, 4 hingga 5 minit gitu.
2/ toskan pumpkin ramen, dan letak tepi.
3/ potong bawang besar mengikut suka anda
4/ potong tomato
5/ potong halus daun bawang
6/ panaskan dua sudu minyak di atas kuali leper
7/ masukkan bawang dan tumis hingga naik bau
8/ masukkan telur dan goreng 
9/ masukkan sos tomato dan tambah sedikit air untuk mencairkan sos
10/ masukkan tomota yang telah dipotong tadi
11/kacau hingga sebati dan masukkan bahan-bahan perasa secukupnya
12/ dah cukup rasa semuanya, bolehlah masukkan pumpkin ramen tadi 
13/ nak rasa pedas, boleh tambah hirisan lada besar atau cili api, ikut selera korang
14/ gaul mi bersama sos tomato tadi dan kemudian masukkan daun bawang
15/ masak sekejap, dan siap!

p/s: korang juga boleh tambah isi ayam atau isi daging kalau nak, atau hirisan sosej, terpulang kepada citarasa korang.

Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato
Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato

dah siap masak, bon apetit semua.

cheers.

Sunday, 2 April 2017

Sajian SAGU (ambuyat) , makanan tradisi di Membakut

Sajian SAGU (ambuyat) , makanan tradisi di Membakut

hi there,

siapa yang biasa dengar "mari makan sagu" .... atau "bah, makan ambuyat kita" .... sagu dan ambuyat tu sama sahaja, cuma lain tempat lain nama panggilannya ... mcm mrs pip ni panggil 'ambuyat' tapi once dah kawin dgn jejaka membakut ni, orang di Membakut ni pula panggil 'sagu' ...

kalau mcm mrs pip ni, makan sagu ni memang jarangggggggggggggg sgt, mcm kalau dapat makan tu mmg terasa 'eksklusif' , :))) ...tapi berbeza dgn mr.Husband, makan sagu ni mmg sajian rutin bagi dorang, tiap tiap minggu makan sagu,bukan sekali seminggu, tapi dua tiga kali seminggu ... pendek kata, makan sagu ni bagi keluarga mr.Husband ni, sama mcm makan nasi, satu kemestian la gitu...


mrs pip ni, almost 5 years married dgn mr.Husband, tapi makan sagu di rumah MIL tu boleh kira dgn jari, haha ... mmg sangattttttt jarang la makannya ... MIL tanya juga "ndak suka sagu ka?" .... mrs pip bagitau, bukan tidak suka, tapi lagi prefer nasi dari sagu, ahaks.

ekceli ....


ni la rupa sagunya ....
mcm gam melekat melekit 
kena pandai guna penyepit, 
barulah seronok makan

sebenarnya ... mrs pip ndak pandai guna tu penyepit! ... dan tiap kali mr.Husband mau makan sagu, mesti makan di rumah MIL *serius mrs pip ndak pandai masak sagu* .... dan memandangkan mrs pip ndak pandai guna tu penyepit, so, malulah untuk makan sagu dgn MIL dan family members yang lain, hehe.


walaupun kawin dah almost 5 years, keluarga in-laws mmg dah kenal sangat, tapi still mrs pip ni rasa mcm segannnn ja dalam certain2 hal ... mr.Husband rasa pelik "eh, apa lah ... itupun mau malu ka" ...


siapa pandai buat sagu? mrs pip ni mmg tak la ... dan for the very 1st time, akhirnya mr.Husband masak sagu sendiri ! yeah ....so, bolehlah mrs pip makan tanpa rasa segan ... makan depan husband sendiri kan, cuma berdua , so ndak pandai pakai penyepit tu pun ndak apa, makan no need to control control cute , muehehe ....


yang pasti, kalau makan sagu .... wajib ada SUP IKAN, coz nnt time makan sagu tu, kena celup sagu tu dalam sup ikan, baru makan ... sagu tu rasanya tawar, haruslah ada sup sup yang berperisa ... tapi mr.Husband mmg prefer sup ikan ...


dan since mrs pip ni mmg sukakan sayur, kiranya 'pemakan' sayur tegar, so wajib juga ada satu menu sayur ...hari tu mr.Husband masak kubis bersama sosej ... simple ja, tapi cukup menyelerakan tekak mrs pip ...


lil' Amin nampak mommy setting makanan ni, dia pun busy mau makan ... ndak sabar la anak mommy sorang ni ... "mommy, makan... makan bah mommy" ....

alaaaa, Amin ni, bagilah mommy ambil gambar dulu ....

ada sesiapa yang suka makan sagu / ambuyat? mr.Husband suka sup ikan tu letak cili, rasanya lebih sedap ....


sagu everyone?

bon appetit!

p/s: lepas ni boleh minta mr.Husband masak lagi di lain kali .... dan biasanya hujung hujung minngu memang makan sagu lah namanya si mr.Husband:))

cheers.

Friday, 17 April 2015

Resepi senang ikan putih masak dalam sup jeruk tauhu

Resepi senang ikan putih masak dalam sup jeruk tauhu

hi there, hello semua ... hari ni mr.Husband jadi fisherman, percutian di laut selama 3 hari 2 malam ... seronok ke tak, tu lah kegemaran mr.Husband kalau ada masa terluang, so let him enjoy his day on the sea ya ... kita ni yang jadi bini bini, stay at home buat benda yang kita suka juga ... main masak masak .... yeah!

bravo, mrs pip masak ikan putih dalam jeruk tauhu ... jetuk tauhu ni banyak jer jual di supermarket, tapi hampir semua product ni import from China, so kalau beli cek cari cop halal hokey ... tapi ni setakat jeruk tauhu, kalau tak was was, any brand without cop halal tu korang rembat je la ....

Resepi senang ikan putih masak dalam sup jeruk tauhu
Resepi senang ikan putih masak dalam sup jeruk tauhu

mcm ni la rupa hidangan nya ... 
kalau kebetulan ada daun bawang ke, kucai ke, 
lada besar ke, boleh lah potong potong buat hiasan hokey ...

senang ja buat resepi ni, ni resepi orang malas mcm mrs pip la ... so apa kata korang cuba buat ...

cara membuatnya ....

bersihkan ikan putih, perapkan dengan garam dan serbuk kunyit ... biarkan seketika selama 20 minit gitewww then boleh la digoreng ...

potong sebiji bawang besar, panaskan kuali dan masukkan dua sudu besar minyak masak

bila minyak dah panas, tumiskan bawang besar tadi sehingga keluar bau

tambahkan dua cawan air, biarkan mendidih seketika

masukkan dua sudu besar jeruk tauhu dan gaulkan rata di dalam air yang mendidih tadi, biarkan seketika

kemudian, masukkan ikan putih yang korang dah goreng tadi ke dalam sup jeruk tauhu yang sudah mendidih tadi, kecilkan api dan biarkan masak seketika ... voila, dah siap, matikan api, so ... bon apetit la ...

nota: mrs pip guna 3 ekor anak ikan putih yer ...

selamat mencuba simple recipe dari mrs pip T_T

cheers.

Wednesday, 25 March 2015

Resepi puding roti yang simple 'once-again'

Resepi puding roti yang simple 'once-again'

hi there,

hahahaha, memang super awesome puding roti buatan mrs pip ni ... siap buat once again, then rebut rebut makan dengan mr.Husband! ngeee .... jom sama sama kita membesarkan waistline kita ....


ni before mrs pip masukkan puding roti tu dalam oven pembakar, mcm ni la rupa puding tu, mrs pip just tabur tabur all the bahan bahan masuk loyang 22cm ...

hari tu guna loyang kecil coz cuma guna 6 slices of bread, tapi ni seriously mengidam tahap gaban punya pasal, mrs pip guna 12 slices of bread, so loyang pun kenalah guna yang besar kan ....


ni lah puding roti yang gebu gebu after siap dimasak ... hari tu guna teknik double boiler kan, tapi kali ni mrs pip just bakar mcm biasa, ok jerrr, cuma bahagian bawah puding roti ni kurang lembap n a bit dry la ....

kalau mau cuba resepi ni, klik la di sini (check the old entry) ....

jom la kudap kudap .... puding ni sesuai juga dijamu untuk tetamu korang time minum petang gitewww....

simple recipe dari dapur mrs pip T_T

cheers.

Sunday, 22 March 2015

Resepi puding roti yang simple to do-it !

Resepi puding roti yang simple to do-it !

hi there,

Smiley Sunday everyone ... kemarin mrs pip pigi pulau tiga with families ... memang awesome! tapi before buat entry pulau tiga tuuuu, mrs pip wanna share my puding roti yang  sangat senang untuk dibuat, dan sedap untuk dikudap-kudap pada waktu petang ...

mau dijadikan cerita, petang jumaat lepas, mrs pip ada lebihan roti, so daripada roti tu tidak dimakan dan rosak, bagus buat puding roti, mesti membangkitkan selera nafsu makan mrs pip and mr.Husband...

senang jerrr buat puding ni, bukan ada sukatan yang tertentu-nanti-kalau-silap-letak-bahan-puding-tak-jadi ... kalau buat kek tu, lainlah, kalau silap bahan atau cara membuat, kek mungkin tak sedap lah, rosak lah ...


bahan-bahan dan cara membuatnya untuk puding yang simple to do-it ni ...

- 6 keping roti dikerat empat bahagian

- satu gelas susu segar (kalau tiada susu segar, you all bolehlah bancuh susu tepung yang korang biasa pakai, bancuh ja seolah olah korang mau minum susu tu ... hah, lepas dah bancuh masukkan susu tadi di dalam loyang yang berisi roti yang sudah dikerat-kerat)

- satu sudu besar gula ditabur di dalam loyang

- dua sudu besar planta digodek-godek di atas lapis roti

- satu biji telur dipukul dan dituang rata di atas permukaan roti

- untuk menambah kesedapan puding roti ni, tabur lah kismis campur ke, atau pun chocolate chips di dalam loyang mengikut kesukaan anda (mrs pip tabur kismis campur sebanyak dua sudu besar)

- bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 25 minit dengan teknik double boiler di dalam oven menggunakan api atas bawah


tada ! inilah hasilnya ... puding berwarna kuning keemasan, dan siaplah sudah makanan untuk minum petang anda ... sangat mudah disediakan ...

jadi, nextime kalau ada lebihan roti tu, korang bolehlah cuba buat yer puding ni ....

p/s: kalau korang tak suka susu putih, boleh juga digunakan susu berperisa seperti susu perisa coklat, strawberry atau vanilla ...

simple recipe jer ni, ada masa nnt korang cuba ok ...

cheers!
Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done