Guna 5 Cara Ini Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat


Guna 5 Cara Ini Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat || Fuh pening bila sinki tersumbat. Pernah terjadi beberapa kali dekat aku. Kebetulan sangat berlaku pada waktu suami pula tiada di rumah! Pergh, memang aku naik gila nak menghadap sinki tersumbat dekat rumah.

Lagi teruk rumah aku ni, bila sinki tersumbat, air akan bertakung keluar dari floor trap di dapur dan juga di tandas! Pendek kata, akan banjirlah dapur dan tandas rumah aku.

Faktor Yang Menyebabkan Sinki Tersumbat

Paip sinki tersumbat merupakan masalah yang sering berlaku di rumah kediaman sama ada ianya berlaku pada rumah yang telah lama ataupun baru dihuni.

Masalah ini berlaku apabila sisa buangan pada saluran paip tidak melalui penyaringan (grating) ataupun sistem saliran yang telah lama tidak dibuat pembersihan, menyebabkan pepejal daripada bahan buangan terkumpul pada perangkap aliran (trap) yang akhirnya menyebabkan saliran paip tersebut tersumbat.

Selain itu, pembuangan sisa minyak melalui sinki juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan minyak melekat, terkumpul dan tersumbat pada saliran paip.

Selain tersumbat pada perangkap saliran, ianya juga boleh berlaku pada sesimpang paip (T) atau elbow (L) pada sistem sebelum sampai ke saliran utama.

Keadaan ini berlaku kerana aliran pada sesimpang atau elbow akan perlahan dan menyebabkan sisa bahan termendap, terkumpul dan akhirnya tersumbat.

5 Cara Selesaikan Sinki Tersumbat

Berikut Adalah 5 Cara Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat Mengikut Keadaan 

Ada banyak cara untuk baiki sinki tersumbat, tapi kamu pilihlah ikut mana yang sesuai dengan keadaan kamu.

1) Guna Pelocok (Plunger)

Ini kaedah paling ekonomi dan mudah dilakukan.

Pelocok adalah bahan getah yang direka untuk membolehkan lubang saliran sinki dipam bagi menggerakkan aliran yang tersumbat supaya ianya bergerak dan menolak terus ke saliran utama. 

Cara Atasi Sinki Tersumbat

Kaedah ini perlu dibuat (dipam) secara berulangkali supaya berlaku pergerakan sedikit demi sedikit pada saliran dan akhirnya membuatkan sisa buangan yang tersumbat bergerak terus ke saliran utama melalui pergerakan graviti. 

Pelocok ni aku memang standby siap-siap di dapur. Kadang-kadang memang sinki aku tu tetiba saja air aka stuck dalam sinki. So bila jadi keadaan macam ni, aku memang tak perlu minta bantuan mr.Husband, terus guna pelocok dan pam pelocok tu dekat lubang saliran air dalam sinki tu.

Namun, bagi keadaan kritikal kaedah ini tidak mampu mengatasinya dan perlu kepada kaedah atau alternatif lain.

2) Menggunakan Bahan Peluntur 

Ia merupakan kaedah paling mudah dilakukan iaitu memasukkan bahan peluntur ke dalam saliran melalui lubang sinki.

Terdapat banyak jenis bahan peluntur dijual dipasaran mengikut tujuan kegunaan serta ramuan daripada setiap pembekal dan ianya boleh didapati di pasar raya, kedai perkakasan, kedai peralatan rumah dan sebagainya. 

Guna 5 Cara Ini Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat

Setiap bahan peluntur yang dijual disyorkan dengan kaedah tertentu sesuai dengan bahan yang diolah supaya ianya bertindakbalas dengan air yang berfungsi sebagai pengurai terhadap sisa buangan yang tersumbat pada saliran.

Tunjukajar dan ramuan bahan-bahan peluntur selalunya dilekatkan pada bekas peluntur tersebut sebagai rujukan kepada pengguna.

Selain itu, campuran vinegar dan bikarbonat soda yang biasa terdapat di dapur rumah kalian , kemudian dibancuh dengan air panas dan di tuang ke dalam saluran air paip juga boleh membantu meleraikan masalah sinki tersumbat. 

Untuk campuran vinegar dan bikarbonat soda, aku memang tiada sukatan khas. Tapi apa yang aku pakai ialah, sebotol bikarboat soda (botol kecil) ditambah dengan sebotol cuka (saiz sederhana) dicampurkan ke dalam setengah baldi air panas, dan tuang habis ke dalam sinki. 

Kalau sinki korang tersumbat tak teruk mana, memang dalam beberapa minit, insya allah sinki kembali baik seperti biasa.

Tapi kalau tersumbat teruk, memang kena buat beberapa kali. 

Tapi pernah juga terjadi aku buat banyak kali pun tak menjadi tau , still teruk gila saluran paip sinki tu tersumbat lepas tu overflow masuk tandas! phew. 

Kalau kes macam ni, aku guna dawai penjolok kat water downpipe kitorang. Biasa kan korang nampak kat lantai dapur dan tandas ada saluran paip yang bertutup seperti contoh gambar di bawah, tu dipanggil water downpipe.
 
cara selesaikan sinki tersumbat

So kalau overflow berlaku, sila buka penutup downpipe ni, dan tuang campuran vinegar dan bikarbonat soda tu kat dalam, lepas tu guna dawai penjolok untuk periksa laluan dawai tu smooth atau tersekat.

Kalau smooth, mungkin korang kena tunggu few minutes untuk settlekan kotoran tepi-tepi paip tu tercuci.

Selain guna vinegar dan bikarbonat soda, mahupun bahan peluntur untuk paip, korang boleh juga guna campuran sabun pencuci cecair dicampurkan bersama air panas dan tuang ke dalam saluran paip / sinki.

Kemudian, guna dawai penjolok untuk periksa laluan air tersekat atau tidak.

Kalau masih tersekat, untuk rumah persendirian, korang boleh periksa 'maintenance pipe/valve' untuk laluan downpipe tersebut, cuba ketuk bahagian laluan downpipe tadi kot kot kotoran tepi paip yang melekat tu akan tertanggal dan ikut mengalir keluar.

Kalau tak, sila buka maintenance pipe / valve untuk buat pipe maintenance ya. Yang ni mr.Husband lah pernah buat, aku tak buat coz kena panjat tangga lah pula nak check maintenance pipe rumah kitorang.

Kalau yang tinggal kat apartment / condo, sila dapatkan bantuan daripada building maintenance department tempat korang tinggal ya.

3) Menggunakan Dawai Penjolok

Dawai penjolok adalah sejenis alat yang direka bersifat fleksibel untuk menjolok saliran paip tersumbat melalui lubang pada sinki ataupun mana-mana lubang saliran yang tersumbat. 

cara baiki sinki tersumbat

Alat ini mempunyai pemegang (handle) dan bentuk khas pada hujung penjolok yang bertindak sebagai penghurai sisa bahan yang tersumbat supaya ianya bergerak ke saliran utama. 

Sifat dawai penjolok yang fleksibel dan mudah digerakkan secara putar melalui handle akan memasuki lubang saliran dan boleh melepasi perangkap saliran dan juga sesimpang (T) atau elbow (L) dan akan menembusi kedudukan yang tersumbat sekaligus mendorong saliran untuk bergerak melalui konsep graviti sistem saliran tersebut. 

Ketika penjolokan dibuat adalah lebih berkesan dengan menuang air ke dalam saliran paip sambil menggerakkan dawai penjolok agar kotoran yang melekat pada saliran paip terhakis. 

Dawai penjolok boleh didapati di pasar raya, kedai perkakasan, kedai peralatan rumah dan sebagainya. Dan nama lain dawai penjolok ini juga dikenali sebagai drain snakes / plumber's snake / snake pipe cleaner.

Aku ada pengalaman guna alat ni. Kalau downpipe korang jenis lurus turun terus ke bawah, memang senang nak guna dan tolak kotoran tu turun. Dan kalau ada gumpalan rambut, memang boleh berpintal kat hujung dawai snake pipe tu.

Tapi kalau jenis downpipe rumah korang (seperti kat rumah kitorang) dipasang S-Trap sebelum turun ke laluan bawah, memang agak sedikit sukar untuk guna snake pipe ni untuk tolak kotoran soil / waste stack. 

4) Membuat Penyelenggaraan Pembersihan 

Salah satu kaedah mengatasi paip sinki tersumbat adalah membuat penyelenggaraan iaitu dengan membuka perangkap saliran dan membuat pembersihan. 

Kaedah ini memerlukan sedikit pengetahuan dan peralatan tertentu. Biasanya perangkap saliran direka dengan kriteria yang boleh dibuka untuk tujuan penyelenggaraan. 

cara selesaikan masalah sinki tersumbat

Peralatan yang diperlukan untuk membuka penutup perangkap saliran adalah seperti spanar paip (pipe wrench), pembuka rahang laras besar, pemutar skru dan sebagainya. 

Setelah perangkap saliran dibuka, pembersihan dilakukan dengan mengeluarkan sisa bahan yang tersumbat serta membersihkan kotoran yang melekat pada permukaan dalam perangkap saliran sebelum ianya dipasang semula.

5) Mendapatkan Perkhidmatan Bertauliah

Mengatasi paip sinki tersumbat bagi masalah ditahap kritikal pastilah memerlukan perkhidmatan yang bertauliah. 

Terdapat keadaan tertentu yang mana anda terpaksa memerlukan khidmat daripada mereka yang pakar serta mempunyai peralatan yang lengkap untuk mengatasi masalah tersebut seperti rumah mengalami overflow walaupun plebagai kaedah biasa sudahpun dilakukan dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan akibat sinki tersumbat.

kontraktor paip tersumbat


Terdapat banyak syarikat atau orang perseorangan yang menawarkan perkhidmatan mengatasi masalah sinki tersumbat.

Mereka boleh dihubungi melalui carian pada iklan di media cetak atau internet, kontraktor perpaipan, kontraktor dalaman rumah, syarikat ubahsuai rumah kediaman dan sebagainya.

Biasanya mereka akan datang melawat masalah yang berlaku, menawarkan perkhidmatan pembaikan dengan disertakan sebutharga untuk rundingan harga dan persetujuan kedua-dua pihak sebelum ianya dibuat.

Setelah selesai dan lengkap dengan ujian yang dibuat bersama tuan rumah barulah bayaran dibuat.

Membuat Penyelenggaraan Paip Sendiri Secara Berkala

Untuk mengelak sebarang paip tersumbat sama ada di sinki mahupun di tandas, maka disyorkan untuk kita membuat sendiri penyelenggaraan paip secara berkala.

Korang boleh buat sebulan - 3 bulan sekali. 

Apa yang korang perlu lakukan ialah, hanya perlu lakukan Kaedah Ke(2) di atas iaitu mencuci downpipe dengan menaburkan bahan peluntur anti clog atau menggunakan vinegar bersama bikarbonat soda, atau juga menggunakan sabun pencuci cecair bersama air panas dan dituang ke dalam sinki / saluran downpipe.

Dan gunalah perangkap kotoran di sinki untuk mengurangkan kotoran / sisa makanan masuk terus ke dalam saluran downpipe, begitu juga di tandas, pastikan downpipe di tutup dengan penutup yang telah disediakan.

Dan untuk kotoran berminyak ketika mencuci pinggan mangkuk / kuali, buang minyak ke dalam plastik dan masukkan ke dalam tong sampah. 

Ini adalah di antara cara untuk menjaga sinki / saluran downpipe daripada tersumbat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

gambar: kredit Google

cheers.


Post a comment

1 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.