30 December 2020

Our Christmas 2020

Our Christmas 2020 || hi there, ini cerita Krismas kami tahun ini. Seperti biasa bila Krismas tiba, kami akan lepak rumah mak mertua sehari suntuk. Biasanya akan ada open house , jadi meriahlah sikit bila ahli keluarga lain datang melawat.

Tapi tahun ni, hanya kami-kami sahaja yang celebrate memandangkan rumah terbuka tidak digalakkan kerana kita masih dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid19.

christmas 2020

Christmas Eve. Kami pun lepak juga di rumah mak mertua. Makan malam bersama adik beradik mr.Husband. Semua ada kecuali adik mr.Husband yang duduk aman damai di Semenanjung. It is ok, next year Raya lah kan baru balik kampung, ekeke.

Huh, bukan main si Nami kacau pokok Xmas mak mertua. Suka betul Nami tarik lampu lip lap lip lap tu, adeh. Mommy yang risau pokok Xmas tu rosak.

Mak mertua no longer nak pasang pokok Xmas besar since cucu cucu dia semua jajal dan tahan galangas. Kesian pokok Xmas kena kacau oleh the cucus yang kecik!

Macam ni lah aku, sambut banyak perayaan sejak kawin dengan mr.Husband yang convert Muslim. Dan tahun ni celebrate birthday mr.Husband dan baby Priestian ke-dua tahun bersama kerana kebetulan mereka lahir pada Hari Xmas.

Notes: Aku tiada gambar yang proper untuk bday celebration tu, nanti tunggu sesiapa yang rajin upload kat family group. Kalau ada yang proper, nanti aku insert dalam entry ni sebagai kenang kenangan.

Birthday gift untuk mr.Husband pula , aku sempatlah beli siang tadi kan bersama mr.Husband. Suruh dia pilih mana yang dia suka, macam biasa aku bayarlah. Kalau aku yang birthday pula, biasanya mr.Husband lebih prefer bagi aku $$$ , hehe.

christmas 2020

Thank you adik ipar bagi semua anak-anak cermin mata Xmas, tapi Nami refused mau pakai. Alaaaa, props sajapun kan, tapi si Nami ndak suka la pula, so end up mommy lah pakai.

Dan gambar di atas tu, aku dan mr.Husband, then Iman dan Wawa (our niece yang tinggal jauh di Telupid, lucky dapat balik time Xmas ni), then aku dan Amin, next aku dan my sister-in-law (husband dia adalah abang kepada mr.Husband).

christmas 2020

Xmas hari Jumaat. Then Sabtu kita semua penat celebrate Xmas, so just melepak di rumah. 

Ahad pula adik-beradik mr.Husband ajak pigi laut, jami jomlah kita melepak di Pantai Sawangan tempat bapa mertua parking bot dia.

Jadi kami BBQ dan makan-makan di sepanjang hari. Sorrylah ya, tiada gambar makanan (nampak sangat aku ni bukan foodie blogger kan). Aku ni bab ambil gambar makanan, memang selalu lupa. Ingat mahu makan saja bah.

christmas 2020

ni antara anak-anak yang melepak selepas penat main bubut-bubut. Nah , berbaringan dorang di dalam bot bapa mertua.

Ipar duai masing-masing busy makan dan bercerita. Bapa mertua pula sibuk dengan geng minum dia.

Anak-anak semua ni tidak sabar mau mandi laut, tapi cuaca masih panas, so kena tunggu cuaca redup sikit baru lepaskan anak-anak ni semua pergi laut jadi dugong kejap! bahahaha.

christmas 2020

ok, sekitar jam 2PM, cuaca mendung jadi memang sesuai untuk anak-anak mandi laut.

Yang ipar-ipar lelaki semua pergi melinggi (tangkap ikan), manakala yang ipar-ipar perempuan dan mak mertua sibuk main daun judi (ni biasa ya dengan dorang , tradisi). 

Aku macam biasalah, jadi pemerhati bebas.

Dan thanks bapa mertua jaga anak-anak sepanjang waktu dorang mandi laut. ekeke, jadi baywatch kejap bapa mertua.

Dah siap melinggi, dan anak-anak naik balik darat selepas jadi dugong , bagi dorang mandi salin baju, makan dan rehat. 

Sekitar jam 5.30PM, kami siap-siap balik rumah. Cuaca yang tadinya mendung, bertukar menjadi hujan kuat. Nasib barang semua sudah dikemaskan dan kami semua naik kereta masing-masing.

Let's go home.

Dan tidak berakhir di Pantai Sawangan, acara makan-makan seperti biasa berlangsung lagi di rumah mak mertua. 

Semuanya akan berakhir pada malam 31 Disember nanti. Haha, jadi sepanjang seminggu dari bermula Xmas Eve sehingga New Year Eve, jangan harap boleh diet ya. Semua diet ku hancur ke lautan dalam!

Ok, jomlah makan dan makan lagi.

Anyway,  happy holidays semua.

cheers.

6 comments:

  1. Makan2 saja ya kejanya.. hehehe.. bila kawen campur ni semua perayaan ya sambut... meriahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakmim, memang makan2 sajalah kerja kami ni till new year.

      Delete
  2. haha KIV dulu diet..Tunggu habis semua sambutan perayaan, baru start diet..skrg diet duk diam2 tau dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, next year kena kurangkan berat badan kaw kaw pula.

      Delete
  3. walaupun tak ramai but still meriah sambut krismas haha lucu bha masing-masing bergelimpangan dalam bot tu

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Follow Us @soratemplates