Hiking Bukit Tinubau Membakut || 07.11.2020

Hiking Bukit Tinubau Membakut. hi there, akhirnya berjaya juga aku hiking Bukit Tinubau ni. Bukit ni dekat saja dengan rumah. Jalan kaki dalam 10 minit untuk sampai kaki bukit sebelum naik ke atas. 

Dan dari kaki bukit tu, kalau jalan lenggang kangkung, dalam 30 minit boleh sampai. No rush since kitorang naik dengan anak-anak.

Sebelum ni, Iman dan Amin sudah banyak kali hiking ke Bukit Tinubau dengan mr.Husband. 1st dorang naik bukit ni ialah pada 14.12.2018 (siap boleh ingat tarikh kan, pasal aku update di blog).

Iman & Amin menjejaki Bukit Tinubau


Hiking Bukit Tinubau Membakut


Dalam entry aku tu, aku ada tulis, maybe 4 tahun lagi kot baru aku naik Bukit Tinubau ni pasal aku kan ada baby Nami. Rasa macam susah juga bawa budak Nami ni naik bukit , kena dukung kan.

Tapi kan, hari tu mr.Husband lah pengaruhi aku balik-balik bawa aku hiking. Dia bilang bukit depan rumah dekat saja, bila lagi mau hike.

mr.Husband tambah lagi ayat-ayat memujuk dia tu dengan masalah berat badan aku yang susah untuk turunkan berat. Dia cakap "mari kita exercise naik bukit, cepat tu turun berat badan kau" ...

hiks laki aku ni kan ...

Hiking Bukit Tinubau Membakut

Nah, seketul mrs pip yang berpipi tembam. Masalah berat badan naik mencanak selepas aku wean off BF dengan baby Nami 3 bulan yang lalu.

Pengalaman Cerai Susu Badan (Wean Off)

10 more kilograms need to be shoo away!

jadi, aku pun rasa ok lah , let's hike. Kita try hiking, manatau lepas hiking terus hilang tu 10kg kunun. pfffttt.

Pagi tu sepatutnya kami hiking jam 6, tapi gara-gara lambat siapkan breakfast, jam 6.30 pagi kami keluar rumah.

Iman dan Amin paling happy pasal dorang ni lama sudah tidak hiking bukit. Last dorang hiking pun kalau aku tidak silap somewhere awal tahun ni.

Hiking Bukit Tinubau Membakut

Seronoknya Hiking Bukit Tinubau Membakut

Dari kaki bukit tu kan, time mula-mula naik tu memang semputnya aku rasa. 1st time naik bukit kan. Terus aku rasa macam give up. Tercungap-cungap naik.

Tapi bila tengok Iman dan Amin punya happy dan selamba saja naik, aku dapat kekuatan untuk teruskan naik .. Selepas 10 mnit macam tu aku dah dapat rhythm aku.

Anak-anak aku laju jak jalan ke depan. Dan waktu kami jalan tu, ada seekor anjing follow kami. Anjing orang kampung lah ni. Ok lah, ada juga guardian kami sampai ke atas bukit.

Tapi halfway, anjing yang join kami tu patah balik kerana ada anjing lain yang menyalak sewaktu dalam perjalanan kami menghampiri puncak bukit.

Kesian pula dekat anjing yang join kami tu. Ingatkan kalau dia join sampai di puncak, nanti nak bagi dia makan bekalan yang kami bawa.

Sepanjang perjalanan, baby Nami tu mr.Husband yang dukung. Aku memang ndaklah larat bah mau mendukung anak.

Tapi sesekali si Nami mau juga jalan sendiri join abang-abang dia. Dan sesekali anak-anak keletihan dan berehat dalam perjalanan.

Laluan ke bukit Tinubau, so far memang elok, cuma yang 200m terakhir tu, jalan agak berbatu-batu dan curam sikit. 

Memang kena slow jalan tunggu anak-anak naik dulu. Kesian dorang kepenatan.

Kitorang stop dua kali bagi anak-anak minum air dan take five kejap.


Hiking Bukit Tinubau Membakut


View stunning. 

Biasalah bila hiking bukit ni, memang view dari atas bukit kita akan rasa cantik kan. 

Macam bukit Tinubau ni, view sebelah kanan ialah bukit bukau dan banjaran crocker. Memang sejuk mata memandang warna hijau biru nya alam maya.

Dan view sebelah kiri pula akan nampak Pekan Membakut. Since Pekan Membakut ni kecil sahaja, so sejauh saujana mata memandang akan nampak kehijauan seluas alam maya.

Satu benda nak cakap, bila hiking bukit dan sampai ke atas tu, view memang stunning. Subhanallah.

Hiking Bukit Tinubau Membakut

Banyak sangat gambar aku ambil, tapi mau kasi sumbat semua dalam blog memang ndak payahlah kan. 

Lepas sampai atau puncak bukit Tinubau ni, aku rasa happy gila. Lama sudah mengidam mau hiking tapi ndak tersampai-sampai.

Memang tinguk bukit ni dari tingkap rumah sajalah. Tapi kali ni berjaya hiking bukit Tinubau, rasa happy dia tu lain macam sangat.

Kami stay for a while atas bukit sambil makan sarapan yang kami tapau dari rumah, dan bagi anak-anak rehat kejap.

Lepas tu kami turun balik rumah.

Dalam perjalanan balik, aku bagitau mr.Husband untuk bawa aku hiking lagi nanti Sabtu depan. Terus semangat bah kunun mau hiking demi misi menurunkan berat badan.

Dan kalau sebelum ni aku fikir hiking bukit Tinubau ni susah, weh aku silap la bah pula rupa-rupanya. Bukan susah mana pun. Yang penting kenalah berusaha kalau mau daki bukit. ekeke.

Jadi, jadual next hiking kami nanti Insya Allah hari Sabtu, 14.11.2020 ini. Tapi kali ni, mr.Husband bilang kami pergi hiking dekat bukit sebelah pula yang orang kampung panggil Bukit Tangki Air Hitam.

Dorang bilang sana pun view atas bukit best.

Ok, whatever. Asalkan mr.Husband bawa aku hiking , aku dah happy. Sambil hiking, sambil bersenam, sambil kita bonding dengan anak-anak tercinta.

Lagipun, ni salah satu cara aku boleh bawa anak-anak bersiar ke luar rumah memandangkan untuk jalan-jalan tempat yang ramai orang is not my preference at the moment kerana COVID-19.

Jadi, kita jalan-jalan nature walk and hike macam ni pun dah cukup seronok buat aku dan anak-anak.

Terima kasih mr.Husband pasal ajak aku sungguh-sungguh untuk hiking. Kalau sekali dua dia ajak memang aku malas nak layan , tapi ni ajak banyak kali yang buat aku tergerak hati untuk daki bukit ni.

Korang semua, stay healthy and take care ya.

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. Landai bukit Tinubau tu. Agak mudah untuk sampai ke puncak. Bagusnya, anak-anak kecil sudah didedahkan dengan aktiviti menyihatkan.

    ReplyDelete
  2. tak tembam mrspip, cheek bone mahal tu, model2 semua perlu ada cheekbone macam tu tau! hehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya..kecil2 da di bawa hiking dengan beg Iron Man lagi tu..

    ReplyDelete
  4. Yang sikecik tu pun semangat bukan main lagi..hahaha..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.