Lambatnya Poslaju Hantar Barang ke Sabah!

Hi there. Sesi nak membebel kejap. Sekarang ni, aku baru tahu yang jarak China - Kota Kinabalu tu lebih dekat berbanding jarak Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu! Semua ni berlaku selepas PKP, impak dari COVID19! eh jadi macam tu pula kan, tetiba jarak KL - KK ni jadi jarak yang rasa dia terlebih jauh! hiks, geram tau. 

Lepas ni aku kalau online shopping, kalau boleh semua beli dari China saja. Gembira sikit hati menunggu parcel datang laju berbanding beli barang yang postage dari KL ni (guna poslaju). 

jarak china kk lebih dekat berbanding kl kk

Ni yang pakai delivery service Poslaju sajalah yang ada impak kot, rasanya kalau delivery service yang lain maybe tak da yang perlu tunggu parcel berminggu minggu hingga berbulan. Senang saja guna alasan 'PKP lah' ...

Eh, PKP dah habis kot, dah boleh pergi kerja macam biasa (tapi kenalah amalkan social distancing dan jaga kebersihan diri. Pakai mask dan sanitize selalu). Janganlah bagi alasan lapuk!

parcel delivery dari poslaju

Ni parcel yang baru sampai hari tu. yang putih tu straight dari China. Aku beli barang kat Shopee, dalam seminggu sampai. Pos dari China ke KK. Bagi aku, masa untuk sampai ke alamat aku dalam seminggu tu memang acceptable.

Yang parcel hitam tu pula, aku beli last month online. Seller dah ship out dua hari lepas aku buat payment (bukan dari Shopee). Guna POSLAJU. Fuiyo, aku tak tahulah Poslaju peram barang ni sampai sebulan!

Ada yang bagitau. masalah PKP hari tu, banyak barang kena peram, tak post out. So bila PKP dah mansuh, slowly barang semua ready for delivery. 

Tapi aku susah nak terima pakai alasan macam ni. Takkan sebulan kot baru nak gerak keluar barang barang ni. Customer bayar tau service parcel delivery ni, Poslaju bukan cikai cikai dia punya postage price hantar ke Sabah. Why so delay?

Alasan PKP? PKPP? so aku tengah imagine yang gudang kat China letak barang tu macam mana pula? Penuh ke tidak warehouse dorang? Aku rasa parcel dorang lagi banyak berbanding Poslaju kan since buyer dorang all around the world.

Aku tak salahkan seller seller yang menjual online semua. Dorang ni part hantar barang lepas kita buat payment memang laju. Hari ni bayar, kalau boleh terus ship out barang. Tapi parcel delivery service / courier ni yang aku upset why so late nak deliver parcel kitorang semua.

Siapa yang macam aku? barang lewat sampai? korang buat report tak kat courier service?

aku memang nak buat report lepas blogger FS bagitau kot kot lepas buat report barang terus sampai ... so next day tu aku nak buat report, tup tup aku check dalam sistem barang dah masuk Sabah! Woha. 

Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar kesedihan aku, terus saja barang tu sampai. Aku tak marah, tapi aku a bit upset saja. Terima kasih Allah kerana mendengar rintihan aku yang mengomel kenapa barang aku lambat sangat nak sampai, ekeke.

shopping barang murah di shopee

Dah barang sampai, jomlah kita unboxing ok. Hati pun dah happy dah. Yang gambar di atas ni, barang-barang yang aku beli dekat Shopee tu lah ... 

  • mangkuk makan untuk baby Nami
  • kuali kecik untuk goreng telur bentuk bunga
  • disposable toilet seat cover (senang nak guna tandas awam yang kadang kadang ada mahkluk tak reti guna tandas awam, dorang pergi cangkung kat tandas duduk, habis cover tandas tu semua kotor)
  • clock calender (letak dekat dapur satu, dan kat bilik tidur. Ada alarm sound, light, birthday reminder, calender, dan room temperature)
  • caterpillar lazy bracket mobile phone
  • fish skin brush scraping untuk buka sisik ikan
  • cutting hair waterproof cloth (ni untuk anak-anak nak gunting rambut senang, dah ada plastic cover)
  • krim Psoriasis (ni untuk mr.Husband yang ada masalah psoriasis kulit di kepala)
  • Anti slip carpet/rug sticker (ni nak letak kat door mate depan tandas yang asyik bergerak tak reti nak duduk diam bila anak anak keluar tandas, ganas betul anak anak kau ni guna door mate)

Tu sajalah benda yang aku beli dalam parcel putih tu, manakala parcel hitam tu adalah buku belajar melukis dan mewarna, drawing pad dan toys untuk anak anak aku. Dan ada educational toys yang customer aku selit order sekali. Nasib baik customer sabar menanti barang dia lambat sampai.

Yang drawing pad tu menarik, anak anak tak guna pakai lagi, Yang time aku beli buku mewarna ni, memang anak anak still cuti sekolah, tapi lambat sampai kan, so now anak anak start school, nanti cutilah baru bagi kat dorang buku dan drawing pad tu. (Gambar esok-esoklah aku update)

Tu sajalah aku nak membebel. Haha. Lepas ni aku harap POSLAJU bolehlah speed up penghantaran barang ok. Kena cari alternatif ok. Jangan guna alasan PKP PKPP tau.

done bebel.

cheers.

Post a Comment

10 Comments

  1. adik sy mengamuk dekat status wasap sbb barang nda sampai2 kahkah
    sy bukan jenis yg suka mengunggu sebab tu sy nda suka beli barang online haha

    ReplyDelete
  2. sampai berbulan barang tak sampai, mau angin juga.

    ReplyDelete
  3. abe kie guna JnT sbb cpt sikit. Hari jumaat (off day di Kelate) pun mrka antar brg ke rumah. Tabik!

    ReplyDelete
  4. Kan kak 😭😭
    Lambat sgat... Nak guna pos lain xdapat..

    ReplyDelete
  5. Saya pernah terima bungkusan setelah lebih 2 bulan menunggu! Pos laju juga!

    ReplyDelete
  6. tak faham kenapa pos laju banyak masalah hantar barang sekarang. courier lain laju je buat keje.

    ReplyDelete
  7. kan... Tak logik la nak salahkan PKP sedang kan yang dari China lagi cepat sampai. kalau J&t pun lambat, DHL pun lambat, ye la kita paham jugak..

    Ni tidak.. POS LAJU JE YANG LAMBAT!!!!!

    geram..

    Hahahah

    ReplyDelete
  8. Jangan sabah, seluruh malaysia dia loading.. sangkut tak ada siapa nak gerakkan. Pos laju dah jadi pos lambat.

    ReplyDelete
  9. maybe sebab lambakan barang terlalu banyak agaknya kak hehehe

    ReplyDelete
  10. haah mrs pip..saya haritu buah harumanis pending kat dorang punya hub (Pos Laju). Elok harini buat report, esok buah sampai depan rumah. Itu pun lepas seminggu pending. Sampai pun, ada buah yang dah busuk. huhu. Wpun tak lama seminggu je pending tapi sebab dalam tu buah. Risau kalau lagi lama, semua busuk. dah la mahal..lagi sadis kalau semua busuk.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.