Resipi Simple Creamy Buttermilk Prawn

hi there, assalamualaikum semua. Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan. Chef in the house sediakan menu creamy buttermilk prawn ataupun udang masak butter penuh berkrim! Hah gitu, sedap sehingga menyelerakan tambah extra sepinggan nasi mrs pip makan, dan memang menternak lemak betul sepanjang mr.Husband cuti PKP ini. Setiap hari ada saja menu yang dia buat untuk kami sekeluarga.

Resipi simple creamy buttermilk prawn
Resipi simple creamy buttermilk prawn 

Creamy buttermilk prawn atau udang masak butter berkrim ni ikut korang nak panggil menu ni apa, tapi paling simple udang buttermilk kan, ni yang biasa kita panggil. Cumanya, udang masak butter ni korang suka yang kering, ataupun yang berkuah penuh berkrim, ikut selera masing-masing.

mrs pip suka udang masak butter yang banyak gravy , berkuah gitew. Kuahnya pula pekat-pekat, sedap. Anak-anak pun suka. Kalau masak udang butter yang kering tu, anak-anak macam kuranglah sikit nak makan, dorang memang suka nasi tu ada basah-basah sikit, senang nak telan masuk mulut.

Resipi simple creamy buttermilk prawn
Resipi simple creamy buttermilk prawn 

ni pula adalah bahan-bahan yang mr.Husband guna untuk memasak. Katanya bukan susah manapun nak sediakan creamy buttermilk prawn ni. Bahan-bahan seperti campuran sayur tu, optional ikut suka hati masing-masing. Yang penting kuah buttermilk tu kena buat sedap memikat anak tekak, barulah makan pun percintaan dengan si udang tu nanti. Hahaha.

Resipi simple creamy buttermilk prawn
Resipi simple creamy buttermilk prawn 

Jomlah kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat resipi creamy buttermilk prawn ini. Siapa suka makan udang, bolehlah jadi geng dengan anak-anak mrs pip terutamanya si Iman tu T_T

Bahan-Bahan dan Cara-Cara membuat 
Resipi Simple Creamy Buttermilk  Prawn

  • 300gram udang dibersihkan, digoreng sehingga masak dan diletakkan dalam bekas hidang.
  • Tumis bawang putih dengan 3 sudu butter
  • Masukkan cili giling mengikut kehendak sendiri
  • Masukkan 1 batang lobak merah yang dipotong bulat
  • Masukkan setengah tin susu cair dan gaul sehingga mendidih
  • Tambah stok bilis, garam dan gula secukup rasa dan gaul
  • Matikan api, masukkan 2 tangkai daun kari dan tuang ke dalam bekas yang berisi udang goreng tadi. 
  • Siap.
Ok jadi siap pun menu simple mudah untuk disediakan iaitu creamy buttermilk prawn ataupun menu udang masak buttermilk yang penuh berkrim. Semoga korang pun makan penuh selera mcm akak ya, memang menternak lemak mrs pip nowadays ni.

Tak pa, kita buatlah senaman tabata 30 minit setiap hari demia membuang segala lemak yang diternak.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

إرسال تعليق

2 تعليقات

  1. الردود
    1. saya tukang tengok ja Umi, yang memasaknya tu husband saya,
      dia cuti PKP ni, rajin pula masuk dapur.

      حذف

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.