Covid-19 : Mommy jadi HARIMAU SINGA minggu ke-3 PKP

hi semua, hari ini dah masuk hari ke 21 movement control order (MCO) / perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana Covid-19. Anak anak sudah mula beryanya bila dorang boleh pergi sekolah.

Sudah mula rindu dengan kawan kawan dan Laoshi. Ada tanda malas untuk siapkan homework, lagi lagi untuk subjek maths, alasan dorang "susahlah mommy".


Tapi, mommy tetap pekakkan tellinga dengan pujuk rayu dorang untuk delay buat homework. NO kata mommy. Homework kena siapkan, tak kisahlah berapa lama masa yang korang nak ambil. Selagi homework ndak siap, NO TV NO PLAYING OUTDOOR .

Reading exercise juga kena buat. Kedua dua Iman dan Amin masih slow dengan reading. Iman quite good with his Chinese reading, tapi masih merangkak baca BM, dan since guna buku cerita berasaskan keyword, ada improvement dengan bacaan English dia.

Amin pula, kenal huruf ABC pun masih merangkak rangkak, bukan tak kenal tapi malas nak ingat ! Kena banyak bersabar betul kalau ajar Amin membaca ni. Memory dia hanya lasts for 5 seconds, lepas tu dia lupa apa yang dia baru baca tadi .... Bertabahlah Laoshi Laoshi sekalian mengajar murid seperti Amin.

Dua budak kaki gaduh

Dan, hari ini, masuk 3 minggu berkurumg stay at home, buat kali pertamanya AKU JADI MAK SINGA HARIMAU DINOSAUR !

Aku rasa macam aku nak masukkan Iman dan Amin semula dalam perut. Duduk diam diam jangan nakal dalam perut mommy.

Memang mencabar bila dua budak ni suka betul bergigit lidah bertengkar hal hal kecil. Nak ketuk kepala dorang berdua.

Aku rasa, bukan aku sorang saja mak mak surirumah yang pandai bertukar jadi singa sepanjang perintah kawalan pergerakan covid-19 ni. Bertabahlah mak mak semua.

Dan merasalah Iman Dan Amin rotan ranting tadi. Lepas tu dua dua behave sambung buat kerja rumah. Aduh. Bersalah pula bila rotan dorang di kaki , tapi ni my very last resort nak handle dorang berhenti gaduh.

Korang mak mak sekalian, Ada Cara lain tak handle anak anak yang setiap 5 saat akan bertekak dan bertengkar?

Tapi kan, rotan ranting tu yang lawaknya, sekali dua rotan, dah patah ... hahahah. Cukup sekadar sergah dorang. Cubit cubit pukul pukul guna tangan ni aku memang akan elak sebaiknya kerana risau kalau aku lost control.


Ya Allah, bagilah aku kekuatan jadi seorang mommy yang baik untuk anak anak aku ni. Kepada Mu aku meminta ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. AlFatihah untuk diri sendiri dan anak anak.

Entry meluahkan perasaan la pula. Kagum aku dengan mak mak yang hebat yang mampu didik anak dengan baik, no gaduh gaduh, dengar cakap elok elok ...



Sehingga update terkini di the AsianParents apps pada 07.04.2020, sebanyak 3,793 kes dilaporkan Covid-19, dengan jumlah sembuh 1,241, jumlah kritikal 102 Dan kes kematian sebanyak 62 mangsa.

Dan semalam aku baca , di America Syarikat, kes kematian Covid-19 mencecah 8,000 mangsa, dan jumlah kes Covid-19 dah masuk 297k orang.

Done entry mak surirumah meluahkan perasaan. Korang semua take care tau.

3 minggu duduk diam dalam rumah, alhamdulillah banyak juga kerja rumah yang berjaya disiapkan. Lepas ni
i plan nak spring cleaning dapur pula. Nak check kot kot ada barangan dapur yang expire , ekeke.

cheers.

12 Comments

  1. Adooo~ tumpang geram jugak ni Mrs.Pip.. Aien teda kuasa mau handle the boys ni.. Pening terus kepala.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm ni lah ragam anak anak, kdg2 boleh murung saya seharian.

      Delete
  2. one more week to go. hopefully

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stay safe stay at home. PKP kena sambung lagi until end of April ..

      Delete
  3. Rasanya semua mak2 berubah jadi singa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, mcm ni lah mak mak yg garang. Adeh.

      Delete
  4. sama la walau anak baru sorang tapi dok gaduh ngan ayahnya,ibu pulak naik antu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, mmg boleh naik hantu lah Kita Ni mak mak semua. Harap2 teda kes Dera berlaku, ekeke.

      Delete
  5. sama lah dgn liez..jadi macam2 haiwan jadian dah bila MCO ni.. bersabar lah

    ReplyDelete
  6. part mengajar anak tu memang mencabar betul.. Huhuhu.. Tambah sebab kita mak dan dia anak.. Kalau cikgu tu elok je dia ikut.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencabar betul kerjaya seorang cikgu kan.

      Delete

Post a comment

Previous Post Next Post