Cerita si penunggang kuda yang zalim

hi there, Adilkah tuhan? selalu tertanya tanya soalan macam ni, especially kalau kita rasa diri ni teraniaya .... apa kata ambil cerita ni buat peringatan diri dan yakinlah bahawa Allah tu Maha Adil .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerita si penunggang kuda yang zalim
Cerita si penunggang kuda yang zalim

Antara munajat Nabi Musa a.s. kepada Allah di Bukit Tursina ialah

"Ya Allah, tunjukkanlah keadilan-Mu kepadaku."


Allah berfirman kepadanya,

"Jika Aku menampakkan keadilan-Ku kepadamu, 
engkau tudak akan dapat bersabar dan tergesa-gesa menyalahkan-Ku."


Nabi Musa a.s berkata,

"Dengan taufik daripada-Mu, aku akan bersabar 
menerima dan menyaksiakn keadilan-Mu."


Allah berfirman,

"Pergilah engkau ke tempat yang ada mata air. 
Bersembunyilah di tempat tersebut dan saksikanlah apa yang akan terjadi."


Nabi Musa a.s pergi ke tempat yang ditunjukkan. Baginda naik ke atas bukit dan bersembunyi sambil memerhatikan sesuatu yang dijanjikan Allah.

Tidak lama kemudian, datang seorang penunggang kuda. Dia turun dari kudanya, kemudian berwuduk dan meminum air dari mata air tersebut. Kemudian bersolat dan meletakkan satu karung berisi 1000 dinar di tepinya. Selepas itu, dia pergi dengan terburu-buru sehingga terlupa karungnya.

Tidak lama selepas itu, datang seorang anak kecil. Dia meminum air dan melihat karung yang ditinggalkan. Dia mengambilnya dan terus pergi dari tempat itu.

Selepas itu,datang pula seorang lelaki buta. Dia minum dan berwuduk, lalu bersolat. Selepa menunaikan solat dan bersiap hendak pergi, tiba-tiba lelaki penunggang kuda datang kembali.

Dia berkata kepada lelaki buta,

"Kamu telah mengambil karungku yang berisi dinar di sini."


Lelaki buta terkejut dan berkata,

"Bagaimana aku boleh mengambil karung tersebut sedangkan aku tidak boleh melihat?"


Penunggang kuda tetap berkeras,

"Kamu jangan bohon kerana tidak ada orang lain selain kamu di sini."


Lelaki buta menjawab,

"Betul, hanya aku di sini. Tetapi kamu sendiri tahu aku tidak boleh melihat."


Penunggang kuda meninggikan suaranya,

"Mengambil karung tidak semestinya dengan mata, tangan pun boleh melakukannya!."


Oleh sebab terlalu marah, dia membunuh lelaki buta tersebut. Selepas itu, dia cuba mencari-cari karung pada badan lelaki buta, tetapi tidak menjumpainya. Dia pun berlalu dan meninggalkan mayat lelaki buta di situ.


Selepas melihat kejdian tersebut, Nabi Musa a.s. berkata,

"Ya Allah, memang benar kata-Mu, ia benar-benar menguji kesabaranku.
 Namun aku yakin sesungguhnya Engkau Maha Adil."


Selepas itu, Jibril a.s. datang dan berkata,

"Allah memerintahkan aku agar menyampaikan penjelasan-Nya kepadamu.
 Dia mengatakan bahawa Dialah yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib
 yang engkau tidak ketahui.

Dia menyebutkan bahawa anak kecil yang
 mengambil karung berisi dinar telah mengambil kebmali haknya semula
dulu ayanhnya pernah bekerja dengan lelaki penunggang kuda tersebut,
 tetapi tidak pernah dibayar gaji.

Jumlah gaji yang harus dibayar
 kepadanya sama dengan sejumlah dinar yang ada di dalam karung
 tersebut. Lelaki buta yang dibunuh tadi sebenarnya
 adalah pembunuh ayah kepada anak kecil tersebut sebelum dia buta."

**Dalam Islam, orang yang membunuh orang lain akan dikenakan hukuman qisas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kita ni kadang kadang bila berlaku benda tak elok pada diri sendiri, jarang sangatlah kita mencari cari di mana silapnya diri kita, sure asyik salahkan orang lain ... kadang kadang kita mendapat ujian Allah, tapi kadang kadang tu, apa yang berlaku adalah balasan pada perbuatan kita di masa lalu ... 

apa kata kita lebih muhasabah diri selepas ni .... ambil iktibar dan jadilah lebih sabar dengan apa yang berlaku dalam hidup ... percayalah, Allah itu Maha Adil ....

sumber : Keajaiban Firasat 63 Kisah Pengubat Jiwa - Muhadir Haji Joll

Happy reading everyone.

cheers.

إرسال تعليق

6 تعليقات

  1. saya pernah dengar cerita ni dulu, tapi lupa. terima kasih mrs pip ceritakan semula. pengajaran untuk kita semua agar sentiasa berbaik sangka pada Allah swt sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui

    ردحذف
    الردود
    1. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua.
      Selalu sangat saya ni menghukum kenapa itu ini berlaku kepada saya,
      sampaikan terlupa dosa-dosa sendiri, padahal Allah sayang sangat kat kita.

      حذف
  2. Kejam sungguh penunggang kuda tu.. jgn senang2 tuduh tanpa usul periksa..

    ردحذف
  3. kisah yang boleh dijadikan teladan untuk kita semua.

    ردحذف

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.