Resepi mudah puding telur kukus (leche flan) - MrsPip || The Reviewer

Resepi mudah puding telur kukus (leche flan)

hi there, hari tu mrs pip seriously mengidam mau makan puding telur yg lebih dikenali sebagai leche flan  dikalangan masyarakat Filipina....  yang first try tu,  rasanya tidaklah menjadi sgt,  so mrs pip pun cuba 2nd attempts la kan.... And YES,  ianya menjadi...  SUPERB fantastic the taste! 

Resepi mudah puding telur kukus (leche flan)
Resepi mudah puding telur kukus (leche flan)

Memang sungguh teruja bila makan puding tu,  rasanya sangat sedap (ditekak mrs pip bah) seperti yang my late auntie buat...  Oh ya, kalau mau tau cerita pasal puding ni,  klik cerita puding telur la sini.... 

Puding ni serious giler senang ja mau buat... Bahan bahan pun senang ja mau dapat.... Ni bahan bahan nya

8biji kuning telur sahaja
2biji telur (whole egg) 
1tin susu cair IDEAL (boleh jerrr guna jenama lain) 
1/2tin susu krimer manis cap junjung (boleh jerrr guna jenama lain) 
5ml perisa vanilla
5sudu besar brown sugar (boleh jerrr guna gula biasa) 
30ml air

lain orang lain tu resepi dorang, tetapi asalkan jadi dan boleh makan kan, siapa kisah hehe.

Cara membuat

Resepi mudah puding telur kukus (leche flan)
Resepi mudah puding telur kukus (leche flan)

  • Campurkan semua telur di dalam mixing bowl dan pukul sebati 
  • Masukkan susu cair,  susu manis dan vanilla di dalam campuran telur tadi,  pukul sehingga betul betul sebati

Resepi mudah puding telur kukus (leche flan)
Resepi mudah puding telur kukus (leche flan)

  • Kemudian panaskan loyang di atas api perlahan,  masukkan gula,  kacau hingga gula menjadi cair, dan masukkan air dan kacau perlahan sehingga gula tadi benar benar cair
  • Matikan api,  dan masukkan campuran telur td ke dalam loyang yg ada gula ni...
  • Kemudian,  masukkan loyang ke dalam pengukus,  dan kukus selama 30 - 45 minit dengan api sederhana besar,  pastikan air di dalam pengukus cukup yer.... 
  • bila dah masak,  sejukkan seketika loyang td sebelum puding dikeluarkan dari loyang dgn cara menelangkup puding menggunakan piring
  • Kemudian,  sejukkan puding di dalam peti sejuk 
Dah cukup sejuk,  apa lagi.... Jom BON APETIT! simple recipe from mrs pip's kitchen

cheers.

No comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.