Layan Anak-Anak Pilih Kasut Sekolah Pallas, Mudahnya Beli Online Saja

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hi. Mahu cuti sekolah bah sudah kan, nanti lewat bulan Mac anak-anak akan masuk sekolah semula untuk sesi 2023 pula. Alahai, cepatnya masa berlalu. Tidak terasa pun Iman nanti masuk Darjah 4, manakala Amin pula naik Darjah 3. Besar-besar dah anak mommy ni.

Belum lagi start cuti, aku start sibuk pastikan kelengkapan sekolah anak dah siap. Eh malaslah aku mau pening-pening kepala beli barang last minute ni. So far, baju dan seluar anak-anak masih muat. Jadi, teruskanlah memakai pakaian yang masih elok, jangan membazir asyik mau beli yang baru. Selagi boleh pakai, kamurang pakai saja. Sungguh dasar mak-maka marhaen kan.

kasut sekolah pallas best

Tapi untuk kasut sekolah, seperti biasalah mereka request kasut baru. Anak-anak lasak betul di sekolah, kasut sekolah memang setiap tahun aku dapatkan yang baru. Aku fikir keselesaan anak-anaklah, kesian juga kalau guna kasut yang sudah rosak, nanti sakit pula kaki mereka.

Iman dah siap request memang nak kasut bertali macam tahun lepas, tapi dia bagitau kalau boleh dia mau try cutting / design yang lain pula. Aku ni jenis yang kalau sudah percaya dengan satu-satu jenama, sampai kesudahnya memang aku stick dengan brand tersebut.

Sejak Iman dan Amin masuk sekolah rendah, aku memang belikan kasut sekolah Pallas untuk mereka. Cumanya, masing-masing ada preference design kasut macam mana dorang suka. 

Anak-Anak Pilih Kasut Sekolah Pallas, Mudahnya Beli Online Saja

kasut sekolah pallas best

Tahun ni, masuk tahun ketiga tau Amin setia bertahan dengan kasut sekolah Pallas Hitam Pallas X-Series School Shoe Single Velcro Strap PX25/37-023 Black. Siap aku pernah buat review lagi, jemputlah baca link di atas, manatau korang pun macam aku yang suka baca review sesuatu produk sebelum decide untuk beli produk tersebut. 

kasut sekolah pallas best

Kasut ni memang selesa, mudah betul nak pakai dan senang untuk dikeringkan.

kasut sekolah pallas best

Dan anak-anak jenis yang belum begitu pandai ikat tali kasut, memang kasut yang pakai velcro strap ni paling ok untuk anak-anak, hanya lekatkan sahaja pada kasut.

kasut sekolah pallas best

Abang Iman pula, once dia buka kotak kasut tu, dia happy dapat kasut jenis kanvas bertali hitam, lain dari kasut sebelumnya. Kali ni, abang Iman pilih code Pallas X-Series School Shoe Single Velcro Strap PX25/37-104ABK Black. Happy betul dia! Selain tu, tapak kasut bahagian dalam pun sangat selesa di kaki Abang Iman.

kasut sekolah pallas best

Nak kongsi sedikit cerita tentang kasut sekolah Pallas ni, kalau kaki anak-anak korang jenis mudah berpeluh dan menyebabkan kaki berbau, aku syorkan kamurang try kasut sekolah Pallas Comfort Quick Dry, boleh baca review yang aku pernah kongsikan.

kasut sekolah pallas best

Satu hal lagi, macam aku memang prefer beli online. Nak mengheret anak-anak ke kedai kasut memang boleh riuh rendah jadinya. pening kepala nanti. Jadi dah boleh stay calm dan beli online saja, kan mudah begitu. Anak-anak pun boleh buat pilihan dengan mudah, tengok katalog pilih dekat screen phone sahaja, hehe.

Website Kasut Sekolah Pallas

Kamurang boleh buat pembelian kasut Pallas secara online, layari laman web www.wow2wee.com dan kalau mau tinguk maklumat lanjut tentang kasut Pallas, boleh lauari di www.pallas.com.my 

Dan seperti yang kamurang tahu,. kasut sekolah Pallas dari segi harga sangat reasonable, manakala dari segi kualiti, memang tiptop. Puashati sangat!

_________________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

"Life is not always beautiful and perfect, but as long as you are happy and grateful, life will always be perfect and beautiful"

Post a Comment

8 Comments

  1. Memang dari dulu suka beli kasut sekolah jenis Pallas, selesa, tahan lasak & murah

    ReplyDelete
  2. Thank you for the info! hehe walaupun anak belum bersekolah lagi, tapi saya akan simpan info ni buat rujukan akan datang

    ReplyDelete
  3. lama lagi ni nak shopping kasut sekolah wafa ^^~

    ReplyDelete
  4. wah bagus boleh beli online .. saya ni dari dulu kalau nak beli kasut kena bawak anak . Tak pandai nak ukur selalu salah .. hahaha

    ReplyDelete
  5. Best pakai kasut pallas ni, dari dulu lagi dah ada jual. Tahan lama n tahan lasak. Dulu semua beli kat kedai, sekarang dah mudah, beli online pun boleh.

    ReplyDelete
  6. Pallas always the reliable school shoe brand for kids , it's with good quality always. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. salah satu jenama yg memang kualiti tiptop..zaman sekolah dulu rasa bangga habis la jenama ni tambah pula yong kaki saiz memang besar so pallas memang pilihan

    ReplyDelete
  8. Kasut Palas memang pilihan saya untuk anak guna ke Sekolah, Pilih Palas sebab brand ni tahan lama. Design pula mudah dipakai dan dibasuh.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.