Permainan Board Games Paling Femes Zaman Childhood Aku

Permainan Board Games Paling Femes Zaman Childhood Aku || Semalam screentime 2 jam untuk Iman dan Amin guna phone mereka. Dan ditengah-tengah mereka duduklah seketul Nami sebagai pemerhati bebas. Nami masih kecil, baru 4 tahun usianya dan pada pendapat aku dan mr.Husband, Nami belum sesuai untuk diberikan smartphone, jadi dia hanya duduk perhatikan abang-abangnya layan main game.

Melihat Iman dan Amin happy bercerita sesama mereka tentang game yang mereka tengah main, mengingatkan aku tentang zaman aku dulu yang membesar dalam tahun 80-an. 


permainan board games paling femes

Dulu-dulu zaman 80-an, kami pun main game juga. Aku yakin yang sebaya aku ni pun tahu board games tu apa, betul tak? Dan ada banyak sangat permainan board games yang wujud waktu tu, cuma tahu atau tak tahu saja nama panggilan board games tu kan. Dan dan, terpaksalah buat nama sendiri untuk games tu, hehe.

Dulu-dulu mana ada smartphones atau komputer untuk main online board games kan. Ye lah, zaman 80-an internet pun kita tak dengar lagi waktu tu. 

Harga board games pun waktu zaman 80-an bukannya biashe biashe yer.  Dulu-dulu board games susah nak dapat yang ciplak. Sekotak permainan Monopoly yang original tu, harganya 3 digit ya anak-anak sekalian umat.

Main board games ni memang bonding time kami adik beradik. Kalau tak baik dengan adik beradik, siapa jer kau nak ajak main bersama? Mak kami susah sangat nak lepaskan kami main dekat luar, risau macam-macam hal boleh berlaku. Jadi, duduklah kami tiga beradik waktu tu susah senang main bersama-sama. 

Ada beberapa jenis board games yang aku paling suka main. Sekarang ni dah macam tak nampak budak-budak main, maybe mereka main, tapi secara online games. 

Almaklumlah, internet dan smartphone kan ada, jadi utilise benda ni elok-elok. Jimat juga duit kot main online games berbanding beli physical board games. Rosak satu hal, ambil ruang menyimpan pun satu hal juga.

3 Board Games Paling Disukai Aku Zaman Childhood 


#1 Checkers Board Games 

checkers board games

Mesti ramai yang kenal dan tahu cara permainan board games dalam gambar tu kan. Kita panggil main DAM kan, tapi nama antarabangsanya ialah Checkers.

Ni sap sap sui paling senang main. Kena ada strategi juga main checkers ni, kalau tidak habislah kau senang dimakan pihak lawan.

Aku main checkers board game ni, selain dengan abang aku dua orang tu, aku main dengan sepupu-sepupu aku. Paling gembira sangat kalau parents kami ajak pergi rumah nenek waktu cuti sekolah, dapat jumpa ramai sepupu, dan checkers ni yang paling kami kerap main. Siapa kalah, dia out dan diganti dengan sepupu lain, hehe.

checkers board games

Sekarang ni main sendiri-sendiri pun boleh. Main online saja, lawan komputer. Hah, ko tengok aku menang! Ni entah kali keberapa aku menang tau. Kalau ada masa terluang, tak da apa nak buat sangat, melayanlah aku main checkers online games ni.

#2 Uno Cards

Uno Online Games

Maybe ada yang pernah main UNO cards dulu zaman 80-an. Maybe ada yang tak pernah dengar dan tak tahu main Uno cards ni.

Beberapa tahun yang lepas, aku beli Uno cards dengan harapan nak ajak mr.Husband main bila ada masa terluang. Then, one day tu aku ajaklah dia main Uno cards tadi, tup tup dia bagitau eh ni kad apa? Macam mana mau main? 

Oooo rupa-rupanya dia memang tak pernah main Uno cards zaman dia kecil dulu, berbeza dengan aku yang UNO cards ni adalah salah satu my feveret game termasuklah UNO stick tu (yang lebih femes dikenali sebagai kayu Jenga).

It's ok, sekarang dah boleh main UNO online games. Suka sangat. Tiada kawan nak main UNO? Nevermind, layan saja main secara atas talian. Best pun best.

Yang tak reti nak main, tapi nak try, do not worry. Korang ikut sahaja simple instruction yang disertakan dekat UNO online games tu.


#3 Straight 4 Board Games

Main Board Games Secara Online

Satu lagi board games yang aku suka main dulu ialah Straight 4 board games. Ni aku kenal permainan ni selepas sepupu aku balik bercuti dari Manila, pakcik aku belikan dia game ni. So dia ajak aku main, since then jadi feveret pula main game ni.

Cara main pun senang sangat. Pastikan ko dapat skor 4 buah tu tersusun elok 4 biji, so dapatlah point. Lebih kurang macam main tic tac toe la juga bah. 

Ada yang panggil game ni Connect-4, ada yang panggil Straight-4, nama kampung bagi game ni aku tak sure apa, pasal aku just panggil main Buah-4, bahaha.

Ternampak Straight 4 online games, teringat dekat sepupu-sepupu aku yang rajin jadi geng aku main permainan ni. Sekarang semuanya dah berumahtangga, nak jumpa pun susah pasal tinggal jauh-jauh, dan masing-masing ada komitmen kerja dan keluarga. Rindu sangat zaman childhood dulu.

Selain 3 board games ni, permainan lain yang kami selalu layan zaman 80-an dengan adik beradik, sepupu-sepupu dan anak-anak jiran antaranya ialah monopoli, scrabble, chess, snakes and ladders, dan banyak lagi.

Korang ada tak any board games yang korang selalu main? Dulu mahupun sekarang?


Fun Learning Maths For Kids

Oh ya, online games yang aku main ni disediakan oleh calculators.org

website ni pada mulanya fokus untuk ajar maths secara fun learning, dan ada banyak juga maths online games yang disediakan, dan menariknya setiap game tu ada rating susah-senang, so boleh pilih ikut tahap keupayaan anak-anak kalau nak belajar sambil bermain dengan maths.

fun learning maths online for kids

Berbalik pada kisah Iman dan Amin, semalam tepat jam 10pm, mereka berhenti main phone. Screentime kan dah habis, jadi kenalah kembalikan phones kepada mr.Daddy.

Lagipula, berikan Iman dan Amin screentime ni, bukan saja-saja tau. Mereka kena siapkan task yang mr.Daddy berikan. Kalau task tak siap, memang no screentime. 

So ni salah satu cara kami bagi reward dekat anak-anak juga, dan win-win situation lah juga buat kami. Anak-anak siapkan task tolong mommy bersihkan rumah contohnya, jadi kami pula beli jiwa anak dengan berikan mereka screentime main online games guna phones mereka (di bawah pantauan mr.Daddy).

Anyway, enjoy the online games ya.

cheers. 

_______________________


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

Post a Comment

8 Comments

  1. straight four tu tak pernah pulak main. Saya suka Saidina tapi itulah memang mahal

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya saya tak suka main game .. hahaha .. lau anak ajak main je join ..

    ReplyDelete
  3. Seronok juga ada board games macam ni.. terkenang zaman kanak-kanak main dam ular, lejen betul permainan ni.. hihi

    ReplyDelete
  4. Jarang pulak dengar semua games tu. Gee lahir hujunh tahun 80an

    ReplyDelete
  5. LoL 😆😆 while reading this sharing from you I recalled that my childhood not really into board games, remembered I just put them aside & until about teenager time only I start to love the board games with my classmates. Board game is good to train our brain . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Semua game permainan ini memang mengamit memori, sekarang saya kalau boring-boring pun tetap main game nih dekat online hilang rasa kebosanan tu hehehe

    ReplyDelete
  7. board games ni memang best bila main ramai-ramai ..kalau jenis saidina tu amboi rasa kaya sangat dah boleh beli tanah buat hotel

    ReplyDelete
  8. Teringat pulak masa muda remaja.... Zaman kami dulu, main dam, scrabble, monopoly atau snake & ladder (kalau x dpt panjat pokok mangga, daki bukit, main basikal, dll), hihihi.... Time tu kadang2 bapa pun join skali. Seronok! Skrg budak2 x minat semua tu, paling2 pun scrabble saja sbb boleh kira point. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.