Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah Bakal Dibuka 2023

Rumah Ronald McDonald yang ke-4 bakal dibina di Sabah bertempat di perkarangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), dan dijangka akan beroperasi pada suku pertama tahun 2023 nanti.


Rumah Ronald McDonald yang ke-4 bakal dibina di Sabah bertempat di perkarangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada tahun 2023.
Sekitar majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara RMHC dan KKM

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara RMHC dan KKM

Untuk pengetahuan, pada 5 Ogos 2022 yang lalu, satu majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di hospital tersebut antara Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah termeterai.

RMHC Malaysia telah diwakili oleh Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia dan Mohd Nasri Mohd Nordin, Pengurus Besar, RMHC Malaysia, manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diwakili oleh Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh selaku Ketua Setiausaha, KKM dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) diwakili oleh Dr. Marcus Netto selaku Pengarah.

Rumah Ronald McDonald yang ke-4 bakal dibina di Sabah bertempat di perkarangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada tahun 2023.


Upacara menandatangani perjanjian persefahaman ini disaksikan oleh Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap EXCO Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II, dan Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Kelengkapan Di Rumah Ronald McDonald

Rumah Ronald McDonald ke-empat ini akan dilengkapi dengan 16 bilik keluarga termasuk kemudahan lain untuk kegunaan keluarga seperti dapur dan ruang makan, bilik dobi, ruang istirahat, bilik permainan kanak-kanak dan juga bilik solat.

Rumah Ronald McDonald adalah kemudahan penginapan sementara atau “home away from home” untuk keluarga yang mempunyai anak yang dirawat di hospital. Fasiliti ini meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dengan kos penginapan yang sangat berpatutan bagi membolehkan ahli keluarga menginap berdekatan dengan anak mereka ketika sedang mendapatkan rawatan perubatan.

Menurut Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia Rumah Ronald McDonald pertama di Malaysia telah dibina pada tahun 1999, bertujuan menawarkan penginapan yang mudah, selesa dan berpatutan dalam pekarangan hospital kepada keluarga pesakit kanak-kanak.

Tujuan utama pembinaan Rumah Ronald McDonald adalah untuk meringankan beban kewangan dan emosi yang dihadapi keluarga terlibat, terutamanya mereka yang daripada golongan B40, di mana anak mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan. Memberi sokongan kepada golongan masyarakat yang memerlukan ketika waktu-waktu sukar adalah teras utama bagi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia).

Dato’ Azmir menjelaskan lagi pembinaan Rumah Ronald McDonald ke-empat di negara ini dapat dilakukan dengan jayanya hasil sumbangan ikhlas orang ramai melalui tabung derma RMHC dan kios pesan sendiri yang terdapat di lebih 300 restoran McDonald’s di seluruh negara.

Rumah Ronald McDonald yang ke-4 bakal dibina di Sabah bertempat di perkarangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada tahun 2023.
Sesi penerangan & soal jawab berkaitan Rumah Ronald McDonald 


Tiga lagi lokasi Rumah Ronald McDonald yang beroperasi di Malaysia ialah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) di Kuala Lumpur yang sudah lebih 20 tahun beroperasi, satu di Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur dan juga di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang Kerian, Kelantan.

Rumah Ronald McDonald yang ke-4 bakal dibina di Sabah bertempat di perkarangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada tahun 2023.
Program Komuniti RMHC 


Kini terdapat lebih 370 Rumah Ronald McDonald di seluruh dunia yang menyediakan penginapan kepada keluarga yang mempunyai anak yang dirawat di hospital-hospital dan fasiliti-fasiliti perubatan berdekatan.

Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II, dalam ucapan beliau menyatakan sangat berbangga dapat menyokong inisiatif yang sangat bermanfaat seperti ini, memandangkan banyak keluarga yang terpaksa berulang-alik untuk menjaga anak mereka yang sedang menerima rawatan perubatan di hospital.

Rumah Ronald McDonald dibina dalam pekarangan hospital yang membolehkan keluarga yang terlibat mendapat kemudahan penginapan dengan harga berpatutan dan supaya mereka berada berdekatan dengan anak apabila diperlukan. Ini secara langsung memberikan ketenteraman kepada keluarga serta mengurangkan beban yang dihadapi. Kerjasama antara pihak Kementerian dan RMHC Malaysia menyatakan komitmen untuk terus membantu keluarga agar sentiasa dekat bersama melalui inisiatif sebegini.

Rumah Ronald McDonald yang ke-4 bakal dibina di Sabah bertempat di perkarangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada tahun 2023.
Pengagihan Happy Meal kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut


Selain tabung derma RMHC Malaysia, pelanggan juga boleh membuat sumbangan melalui Kiosk Pesan Sendiri di restoran McDonald’s dan juga saluran pembayaran digital seperti PayPal, Boost, e-dompet Touch ‘N Go dan platform e-dagang Shopee.

Latar Belakang Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia)

RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah.
 
Rumah Ronald McDonald yang ke-4 bakal dibina di Sabah bertempat di perkarangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada tahun 2023.
Staff McDonald yang bertugas semasa majlis berlangsung


Sejak 32 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 100,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM40 juta.

Kesemua program ini dapat dijayakan hasil sumbangan ikhlas pelanggan-pelanggan McDonald’s yang bermurah hati menderma kepada tabung dan Kiosk Pesanan Layan Diri di restoran-restoran McDonald’s serta tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/ 

Rumah Ronald McDonald yang ke-4 bakal dibina di Sabah bertempat di perkarangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada tahun 2023.
wakil mrspip.com bersama En Hazimin Sulaiman yang menguruskan pendaftaran pihak media

Sebagai rakyat jati Sabah, pastinya aku berasa syukur dan gembira terhadap projek Rumah Ronald McDonald dan berharap ia akan siap seperti yang dirancang pada suku tahun depan 2023 dan akan memberi manfaat kepada keluarga pesakit yang memerlukan bantuan penginapan ketika menjaga pesakit di HWKKS.
__________________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah ada juga penginapan sbgni mampu milik d sbh..hrp2 siap spnuhnya thn dpn

    ReplyDelete
  2. Menarik! Bagus sharing mcm ni

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.