Resipi Kuih Gelang Sukatan Cawan, Sedap Dan Senang Buat Sesuai Untuk Minum Petang

hi semua, Resipi Kuih Gelang  Sukatan Cawan, Sedap Dan Senang Buat Sesuai Untuk Minum Petang || yang mengidam mau makan kuih gelang tu, bah kita buat saja sendiri. Hanya perlu sedikit kerajinan menyediakan bahan-bahan dan membuatnya, tak gitu?

resepi kuih gelang sukatan cawan


Kalau kamu yang suka makan kuih gelang atau donut kampung ni, bolehbah belajar buat sendiri. Belajar sekali dua mungkin ndak menjadi, tapi kalau belajar lagi dan lagi, insya allah berjaya. 

Dulu mrs pip ingat susah kot buat kuih gelang ni, tapi rupa-rupanya tidaklah sesusah mana, cumanya perlukan kesabaran menunggu doh tu kembang selepas ditambah yis. teehee.

resepi kuih gelang sukatan cawan


biasanya kalau mrs pip buat kuih gelang / donut kampung ni, mrs pip guna doughnut cutter supaya cantik rupa kuih kita kan, tapi kali ni rasa malas betul guna cutter, jadi kita bulat-bulatkan ikut sesedap jari ... kurang cantik, tapi alhamdulillah rasa sedap ditekak mrs pip dan paling penting tekstur kuih gelang tu lembut dan gebu-gebu sikit gitu.

Jom kita tengok betapa mudahnya nak buat kuih gelang ni asalkan semua bahan-bahan tu ada.

Bahan-bahan:-

Penyediaan yis

1 sudu besar yis
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu manis
3/4 cawan air suam


Penyediaan doh

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar planta (atau sebarang marjerin / butter)
Secubit garam

2 cawan gula halus / secukupnya

Cara membuat:-

1. Di dalam air suam, masukkan semua bahan-bahan untuk penyediaan yis. Gaul sebati. Biarkan 5 - 10 minit sehingga campuran yis kembang naik.

2. Di dalam bekas , campurkan semua bahan-bahan penyediaan doh. Gaul sebati. 

3. Apabila campuran yis sudah kembang naik, masukkan yis tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga membentuk doh yang lembut.

4. Jangan tuang air yis tu sekali harung, biarkan sedikit demi sedikit kerana takut kot-kot air korang terlebih kan ... kalau air yis kurang, tambah sedikit demi sedikit air biasa, asalkan nanti doh terbentuk tak terlebih air ataupun terkurang air ok.

5. Dah berjaya buat bentuk doh, tutup bekas yang ada doh tu dengan kain lembap dan biarkan sejam sehingga doh naik sekali ganda.

6. Dah naik sekali ganda selepas sejam, uli doh selama 20 minit ... Part ni sila uli betul betul ya kalau mahu kuih gelang kamu nanti rasa lembut ketika dimakan.

resepi kuih gelang sukatan cawan


7. Bulat-bulatkan doh seperti sebiji bola pingpong (mrs pip bahagi doh kepada 10 bahagian) , boleh dapat sekitar 8 - 10 biji bola pingpong saiz sederhana.

8. Dah bulat-bulat seperti bola, leperkan sikit dan tekan ditengah-tengah doh tu shingga berlubang.

9. Letak jari telunjuk di tengah-tengah lubang doh dan pusing-pusingkan doh tadi sehingga kelihatan seperti bentuk kuih gelang

10. Biarkan doh kembang sedikit 10 - 20 minit , kemudian boleh goreng doh yang berbentuk kuih gelang tadi.

resepi kuih gelang sukatan cawan


11. Dah siap goreng, masukkan kuih gelang ke dalam bekas yang mengandungi gula halus, dan mandikan kuih gelang dengan gula halus sehingga semua permukaan diselaputi gula.

12. Siap kuih gelang ! Sedap makan ketika panas bersama minuman panas kegemaran.

Selamat mencuba.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

3 Comments

  1. sedapnyeee! mcm donut!.. hehe

    ReplyDelete
  2. favourite ni. tapi nak buat sendiri, x berapa nak rajin la plak.

    ReplyDelete
  3. Saya panggil donut . My favorite ni sedappp

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.