Resipi jeruk buah kedondong asam boi mudah dan sedap

hi there, rezeki sangat bila mrs pip dan kakak ipar jogging dekat kawasan rumah, jiran belakang rumah tu panggil dan bagi kitorang buah kedondong yang dia petik fresh from her garden depan rumah dia. Terima kasih jiran yang pemurah. Semoga rezeki bertambah. Jadi dah dapat kedondong percuma tu, kita buat resipi jeruk buah kedondong asam boi mudah dan sedap .

siapa sini yang suka makan buah kedondong? dulu dulu, mrs pip suka makan buah kedondong cicah kicap dan lada , tapi selepas gastrik menyerang apabila makan yang pedas pedas, terus terpaksa berpisah rasa dengan segala cili lada dan seangkatan dengannya. Nasib baik perut boleh terima masuk asam boi, tiada gastri datang menyerang so far. Alhamdulillah kan masih boleh rasa nikmat makan dengan asam boi.

Resipi jeruk buah kedondong asam boi mudah dan sedap
Resipi jeruk buah kedondong asam boi mudah dan sedap

Sebelum kita buat resepi jeruk buah kedondong ni, mari kita baca khasiat atau manfaat buah kedondong. Mesti ramai yang tahu makan tapi tak tahu apakah khasiat disebalik buah kedondong ni. Dah tahu khasiat buah kedondong nanti, bolehlah fikir fikir nak tanam sepokok dua buah kedondong pula kan. 

Khasiat buah kedondong


  • Buah kedondong kaya vitamin C, jadi ingat vitamin C ingat kulit cantik. Hehe. Mesti ramai yang suka ni apabila ada kaitan dengan kecantikan. Hah, lepas ni jangan segan segan nak makan buah kedondong.

  • Dikatakan buah kedondong boleh membantu menghilangkan batuk. Hanya perlu letakkan sedikit garam pada buah kedondong dan dimakan begitu sahaja ataupun boleh rebus 3-4 helai daun buah kedondong bersama dua cawan air, dan diminun airnya.

  • Buah kedondong kaya dengan serat, jadi baik untuk mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Hah, kalau korang ada masalah sukar buang air besar, jadi bolehlah cuba makan buah kedondong.

  • Buah kedondong juga mempunyai zat besi, jadi sesuai diambil untuk mereka yang mempunyai masalah anemia, dan elok juga dimakan oleh ibu yang mengandung yang mempunyai masalah rendah HB.


Resipi jeruk buah kedondong asam boi mudah dan sedap
Resipi jeruk buah kedondong asam boi mudah dan sedap

Baiklah, dah tahu khasiat buah kedondong, jom kita intai pula resipi jeruk buah kedondong , resipi ni mudah saja nak buat tau ...

Resipi jeruk buah kedondong asam boi mudah dan sedap


  • buah kedondong yang sudah dikupas kulit dan dibelah dua
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • asam boi secukupnya
  • gaul semua bahan bersama, perap selama beberapa hari , dan siap untuk dimakan!


Nota: mrs pip perap dalam tiga hari, siap siap letak dalam peti sejuk.  mrs pip rasa lebih sedap makan sejuk-sejuk. hehe.

selamat mencuba.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

18 Comments

  1. aduh aduh kak hahaha time pkp ni smua bnda mau dmkn..tp time mngdng kali kdua ni xda pla mngidam yg masam masam haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, bagusnya Sha ndak mengidam yang masam-masam.
      Senang nak makan apapun tak cerewet.
      take care sha.

      Delete
  2. Sedapnya lahai. Makan ni mesti tak sedar, tau2 dah habis sebalang. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Umi, mmg tak sedar diri cepat saja sebalang ni habis.

      Delete
  3. Replies
    1. Yang suka kedondong ni mesti happy bila dapat free.

      Delete
  4. wahh sedapnyaaa...terliur tau

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. sedap makan buat jeruk.
      perap tiga empat hari, makin sedap rasanya.

      Delete
  6. aduhai. kecur air liur ni!
    jeruk gini is one of my feveret tau.
    yes. makan sejuk2. wow!!! best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat kalau makan yg sejuk2.
      sebalang laju saja habis.

      Delete
  7. dapnya...nak cari area KL ni, memang payah le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun rezeki dpt dari jiran, mmg dah lama tak makan buah ni.

      Delete
  8. terliur dah.. bukan senang nak cari kedondong ni.. mmg liez suka kedondong dari mangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat tak makan buah kedondong ni, memang rezeki bila jiran bagi.

      Delete
  9. Sedapnya! Favourite saya ni. Dah lama juga tak makan kedondong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. busy kedondong ni tak femes mcm mangga , nak beli pun tak ramai yg jual Kat tempat Mrs Pip ...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.