Bantuan khas kerajaan tangani kesan Covid-19 || Antaranya RM1600 bagi isi rumah berpendapatan RM4K ke bawah

Bantuan khas kerajaan tangani kesan Covid-19 || Antaranya RM1600 bagi isi rumah berpendapatan RM4K ke bawah || hi there, wow hangat cerita di facebook pasal ada golongan kaya raya mempertikaikan bantuan khas kerajaan untuk tangani kesan COVID-19. jadi HOT ISSUE pula. 

Ramai yang berdebat "kenapa golongan kaya raya level-level jutawan jutawan ni mempertikaikan isu ni" , 

dan yang level-level jutawan ni yang mulakan statement "yang miskin makin kaya lah pula time COVID-19 pasal ada bantuan kerajaan, so untuk peniaga level-level jutawan ni takkan kerajaan tak bagi bantuan pula?" ....

semua orang tengah risau tentang income , tentang pendapatan untuk sara hidup. Sama ada kau bisnes level-level pendapatan tujuh lapan angka sebulan, mahupun yang biasa-biasa pendapatan tiga angka sahaja sebulan. Semua pun tengah risau.

Bantuan khas kerajaan tangani kesan Covid-19
Bantuan khas kerajaan tangani kesan Covid-19 ||
Antaranya RM1600 bagi isi rumah berpendapatan RM4K ke bawah

Krisis COVID-19 tak selesai lagi. Kemungkinan kena hadapi TSUNAMI KRISIS EKONOMI pula lepas ni. Bantuan kerajaan tu, yang layak dapat, alhamdulillah. Guna duit bantuan tu sebaiknya. Abaikan dulu segala sale 4.4 yang bakal tiba. Dahlah hari hari online, bukan main lagi iklan SALE 4.4 ni, tapi kalau ada barang keperluan nak beli, time sale macam ni lah better beli, boleh dapat diskaun , so ada penjimatan kan.


Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin)



Pertama: RM1,600 kepada hampir empat juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.


Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.



Ketiga: RM800 kepada tiga juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.


Sumber: 
https://www.sinarharian.com.my/article/75889/KHAS/Koronavirus/Kerajaan-umum-bantuan-tunai-khas-kepada-golongan-B40-M40

Senarai bantuan COVID-19 juga meliputi


1. DISKAUN BIL ELEKTRIK (selama 6 bulan)

2. PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN

3. PENANGGUHAN BAYARAN BALIK MARA

4. BANTUAN KHAS NADMA
5. BAYARAN BANTUAN JKM DIPERCEPAT
6. BANTUAN RM600 PERKESO
7. PENGELUARAN RM500 SEBULAN KWSP AKAUN 2
8. PENANGGUHAN BAYARAN CUKAI
9. PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN BANK
10. BANTUAN ZAKAT
11. LAIN-LAIN SENARAI BANTUAN COVID-19 (yang akan diumumkan dari masa ke semasa sekiranya ada)


Sumber:
https://semakanonline.com/senarai-bantuan-covid-19/

nak tahu cara dapatkan bantuan tu? korang boleh daftar online di laman web Lembaga Hasil untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) http://www.hasil.gov.my/

Semua peniaga risau kerana kemungkinan bisnes boleh lingkup ekoran RMO COVID-19. Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Tiada sales, tiada income, so berapa ramai pekerja terpaksa diberhentikan. Yang peniaga kecil-kecilan pun sama. Satu hari tak buka warung, terus hilang punca pendapatan. 

Ada yang kata, time COVID-19 ni, why la korang yang bisnes juta juta, hidup kaya raya tak downgrade life korang, cubalah jimat cermat sikit ? 

Dan kita yang marhaen ni, dah sah-sah risau mungkin akan hilang punca pendapatan , cubalah lebih berjimat cermat dan gunakan duit yang ada sebaik-baiknya.

Bagi aku lah, bantuan yang kerajaan berikan tu, tak perlulah dipertikaikan. Ramai rakyat yang tengah kesusahan. Kerajaan bantu semampu yang boleh untuk semua rakyat untuk ringankan beban yang rakyat marhaen macam kitorang ni kena hadapi.

Well, untuk syarikat / bisnes owner yang tengah runsing bisnes mungkin kurang income, hutang bertambah, pekerja terpaksa diberhentikan, memang tahap kerisauan dorang lagi tinggi la kot berbanding kita. 

Dorang kena fikir bukan untuk diri sendiri, tapi kena fikir untuk orang lain juga. Berapa ramai majikan terpaksa berhentikan pekerja dan bayangkan pekerja yang dorang berhentikan tu mungkin merupakan ketua keluarga? Sebab tu ada diantara bisnes owner ni perlukan bantuan kerajaan juga.

Aku baca juga komen-komen / statement yang bisnes owner level-level jutawan tu (korang tahu siapa kan, quack quack quack) , tapi aku macam tak terkesan dengan statement dia ... ya lah we are in different league, siapalah aku nak bidas statement dia. 

Dia bercakap dalam konteks yang berbeza. Kalau kita berada di tempat dia, kot kot kita lagi teruk request macam macam kat kerajaan. At least aku nampak lah effort dia kumpul dana dah cecah RM1.4 juta untuk COVID-19. At least aku impressed dengan semangat dan daya juang dia.

Dia ikhlas tak ikhlas, tu dia dengan tuhan je lah yer (ndak payah la aku kecam dia).

Bagi aku, bagus juga si bisnes owner level jutawan tu fight agar kerajaan bantu SMEs untuk berikan dana , at least boleh selamatkan ramai pekerja dibuang pekerjaan kan. Let's think positive. 

Aku tak sokong part statement dorang "yang miskin makin kaya lah pula time COVID-19 pasal ada bantuan kerajaan" <<< haha, ingat bantuan kerajaan tu boleh buat kita kaya raya ? NOPE at all.

Apapun, aku sekadar makcik kiah yang hidup biasa-biasa saja. So far life still good sepanjang RMO ni, very alhamdulillah. Makan minum pun so far nothing much different, makan minum seperti biasa, cuma no bread and buns for Iman since hari tu pergi supermarket dekat rumah, mr.Husband bagitau bread dan buns no stock.

Waktu-waktu macam ni, jom stay united. Kita stay at home , kita amalkan social distancing , ikut saranan KKM dalam menjaga kebersihan. 

Kita jaga kita. No hate. Spread Love.

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. semoga dengan segala bantuan ni dapat meringankan beban ramai orang :)

    ReplyDelete
  2. Semoga semua yang layak mendapat manfaat dari bantuan yang kerajaan berikan ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah, semoga dimanfaatkan dgn baik bantuan yg diberikan ni.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.