Tonton Korean Movie My Annoying Brother (Korean Movie starring Do Kyung Soo dan Jo Jung Suk)

Tonton Korean Movie My Annoying Brother (Korean Movie starring Do Kyung Soo dan Jo Jung Suk)


hi there, mrs pip layan ni cerita My Annoying Brother gara-gara ada Park Shin Hye ( mrs pip peminat Park Shin Hye okey) , dan kebetulan dilakonkan oleh Jo Jung Suk (suka juga dengan dongseng sorang ni) dan watak utama dipegang oleh Do Kyung Soo. Dan cerita My Annoying Brother ni permulaannya agak menggeramkan, tetapi yakinlah kamu yang berhati tisu, sila sediakan tisu di penghujung cerita. SAD ENDING tapi worth to watch.

cerita dia cenggini, so abang bernama Doo Shik ni dipenjara dan dia minta dibebaskan secara parole kerana adik tunggal dia si Doo Young seorang atlet judo mengalami kecederaan semasa bertanding menyebabkan adik dia buta kekal. Memandangkan dorang ni dah tiada mak bapa, jadi kengkonon lah dia nak jaga adik dia. Dan akhirnya permohonan parole dia diluluskan.

My Annoying Brother
My Annoying Brother 

Sebenarnya , si abang ni bukan nak jaga pun adik dia tu, tapi itu saja alasan yang dia boleh guna untuk membebaskan diri sendiri. Dah adik dia buta, boleh pula dia buat perangai saja bagi adik dia irritating kat dia ... aku rasa nak cepuk saja abang dia ni!

Dorang ni adik beradik tiri. Abang ni waktu remaja memang dah larikan diri dari rumah dan buat bermacam kerja untuk survived hidup di luar, dan sebab kenapa abang dia larikan diri tu pasal termakan hasutan jiran kengkononnya waktu mak si Doo Shik ni sakit, bapa dia ni dan mak si Doo Young memang ada affair, padahal tu rekaan jiran semata-mata. Dan mak si Doo Young ni jaga Doo Shik macam anak sendiri. Dorang ni satu bapa lain mak ok.

My Annoying Brother
My Annoying Brother 

Satu hari tu si adik ni cerita kat abang dia betapa mak dorang selalu tunggu abang dia balik dan berharap sangat abang dia akan balik rumah, tapi hampa sangat abang dia tak balik rumah. Dan bapa dorang pun kalau dulu selalu bawa dorang pergi sauna, tapi since abang dia dah tak balik rumah, bapa dia dah tak happy sangat dan dah macam tak selalu nak keluar pergi sauna.
Adik dia ni sayang kat abang dia, cuma abang dia ni macam susah nak terima ada mak tiri. Tapi kan, abang dia ni dia pun sayang kat adik dia tapi tu lah susah nak express kan rasa sayang tu. Abang dia bawa adik dia pergi mandi kat sauna , siap cuci badan adik dia lagi sambil dia cerita kat adik dia banyak kerja dia buat untuk survived selepas lari dari rumah.

dan Park Shin Hye dalam cerita ni ialah jurulatih Judo kepada Doo Young, dan bila Doo Young dah buta, dia pujuk Doo Young untuk join pertandingan judo sebagai atlet paralimpik, tapi Doo Young tolak kerana dia rasa dia dah cacat dah buta, memang tak mampu nak join. Lagipun dia rasa low self esteem sangat.


My Annoying Brother
My Annoying Brother 


Doo Shik pada mulanya macam malas nak ambil kisah tapi dia terkesan juga dengan kata kata jurulatih judo ni apalah punya abang kan, ada adik bukan nak jaga pun ... dan slowly hubungan adik-abang ni jadi baik dan time si abang ni dah sayang kat adik dia dan rasa nak jaga adik dia, guess what?

Doo Shik disahkan menghidap kanser dan hanya mampu bertahan dalam masa yang pendek.

360 degree abang dia berubah. Dia nak pastikan sebelum dia meninggal, dia nak adik dia join judo sebagai atlet paralimpik, dia nak masa depan adik dia terjamin.

So apa dia buat ialah dia bagi motivasi kat adik dia, dia happykan adik dia, dia belikan adik dia tongkat khas untuk orang buta dan bagitau adik dia "awak adalah orang buta paling hensem di dalam dunia" .... dia juga bagitau si judo coach masalah sebenar dia dan dia nak pastikan yang judo coach ni bantu adik dia masuk pertandingan judo semula.

part ni sedih tau. Adik dia ni tak tahu pun abang dia ada kanser. Dia ingat apa yang abang dia buat tu semata-mata nak dia bertanding balik. So waktu adik dia pergi berlatih kat training centre, abang dia sibuk pastikan rumah dorang tu house-friendly for blind person. Semua bucu-bucu meja yang tajam dia trim so that bila adik dia terlanggar bucu meja tu adik dia tak da la rasa sakit kan ... ada banyak benda lagilah abang dia buat untuk adik kesayangan dia tu.

then, tiba masa untuk pergi bertanding sukan paralimpik di Rio Brazil. so abang dia tak boleh ikut dan abang dia bagi alasan yang kawan dia kat Busan (kalau tak silap) panggil dia kerja (tapi tu alasan saja lah padahal abang dia tengah menahan sakit).

Abang dia dah tahap kritikal waktu adik dia fly ke Rio. Kat Rio tu baru adik dia tahu abang dia tengah sakit tenat. Part ni sedih la wei ... kalau dengar dialog dorang (cerita korea kan dialog best best, memang beri kesan kat emosi penonton) memang nangis la bah ...

Bila adik dia balik dari Rio (adik dia menang pertandingan) , abang dia dah meninggal dan abang dia sempatlah tinggalkan pesanan suara  buat adik dia ... scene ni terasa sedih sangat ...

Bayangkan baru saja berbaik , dah saling happy with each other, dan sangat brotherly-relationship, tetiba abang tu passed away ...

kalau korang seorang yang suka tengok jalan cerita berunsurkan keberanian, kekeluargaan dan perlu menerima kehilangan, korang patut layan cerita My Annoying Brother ni ... serius no love story lovey-dovey kat dalam movie ni.

Park Shin Hye pun memang watak dia semata-mata jadi judo coach yang strict tapi baik hati.

dan sila sediakan tisu sebelum menonton :))

cheers.

Post a Comment

9 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.