Penting dan cara letak nama waris / penama dalam KWSP

hi there, bila Nami lahir tahun lepas, antara perkara yang mrs pip nak buat ialah letak nama Nami sebagai nama waris / penama dalam akaun KWSP mrs pip & mr.Husband.

last year mrs pip try buat di kwsp beaufort malangnya sistem kwsp pula down , jadi terpaksa cari hari lain yang mr.Husband boleh temankan. 

Kebetulan Nami tak sihat sangat hari Isnin 4.11.19 tu, terus mr.Husband ambil emergency leave dan sekali harunglah mrs pip ajak mr.Husband settlekan penamaan kwsp yang terbantut sejak last year.

sekarang nak buat penamaan bukan macam dulu. no more isi borang secara manual. kena buat online di kwsp, bahagian e-perkhidmatan ada komputer disediakan untuk pendaftaran.

Yang tak reti nak guna komputer, jangan risau. Ada pegawai yang membantu. Jangan panik jangan nervous, kalau ikut arahan pegawai tu, sure boleh buat, hehe.

letak nama waris / penama dalam KWSP
letak nama waris / penama dalam KWSP 

Cara letak nama waris / penama di akaun KWSP ⤵⤵⤵

✔ Anda masuk pejabat kwsp, kalau handphone number tak update, no kwsp tak ingat, it is ok ya ... pigi mesin layan diri kat dlm pejabat kwsp tu, masukkan IC dan upate phone number dan cetaklah penyata kwsp anda.

✔ lepas tu, pigi bahagian e-perkhidmatan yang ada sediakan komputer untuk anda isi penamaan. Kalau tak ada e-kwsp, tak pa boleh register terus online. 

✔ Kalau ada e-kwsp, tapi lupa username dan password, boleh klik lupa username dan password, nanti sistem akan minta no. IC kalau tak silap, lepas tu tekan TAC, dan nombor TAC kena check kat handphone . 

✔ Sebab tu penting untuk anda UPDATE phone number kat mesin layan diri tu ya kalau phone number berubah.

✔ dah dapat TAC, boleh isi kat sistem dan sistem akan bagi akses untuk buat password baru. Jangan lupa utk save password terbaru anda.

letak nama waris / penama dalam KWSP
letak nama waris / penama dalam KWSP 

✔ Dah masuk dalam sistem e-kwsp, bolehlah pilih PENAMAAN, dan pilih berapa banyak nak tambah nama waris. Kemudian bolehlah masukkan nama waris , no. kad pengenalan waris , tarikh lahir waris, dan bahagian nisbah untuk waris.

✔ dah siap semua semua, pastikan semua details tu betul ya, dan save dan teruskan untuk dicetak.

✔ Selesai cetak penyata penamaan tu, silalah ambil no. giliran dan tunggu untuk dipanggil ke kaunter.

✔ (DI SARANKAN) PASTIKAN ANDA MEMBAWA SEMUA KAD PENGENALAN WARIS YANG ANDA BARU SAHAJA DAFTARKAN SECARA ONLINE DI BAHAGIAN E-PERKHIDMATAN TADI, KERANA PEGAWAI DI KAUNTER PERLU MENYEMAK NO KAD PENGENALAN DAN NAMA WARIS DENGAN TEPAT.

✔ selesai disemak, pegawai di kaunter akan meminta anda menandatangani borang penamaan beserta cop jari untuk pengesahan, dan pegawai di kaunter akan berikan satu slip salinan untuk simpanan anda.

Done!

letak nama waris / penama dalam KWSP
letak nama waris / penama dalam KWSP 

Kenapa penting letak nama waris / penama dalam KWSP ???

👉 Kalau ada yang belum tahu, mrs pip nak share kenapa penting letak nama waris / penama dalam KWSP.

👉 Apabila pemilik akaun KWSP meninggal dunia sebelum umur yang dibenarkan untuk membuat pengeluaran kwsp, maka semua duit di dalam kwsp tersebut HANYA BOLEH DIAMBIL OLEH WARIS YANG DIDAFTARKAN DI DALAM KWSP SAHAJA.

👉Sekiranya pemilik KWSP meninggal dunia tanpa meletakkan nama waris, maka proses membuat tuntutan oleh kaum keluarga (next of kin) boleh memakan masa yang lama, jadi kesian dekat waris2 dekat terutamanya bagi pasangan suami/isteri dan anak anak dalam membuat tuntutan.

👉ataupun anak2 yang menanggung belanja ibubapa dia sepenuhnya, di mana ibubapa 100 peratus bergantung dengan duit anak. Sekiranya si anak meninggal dunia, sekurang kurangnya ada juga simpanan untuk orang tua dia guna untuk menampung perbelanjaan.

Kes tuntutan kwsp >>> bergaduh sesama ahli keluarga 😢😢😢 ⤵⤵⤵

Kes begini banyak terjadi, kesian dekat waris sebenar yang ada masanya kena buli oleh ahli keluarga yang lain.

Jadi, di sinilah nama waris memainkan peranan penting. Kita tak pernah tahu dalam keadaan apa kita akan pergi selamanya. 

Jadi , letaklah nama waris dalam kwsp anda. Niatkanlah simpanan kwsp tu adalah sedekah untuk waris2 kita sekiranya kita pergi menghadapNYA, dan semoga dengan duit yang ada membantu waris2 kita melalui kehidupan tak banyak mana tapi at least ada sedikit rasa kesenangan.

Alhamdulillah, mrs pip dan mr.Husband sudah pun mengemaskini nama nama waris bagi akaun kwsp kami. Insya allah, panjang umur dapatlah kami merasa wang simpanan ni bersama waris waris kami.

mrs pip dah niat, duit kwsp ni mrs pip nak guna untuk pendidikan anak anak dan beli rumah, insya allah. 

Dan satu lagi, duit kwsp boleh dikeluarkan pada usia 50 tahun baik bagi lelaki mahupun perempuan, tetapi AKAUN 2 SAHAJA ya. AKAUN 1  hanya pada usia 55 tahun.

Semoga penerangan dan perkongsian maklumat ni membantu anda semua.

kedai makan nasi ayam sedap beaufort
kedai makan nasi ayam sedap beaufort

Selesai urusan di kwsp, dah hampir2 masuk tengahari, so kami singgah makan di kedai peberet kami, kedai nasi ayam sedap . Dan tiap kali pigi sini, menu yang sama juga kami order, kon lau mee dan chinese tea suam ...

lepas makan tu, tapaukan untuk anak-anak lah juga pasal mommy ndak sempat mau masak lunch ...

jadual penuh la pula hari tu ... lepas kwsp, balik rumah, rehat kejap lepas tu bawa nami pula pigi klinik untuk scheduled check up dia, dan since nami sudah 2 hari ndak mau makan, kenalah jumpa doktor ...

jeng jeng jeng, doktor yang periksa nami tu bagitau nami ada tonsilitis, bernanah sudah tekak di nami. Mau ndak mau, kena makan antibiotik dan doktor siap bagi appointment untuk review next 13/Nov akan datang ni ...

Cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. Penting sentiasa update maklumat peribadi untuk urusan KWSP..
    By the way, LZ dah letak nama pewaris supaya takde masalah di kemudian hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penting kena buat kan LZ .. Kesian kat waris kalau ada benda yang x diingini berlaku.

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian. alhamdulillah membantu sangat ni. saya pun baru tahu ni buat. huhu

    ReplyDelete
  3. Penama KWSP SA masih nama Mak SA..insyaallah nanti nak tukar la..nak masukkan nama anak SA dan salah seorang adik yang SA percaya

    ReplyDelete
  4. semoga nami cepat sembuh. alhamdulilah lama dah uruskan penamaan ni 😊

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.