Nama Siti Kasim ditukar menjadi Boskurr Pembahagi

hi there, cerita santai hujung minggu. Lupakan seketika mengenai belanjawan negara. Lupakan seketika mengenai kes suami kerat 8 badan isteri dan anak tiri dia .. Sedih tentang kes kematian tu , tapi kita pun tak tahu hal yang sebenar , so kena tunggu kes ni untuk dibawa ke mahkamah.

Apapun, kita semua please be mentally healthy ya ... Risau sangat bila mental tak berapa nak sihat, tindakan di luar batasan  tanpa disangka-sangka. Doakan yang baik baik untuk semua.

siti kasim tukar nama
siti kasim tukar nama

ni pula cerita Siti Kasim yang membidas penggunaan perkataan TAKWIM ... hurm, ini pun nak dijadikan isu. Tulisnya kenapa guna TAKWIM, kena tak guna perkataan JADUAL? Isunya ialah kenapa agungkan bahasa asing (Arab) , kenapa tak guna bahasa lebih rasa MALAYSIA gitu ...

Siti Kasim oh Siti Kasim ... aku ni bukanlah ahli linguistik, bukanlah pakar bahasa pon, tapi at least otak biar ada common sense ya, tak kiralah kau study setinggi mana, or kau sehebat mana, common sense kena ada ...

Lepas ni, Siti Kasim dah boleh tukar nama dia jugak, no more nama dia yang so arab arab la kan ...

siti kasim tukar nama
siti kasim tukar nama

Tak pa lah orang nak guna Takwim, kalau kau nak guna jadual, kau gunalah ... Yang prefer guna perkataan takwim tu tak ada salah mana pun, guna perkataan jadual pun tak salah, tapi nak cakap orang double standard? hipokrit? padahal perkataan jadual juga berasal dari Arab.

Kau tak hipokrit eh? 

oh ya, hari ni baru aku tau, nama kau yang cantik disebut tu, kalau direct translate , jadilah BOSKURR PEMBAHAGI ... eh, cantik juga bunyinya ... kalau dah bosan dengan nama asal, bolehlah perkenalkan diri dengan nama BOSKURR PEMBAHAGI.

asimilasi di dalam perkembangan bahasa itu biasa, melainkan tamadun Malaysia sangat tertutup dengan dunia luar sehingga tidak bercampur dengan mana mana kaum dari luar melainkan kaumnya sendiri. Sehingga tiada bahasa asing yang mudah diterima oleh tamadun Malaysia ... kalau ini berlaku, pasti bahasa Malaysia tidak mengimport masuk bahasa asing untuk diMalaysiakan ... 

happy weekend semua.

cheers.

Post a Comment

11 Comments

  1. kan..ada baca isu ni..perkataan takwim dan jadual ni pun nak dibahaskan..nama dia pun arab juga..tukar la ke bahasa melayu bosskur pembahagi..sedap juga tu..haha

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ntahlah kan, rasanya bukan salah pun guna perkataan takwim tu.

      Delete
  3. Banyak perkataan asing yang dimelayukan
    Rasanya takde masalah

    ReplyDelete
  4. hahaaa dah abis idea nak complain apa lah tu... so funny :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau dia tak komplen , aku pun tak tahu di sebalik nama siti kasim.

      Delete
  5. dah takde keje sgt lah tu sampai sekecik perkataan gitu pun nk jd issue. eh Boskurr Pembahagi ni nak kena lettewww~ =P

    ReplyDelete
  6. Dah tak ada isu nak dijadikan isu tu yang jadi macam nie.. kesian tengok orang macam nie.. Walhal banyak lagi isu lain yang lebih penting..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.