14 Punca Rambut Gugur dan 6 Cara Merawat Keguguran Rambut

hi , kita wanita memang risau kalau rambut asyik gugur dalam jumlah yang banyak. 

Entry kali ini berkaitan dengan masalah keguguran rambut, dan panduan , petua dan jenis-jenis keguguran rambut, serta fasa pertumbuhan rambut. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai isu berkaitan keguguran rambut.

Rambut terhasil dalam folikel rambut di lapisan luar kulit dan terdiri daripada protein yang dikenali sebagai keratin. 

Apabila folikel menghasilkan sel rambut baru, sel-sel lama ditarik keluar ke permukaan kulit, dan pada kadar setahun, kira-kira 6 inci panjang folikel akan ditarik keluar.

cara mengatasi keguguran rambut
Punca dan cara merawat keguguran rambut

Rambut kita sebenarnya merupakan rantaian sel keratin yang mati. Menurut apa yang Mrs Pip baca, kepala dewasa purata mempunyai kira-kira 100,000 hingga 150,000 rambut dan rambut boleh gugur sehingga 100 helai sehari dari permukaan kulit.

cara mengatasi keguguran rambut
Fasa pertumbuhan rambut

Daya kitaran hidup folikel berbeza-beza dan dipengaruhi oleh umur, penyakit, genetik, dan faktor-faktor lain. Kitaran hidup folikel terbagi kepada tiga fasa yang dikenali sebagai:-

✔ Fasa Anagen - pertumbuhan rambut pada fasa anagen sangat aktif, ianya berlangsung di antara dua sehingga enam tahun.

✔ Fasa Catagen - ini merupakan fasa pertumbuhan rambut peralihan berlangsung dua sehingga tiga minggu.

✔ Fasa Telogen - Ini adalah fasa rehat bagi rambut, fasa Telogen berlangsung selama dua sehingga tiga bulan. Pada akhir fasa Telogen, rambut digugurkan dan rambut baru diganti dan kitaran yang lain bermula.

Dan untuk pengetahuan semua, dalam definisi perubatan, penipisan rambut disebut sebagai Alopecia, dan alopecia ini boleh menjadi sementara (rambut gugur lebat dan kembali tumbuh semula) atau kekal selamanya.(rambut tidak lagi tumbuh buat selamanya).

Masalah alopecia berlaku tanpa mengenal jantina, tetapi orang lelaki lebih cenderung berdepan dengan masalah alopecia.

cara merawat keguguran rambut
Jenis-jenis keguguram rambut

Jenis-jenis Keguguran Rambut


1. Alopecia Involutional 

- Keadaan rambut yang secara beransur-ansur menipis dengan usia, dan ianya merupakan keadaan semulajadi. Pada waktu ini, lebih banyak folikel rambut memasuki fasa rehat, dan rambut yang tinggal semakin pendek dan lebih sedikit.

2. Alopecia Androgenik 

- Merupakan kebotakan yang biasanya berlaku secara beransur-ansur. Untuk lelaki, alopecia androgenik bermula seawal remaja atau sekitar umur awal 20-an. Manakala untuk wanita, penipisan yang ketara terlihat saat usia menjangkau umur 40-an. Alopecia androgenik adalah disebabkan oleh genetik.

3. Alopecia Areata 

- Ini.adalah jenis keguguran rambut yang terjadi secara tiba-tiba, boleh berlaku dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa muda. Keguguran rambut jenia alopecia areata in mengakibatkan kebotakan lengkap Namun peratusan besar, 90% orang yang mengalami keguguran rambut jenis ini dikatakan mempunyai peluang untuk rambut tumbuh semula selepas beberapa tahun.

4. Alopecia universalis 

- Ini adalah jenis keguguran rambut yang gugur pada semua tempat du tubuh termasuk kening, bulu mata, dan rambut pada kawasan sulit.

5. Trichotillomania 

- Ini adalah berkaitan dengan masalah gangguan psikologi di mana pesakit menarik rambut sendiri. Jadi sekiranya sesiapa yang mempunyai tabiat menarik rambut sendiri, silalah bawa berjumpa doktor untuk memastikan seseorang itu boleh dirawat dengan cara yang betul.

6. Telogen Effluvium 

- Ini ialah masalah penipisan rambut sementara pada kulit kepala yang berlaku disebabkan perubahan pada kitaran pertumbuhan rambut. Untuk kes ini, sebilangan rambut sedang memasuki fasa rehat pada masa yang sama, lalu menyebabkan rambut gugur dan menipis.

7. Alopecia Parut 

- Rambut akan hilang secara kekal kerana kulit mengalami keradangan seperti selulitis, folikulitis, jerawat , dan gangguan kulit yang lain menyebabkan keupayaan rambut untuk tumbuh semula terbantut.


cara merawat keguguran rambut
Punca-punca Keguguran Rambut

14 Punca Rambut Gugur

1. Tekanan fizikal

- Antara penyumbang rambut gugur yang disebabkan oleh tekanan fizikal ialah bila anda STRESS. 

Stress menganggu kitaran rambut menyebabkan rambut gugur dengan lebat. Kerosakn pada rambut biasanya kelihatan agak ketara tiga hingga enam bulan selepas trauma.

Selain itu, trauma fizikal seperti pembedahan, kemalangan jalan raya, penyakit yang teruk, malah selesema juga boleh menyebabkan keguguran rambut sementara yang dipanggil telogen effluvium.

2. Kehamilan 

- Kehamilan merupakan salah satu jenis tekanan fizikal, dan biasanya keguguran rambut terjadi selepas beberapa bulan bersalin, namun ada juga yang mengalami keguguran rambut ketika mengandung.

3. Terlalu banyak vitamin A 

- Pengambilan vitamin yang berlebihan juga boleh memberikan kesan kesihatan kepada tubuh badan. 

Nilai harian vitamin A adalalah 5,000 IU sehari bagi dewasa dan kanak-kanak berumur 4 tahun. Jadi adalah penting untuk memastikan pengambilan vitamin mengikut apa yang disyorkan oleh pengamal perubatan bertauliah.

4. Kekurangan protein 

- Kekurangan protein pada diet yang di ambil akan menyebabkan tubuh mengambil protein dengan cara mematikan pertumbuhan rambut. 

Perkara ini boleh berlaku dua hingga tiga bulan selepas penurunan dalam pengambilan protein.

5. Kemoterapi 

- Ubat yang digunakan dalam rawatan kanser iaitu secara kemoterapi bokeh menyebabkan keguguran rambut.

6. Sindrom ovarium polikistik (PCOS) 

- PCOS merupakan ketidakseimbangan hormin wanita. Masalah lebihan androgen (hormon lelaki) menyebabkan siata ovarium, peningkatan berat badan, tinggi risiko kencing manis, perubahan dalam kitar haid, ketidasuburan, penipisan rambut. 

Dan kerana hormon lelaki berlebihan dalam tubuh wanita yang mengalam PCOS, kemungkinan wanita tersebut boleh mengalami lebih rambut di muka dan badan.

7. Ubat-ubatan 

- Terdapat sesetengah kelas ubat-ubatan boleh memberi kesan kepada keguguran rambut. Di antara ubat-ubatan yang mungkin memberi kesan terhadap keguguran rambut ialah ubat cair darah tertentu, ubat tekanan darah yang dikenali sebagai beta-blockers, ubat merawat masalah reumatik dan kulit seperti methotrexate, litium untuk merawat masalah gangguan bipolar, NSAIDs, ibuprofen dan antidepresan.

8. Penuaan 

- Keguguran rambut atau penipisan rambut pada wanita berumur yang memasuki usia 50-an atau 60-an. Walaupun punca utama mungkin tidak diketahui, namun ianya biasa terjadi pada wanita yang berada pada lingkungan umur tersebut.

9. Tekanan emosi 

- Apabila seseorang yang sudahpun mengalami masalah keguguran rambut dan kebetulan terpaksa berdepan atau melalui masalah yang menyebabkan tekanan emosi seperti perceraian atau kematian, mungkin hal ini akan memburukkan lagi masalah keguguran rambut yanh sedia ada.

10. Anemia 

- Anemia disebabkan kekurangan zat besi di dalam tubuh dan hampir 1 kepada 10 wanita berumur 20 hingga 49 tahun mengalami masalah anemia. 

Kekurangan zat besi di dalam badan menyumbang kepada keguguran rambut kerana tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, yang memberikan oksigen dan nutrien untuk memperbaiki sel-sel yang lain, termasuk yang menjaga rambut dan membantunya tumbuh dengan sihat.

11. Kehilangan berat badan dramatik 

- Kehilangan berat badan secara tiba-tiba adalah satu bentuk trauma fizikal yang boleh menyebabkan rambut menipis.

12. Penggayaan rambut yang berlebihan (Overstyling) 

- Gaya rambut dan rawatan rambut yang keterlaluan dan dilakukan selama bertahun-tahun menyebabkan anda berisiko mengalami keguguran rambut akibat penggunaan bahan kimia yang berpanjangan. 

Antara contoh gaya rambut yang yang boleh menyebabkan keguguran rambut seperti braids yang terlalu ketat, hair rebonding, weaves rambut, etc

13. Hormon 

- Kekurangam hormon testosteron bagi lelaki boleh menyebabkan masalah keguguran rambut. Jadi lelaki juga harus memastikan hormon testosteron berada pada tahap yang baik.

14. Kulit kepala tidak sihat 

- Kulit kepala yang kotor, tidak dijaga elok, tidak sihat akan menyebabkan kulit kepala boleh dijangkiti kuman dan bakteria. Jadi, pastikan kulit kepala dibersihkan. 

Contohnya sekiranya anda memakai topi atau tudung terlalu lama, jangan lupa mencuci rambut dan dikeringkan sepenuhnya. 

Jangan malas mencuci rambut, kerana selain menyebabkan rambut berbau, ianya juga boleh menyebabkan rambut gugur akibat rambut menjadi lembap dan berminyak. 

Peluh pada kulit kepala akan diserap oleh folikel rambut yang menyebabkan rambut lembap dan akhirnya menyebabkan keguguran rambut.

Selain itu, sekiranya anda mempunyai masalah alergik kulit kepala, rawat dengan syampu dan ubat khas mengikut saranan doktor atau pharmacist anda.


cara merawat keguguran rambut
Petua atasi keguguran rambut

Petua Atasi Keguguran Rambut


Ramai yang berkongsi petua dan cara mengatasi rambut gugur, rambut nipis, rambut berkelemumur, rambut berbau dan juga petua mengatasi masalah-masalah rambut lain selain yang dinyatakan di atas seperti rambut bercabang, rambut kering, rambut kusam, dan lain-lain.

Berikut antara petua dan cara mengatasi masalah rambut :-

1. Pastikan anda mengambil pemakanan yang seimbang, dan kaya zat besi

2. Jangan terlalu kerap menggayakan rambut secara berlebihan (overstyling) seperti mengikat dengan ketat, seperti braids atau ekor kuda.

3. Janganlah terlalu suka memusing-musingkan rambut, menggosok atau menarik rambut secara paksa.

4. Biasakan diri menggunakan topi / pelindung rambut seperti tudung atau pelindung matahari baik lelaki mahupun wanita untuk mengelakkan risiko selaran matahari (sun rays) , kanser kulit pada kulit kepala, dan kerosakan rambut.

5. Ketika mencuci rambut, urut lembut kulit kepala dan rambut anda. Keringkan rambut dan sikat menggunakan sikat yang bergigi jarang.

6. Jangan kerap menggunakan hair hot roll, hair straightener, atau minyak panas yang mungkin boleh mengakibatkan rambut rosak dan rambut gugur.


cara merawat keguguran rambut
Cara merawat keguguran rambut

6 Cara Merawat Keguguran Rambut

Antara pilihan cara merawat rambut gugur (bukan diakibatkan oleh masalah hormon, genetik, perubatan) ialah:-

1. Garam - letak sedikit garam bersama syampu yang biasa anda gunakan, gaul rata syampu berkenaan, dan cucilah rambut seperti biasa.

2. Aloe vera - tambah sedikit aloe vera ke dalam syampu, campurkan sebati dan bersyampulah seperti biasa. 

Aloe vera mempunyai banyak manfaat lain, boleh baca entry terdahulu 


3. Menggunakan syampu anti-hairfall yang mampu merawat rambut gugur, rambut nipis, rambut berkelemumur dan rambut atau kulit kepala berbau

👉 Semakin hari rambut semakin nipis?
👉 Rambut banyak yang gugur?
👉 Makin shampoo makin banyak kelemumur?
👉 Kulit kepala gatal2?
👉 Rambut berbau busuk/hapak?

Ada banyak pilihan syampu di pasaran yang boleh anda pilih, antaranya Loreal Paris Anti Hair Fall 3X dalam-1 merawat rambut gugur, rambut nipis rambut berkelemumur dan rambut atau kulit kepala berbau.

4. Penggunaan kombinasi phototherapy laser dengan menggunakan tahap cahaya yang rendah untuk meningkatkan pertumbuhan rambut pada kulit kepala.

5. Merawat rambut menggunakan khidmat professsional apabila masalah rambut tidak mampu diatasi melalui penggunaan syampu anti-hairfall atau syampu berubat yang lain.

Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak memberikan anda maklumat tentang permasalaham rambut, petua menjaga rambut, dan cara merawat rambut gugur.

Pastikan anda memberi perhatian bagi masalah seperti rambut gugur, rambut nipis rambut berkelemumur dan rambut atau kulit kepala berbau. 

Ingat, rambut adalah mahkota anda, baik lelaki dan wanita, jadi jaga rambut anda sebaik-baiknya.

cheers.

Post a Comment

21 Comments

  1. Replies
    1. rambut gugur banyak ni memang kena ambil tahu punca2nya , then baru boleh fikir treatment apa yang sesuai.

      Delete
  2. Rambut Rabia gugur sikit je maybe sebab kerap syampu kot

    ReplyDelete
  3. banyak info best. tq share. dulu gee pun ada gak rambut gugur skrg dah ok

    btw jemput join >> http://www.zianaeunos.com/2019/10/segmen-jom-tukar-link-bloglist.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambut gugur banyak ni biasanya cuma seketika saja kan,
      kalau gugur sepanjang tahun, tu kena jumpa pakar.

      Delete
  4. Selepas melahirkan anak, memang menjadi rambut gugur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni normal, maybe zat besi berkurangan kan.
      mrs pip pun sama juga.

      Delete
  5. aloe vera..okey, ada stok kat rumah. nak cuba lah petua mrs pip kongsi kat atas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna petua aloe vera tu.
      ada user share kat google, nampak menjadi tau petua dia.

      Delete
  6. dah tua2 ni memang rambut semakin berkurangan.

    ReplyDelete
  7. Pernah guna aura hijab ni. kurang rambut gugur dan shampoo dia wangi ya amat!

    ReplyDelete
  8. huhuh sama lah nih . masalah rambut gugur .. tgh try nak amik supplement

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah gugur, tertanya tanya salah makan ke apa atau horman tak seimbang... stress tengok rambut berguguran di lantai..

      Delete
  9. interesting lah yang guna garam tu. baru tahu petua ni boleh membantu atasi rambut gugur. nanti nak cuba lah.

    ReplyDelete
  10. Saya jeng rambut keriting... Jadi botak je terus... Skrg selesa takdak rambut... Hiks...

    ReplyDelete
  11. aku kan bukan masalah gugur jak rambut, masalah uban pun adoiiii lah hai

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.