hi there, Review Chica Y Chico || Cool night mask yang best ... sejauh mana mask ni mampu memberikan kesan sejuk "cool" ke atas kulit wajah dan berfungsi 5-in-1 selain memberikan rasa cooling, mask ini juga dikatakan berfungsi memberikan rasa soothing, mengetatkan pori pori, membuang sel sel mati "removing skin waste" dan merawat tekstur kulit "caring skin texture" ⤵⤵⤵
CHICA Y CHICO COOL NIGHT PEEL OFF MASK berfungsi 5-in-1 untuk
✔ Cooling down
✔ Soothing
✔ Tightening pores
✔ Removing skin waste
✔ Caring skin texture
✔ Soothing
✔ Tightening pores
✔ Removing skin waste
✔ Caring skin texture
Chica y Chico Cool night mask yang best |
sebelum mrs pip share lebih lanjut mengenai cool night peel off mask ini, jom semak senarai ingredients utama yang terdapat dalam produk ini.
Water, Polyvinyl Alcohol, Alcohol Denat., Glycerin, Polyvinyl Acetate, Pentylene Glycol, Mentha Piperita (Peppermint) Extract, Mentha Viridis (Spearmint) Extract, Mentha Rotundifolia (Apple Mint) Leaf Extract, Mentha Arvensis (Wild Mint) Leaf Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Centella Asiatica Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Thinopyrum Intermedium (Wheatgrass) Extract, Chondrus Crispus (Carrageenan) Extract, Saccharum Officinarum (Sugar Cane) Extract, Origanum Vulgare (Oregano) Leaf Extract, Platycodon Grandiflorum Root Extract, Melissa Officinalis (Lemon Balm) Extract, PEG-75, Caprylyl Glycol, Cellulose Gum, Butylene Glycol, Propylene Glycol, Dipropylene Glycol, Ethylhexylglycerin, Xanthan Gum, Alcohol, Phenoxyethanol, Fragrance, Titanium Dioxide (CI 77891), Blue 1 (CI 42090), Yellow 5 (CI 19140)
produk cool night peel off mask ni mengandungi alcohol, dan untuk kulit yang super sensitif, eloklah membuat patch test sebagai langkah berjaga-jaga kerana risau kehadiran alcohol boleh menjejaskan kulit anda.
tetapi sekiranya anda tiada masalah kulit sensitif atau super sensitif, maka anda boleh saja menggunakan produk cool night peel off mask ini dengan tenang.
kehadiran alcohol untuk peel off mask bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana ianya diperlukan sebagai agen yang bertindak untuk mengeringkan mask tersebut agar mudah untuk dikupas "peel" apabila mask yang dipakai kering di kulit.
satu tiub cool night peel off mask ni adalah seberat 100gram, dan wangiannya menyenangkan dengan "minty scent" kerana beberapa bahan yang terkandung didalamnya adalah terdiri daripada ekstrak mint seperti peppermint, spearmint dan wild mint ...
biasanya untuk peel off mask sebegini, mrs pip hanya guna sekali seminggu, dan untuk 100gram per tube ni boleh bertahan agak lama, so worth my money to buy this mask , hehe.
biasanya untuk peel off mask sebegini, mrs pip hanya guna sekali seminggu, dan untuk 100gram per tube ni boleh bertahan agak lama, so worth my money to buy this mask , hehe.
bahan bahan yang terkandung di dalam cool night peel off mask antaranya mampu membantu memberikan kesan ke atas kulit seperti rasa sejuk, tenang, pelembapan, anti penuaan, mengurangkan jerawat sebagainya ⤵⤵⤵ source: HERE
Antara kebaikan bahan bahan yang terkandung di dalam Cool Night Peel Off Mask Chica Y Chico ini ialah:
Antara kebaikan bahan bahan yang terkandung di dalam Cool Night Peel Off Mask Chica Y Chico ini ialah:
✔ekstrak daun peppermint 👉 untuk menggalakkan kulit lebih sihat, menenangkan kulit, penyembuhan (healing), astringen, antiseptik, anti radang, penyejukkan (cooling)
✔ekstrak centella asiatica 👉 centella asiatica adalah nama saintifik bagi ulam pegaga tau! pegaga mempunyai banyak kebaikan dan kini penggunaan pegaga di dalam industri kecantikan bukanlah sesuatu yang baru ... antara fungsi centella asiatica di dalam cooling mask ini ialah penyembuhan (healing), antioxidant, anti-penuaan, menenangkan kulit, menguatkan kulit
✔ekstrak aloe vera 👉 umum mengetahui betapa aloe vera memiliki banyak khasiat dan diantaranya, aloe vera dikatakan membantu dalam anti-penuaan, pelembapan, mengurangkan /memudarkan blemishes, mengurangkan jerawat, penyembuhan kulit, mengurangkan parut kulit.
baca : Yang menarik tentang Aloe Vera Soothing & Moisture Gel
baca : Yang menarik tentang Aloe Vera Soothing & Moisture Gel
✔ekstrak daun teh hijau (green tea) 👉 green tea juga mempunyai banyak khasiat kecantikan antaranya ialah antioxidant, anti jerawat, penyembuhan kulit, anti radang, meningkatkan keanjalan kulit, dan anti penuaan.
Cara Penggunaan
Cara Penggunaan Cool Night Peel Off Mask Chica Y Chico adalah sangat mudah, namun perlu berhati hati agar tidak terkena mata kerana selain mungkin memberikan rasa pedih pada mata, nanti tak pasal pasal mata korang melekat tak nak buka pula ...
Bersihkan kulit wajah, dan picit tube Cool Night Peel Off Mask Chica Y Chico dan dapatkan jumlah yang mencukupi.
Ratakan mask ke seluruh kulit wajah. Kena ratakan dengan laju kerana mask melekit dan cepat kering
Chica y Chico Cool night mask yang best |
Untuk pengeringan sepenuhnya, sekitar 20 - 30 minit diperlukan ... boleh kupas mask bila dah kering sepenuhnya dengan outer edge mask tersebut, dan tarik perlahan lahan kerana mask agak melekat kuat dan risau kalau tarik laju sangat, kulit akan terasa sedikit sakit.
lepas dah siap, kulit terasa agak kering dan bersih, mrs pip letak toner untuk pelembapan ❤
Mask ni mampu menarik bulu bulu halus di muka, dan juga blackhead mrs pip yang suka betul menginap di sekitar hidung! Ouch.
baca juga >>> Review L'Oreal Pure Clay Mask Illuminating
Dan part cooling tu, mask Chica Y Chico memang cool night mask yang best. puashati guna mask ni.
Di mana nak beli mask ni?
mrs pip beli mask ni di laman web althea, korang yang nak beli bolehlah cari di althea, ataupun di laman web yang lain spt shopee, lazada dan hermo.my
Dan untuk pembeli online , boleh guna SHOPBACK utk lebih penjimatan ...
baca >>> Rugi tak guna Shopback!
Ni earning setakat ini hasil shopping online,
sikit2 kita kumpul CASHBACK, nnt cukup RM100.00, insya allah nak withdraw, boleh belanja anak anak beli alat tulis dan buku.
stay beautiful ❤
cheers.
16 Comments
saya jrg nk pkai peel off mask sbb risau kulit sensitif ni nti gatal2.tapi tgok ni mcm lembut je tekstur, blh la try..
ReplyDeleteKalau kulit sensitif, before nak guna buat patch test dulu, risau kalau2 alergik.
DeleteDah cuba! suka rasa sejuk dan efek lepas pakai tu.
ReplyDeleteYeay, saya pun suka guna ..
Deletekita suka mask yang jenis peel off ni..nanti nampaklah segala jenis mak nenek keluar dari peel mask ni kan...baru bersih segala white head n black head
ReplyDeleteBetul tu, haha segala mak nenek kerabat white n black head akan keluar bersama ...
DeletePeppermint tu mmg bau feveret sy tu
ReplyDeleteBolehlah cuba peel off mask tu nnt, hehe.
DeleteKulit sensitif baru nak try cari alahai..
ReplyDeleteKena hati2 la utk kulit sensitif, nnt breakout atau ekzema pula.
Deletewahh.. bestnya.. suka tengok bila mask tu dibuka.. baru nampak semua black head kat situ..
ReplyDeleteSyok guna bila black n white head ikut kluar sekali bila tarik mask tu.
Deleteteringin nak cuba!macam best!
ReplyDeletetrylah, best sejuk sejuk. hehe.
DeleteBedtkan pakai mask, sekali sekala manjakan wajah kita
ReplyDeleteya, kenalah jaga kulit wajah , tak boleh malas malas, ekeke.
DeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.