Iman || Cabut 11 Batang Gigi Susu

hi there, alhamdulillah selesai juga prosedur mencabut ke semua gigi susu Iman yang buruk , ke semua ada 11 batang gigi yang telah dicabut ... 

masalah gigi susu Iman yang buruk dan reput bermula sejak tahun 2017 lagi!  

entry terdahulu ⤵

Kronologi gusi dan lelangit (palate) lil' Iman bengkak


dan ianya agak lama  juga untuk mendapatkan rawatan mencabut gigi ni di hospital pakar kanak kanak dan wanita Likas, temujanji pertama diberikan oleh pihak hospital pada 22/9/2018 , namun atas sebab2 masalah pihak hospital, temujanji ditunda pada 28/6/2019 ... 

ketika menunggu giliran untuk menjalani prosedur buang gigi susu ... Iman pesakit kedua pada hari tersebut ...

pada 28/6/2019 , seawal jam 3pagi, mr.Husband bertolak bersama Iman ke hospital Likas .. kena bertolak awal untuk mengelak masalah kesesakan jalanraya dan juga masalah susah gila gila nak cari parking di hospital Likas ni ... 

Iman tidak dibenarkan makan selepas jam 2pagi pada hari untuk mencabut gigu, dan perlu berada dalam keadaan sihat , tidak boleh demam dan selesema ... so part ni memang mrs pip jaga , no main petang di luar , no mandi hujan, no berendam lama2 time mandi kerana Iman ni agak senang utk selesema ...

in fact, 3 hari sebelum tarikh temujanji ni, Iman start selesema so terus bagi Iman makan paracetamol dan increase vitC intake ... alhamdulillah, pada hari prosedur cabut gigi, selesema Iman kering sepenuhnya ...

ditemani mr.Husband, dan pada hari tu kebetulan ada acara di wad, so ada clown datang bagi belon untuk anak2 dalam wad ... happy Iman dpt belon ...

clown yang menceriakan kanak kanak ... thanks bagi 2 biji belon utk Iman, satu belin tu kaler pink, sampai rumah saja, Iman bagi Amin belon kaler pink tu, happy Amin .. well, buat masa ini, pink is Amin's fav color , cia cia cia.

Iman sebenarnya happy tau gigi dia mau kena cabut coz all these while dia mmg terpaksa tahan sakit gigi yang kadangkala dtg tanpa disangka ... mmg agak sedih bila tiap kali dia sakit gigi, dia menangis dan terpaksa tahan sakit tu ...

Prosedur berjalan pada sekitar jam 10am, dan mr.Husband update sekitar jam 1pm semuanya telah selesai dan sekitar jam 4pm, Iman dibenarkan pulang , yeay!

gigi Iman sebelum dicabut ... 4 gigi kekal depan bahagian bawah sudahpun tumbuh ...

ni pula selepas prosedur mencabut gigi susu ... Iman 'ditidurkan' ketika prosedur berlangsung ... sedut gas bius gitew ...

next temujanji pada bukan September, untuk pemeriksaan susulan ... 

Iman dan mr.Husband sampai si rumah sekitar jam 7malam, semangat Iman cerita yang gigi buruk dia semua doktor sudah cabut

"mommy, Iman tiada gigi buruk sudah, tengok mommy (sambil buka mulut luas luas), semua gigi buruk sudah doktor cabut"

"mommy, lepas ni Iman ndak sakit gigi sudah" 

sempat singgah di Tanjung Lipat semata mata mau bergambar dgn ni replika shark , mr.Husband layankan saja ..

mrs pip senyum, tapi deep down my heart, ada sedikit rasa broken hearted di situ kerana gigi Iman ni takkan reput dan buruk kalau mrs pip jaga dengan baik dulu ... ok, lesson learnt.

dan selama 3hari dari Jumaat malam sehingga Isnin petang, Iman hanya makan bubur nasi dan perlu sejuk sepenuhnya, tidak boleh makan dan minum yang suam apatah lagi yang panas. 

dan doktor advice utk bg Iman makan sesuatu yang lembut dan sejuk, so for 2 days kitorang makan aiskrim bersama Iman ... happylah Iman n Amin dpt makan ais krim setiap kali habis meal time .. selain ais krim, mrs pip juga buatkan puding kastad agar-agar untuk Iman ... yummy bilang si Iman puji mommy dia ... 

entry cabut gigi Iman sebelum menjalani prosedur buang ke semua gigi susu yang buruk dan reput, dan ada 4 batang gigi kekal Iman sudahpun tumbuh selepas beberapa batang gigi susu Iman yang gugur / dicabut sendiri oleh Iman terdahulu

Lil' Iman 1st time pigi klinik gigi




nowadays, memang mrs pip bagi perhatian dengan gigi Iman, Amin dan now Nami pun dah tiga batang gigi tumbuh, so memang insya allah akan jaga elok elok gigi dorang ni ...

cheers.

Post a Comment

17 Comments

  1. Banyaknya cabut gigi Iman
    Mudah2an dah sembuh

    ReplyDelete
  2. gerun bila dengar cabut gigi.
    lepas ni gigi iman tumbuh cantik lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully lah, tp doktor dah bgtau awal2, ada kemungkinan gigi tumbuh dgn susunan tak cantik, adeh.

      Delete
    2. yup.. kemungkinan nie memang ada.. kena buat checkup regularly kan Mrs Pip..

      Delete
  3. wah kuatnnya iman! good boy!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat Iman nak buang gigi buruk dia tu ... Hari2 tanya bila nak cabut gigi ..

      Delete
  4. adoi..scary nya. berani la iman ni..good boy!! Untie pun takut bila bab masuk doktor gigi ni tau... caya lah! nanti cantik la gigi dia..kena rajin berus gigi tau!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully lepas ni gigi dia cantik tumbuh tersusun walaupun doktor dah ckp maybe gigi akan tumbuh tak cantik susunan.

      Delete
  5. Iman macam relax ja masa nak cabut gigi😅. Berani betul dia. Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat betul Iman mau buang gigi buruk dia, gigi2 buruk tu selalu sakit ..

      Delete
  6. aduhai, ngilu aida baca entry cabut gigi ni.
    aida ada 2 masalah dng 2 anak.
    izzat & nurin. both melibatkan gigi kapak kat depan, mrspip.
    jatuh!!!
    as for nurin, gigi kekal. bukan gugur keseluruhan, tapi patah separuh.
    sampai now masih treatment akar gigi tu dgn pakar.
    izzat plak, sib baik yg gugur tu gigi susu. now da tumbuh pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigi susu boleh terima lagi kalau rosak, tp gigi kekal mmg susah kalau rosak, hope gigi nurin dpt diselamatkan ..

      Delete
  7. Sama prosuder yang Amani buat.. Cuma sebab cabut je berbeza.. hehehe..
    Semoga Iman baik-baik sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope lepas ni gigi anak2 kita cantik2 la kan bila tumbuh nanti, hehe.

      Delete
  8. Aduii, ngilu tengok. Memang kalau anak gigi susu reput, gigi tu tak takkan tercabut sendiri ye? Anak nombor 3 gigi reput gak, huu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gigi susu reput, akar reput sekali, nnt jatuhlah gigi tu .. Kes Iman ni, gigi reput bahagian atas, akar tak reput atau tak goyang lagi, so mmg doktor gigi kanak2 suggest utk buat prosedur cabut saja semua yg dah reput tu ...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.