Review eye cream MILKY DRESS; whitening and wrinkles go away

hi there, agak lama tidak bersiaran selepas raya ... hari ni ada sedikit kelapangan , so dapatlah update blog ... kalau tak, bersawang weh blog mrs pip nanti ... jomlah baca review eye cream milky dress wrinkle and whitening ...


produk eye cream jenama milky dress ni , mrs pip beli di laman web Althea beberapa bulan lepas ... tapi ketika artikel ni ditulis, produk tersebut sudah tidak kelihatan di laman web althea, so no product link could be provided here ... 

satu tiub kecil ni 15ml, berharga RM19.00 sahaja ... yang ingin mencuba produk ni, maybe boleh cari di beauty website yang lain seperti HERMO ok ... 


nama pun dah whitening and wrinkles eye cream, jadi no string attached , memang fungsi eye cream ni ialah untuk memutihkan bahagian bawah mata akibat lingkaran gelap, dan juga menghilangkan garis garis sekitar kawasan mata ...

mrs pip dah guna eye cream milky dress ni sejak Januari lalu dan still guna sehingga hari ni ... selalunya guna sebelah malam, tapi eye cream ni boleh digunakan pda waktu siang mahupun malam ... so ikut suka korang nak guna bila ... nak guna 2x sehari pagi malam pun hokey ...

antara fungsi eye cream milky dress ni yg mrs pip baca online ialah :
  • memutihkan
  • membantu meningkatkan elasticity kulit
  • membekalkan nutrien kepada kulit mata
  • melembapkan kawasan kulit mata
  • menyeimbangkan air dan minyak pada kulit 


tekstur eye cream ni , bagi pendapat mrs pip ialah ianya bertekstur cair, watery gitew ... bukan jenis krim pekat ... 

apa yang mrs pip suka mengenai watery texture tu, ianya mudah disapu pada kulit, senang meresap dan hanya perlukan dua tiga dot kecil sahaja untuk setiap kali sapuan ... 

ianya juga mempunyai bau yang menyenangkan, aromanya sedikit wangi dan menyegarkan.

adakah eye cream milky dress ni mampu memutihkan lingkaran gelap dan sekaligus menghilangkan garis halus pada kawasan sapuan / sekitar mata?

ni review selepas mrs pip menggunakan eye cream ni ok, apapun results mungkin berbeza dgn korang kerana faktor lain perlu diambilkira seperti gaya hidup dan usia 😁

eye cream milky dress ni dengan penggunaan yg berterusan mampu memutihkan bahagian bawah mata / mampu menghilangkan lingkaran gelap pada bahagian mata mrs pip ... jadi , bab ni mmg mrs pip HAPPY sangat ...

eye cream ni juga membantu melembapkan kawasan sapuan, so it hydrates the eye skin areas ... 

tapi bab wrinkles garis garis halus tu , tak begitu berkesan sangat ... maybe kerana faktor usia ... well, I am 4 series hokey, so wrinkles memang dah start berleluasa di sekitar kulit muka, termasuklah di kawasan sekitar mata ... 

maybe kalau korang yg nak jaga bab2 garis2 halus ni, need to start when you are coming into 3 series la kot ... jgn tunggu 4 series baru nak jaga garis2 halus ni ...

apapun, worth my money beli eye cream ni coz mrs pip mmg nak lingkaran gelap di bawah mata pudar dan eye cream ni berjaya melakukannya ...

yeah! 

stay beauty everyone, and thanks for reading, xoxo.

cheers.

Post a Comment

3 Comments

  1. ala..kita tak konsisten guna ni..nk cari laaa..ntah letak kat mana pulak ni..haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, pi pakai ... Rajin2 pakai, insya allah hilang lingkaran gelap ...

      Delete
  2. alaaa baru ternampak post ni kalo tidak boleh try jugak hehe

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.