Review Korean Drama : Fluttering Warning (Love Alert)

hi there , lama tak layan drama korea ... hari tu terlayan  drama FLUTTERING WARNING ( LOVE ALERT) lakonan Yoon Eun Hye dan Chun Jung Myung ... 

lama tak tengok Yoon Eun Hye berlakon, paling last tengok drama LIE TO ME , gandingan dia bersama Kang Ji Hwan ... Chun Jung Myung ni pun last tengok dia kat Glory Jane, gandingan bersama Park Min Young padahal banyak drama terbaru dia lepas Glory Jane tu ... 

so ternampak la drama FLUTTERING WARNING ni kat youtube, layan la tengok since dua dua pelakon I suka ... 

cerita ni pasal pelakon terkenal Yoo Jung (lakonan Eun Hye) , yang ditinggalkan kekasih dia dan dia tak boleh nak move on .. dan kebetulan la pula, bekas rumah kekasih dia tu dijual kepada Wo Hyeon ( lakonan Jung Myung), so bila Yoo Jung dtg ke rumah lama kekasih dia dlm lradaan mabuk, dan dia boleh akses rumah tu pasal passcode pintu still sama, dia luahkan perasaan dia kat bekas kekasih dia, tp esok harinya dia baru sedar yg rumah tu no longer rumah kekasih dia ... lagi teruk, siap dia muntah kat rumah orang tu ...

dan Wo Hyeon ni ekceli doktor pakar kulit, dan Yoo Jung ni pernah buat rawatan kat tempat Wo Hyeon bekerja, cuma dorang tak terserempak time tu ... dorang terserempak 1st time bila Yoo Jung tersalah naik kereta si Wo Hyeon , dia ingat kereta tu kereta boifren dia (time tu before breakup) ...

ekceli boifren si Yoo Jung ni tinggalkan Yoo Jung pasal dia dapat ngurat gadis kaya, anak chaebol gitu ...

si Wo Hyeon ni anak chaebol juga, cumanya dia ni anak hasil daripada hubungan sulit , so waktu dia kecik2 mak tiri dia tak nak recognize dia sbg ahli keluarga kecuali abang dia ( berbeza mak ), then over the years, tetiba bapa dia nak dia teraju syarikat dan recognize dia sbg family member ... eh, dah korang buang dia dan mak dia, tetiba dah berjaya suka2 korang cakap tu ahli keluarga? konflik bermula ...

dipendekkan cerita, bapa si Wo Hyeon tu jodohkan dia dgn gadis drpd kalangan chaebol juga, keluarga bisnes partner tapi Wo Hyeon tak nak, dan terdesak punya pasal, Wo Hyeon tu mengaku yang Yoo Jung tu GF dia ... 

si Yoo Jung ni, bila ditinggalkan kekasih, rumors mula tersebar yg dia bercinta, so dia nak bgtau press yg dia ada BF, tapi dia dah breakup , jadi agensi dia nak jaga nama Yoo Jung , so kengkonon dia mmg bercinta tapi terpaksa cari mangsa yang sanggup berlakon jadi BF dia .. Lain yg dirancang, lain yg jadi ...end up Yoo Jung dan Wo Hyeon, dua dua terdesak nak ada couple, so dorg declare kengkonon dorg tu bercinta ...

berjayakah dorg jatuh cinta? Dan banyak sangat halangan daripada keluarga Wo Hyeon ... 


drama ni ada elemen romantik komedi, persahabatan, kekeluargaan ... suka dgn gandingan dorg berdua, walaupun tak da la banyak momen sweet bersemut lovey dovey, tapi still gandingan dorang serasi... 

ada 16 episod, drama ni turut dibintangi oleh :-

Main

Yoon Eun-hye as Yoon Yoo-jung
Chun Jung-myung as Cha Woo-hyun
Han Go-eun as Han Chae-kyung
Jo Woo-jae as Sung Hoon

Supporting

P.O as Yoon Yoo-joon
Lee Hye-ran as Joo Min-ah
Kang Seo-yeon as Kang Hye-joo
Kim Byung-ki as Cha Tae-soo
Oh Mi-hee as Ko Kyung-eun
Choi Cheol-ho as An Jung-seok
Kim Ye-ryeong as Na Hwa-jung
Choi Jung-won as Hwang Jae-min
Jeong Gyu-su as Yoon Cheol-seo

Happy watching.

Cheers.

Post a Comment

5 Comments

  1. Replies
    1. Not bad , suka dgn karakter Eun Hye ..

      Delete
  2. macam best drama ni..tapi tuela..masanya tak ada nak tengok tv ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, tak da masa nak tengok tv, ni pun layan kat youtube saja...

      Delete
  3. YOON EUN HYE!!!! My fav K-actress (selain Song Jihyo) hehe. dah lama tak tengok dia berlakon. finallyyy! yeay nak ushar la nanti drama ni. thankyou sharee kak pip :D

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.