Resepi Senang Minuman Sago Gula Melaka

hi there, bulan puasa kali ni, mrs pip tak da menu2 special, semua menu on diet jer, iaitu menu 'makan portion separuh' ... makan apa saja, tapi portion kena half ... ni la menu on diet mrs pip ... dan no lemak2 santan gitew ... kalau boleh nak eat clean, tapi I is tak mampu tahan perasaan ...

hari tu nampak Kak Azian (yan-yanjournal) buat sago gula melaka, so tergoda juga nak buat ... so, bila bahan2 semua dah siap ada, apalagi membuat lah sago gula melaka versi mrs pip ... kalau x suka sago, korang tukar pakai cendol pun ok ...

resipi minuman sago gula melaka

Resepi Senang Minuman Sago Gula Melaka

kamurang abaikan jak gambar ndak cantik tu, yang penting rasa sedap! ... nak buat pun semang jer ...

bahan bahan:-

Segelas sago (mrs pip beli yg siap2 sago dah kaler merah jambu) 
1 liter air
Seketul gula melaka
200ml santan
Setin jagung creamy
Secuit garam
Air sejuk secukupnya

cara membuat:-

1. Didihkan 1L air, kemudian masukkan sago, dan kacau sehingga sago bertukar menjadi transparent ... maksudnya biji2 sago yg asalnya kaler putih2 tu dah jadi mcm jelly2 transparent gitew

2. cairkan gula melaka di atas api sederhana dan tambah sesikit air, kalau tak tambah air , nnt once dah cair dan sejuk, gula melaka tu akan mengeras semula ..so tambah air sikit ya ... dan no extra sugar kasar or brown sugar added, I  am happy dgn just cairkan gula melaka semata mata ... 

3. Didihkan santan bersama secubit / secuit garam

4. dah sejuk dah semua, so bolehlah buat sago gula melaka...

5. dalam bekas pilihan masing2, mcm mrs pip guna gelas kecik coz I  on diet, so tak nak makan byk2, just nal lepaskan rasa craving ... masukkan sago dan jagung creamy tu ikut kuantiti suka hati korang, kemudian agak2 tau masukkan sedikit gula melaka dan santan, lepas tu tuang air sejuk secukupnya ... dan kacau ...

6. kalau rasa tak cukup manis, atau tak cukup lemak, korang boleh lah tambah sikit2 gula melaka dan santan, adjust ikut sedap anak tekak korang ...

7. Tak nak guna air sejuk, boleh guna air batu / ais batu hokey ... sedap minum sejuk2 ...

8. Leceh nak masak sago? boleh ganti dgn cendol, byk jual kat pasaraya kan ... boleh juga add cincau kalau suka ...

Amacam, senang kan resepi ni ... Korang buat sendiri , puas hati minum ... Kat kedai atau param, minuman mcm ni dalam RM3.00 ke RM3.50 kan, tapi korang sorang jak boleh minum, so why not buat sendiri, pakat2 minum sekeluarga , lagi jimat.

my diet story >>> hilang 15kg 

hari ni korang dah ada menu berbuka tak? 

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

12 Comments

  1. mcm senang je tu...boleh cuba gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sgt nak buat , lagi2 kalau craving nak minum air cendol or sagu with jagung creamy, mmg best buat.

      Delete
  2. lama dah ray tak rasa ni. hi mrs pip, lama ray x singgah sni

    ReplyDelete
  3. senangnya resipe ni..nak try buatlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang saja resepi ni, yang penting bahan2 semua cukup...

      Delete
  4. fav ni sagu gula melaka tp tk pernh buat

    ReplyDelete
  5. Buat dessert ini... sukanya auni.. !

    ReplyDelete
  6. bulan puasa ni letak laa apa sahaja hidangan pasti laku keras esp yg buat sendiri mcm ni kan... ;-)

    ReplyDelete
  7. wahhh. betul2 diet ye Mrs Pip. kalau tak nak santan, pakai je susu cair. ok gak. cuma rasanya tak berlemak sangat lah..

    ReplyDelete
  8. asben aida sgt suka ni.
    pemanis mulut. sejuk dlm fridge :) wow!

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.