hi there, hari tu mrs pip bagitau mr.Husband yang I is craving coklat Hershey Truffle. mr.Husband cakap, dah craving tu pergilah beli. Amboi, sedap ja suruh pergi beli, dia ingat kita ni tinggal di bandar besar yang itu ini senang nak dapat! mrs pip bagitau Hershey Truffle mana ada jual dekat pekan ni ... dulu selalu dapat bekalan dari Labuan , so why not kita pergi Labuan memborong Hershey Truffle banyak banyak?
Lagipun, di Labuan ni selain banyak pilihan coklat dan memang sangat berbaloi borong banyak coklat kerana harga amatlah berpatutan, tetapi Labuan juga mempunyai tarikan pelancongan tersendiri. Hah, sesuai sangatlah kan, sambil beli coklat sambil jalan-jalan di Labuan.
Hari tu ternampak pula kempen Matta Fair 2019 yang akan berlangsung. Memang eloklah sangat pergi Matta Fair untuk mencari pakej percutian yang boleh disesuaikan dengan bajet sendiri ni ... biasanya Matta Fair Promo memang menawarkan diskaun berpatutan.
Tapi kan, mrs pip macam malas sangat nak keluar rumah kena bawa sekali anak-anak ni memandangkan tiada siapa yang akan jaga mereka kalau mrs pip keluar, lagi-lagi baby Nami yang masih breastfeeding.
Lepas tu, bila ada fair, mesti mrs pip akan stress. Eh tetiba stress apahal pula? Ya lah, mana tak stress, dah kena angkut anak anak bertiga tanpa pembantu (unless mr.Husband cuti, so bolehlah temankan mrs pip), kemudian stress kerana kesesakan lalulintas, lepas tu pula stress nak cari parking kereta kerana confirm sangat sangat apabila ada fair macam ni, memang ramailah yang berpusu-pusu nak datang ...
Lupakanlah niat untuk keluar rumah nak pergi fair tu semata-mata nak dapatkan harga berpatutan untuk pergi bercuti di Labuan. mrs pip rasa mrs pip lebih suka stick saja dengan Traveloka. Yang kaki travel, mesti biasa sangat dengan Traveloka kan.
Kenapa Traveloka pula menjadi pilihan mrs pip?
Dengan Traveloka, mrs pip tak perlu susahkan diri sendiri nak keluar berpusu-pusu semata-mata nak dapatkan pakej percutian harga berpatutan. Traveloka ni bukan calang-calang tempat mencari tiket penerbangan kerana Traveloka partners dengan pelbagai syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa untuk membawa korang terbang ke pelbagai destinasi dunia. Harga yang tertera di laman web Traveloka ialah honest pricing , dan bayaran tiada caj tersembunyi.
so, settle masalah stress nak menghadap kesesakan lalulintas dan mencari parking kereta, juga tak perlu nak seret anak-anak ikut sekali keluar jalan tempat yang crowded.
Traveloka Sale-Abration |
Dan woha! ada Traveloka Sale-Abration lah. Para kaki travel memang paling suka la ni kalau ada Traveloka Sale-Abration. Waktu macam ni la yang paling ngetop merancang percutian kerana terdapat promo menarik dan diskaun hebat di Traveloka.
Kalau boleh semua orang nak travel, tak kisah lah dalam negara atau luar negara, dan bila nak travel tu mesti nak travel dengan selesa, dan tak sah pergi travel tak shopping kan?
Apabila ada Traveloka Sale-Abration ni, mestilah dapat penjimatan kan, so ada extra duit nak shopping nanti, tak pun dah jimat beli tiket penerbangan, bolehlah guna penjimatan tu pilih hotel penginapan yang extra selesa pula, ya tak?
Traveloka Apps |
Selain tu, yang menarik juga mengenai Traveloka, ianya mempunya apps tau iaitu Traveloka Apps. mrs pip pernah kongsi mengenai Traveloka Apps ni dulu. Mungkin ada yang tak tahu mengenai Traveloka Apps yang boleh dimuat turun di telefon pintar korang di Play Store (yang menggunakan Android). Sesuai dengan korang yang sentiasa on-the-go, anytime boleh check kempen menarik di Traveloka kelak.
Matta Fair mahupun Traveloka, kedua-duanya memberikan diskaun menarik kepada sesiapa yang ingin mendapatkan harga menarik untuk melancong, terpulang kepada pilihan masing masing. Diketahui bila ada fair, memang akan sesak, jadi kalau nak pergi juga, silalah bersedia dengan good stress management manakala Traveloka boleh diakses secara atas talian pada bila-bila masa, hanya pastikan ada talian internet. Hehe.
Dah alang-alang cakap pasal nak cuti-cuti di Labuan, kita intai-intai sikit tempat yang menarik di Labuan yang boleh dikunjungi selain nak memborong coklat.
1. Labuan Botanical Garden
2. Labuan War Cemetery & The Labuan Memorial
3. Labuan Clock Tower
4. Marine Museum
5. Ramsey Point
Nak uji adrenalin berzipline? Nak makan-makan tepi pantai? Ataupun aktiviti berkayak, paddle boat, sailboat, boleh datang ke Ramsey Point. Menariknya ...
6. Labuan Bird Park
Scuba Diving
Labuan Botanical Garden ni pada awalnya merupakan bangunan rumah kerajaan yang dikenali sebagai Bumbung 12 (12 Roofs) oleh penduduk sekitar. Ianya dibina pada tahun 1852 sebagai kediaman rasmi Governor Labuan yang pertama, yang pada ketika itu ialah Sir James Brooke.
Raja Wales iaitu King Edward VIII pernah menginap di sini ketika datang melawat Pulau Labuan pada tahun 1922.
Labuan Botanical Garden ini dibaikpulih dan dibangunakan oleh Labuan Corporation pada tahun 2001 untuk kegunaan umum.
2. Labuan War Cemetery & The Labuan Memorial
Labuan War Cemetery atau Tanah Perkuburan Perang Labuan merupakan tanah perkuburan Commonwealth perang dunia kedua. Kebanyakkan askar yang dikebumikan di sini merupakan askar yang berasal dari negara India dan Australia, berperang dan gugur ketika zaman penaklukan Jepun ke Borneo pada tahun 1945.
Labuan Memorial yang terletak di dalam kawasan Labuan War Cemetery merupakan kawasan memperingati hero hero yang gugur pada perang dunia kedua sekitar tahun 1942 - 1945 dan ada sebahagian hero yang gugur tidak ditemui kubur mereka dan hanya nama yang terpahat di tiang Labuan Memorial sebagai memperingati jasa mereka ...
3. Labuan Clock Tower
Labuan Clock Tower ni merupakan replika yang dibina semula apabila yang asal dibina pada tahun 1906 telah musnah pada perang dunia kedua. Ada cerita sejarah pula disebalik menara jam ni kan.
4. Marine Museum
Wah, ada Marine Museum ! Tempat sebegini memang menjadi kegemaran anak-anak mrs pip. Sambil bawa anak-anak berjalan, sambil bagi input pengetahuan untuk mereka.
Marine Museum ni terletak di Labuan International Water Sports Complex dan mempunyai 16 galeri, dan bolehlah bagi anak anak layan pendedahan terhadap hidupan laut, reptiles, zooplanktons, fish, seal corals, snails, sea plants dan sea weeds.
Marine Museum ni terletak di Labuan International Water Sports Complex dan mempunyai 16 galeri, dan bolehlah bagi anak anak layan pendedahan terhadap hidupan laut, reptiles, zooplanktons, fish, seal corals, snails, sea plants dan sea weeds.
5. Ramsey Point
Nak uji adrenalin berzipline? Nak makan-makan tepi pantai? Ataupun aktiviti berkayak, paddle boat, sailboat, boleh datang ke Ramsey Point. Menariknya ...
6. Labuan Bird Park
Di Labuan juga ada Labuan Bird Park. Memandangkan mr.Husband sukakan burung burung, pasti tempat ni menjadi salah satu tempat wajib singgah apabila melawat Labuan kelak. Terdapat lebih daripada 500 ekor burung yang ditempatkan di 3 sangkar kubah besar yang bersambung melalui 4 tunnels.
Selain daripada beberapa lokasi menarik yang mrs pip nyatakan di atas, terdapat juga lokasi lain yang menarik untuk dilawati seperti The Chimney, Gurdwara Sahib Labuan, Patau-Patau Water Village, Surrender Point Memorial, Kinta Benua Mangrove Forest Eco Tourism, dan beberapa pantai yang cantik seperti Layang-layangan, the Pancur Hitam and the Batu Manikar
Scuba Diving
Dan, bagi penggemar scuba diving (menyelam di dasar laut), Labuan juga merupakan destinasi menarik untuk divers. Oh wow! rindulah mrs pip mau diving lagi. Lama sangat tak dive. Tapi mrs pip ni hanya ada open water cert saja, so deep dive memang tak lepas lah yer ... Labuan terkenal dengan 4 kapal yang tenggelam di dasar laut, iaitu the Blue Water Wreck, the American Wreck (USS Salute), the Cement Wreck and the Australian Wreck.
Hershey Truffle sedap |
haha, nak tunjuk la juga kat korang rupa bentuk Hershey Truffles kegilaan mrs pip tu ... yang suka makan coklat, memang akan jatuh cinta banyak kali dengan truffles sedap ni tau ...
semoga misi mencari coklat ni berjaya!
p/s: kredit gambar : Google
p/s: kredit gambar : Google
cheers.
27 Comments
Terbaiklah...time ada diskaun lah kita nak beli kan..mesti grab promosi traveloka ni tau..
ReplyDeleteBetul tu..
DeleteAdalah dua tiga kali pigi labuan tapi byk tempat lagi belum singgah ni 😅
ReplyDeleteNextime pigi bolehlah plan round semua tmpat...
DeleteWah....mengidam jugalah camni nak g Labuan... Haha
ReplyDeleteJomlah pergi Labuan.. Saya pun dah lama tak mkn truffles tu ...dulu rakan sekerja slalu tlg belikan..
DeleteBanyak tempat yang menarik di Labuan nampaknya. Belum berkesempatan lagi untuk ke Sabah.
ReplyDeleteTunggu saleabration traveloka, ngam beli tiket n hotel, dpt diskaun..
DeleteKita pun tgh tunggu traveloka saleabration.. Nak pergi bercuti.. Tak mmpu p matta fair
ReplyDeleteNak pergi matta fair dgn anak2 , haha end up boleh bad mood nnt.
Deletewaktu yang ditunggu nak travel hihihi ambik peluang baik ni
ReplyDeleteBetul tu...
DeleteWahhh x sangka banyak pulak tempat boleh pigi di Labuan ni ya. Next time boleh bawa fam bam jalan2 pigi sana especially Ramsey point tu. Mmg x pernah dgr pun sebelum ni. Thanks for sharing.
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
Ada yg share pasal ramsey point tu.. Kalau kak pip sampai labuan, rasanya ramsey point ni kak pip nak pergi sgt.
Deletepernah duduk labuan setahun...hihihi..memang cantik tempatnya
ReplyDeleteWah, mesti sunah dah round labuan ni...
DeleteBanyak tempat menarik dan cantik ya.. teringin juga ke Labuan. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti boleh ke sana.
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Insya allah, mudah mudahan ada rezeki ...
Deletehaaa. next trip kena ke labuan
ReplyDeleteNgam...
Deletecantik kan sana... best!! traveloka awa pun suka
ReplyDeleteNextime boleh plan dtg labuan..
DeleteTak pernah jumpa pun Hershey Truffles kat sini.. Wah.. nak kena gi labuan juga nie.. hahaha..
ReplyDeleteByk2 coklat, truffles ni yg mrs pip suka, tp tu lah, dulu ada tukang beli, mrs pip kirim duit saja .. Kat sini pun tak jumpa jg .. Maybe tak jual kat byk tempat kot
Deleteaku pun tengah tunggu matta fair dekat kawasan aku ni mpy, time ni lah mau beli apa2 pakej untuk percutian atau game sebab memang harga murah..last year punya tiket air ballon lagi kami belum pigi ni, tp bagusnya dia open tiket so bila2 boleh pigi
ReplyDeleteNgam lu, time ada sale2 la baru plan bercuti ..
DeleteBanyak jugak yeak tempat menarik kat Labuan..ingatkan tak ada apa kat sana..hehe..sowy..tak baper tahu sangat pasal Labuan..kalau K.Kinabalu tu, tahu la jugak..ececeh..mentang2 la baru balik bercuti dari KK,kan..hehe...
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.