Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point + eyeshadow palette by 16Brand - Cerita Blog Mrs Pip

Monday, 4 February 2019

Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point + eyeshadow palette by 16Brand

hi there, yeah! box dari Althea sampai lagi ... kali ini, mrs pip dapat box Althea sempena Althea Christmas Giveaway Reward Point untuk Althea Angels. 

hari tu bila dapat tahu di Facebook Althea ada misi untuk berkongsi pengalaman menggunakan produk Althea Skin Detoxer, dan untuk 200 pertama Althea Angels yang berjaya melaksanakan misi tersebut akan mendapat hadiah daripada Althea! yeah, siapa tak nak kan ....

nak tahu apa yang menarik mengenai Althea Skin Detoxer ni, boleh baca entry mrs pip terdahulu


Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point

Hadiah utama melaksanakan misi tersebut ialah 16Brickit Shadow Hit 10 (#Choco) eyeshadow palette by 16Brand + surprise gift ... untuk eyeshadow palette tu, mrs pip dah dapat lebih awal, dan nanti mrs pip share rupa bentuk eyeshadow cantik tu ya kat bawah entry ni, tapi sekarang ni nak share dulu surprise gift tu!

tada! Althea bagi REWARD POINT sebagai surprise gift. Reward point ni boleh digunakan untuk membuat pembelian di dalam website Althea ... of course la happy kan dapat shopping di Althea.

jadi, jomlah tengok apa yang mrs pip beli ...

Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point
BOOMDEAHDAH Cleansing Set RM26.00

BOOMDEAHDAH Cleansing Set RM26.00

yang ni beli pada harga sedang offer , ekceli beli pasal nak facial sheet mask tu.
pencuci muka tu ada dua jenis, satu untuk soothing cleanser satu lagi untuk pore cleanser
dan pencuci muka ni mrs pip share untuk friends and family T_T

sebelum ni, dah beli satu set juga sempena Althea Christmas Wishlist

Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point
Perfect Repair Serum (70ml) RM26.00

Perfect Repair Serum (70ml) RM26.00

yang ni pun dah beli time Althea Christmas Wishlist, ni beli utk stok :))

Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point
Rose Body Lotion (500ml) RM19.00

Rose Body Lotion (500ml) RM19.00

mrs pip memang sejenis yang suka sangat dengan body lotion, lagi lagi bila nak masuk tidur, memang selalu guna body lotion ... so bila nampak harga vs kuantiti tu sangat ok, why not beli sebotol, padahal dah grab sebotol dalam Althea Christmas Wishlist hari tu.

so nampak tak I is suka repeat beli benda yang sama. 

Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point
Green Tea Sleeping Mask (80ml) RM56.00

Green Tea Sleeping Mask (80ml) RM56.00

lama dah mengidam nak try sleeping mask ... duluuuuuuuuuuuu mrs pip guna sleeping mask, produk dari Korea juga, lepas tu bertahun tak guna, so now nak guna semula , ekekeke

mrs pip nak try sleeping mask keluaran Innisfree ni coz baca review di laman web Althea, memang awesome produk ni ... once dah guna nanti, insya allah mrs pip review ya (semoga ada kerajinan nak buat review)

Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point
Jeju Volcanic Black Head Out Balm (30g) RM19.00

Jeju Volcanic Black Head Out Balm (30g) RM19.00

ya lah, I is mengaku ada black head so jom lah kita mencuba black head out balm ni kot kot black head mampu disingkirkan.

Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point
Green Tea Mint Fresh Shampoo (300ml) RM25.00

Green Tea Mint Fresh Shampoo (300ml) RM25.00

eh, hari tu mrs pip beli conditioner untuk produk ni, sejuk sejuk gitu bila guna, so nak beli shampoo pula untuk lengkapkan produk untuk rambut ni ... best guna bila cuaca panas.

Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point
Wrinkle and Whitening Eye Cream (15ml) RM19.00

Wrinkle and Whitening Eye Cream (15ml) RM19.00

ni mrs pip dah beli sebelum ni dalam Althea Christmas Wishlist, lepas tu beli lagi satu tube. Oh my panda wrinkles eyes hokey. apa saja produk yang mrs pip baca review best kat Althea untuk fight my panda eyes, mrs pip nak try, tapi yang harga affordable bajet mrs pip ler :)) 

Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point
Flawless Creamy Concealer (6g) Honey RM15.00

Flawless Creamy Concealer (6g) Honey RM15.00

haha, terjebak nak guna concealer ... nampak ramai ja yang share make up tutorial, wajib guna concealer, so I is nak guna sama la juga, padahal bukan kaki make up pon!

eh, dah dasar wanita kan.

Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point

dan dapatlah sticker Althea yang cute ni, lepas tu tak tau nak guna kat mana, sayang pula rasa nak guna... last last simpan saja dalam kotak :)) 

Unboxing Althea Christmas Giveaway Reward Point

dan inilah semua hasil pembelian menggunakan Althea reward point tu.

dan manakala hadiah utama bagi 200 Althea Angels yang berjaya melakukan misi berkongsi review mengenai Skin Detoxer tu, inilah hadiahnya iaitu 16Brickit Shadow Hit 10 (#Choco) eyeshadow palette by 16Brand seperti gambar di bawah ...

cantik tak?

eyeshadow palette by 16Brand
eyeshadow palette by 16Brand

suka sangat dengan 10 kaler eyeshadow yang sweet ni ... packagingnya memang menggoda, COKLAT gitew! 

kerana mrs pip not a make-up girl type, dan bab bab nak guna eye shadow ni memang tidak pandai, jadi, mrs pip dengan gembiranya hadiahkan eye palette ni kepada rakan blogger mrs pip. hope cik manis blogger tu dah terima bungkusan dengan selamatnya dan hope dia suka dengan eye palette ni T_T #rezekidikongsibersama

eyeshadow palette by 16Brand
eyeshadow palette by 16Brand

bagi close-up sikit ... sweet lah awak (eye-palette) ni, tapi mrs pip rasa lagi sweet kalau awak bersama dengan rakan blogger saya ... mrs pip tak reti nak guna kaler banyak banyak ni ... aduh.

tu sajalah nak share Althea box kali ini ... 

till then, xoxo.

cheers. 

10 comments:

  1. bestnya boleh main mekap-mekap nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, bab mekap saya sangatlah tak pandai.

      Delete
  2. bestnya dapat banyak skincare dgn makeup

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy sangat , boleh buat bekalan utk setahun.

      Delete
  3. Tantiu mrs pip.. Dpt dah eye pallete tu.. Dh rasmi pun.. Hehe.. Ai kan suka mekap w/pun x pndai sgt mekap2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni bolehlah FS main mekap mekap, kena try kawaii dan unicorn look , ada berani? ...

      Delete
  4. teringin nak cuba Green Tea Mint Fresh Shampoo ... sebab ada green tea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs pip tak try lagi shampoo ni, nak tunggu shampoo yang sedia ada habis ... lepas dah try, insya allah nnt mrs pip review .

      Delete