Jalan-jalan tengok lumba kuda, dan terjebak ke UMS & mcD - Cerita Blog Mrs Pip

Thursday, 7 February 2019

Jalan-jalan tengok lumba kuda, dan terjebak ke UMS & mcD

hi there, ni last last week punya cerita ... boleh pula kami sampai menghadap tengok perlawanan kuda ni di Tambalang Racecourse, Tuaran! ceritanya macam ni ... si Iman ni kan, dia sekarang ni obses K.U.D.A gara gara tertengok movie Amazon Obhijaan (baca wiki kalau nak tau cerita movie ni) yang ada part menunggang kuda tu ... movie ni mr.Husband beli CD, dia ingatkan english CD, rupa2nya Indian Bengali ... kitorang layan ja movie ni, not bad ...

dijadikan cerita, pasal obses sangat dengan kuda, si Iman request mau naik kuda! eh, kau ni kenapa Iman? jadi mrs pip pun bgtau la mr.Husband, kalau mau naik kuda, kena pergi Sabandar Cowboy Town , dan oh please la, kau ingat dekat Membakut - Tuaran tu macam 10 minutes drive? 

di Sabandar Cowboy Town ni ada sesi menunggang kuda, caj yang dikenakan pun ok lah kalau sesekali nak naik kan ... ni mcm nak layan craving si Iman lah ni ... Iman ni craving dia pelik sikit ... sebelum ni craving nak tengok ketam, lepas tu craving nak tengok buaya, lepas tu nak tengok rabbit, lepas tu SHARK (yang ni paling tak boleh layan, gila apa nak tengok shark) dan terbaru ni nak tengok kuda pula ...

kebetulan Isnin 28.01.2019 , Iman ada appointment dgn Peads Dental di Hospital Pakar Likas, so sehari sebelum appointment tu kitorang road trip la pergi KK (Kota Kinabalu) ... dah sampai KK, drive terus pergi Sabandar Cowboy Town di Tuaran ...

TAPI.

tak sampai Cowboy Town tu, kitorang lalu dekat Tambalang Racecourse ni, kebetulan tengah ada perlawanan kuda, so terus lah menyinggah , layan Iman tengok kuda. 

Tambalang Racecourse
Tambalang Racecourse
Tambalang Racecourse

kitorang sampai ni , still ada game lagi tapi kena tunggu next game la ... mau juga dekat 40 minit menunggu next game ... tak ada apa pun boleh buat kat sini , semata mata nak tengok kuda tu saja , unless kau kaki betting kuda (itu judi hokey) kau rasa syiok layan lumba kuda ni ...

Tambalang Racecourse
Tambalang Racecourse

tempat ni luas la juga, tapi kureng selesa dari segi kebersihan ler :(( hiks. banyak betul tiket betting tu bertaburan di lantai ... next time kamurang mau lepak2 sini layan game kuda ni, make sure tapau makanan sendiri ... I is kurang yakin makan di sini coz kawasan yang kurang bersih ...

ok, done layan Iman craving mau tengok kuda. 

lepas ni jangan pula nak tengok shark. walaupun mommy n daddy ada lesen diving, tapi mommy n daddy pun belum cukup berani untuk diving cari shark ... cari penyakit namanya tu!

Giant


lepas habis tengok kuda tu, kitorang balik ke bilik yang disewa bulanan oleh mr.Husband ... eh tetiba pula sewa bilik secara bulanan kan. nanti lah mrs pip cerita lanjut kenapa mr.Husband sewa bilik bulanan ni #perhubunganjarakjauhtimeweekdays .

dah balik bilik, mandi dan rehat, kitorang keluar makan malam di 1B Hypermall tu since bilik sewa mr.Husband tidak jauh dari hypermall ni ... makan nasi ayam di The Chicken Rice Shop ... lepas tu pusing pusing dekat Giant since sama floor dgn The Chicke Rice Shop . Nak tawaf 1B ni memang tak larat, lagi lagi tak bawa stroller , just baby carrier sahaja.

masuk Giant ni niatnya nak beli kudap kudap, last last terbeli selipar untuk Iman n Amin, teruslah beli untuk mrs pip punya dan mr.Husband punya, harga pun murah murah jak ... 

Iman n Amin masing masing sepasang RM13.00, yang mr.Husband punya tu RM3.00, mrs pip punya kaler pink tu RM10.00 ... 

UMS (Universiti Malaysia Sabah)

FAKULTI KEJURUTERAAN, UMS.
FAKULTI KEJURUTERAAN, UMS.

esoknya pula, kitorang ready pagi pagi lepas breakfast di kedai berhampiran bilik sewa mr.Husband, kitorang pergi UMS mau tinguk aquarium di Sekolah Bio-Marin , tapi malangnya TUTUP untuk renovation ... so, jomlah mengubat hati yang lara ndak dapat tinguk dugong di aquarium tu, kita jalan jalan pergi sekolah mommy!

so welcome to FAKULTI KEJURUTERAAN, UMS.

FAKULTI KEJURUTERAAN, UMS.
FAKULTI KEJURUTERAAN, UMS.

ceritanya , selepas habis SPM, mrs pip dapat masuk UMS untuk Matrikulasi Kejuruteraan. dulu-dulu kitorang tiada kolej matriks ya, semua matriks direct under universiti masing-masing. dan time matriks UMS ni, bangunan UMS belum pun wujud! still dalam rangka pembinaan.

dan mrs pip dihantar ke Kolej Unitek Kelana Jaya untuk buat matriks UMS selama 2 tahun ... kira macam MOU antara UMS n Kolej Unitek ni la utk terima student UMS buat matriks ...

habis saja matriks, boleh pilih nak ambil jurusan apa .. and mmg set siap siap nak buat civil engineering (pasal dlm fikiran, ni course yang paling senang ... kah kah kah .... senang ke?) ...


dan masuk UMS ni tahun mid year 1999 ... korang dah lahir belum? T_T jadi bermulalah hidup sebagai mahasiswi yang jiwanya sangat rapuh dan tidak kental , tapi digagahkan juga untuk berjuang habiskan study sebagai budak engine kerana I is berhutang dengan MARA sebanyak RM40K! gila kau tak nak habiskan study. kang tak pasal pasal PENJAMIN pula yang kena bayar, which is pakcik pakcik mrs pip yang baik hati sudi jadi penjamin #jasamukukenangselamanya


dan selepas berhempas pulas habiskan study di sini dengan extend satu semester gara gara subjek PPIB (Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa) (siapa belajar di UMS sangat faham dgn PPIB yang buat ramai student stress untuk habiskan jam kredit PPIB tu).

kalau ikut cerita sebenar, tak perlu extend pun ... budak engine dah biasa carry 24 credit hours per sem kan semata mata nak habiskan PPIB tu, dan ada yang up tu 27 credit hours per semester , tapi my course supervisor tak nak SIGN borang pendaftaran semester akhir coz 24 credit hours untuk final sem katanya is not something I could afford. eh, pandai pandai pula supervisor sorang ni! dan I still remember his name >>>> Dr. Andrew Whyte (dia lah supervisor utk course civil final year, dia lah juga lecturer land and survey kitorang ... incik scotland mata hijau, tapi diam diam boleh speak kadazan ... nah, jangan pandai pandai kutuk dia di belakang) ...

tapi, pasal signature dia mahal weh, tanpa signature dia, mrs pip tak boleh register subjek untuk sem tu, so kenalah akur dengan cadangan dia utk drop beberapa subjek dan study extended :((

apapun, mrs pip berjaya graduate pada tahun 2003 , NOT WITH A FLYING COLORS :(( tapi grad still grad ok , dan time grad tu, mrs pip pun sudah berjaya dapat kerja selama 10 bulan sebagai Quality Engineer ...

emo la pula, banyak kenangan bah di UMS ni ... dan di dewan belakang yang mrs pip berdiri tu la tempat majlis graduasi berjalan , and yeah dapat scroll Degree in Civil Engineering 

... and we were the 1st batch yang rasmi dewan baru itu ...

dah habis round UMS ni, kitorang singgah pula di Tanjung Lipat, Likas.

Tanjung Lipat, Teluk Likas

Tanjung Lipat ,Teluk Likas
Tanjung Lipat , Teluk Likas

Tanjug Lipat Teluk Likas ni menghadap Laut Cina Selatan, dan dulu dulu tempat ni just kawasan bertembok batu dan tiada yang menarik di sini, tetapi selepas Bandar Kota Kinabalu dinaiktaraf menjadi Bandaraya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berusaha untuk mencantikkan kawasan Tanjung Lipat yang mempunyai potensi untuk menarik kehadiran pelawat dan pelancong ke sini.

dan salah satu yang menarik di sini selain deretan gerai makan ialah laluan berbasikal da berjogging serta playground for kids! bukan satu playground, tapi ada beberapa playground coz tempat ni memanjang beberapa kilometer.

dan kitorang pun bawaklah budak budak ni ke sini utk bermain kejap sebelum appointment dengan peads dental jam 2 petang. seronok dorang bermain ... daddy belanja kitorang makan ais krim ... memang awesome, sedap makan aiskrim time terik mentari kan.

Peads Dental Clinic, Hospital Likas

Hospital Pakar Likas

done makan aiskrim, lepas tu pergi Hospital Pakar Likas untuk appointment doktor gigi kanak-kanak.. bijak kan daddy, bawa Iman jumpa doktor gigi selepas makan aiskrim ...

sambil menunggu tu , bagi Iman n Amin tengok tab kejap dengan pengawasan kitorang , and no INTERNET CONNECTION, just tengok whatever yang mommy dah masukkan video dalam tab tu ... 

jumpa ja doktor, 1st thing dia tanya "tadi Iman makan apa?" ... and you know kids tak menipu kan ... so Iman jawap dengan yakin "tadi Iman makan aiskrim" .... kuang kuang kuang 

mrs pip n Amin n Nami tunggu luar, daddy ja masuk dgn Iman ... so bertabahlah kena bagi nasihat oleh doktor ya ... and kalau tiada aral, bulan Jun ni Iman masuk dewan bedah utk operate gigi gigi dia ... so doakan yang terbaik ya ... ni 2nd appointment utk pembedahan. yang 1st tu kena cancel oleh pihak hospital.

kenapa pula Iman perlu dibedah mulut buang semua gigi susu? korang boleh baca entry lama di sini >>> Kronologi gusi dan lelangit (palate) lil' Iman bengkak (Part I) <<<

dah tengok kuda, dapat selipar baru, makan aiskrim (di mana ais krim adalah makanan luxury anak anak mrs pip coz dorang memang jarangggggggggg makan ais krim), jumpa doktor gigi, so jom layan craving mommy mau makan prosperity burger.

mcD >>> Prosperity Burger.

Prosperity Burger
Prosperity Burger

dulu dulu, mcD ni memang tempat mrs pip melepak dengan kawan kawan, tapi kan bila dah kawin, mr.Husband "is not a mcD person"  , dia lebih suka KFC, so jaranglah makan mcD ... lepas tu bila sudah ada anak, kengkonon nak biasakan anak anak makanan sihat, so we say NO to FAST FOOD !

atukoi.

jadinya, memang jarannnnnnngggggg lah dapat makan fast food . tapi this one I cannot resist. mesti nak (kalau ada rezeki, insya allah), >>> the once a year The Prosperity Burger T_T ...

paling last budak berdua ni masuk mcD was in July 2017! tu pun 1st time, ni kira 2nd time la masuk mcD ... ingatkan dah boleh hadam mcD ni dengan jayanya, tapi hurmmmm sama saja dengan cerita tahun 2017 itewwww ... bolehlah baca entry di bawah ni, time ni Iman n Amin still kecil, cute ja tengok.


Prosperity Burger
Prosperity Burger

tahun lepas 2018, kitorang tak dine-in hokey untuk layan prosperity burger. kitorang tapau bawa balik , lepas tu anak anak sudah tidur, baru kitorang makan berdua , acah acah romantik bah .. ala, kalau Iman n Amin bangun pun, bukan dorang layan mcD ni pon.

so kali ni mommy belikan budak berdua ni set HAPPY MEAL, siap dapat toys kan, saja belanja anak anak toys sesekali, dan happy meal ni pilih bubur mcD yang sedap tu utk dorang... kau ingat dorang layan ?

setakat fries saja ok ... even orange juice tu pun dorang ndak mau layan ...so yang lain, semua mommy daddy yang sapu bersih masuk perut ... anak siapa yang tak layan mcD, bolehlah geng dengan Iman n Amin ni ...

eh tapi last year ada lah juga masuk mcD gara gara jumpa BFF, time tu Amin join mommy masuk mcD, dia makan la juga chicken nugget kan ... tapi tu pun mcm mau ndak mau ja dia makan ... Iman n Amin cakap "makan mi goreng ayam lagi sedap bah mommy" ... 


ok done bebel panjang panjang ... dan happy la dapat tunai craving Prosperity Burger tu , alhamdulillah ... husband siap tanya, lepas ni craving apa pula? :))

lepas siap makan mcD ni. so kitorang drive balik rumah sini Membakut ya.

thanks for reading.

cheers.

8 comments:

  1. amboi. bestnya tengok kuda ye. hih

    ReplyDelete
  2. wow betul2 berjalan ni kak pip hahaha. Saya nda pernah masuk tengok lumba kuda tu. Selalu tengok dalam tv seja. UMS pun belum pernah jejak kaki lagi. Kak pip masuk UMS time saya darjah 2 hahaha punya lah jauh beza umur kita kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pip ni tua bah sudah ... lebih kurang sebaya jak FJ ni dgn adik bongsu kak pip kalau gitu ...

      Delete
  3. Seronoknya berjalan bawa anak-anak.. Part craving tu Iman boleh geng dengan Imani.. Pelik-pelik je cravings nya.. hehehe.. Imani aritu nak tengok zirafah.. adoilah.. jenuh cari..
    bukan boleh nampak gambar atu cerita pasal haiwan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai iman n Imani ni jadi geng kalau gitu ..
      iman ni mmg dari dulu craving dia nak sesuatu tu mmg mcm2 , susah utk dipenuhi.

      Delete