5 Cara mudah beli barang di Lazada guna Lazada Wallet - MrsPip Dot Com

Monday, 11 February 2019

5 Cara mudah beli barang di Lazada guna Lazada Wallet

Cara mudah beli barang di LAZADA guna LAZADA WALLET ... Kalau anda membeli barang menggunakan Lazada, Mrs Pip nasihatkan anda beli menggunakan Lazada Wallet.

Anda tahu tak Lazada ada Lazada Wallet untuk membuat pembayaran? Dan anda tahu tak betapa mudahnya membayar menggunakan Lazada Wallet dan Lazada memberikan rebate kepada anda sekiranya anda menggunakan Lazada Wallet untuk pembelian.

dan bagi korang yang jarang jarang beli belah di Lazada, atau baru first time membeli belah di Lazada , atau memang tak tahu kewujudan Lazada Wallet ni padahal selalu saja membeli belah di Lazada, meh sini mrs pip nak share kat korang mengenai LAZADA WALLET ni ...

cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet
cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet

Lazada Wallet ni lebih kurang sama saja kalau korang beli barang di Lazada selalu guna interet banking untuk bayar barang , so Lazada Wallet ni fungsi dia pun macam tu juga, guna Lazada Wallet untuk bayar barang.


Cara mudah beli barang di LAZADA guna LAZADA WALLET


👉 (1) kalau LAZADA WALLET tu kosong , tiada duit, macam mana nak guna Lazada Wallet?

lepas korang pilih barang kat Lazada, dan nak buat payment kan, korang pilih LAZADA WALLET ok, tak kira la ada duit atau tak kat dalam Lazada Wallet tu ... pilih saja dulu ...

dah pilih Lazada Wallet, katakan ada duit kat dalam tu, so Lazada akan deduct amout kat dalam wallet tu, dan katakan duit tak cukup dalam wallet tu, Lazada akan redirect korang ke internet banking untuk top up amount yang tak cukup tu ke dalam Lazada Wallet

contoh:

Harga Barang : RM100.00
Isi Lazada Wallet : RM40.00

so lepas deduct RM40.00 , Lazada akan redirect korang ke internet banking untuk korang top up lagi RM60.00 ke Lazada Wallet, lepas tu DONE pembayaran kat Lazada! yeah.

kalau Lazada Wallet tiada duit, macam mana?

ok, kalau Lazada Wallet tiada duit, korang pilih saja Lazada Wallet, nanti Lazada akan redirect korang ke internet banking, untuk korang top up duit kat Lazada Wallet untuk bayar harga barang yang korang beli.

ok, DONE pembayaran.

(2) apa kelebihan LAZADA WALLET ni berbanding bayar barang guna internet banking?

sebenarnya , guna Lazada Wallet or internet banking, mana mana pun ok saja, tapi guna LAZADA WALLET ni ada EXTRA kelebihan.

apabila korang guna LAZADA WALLET ni selalu, Lazada akan berikan korang REBATE , dan Lazada akan memasukkan terus ke Lazada Wallet korang ... 

mrs pip tak sure tau mcm mana pengiraan rebate Lazada tu, tapi since guna Lazada Wallet beli barang, mrs pip dah tiga kali dapat REBATE.

cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet
cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet

cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet
cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet

cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet
cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet

Apa itu LAZADA REBATE ? 

kalau ada yang tak tahu REBATE tu apa, rebate ialah sedikit pulangan wang yang diberikan semula kepada kita. pendek kata, dapatlah sedikit penjimatan kat situ ... 

kalau selalu guna internet banking bayar di Lazada, tak pernah pun dapat rebate, ni guna Lazada Wallet, dah tiga kali dapat rebate! eh, happy la, kumpul sikit2 , lama2 banyak la tu ...

(3) REBATE tu ada tarikh luput ke tak?

ok, so once Lazada dah bagi rebate, YES ada tarikh luput .. korang kena check bila tarikh luput tu ... 

cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet
cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet

gambar atas ni ialah transaksi LAZADA WALLET mrs pip .. nampak tak yang bulat merah tu? yang tu mrs pip dapat REBATE masuk ke dalam LAZADA WALLET mrs pip ... nampak ada tarikh luput kat detail tu kan ... so, dah dapat rebate tu, kena guna sebelum tarikh luput ok ...


(4) Boleh CASH - kan / WITHDRAW tak REBATE dari Lazada?

REBATE TAK BOLEH WITHDRAW masuk bank akaun. 

so mcm mrs pip, tak risau pun pasal REBATE tu pasal memang akan guna untuk top up / bayar line XOX mrs pip , ngeh ngeh ngeh ... tak pun, mrs pip memang pengguna Lazada pun untuk beli barang ...

cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet
cara mudah beli barang di lazada guna lazada wallet

gambar atas ni Lazada Wallet ... boleh check kat My Account Lazada korang.

nak tambah duit Lazada Wallet, just klik TOP UP 

let say la korang beli barang, tapi barang tak deliver, so selalu Lazada akan refund, so refund tu masuk kat Lazada Wallet ... kalau dulu Lazada refund masuk akauun bank ... kalau refund yang mcm ni, boleh withdraw masuk akaun bank korang ...

Duit REBATE dari Lazada tidak boleh withdraw ke akaun bank, tetapi selain beli barang, duit rebate tu bolehlah digunakan untuk reload handphone atau boleh guna untuk bayar misalnya.

Antara sebab kenapa Mrs Pip selalu beli barang di LAZADA ialah kerana shipping fee yang murah dan adakalanya percuma pengeposan ke Sabah.

JIMAT DI LAZADA GUNA SHOPBACK


(5) GUNA SHOPBACK UNTUK LEBIH PENJIMATAN

Manakala, untuk LEBIH PENJIMATAN, mrs pip akan guna SHOPBACK untuk dapatkan EXTRA REBATE / CASHBACK , dan yang ni boleh withdraw.

tapi, nak dapatkan Cashback kat Shopback selepas pembelian di LAZADA, kena guna SHOPBACK APP, kerana hanya pembelian melalui LAZADA APP  akan diberikan CASHBACK. 

Jadi, korang yang ada LAZADA APP tu, 

📌jangan terus buka Lazada App, TAPI
📌korang download dulu Shopback App, then 
📌dah download dan register ,
📌login Shopback App, 
📌pilih Lazada dalam Shopback App ok, then biar Shopback ni yang bawa korang ke Lazada App,
📌dah masuk Lazada App, bolehlah shopping seperti biasa.

Kelebihan menggunakan SHOPBACK, dapat CASHBACK
Kelebihan menggunakan SHOPBACK, dapat CASHBACK

dan gambar kat atas ni, ialah aktiviti pembelian mrs pip menggunakan SHOPBACK. 

nampak tak yang mrs pip bulatkan kat paling atas wrna hitam sebelah kanan tu? tu ialah jumlah CASHBACK terkumpul sehingga ini, dan boleh withdraw anytime masuk akaun bank T_T

dan yang bulat-bulat merah ni, ialah aktiviti pembelian mrs pip di LAZADA bantuan Shopback App ... nampak tak nilai ringgit Cashback yang diberikan oleh Shopback ke dalam akaun mrs pip? 

kumpul kumpul, lama lama banyak la juga kan ... eh, siapa nak bagi cashback ni kan? dah lah mrs pip ni memang kaki online shopping. tengok, dah dapat RM51.54 ...nanti nak withdraw, insya allah.

selain Lazada, mrs pip guna SHOPBACK ni untuk shopping di Shopee, 11Street, Printcious, dan Althea ... ni antara cara penjimatan yang mrs pip buat ketika shopping online.

Sudah tahu cara mudah beli barang di Lazada guna LAZADA WALLET, nextime jangan lupa guna Lazada Wallet untuk buat pembayaran barang yang korang beli di Lazada ok.

dan jangan lupa juga kena register akaun SHOPBACK untuk lebih penjimatan beli belah online ni ... boleh klik utk register link di bawah.


semoga info yang dikongsi ni bermanfaat.

Kelebihan menggunakan SHOPBACK, dapat CASHBACK
Kelebihan menggunakan SHOPBACK, dapat CASHBACK


UPDATED 20.09.2019
SEHINGGA 20.09.2019,
hasil CASHBACK yang mrs pip dah kumpul
di SHOPBACK ialah RM91.69
Cukup RM100, nak withdraw! 
yeay.

kalau korang yang memang selalu shopping online, sangatlah UNTUNG kalau korang guna SHOPBACK ... see, siapa nak bagi CASHBACK? Slow slow kumpul , lama lama jadi banyak kan ...

selain tu, korang juga boleh baca mengenai kelebihan kad B Infinite >>> Kelebihan Guna Kad B Infinite <<<

nak tanya lebih lanjut, just drop your comment ya.

cheers.

15 comments:

  1. Bagus perkongsian mrs pip ini.. Membeli belah dan dapat pulangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope perkongsian ni bermanfaat utk semua :))

      Delete
  2. Yaya belum try lagi shopback app.
    tq share info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau selalu beli online, boleh guna shopback utk extra jimat :))

      Delete
  3. wah menarik ni! hehe btw saya follow sini :D #376

    http://sayesyadiya.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga perkongsian ni bermanfaat ...tq follow blog mrs pip.

      Delete
  4. jarang shopping kat Lazada so kalau ada tarikh luput memang tak syok lah kalau dapat rebate pun :P

    Anyway, nice sharing kakpip!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rugi kan kalau ada tarikh luput, tapi kak pip every mth byr bil XOX di thru Lazada, so berguna juga rebate tu :)) ....

      Delete
  5. ni godaan kita utk shopping selalu kat lazada la ni..hehe...akceli first time tahu pasal lazada wallet ni..jarang shopping kat lazada kalau tak ada menda nak beli...but good sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bijak Lazada ni , saja bagi rebate kan supaya kita slalu shopping kat sini.

      Delete
  6. Oh! baru tahu apa lebinya guna Lazada wallet ni.
    Next time nak try gunalah.
    Thanks for sharing ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nextime , guna saja tu Lazada wallet, so boleh dapat rebate kan..

      Delete
  7. Kaella baru tahu ni. Kalau macam ni kena try isi lazada wallet la pula hihi

    ReplyDelete
  8. Wau..menarik apps Lazada wallet ni. Sis pengguna Grab Pay dan Touch N Go wallet je. Belum pernah try Lazada wallet. Maybe sebab bukan pembeli setia Lazada. Apa pun penggunaan bergantung pada keperluan masing-masing kan. Tapi dapat rebat tu yang best..hehe

    Jemput baca entry Sis mengenai Grab Pay dan Touch N Go reload juga...

    https://bebeldotcom88.blogspot.com/2019/02/order-grab-food-menggunakan-grab-pay.html

    ReplyDelete