Iman || Obses yang melampau sehingga mommy hampir menjadi SINGA! - Cerita Blog Mrs Pip

Tuesday, 19 February 2019

Iman || Obses yang melampau sehingga mommy hampir menjadi SINGA!

hi there, so weekend baru baru ni mrs pip dan mr.Husband bawa anak anak jalan jalan ... ni mcm rutin hujung minggu kami. seminggu sekali kami try luangkan masa bawa anak anak keluar. kadang kadang tu, just nak pam minyak yang tak sampai 1km dari rumah, atau just nak buang sampah dekat pekan (kat sini sampah kena buang sendiri kat pekan) , kami angkut ja budak bertiga ni , as long as dorang dibawa jalan jalan ... mcm tu lah cara kami spent quality times together. 

Iman || Obses yang melampau sehingga mommy hampir menjadi SINGA!
shawl cantik beli mur mur ja T_T

Iman dan Amin dah start sesi sekolah dari 8am - 3pm ... ekceli, 8 - 12 dorang tadika mcm biasa, lepas tu akan start tuition selepas sesi sekolah sehingga jam 3 pm ... around jam 11.30 mrs pip akan hantar lunch box dorang di tuition centre. so dorang makan di situ ... dari tadika ke tuition centre, ada transporter, so mrs pip tak perlu tunggu ambil dorg di tadika then hantar pergi kelas tuition.

kenapa tuitionkan anak pada usia yang masih kecil? Iman 6 tahun, Amin 5 tahun.

well, mrs pip ada masalah untuk handle Iman. he is not an easy kid to be handled. percayalah. tiada ahli keluarga lain yang so far boleh handle Iman punya tantrum (once it ignites) dan Iman punya high perseverance towards his tantrum memang boleh tahan, setinggi gunung kinabalu I tell you!

so apa kaitan tantrum Iman dengan kelas tuition?

mr.Husband kerja 8 to 5 , 5 days a week. dan 5 days tu mr.Husband tiada di rumah. hujung minggu baru ada ... dan Iman ni, once dia tantrum, hanya mr.Husband yang boleh handle dia. mommy mmg tak boleh nak handle, lagi lagi we have Baby Nami , so mana nak jaga Nami, mana nak layan tantrum dia 24 jam.

kami cari cara untuk Iman sentiasa happy. Iman suka pergi sekolah, dia happy belajar ... ya, Iman ni jenis suka belajar ... dia suka explore benda yang dia belajar di sekolah, dan dia happy ada ramai kawan. jadi, since Iman tiada masalah bab suka belajar tu, dia tak penat dia tak bosan, kami hantar Iman pergi tuition and of course Amin perlu tag along him.

dan bila Iman pergi tuition, masa dia di rumah berkurangan ... so, bila masa di rumah kurang, tantrum dia juga akan kurang.. Iman takkan tantrum di public, not his style. Iman takkan tantrum di sekolah, takkan tantrum di mana mana (so far lah), melainkan di rumah. hal hal kecil pun akan buat dia tantrum yang melampau.

mrs pip try hard utk menganalisa perangai Iman since dia baby. he was a colic baby, a tantrum baby, an emotional baby. mcm tu lah dia, dari kecil sampai 6 tahun mcm ni. and me, not a cool mommy. mrs pip cepat stress once Iman ada tantrum.

Iman || Obses yang melampau sehingga mommy hampir menjadi SINGA!
kitorang kluar jalan jalan, tq husband layan perangai Iman

bila di kelas tuition, sambil Iman belajar, sambil dia habiskan masa dengan aktiviti pembelajaran yang berfaedah kan ... laoshi dia pun baik, jenis lemah lembut dan boleh handle budak mcm Iman. mrs pip pernah nampak laoshi dia tenteramkan budak yang tantrum di kelas. 

bila balik rumah, kalau Iman tantrum dia datang dan mr.Husband tiada, at least waktu tu hari dah petang, so lagi few hours dorang akan tidur malam ... dan bila dah tidur, hew hew hew mrs pip pun boleh tenangkan perasaan kan. so, nampak tak kaitan kenapa mrs pip hantar Iman pergi kelas tuition?

kat sini tempat mrs pip, aktiviti for kids sgt terhad. kalau ada swimming pool, atau sports complex, atau ada tempat yang dia boleh release all his energy, percayalah mrs pip akan hantar dia buat aktiviti semua tu ...  so far, hanya mr.Husband saja yang boleh CONTROL tantrum Iman ... mrs pip tak tahu, Iman listens to his dad quite good. 

Iman || Obses yang melampau sehingga mommy hampir menjadi SINGA!
Iman obses gunung

Iman ni dia juga ada satu perangai OBSES. obses dia bukan obses yang cikai cikai. pernah dia obses dgn ketam , siang malam dia request mr.Husband belikan dia ketam, dan end up mr.Husband carikan beberapa ekor ketam hidup dan masukkan dalam akuarium rumah ... after few months, one by one ketam tu mati. dan dalam byk2 ketam tu, ada satu ketam tu fav dia sangat.

dan ketam tu ketam terakhir yang mati ... Iman punya sedih tu, susah nak bayangkan. dia minta mr.Husband keluarkan ketam tu, lepas tu dia pegang, dia ciumm sayang dan dia usap usap ketam tu ... lepas tu air mata mulalah berguguran ... lepas tu request dkt mr.Husband utk pergi pantai, Iman cakap dia mau hantar ketam tu balik jumpa daddy ketam ... maka, ke pantailah kami hantar ketam tu pulang ke pangkal jalan!

Iman || Obses yang melampau sehingga mommy hampir menjadi SINGA!
Iman obses gunung

dan seminggu dua lepas, Iman tiba tiba cakap dia mau naik gunung kinabalu ... ni semua gara gara kami jalan jalan waktu cuti sekolah pergi Mesilau Dairy Farm, cantik kawasan tu, terletak di bawah kaki gunung kinabalu ... tapi tak sangka pula Iman boleh terfikir nak daki gunung, adeh. 

Iman fikir naik gunung kinabalu tu mcm naik bukit depan rumah , hiks. dan minggu lepas adalah antara minggu yang sangat mencabar utk layan tantrum Iman.dia punya request mengidam mau naik gunung, memang betul betul buat mrs pip hampir kena amukan katrina!

segala pujukan mrs pip memang tak jalan, tiada jalan keluar ... Iman hanya stop bila dia rasa letih untuk tantrum, tapi once dia dapat energy dia semula, tantrum dia akan datang balik. sampai satu masa tu, I feel helpless, stress ya amat! nasib tak depress. anak tantrum, kena handle elok elok, kalau tak boleh jadi kes dera, kes bunuh anak, kes bunuh diri. I tak gurau.

so, weekend mr.Husband balik (Friday nite) , Iman n Amin dah tidur. Sabtu pagi tu bila dorang bangun, nampak daddy, terus Iman bising bising bawa daddy naik gunung. then, daddy pujuk pujuk la Iman ni, end up Iman bagitau dia mau gantung gambar gunung di dinding, biar hari hari dia boleh nampak gunung. 

mau tak mau, ke kedailah kita mencari gambar yang ada gunung ... so, dapatlah seketul frame gambar yang ada gambar gunung , and I tell you Iman punya happy tu di luar jangkaan ... the moment dia nampak frame gambar ni, dia pegang dan bgtau daddy " Iman mau ni, Iman mau ni" ., lepas tu dia peluk cium frame tu. The cost of Iman happiness is RM11.90 T_T

Iman || Obses yang melampau sehingga mommy hampir menjadi SINGA!
Amin yg selalu chill chill

Amin cool saja, dia tak request apapun time Iman dapat frame gambar ni ... Amin ni memang budak yang jarangggg sgt nak request sesuatu... paling pun dia kalau nak sesuatu, semuanya berkaitan dengan makanan, hehe.

tapi, daddy belikan juga Amin blocks ni ... beli dua , satu Amin punya satu Iman punya ... happylah budak berdua ni, masing masing dapat habuan petang tu .... dan seperti yang dijangkakan, Iman memang peluk cium gambar tu waktu malam ... dan tengah2 malam sekitar jam 2 pagi, Iman bangun dan peluk2 gambar tu, lepas tu dia tidur balik.. then bangun lagi jam 5 pagi buat benda yang sama ...

obses ke tak obses ni? 

anak korang ada tak yang tantrum atau obses yang amat sangat mengenai sesuatu benda? dan korang handle macam mana eh?

semoga Iman membesar sebagai anak yang baik dan soleh. semoga selalu sayang mommy daddy. And thanks to Ami yang sentiasa sabar dengan perangai abang dia yang ntah apa apa kadang kadang ni kan ... please stay together Iman n Amin like two peas in the pod , and with Nami too.

cheers.

8 comments:

  1. comel je perangai iman. insya allah dia akan menjadi anak yg soleh nanti.. bagus juga teknik mrspip

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang juga dgn anak no 2 PH hihi... Tapi tidaklah tantrum mana cuma sekali sekala angin kus-kus dia datang mmg jadi hijau Umminya haha...tapi dah makin besar ni makin berubah alhamdulillah. I think it's just a matter of time for iman too... Sementara nak cerdik/matang kata orang. PH doakan anak2 kita semuanya akan jadi anak2 soleh/solehah di kemudian hari aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the doa Puan Hazel.
      memang ada masanya letih sangat sangat nak faham karakter n karenah Iman sorang ni..

      Delete
  3. Adeh.. Iman iman.. Nasib x bertukar jadi singa, mummy nya.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasiblah .. tapi pitch selalu tinggi la juga si mommy ni.

      Delete
  4. Allahu..yaya anak yang sekali sekala dtg angin pun rasa nak menyinga.. sabar ye mrs.pip..harap2 dah dapat frame tu tak sebut dah nak naik gunung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berusaha utk sabar .. hope tak terbabas jadi singa.

      Delete