Unboxing My Christmas Gift From Althea

hi there, hari ni baru ada kesempatan untuk menulis cerita Unboxing Althea Christmas Gift mrs pip ni  ... hari tu mrs pip ada share mrs pip punya My 10 Althea Christmas Wish List , nak tahu apalah yang mrs pip berangan nak minta Santa Althea bagi mrs pip tu , bolehlah klik link di bawah ni


dasar sejenis mrs pip la kan, wish list bukan main lagi minta itu ini, tapi bila dapat yang real punya, lain pula pilihan di hati ni ... dalam wishlist tu, Item #2, #3 dan #9 tu kan, mrs pip dah beli lebih awal bila mana dapat tahu Althea ada diskaun 50% untuk keluaran Althea Eksklusif ... bahaha, dasar tak penyabar kan ... lepas tu Item #1 tu pula still ada stok satu set, so tak jadi pilih untuk re-stock.

Unboxing My Christmas Gift From Althea
Unboxing Althea Christmas Wishlist 

yeah! so let's unboxing .... hari tu mrs pip ada buat entry >>> lagi barangan Althea yang berjaya di-add-to-cart <<<, so ni lah barangan yang sampai , semuanya berada dalam keadaan yang selamat ... memang happy sangat terima barangan ni semua ...

Unboxing My Christmas Gift From Althea
Unboxing Althea Christmas Wishlist 

gambar baris atas semua tu one set tau, keluaran Boom De Ah-Dah, yang ni RM26.00 per set (ada diskaun, harga asal dalam RM40++ mcm tu la ) >>> pencuci muka soothing cleanser + pore cleanser + 6 sheet face mask.

dan barangan lain dalam gambar adalah
  • Rose Body Lotion (500ml) RM14.00 >>> mrs pip mmg suka pakai lotion badan, so yang ni worth to buy.
  • Super Aqua Max Watery Essence (42g) RM41.00 
  • Perfume Fabric Mist Luv Luv Raina (60ml) RM18.00 >>> yang ni dah try, sweet tau bau dia, lepas tu botol pun senang nak masuk bag.

Unboxing My Christmas Gift From Althea
Unboxing Althea Christmas Wishlist 

  • Aloe Vera 92% Soothing Gel (300ml) RM13.00 >>> dulu pernah nak beli yang ni, tapi habis stok, so once ternampak dah available, terus grab satu
  • Power 10 Formula VC Effector (30ml) RM30.00
  • Wrinkle and Whitening Eye Cream (15ml) RM19.00 >>> omg, my panda eyes nowadays!.
  • Perfume In Hand Cream (50ml) Cherry Blossom RM8.00 
  • Perfume Hand & Nail Cream (60g) White Musk RM7.00 >>> nak juga bahagian tangann lembut bak kulit bayi, hehe.
  • Perfect Repair Serum (70ml) RM26.00 >>> semoga rambut lebih sihat 

Unboxing My Christmas Gift From Althea
Unboxing Althea Christmas Wishlist 

so, inilah semua hasil barangan yang berjaya mrs pip grab untuk memenuhi Althea Christmas Wishlist tu ... insya allah nanti mrs pip buat review produk pula ya.

korang yang nak dapatkan barangan dari Althea ni, bolehlah layari laman web Althea dan juga follow akaun IG, FB dan blog Althea.

thanks Santa Althea for all these items.

cheers.

Post a Comment

16 Comments

  1. Wahhh banyak Mrs. Pip memborong dari althea korea..
    Macam-macam ada dari head to toe.. Menarik!

    ReplyDelete
  2. Jelesnya bila Mrs Pip dapat hadiah.. hihihi anyway, TAHNIAH Mrs Pip kerana minggu nie awak terpilih untuk direview dalam jurnal saya.. Jemputlah singgah..

    https://www.shikinrazali.com/2019/01/sahabat-blogger-pilihan_15.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki dpt produk althea ...
      dan thanks shikin coz review blog mrs pip di journal awak :)) yeah.

      Delete
  3. dah boleh bukak kiosk nmpk nya...byk betul brgn althea ;-)

    ReplyDelete
  4. wahhh banyaknyer...plg best bab unboxing tu..semacam jer perasaan excited tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, mmg bab unboxig tu happy sangat sangat...

      Delete
  5. Wow.. Meriahnya barang-barang yang mrs pip beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, adalah sikit2 utk mrs pip,
      sebahagian tu share dgn family member.

      Delete
  6. Kakak letak Gel Aloe Vera Nature Republic dlm peti sejuk. Bagus gel tu, especially bila guna waktu kulit kena percikan minyak masak, sapu setiap 15 minit - sakit cepat hilang & parut pun hampir x ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooooo nanti saya letak la juga dalam peti sejuk, thanks info ...
      hari2 saya pakai gel ni setiap kali keluar rumah nak ambil anak sekolah,
      cuaca panas di luar, so bila sapu gel ni, kulit kekal lembap dan sejuk2 gitew.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.