Jalan Jalan di Lawas || 26.12.2018

hi there, so ni roadtrip singkat kitorang pergi Lawas pada 26.12.2018. Pekan Lawas ni tidaklah begitu besar, dan pekan ni bagi pendapat mrs pip la, pekan yang bersih. Lepas tu ada tepi Pekan Lawas ni ada sungai, dan sungainya nampak bersih dan tiada pembuangan sampah .. I suka.


so lepas jumpa BFF mrs pip di Sipitang, mr.Husband decided utk pergi Lawas since Sipitang ke Lawas ni tidaklah jauh sangat, hanya perlu merentas sempadan Sarawak kerana Lawas terletak di dalam negeri Sarawak. 

time lalu di Imigresen Point tu, nampak byk juga kereta, tapi ok lah smooth saja urusan coz kaunter Imigresen banyak yang buka, so tak la tunggu lama untuk masuk sempada Sarawak ni.


dah sampai di Lawas, kami singgah dulu di Trusan untuk beli durian. mr.Husband bgtau hari tu time dia pergi Miri dengan his adik, durian di Trusan dijual pada harga yang affordable, so dorang byk beli hari tu ... tu sebab I is rajin buat segala puding durian dan cheesecake durian ...



so, memborong lagi kami di Trusan ... tapi tidak sebanyak yang mr.Husband borong hari tu.


ingat nak makan mi kolok di Lawas. eh, mi kolok di Lawas ni sedap, selalu datang sini dulu time mrs pip kerja di Sipitang utk makan mi kolok. tapi, kitorang masih kenyang makan dengan BFF, so maybe next time la makan mi kolok ...

mrs pip nak belajar buat mi kolok, ada sesiapa boleh bagi resepi tak?


dah pusing pusing Pekan Lawas ni, kitorang berhenti rehat dekat anjung kot nama tempat ni, tak sure tapi depan laluan jalan utama utk masuk ke pekan, so nampak ada tempat rehat lepas tu dapat lihat sungai yang bersih, tenang rasa hati.

nampak tak betapa bersihnya sungai kat sini ... 


dari kejauhan nampak boat ni ... eh, barge la kot? so mrs pip zoom. rasa mcm nak naik saja boat ni jalan jalan menelusuri sungai ...


lepas tu dari sebelah tempat kitorang rehat, mrs pip nampak pondok ni ... pondok jeti, ada orang tengah tunggu boat penumpang utk ke seberang ...


tak lama , ada boat tengah datang hantar ambil penumpang ...


dan daddy layan makan durian, Amin pun layan makan ... Iman makan seketul saja , sama macam mommy tak makan banyak coz still kenyang ....


lepas dah makan durian, jomlah kita layan ambil gambar ....


mommy pun tak nak ketinggalan mau bergambar juga .. yeah, baju tu mrs pip beli dua tahun lepas di Lazada, simpan saja tak pakai pasal time tu I is gemoksss, ni dah selesa pakai , tandanya #dahkurus sikit T_T


dan ni antara road view yg mrs pip sempat ambil ... kiri kanan sawit dan pokok pokok menghijau :))


dan ni gambar di Trusan, #gengkepalabotak busy cari durian dan cempedak ....

tu saja lawatan ringkas kitorang pergi Lawas semata mata nak  makan durian ... tapi next time nak datang sini lagi utk makan mi kolok ... cer bagitau mrs pip, kat Lawas ni ada tak tempat yang menarik utk mrs pip pergi lawat? nak juga tahu tempat2 best kat Lawas ni ...

till another road trip, xoxo.

cheers.

Post a Comment

10 Comments

  1. Bersihnya sungai lawas ni Mrs Pip. Sekali pandang macam kat oversea je tengok pemandangan cantik dan bersih camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungai Lawas ni mmg bersih ...
      happy dapat tengok pemandangan mcm ni.

      Delete
  2. Replies
    1. kebetulan time kami dtg ni, ada org memancing..

      Delete
  3. cantiknyaaa..bersih sungai dia..sejuk mata memandang...

    ReplyDelete
  4. nampak bersih mcm terjaga... boleh memancing ke kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh memancing kot, ada org memancing time kami dtg kat sini ...

      Delete
  5. ahh mee kolok..baca pun dah terasa lapar nak makan mee kolok hehe

    btw, cantik pemandangan tu dan sungai pun nampak bersih kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan umi mee kolok .. Bilalah nak mkn lagi ni mee kolok ..

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.