Resepi kukus puding durian sedap

hi there, mrs pip mau share resepi kukus puding durian sedap ... eh, sedap di tekak mrs pip tau, hope sedap juga kat tekak korang yang mencuba resepi senang ni ... kebetulan mr.Husband beli durian hari tu, ada lebihan durian, so mrs pip buat puding, tapi bukan nampak macam puding pun, mcm ala-ala kek pun iya juga ... apa apa lah kan, yang penting sedap masuk tekak + bahan bahan nak guna pun senang , ada dalam dapur mrs pip.

Resepi kukus puding durian sedap
Resepi kukus puding durian sedap

bahan bahan :-

*1 cawan susu cair / susu UHT full cream (mrs pip guna susu UHT)
*1 cawan minyak masak
*3 biji telur
*1/3 cawan susu manis (kalau nak manis boleh tambah 1/2 cawan, atau 3/4 cawan, terpulang kat korang nak manis macam mana)
3 ke 4 ulas durian yang sederhana besar saiznya , dibuang biji
1 cawan tepung optima putih (bukan yang berperisa coklat, tapi kalau nak buat puding coklat durian, bolehlah kot guna tepung optima coklat tu)

Resepi kukus puding durian sedap
Resepi kukus puding durian sedap

cara-cara nak buat :-

1- masukkan semua bahan bahan yang ada tanda star (*) ke dalam mixer / blender dan pukul selama 5 minit

2 - masukkan tepung optima dan pukul sehingga tepung betul betul sebati dengan semua bahan bahan yang telah dimixer / diblender tadi (pukul sekitar 3 - 5 minit gitu la)

3- panaskan pengukus sehingga air mendidih

4- masukkan bancuhan tepung optima tu kat dalam loyang yang telah dilapis menggunakan aluminium paper / foil, dan tutup atas loyang dengan aluminium foil dengan bentuk sedikit kubah utk elak wap air masuk ke dalam loyang

5- air dah mendidih, masukkan loyang ke dalam pengukus, dan tutup dan kukus selama 30 - 40 minit menggunakan api sederhana besar

6- dah masak, sejukkan dulu seketika, dan elok letak dalam peti sejuk selama sejam dua atau semalaman sebelum sedia untuk dihidangkan ...

macam mana? senang tak nak buat?

selamat mencuba.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

11 Comments

  1. sedapnya la hai rindu durian..musim baru nak start ni

    ReplyDelete
  2. tengok gambar pun, terliur tau...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom FS buat puding durian... kukus saja..

      Delete
    2. Jom FS buat puding durian... kukus saja..

      Delete
  3. Wahhh....kukus je. Nak kena cuba ni. Terima kasih resepi ya 👍

    ReplyDelete
  4. Bestnya sebab guna durian.. masak pun senang, kukus je..

    ReplyDelete
  5. ermmm trus tercium bau duriann omg hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.