Resepi kek span coklat sedap - MrsPip Dot Com

Thursday, 27 December 2018

Resepi kek span coklat sedap

hi there, hurm kegilaan apakah ini asyik mem-baking saja these few days ... dah lah dalam misi #roadto64kg nak diet, ni kalau hari hari baking kek, macam mana la mrs pip mau diet ni ... kali ni kita layan pula resepi kek span coklat senang nak buat, dan kek gebu gebas sedap makan cicah dalam teh panas T_T

bagi peminat kek span, dan suka makan kek span, mesti double triple the joy kalau dapat buat sendiri kan ... nak buat pun senang, bahan bahan pun tak susah mana nak guna ... serius la senang.

kek span coklat sedap
kek span coklat sedap

bahan-bahannya:-

350 gram tepung optima (perisa coklas siap siap)
350 gram telur (sekitar 5 biji telur Gred B)
100 ml air
100 ml minyak jagung ( I is golongan marhaen, so guna minyak masak bias tu jer)
kertas minyak

kek span coklat sedap
kek span coklat sedap

cara-cara membuatnya :-

1/ di dalam mixer, masukkan tepung optima, telur dan air dan pukul hingga kembang
2/ masukkan minyak jagung dan pukul sehingga adunan bercampur sebati, dan kembang
3/ lapis loyang dengan kertas minyak
4/ tuang adunan ke dalam loyang
5/ panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius , api atas bawah dan bakar kek selama 30 minit
6/ periksa kek ditengah tengah dengan mencucuk lidi, dan kalau tiada kesan melekit pada lidi, maka kek telah masak sempurna
7/ biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan secara mengejut daripada oven
8/ sejukkan di dalam peti sejuk semalaman sebelum sedia untuk dihidang

p/s: kalau nak hias kek , terpulang guna kreativiti masing masing :))

kek span coklat sedap
kek span coklat sedap

kan dah cakap, kek gebu gebas ... kalau yang gila coklat tu, bolehlah tuang coklat ganache atas kek , tapi I is malas nak buat ganache ... makan macam tu sajalah ... mr.Husband suka makan kek span, so mmg happy dia dapat minum petang dgn kek span ni T_T

dengan tepung optima juga, korang boleh buat puding coklat kukus tau , yummy!


selamat mencuba.

cheers.

10 comments:

  1. acane road to 64kg ni..hari2 membaking ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tu la pasal ... sekarang ni cuti sekolah, boleh cakap hari hari nak membaking untuk anak anak makan ... saya pun terjebak mkn sama, nasiblah boleh kawal nafsu makan ni ....

      Delete
  2. Sedapnya.. Tergoda Sha tengok.. Kalau siram coklat sos atas dia mesti lagi umph... hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada coc coklat memang tambah umph ni ...

      Delete
  3. Tak pernah guna tepung optima huu,, tepung campuran ke ..nampak kegebuan kek itu.. sedapnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepung optima ni ada ja jual di bakery shop atau supermarket...
      sama ja dengan tepung sponge cake, cuma tu lah nama kat plastik tu tulis tepung optima ... maybe adik-beradik / nama lain kot untuk tepung sponge cake :)) ...

      Delete
  4. Asalam,nampak kek tu teringat masakan kek masakan anak ..kek pandan sedap..ni kek coklat.lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek senang ringkas mcm ni , bolehlah buat..
      kalau kek yang guna byk bahan, mmg saya ndak pandai buat.

      Delete