Resepi Simple Durian Cheese Cake (Baked)

hi there, ni nak share kat korang resepi kek keju kegemaran mrs pip , durian cheesecake (baked) , ataupun kek keju durian (yang dibakar di dalam oven) ... nak buat cheesecake ni, tak susah sangat pun, yang penting korang cukup semua bahan dan ada mixer dan oven.

tapi kan, kalau tak da oven pun still boleh buat, cuma kena modify sikit jadi durian cheesecake (chilled) ... untuk chilled cheesecake, tak perlu masuk oven, lepas mix bahan dalam mixer, terus masuk loyang dan sejukkan semalaman di dalam peti sejuk...

resipi simple durian cheese cake


yang ni durian cheesecake (baked) , nextime mrs pip share yang chilled durian cheesecake ya T_T insya allah ... hope bekalan durian dalam peti sejuk tu tak habis dimakan oleh anak anak dan mr.Husband yer , so boleh buat durian chilled cheesecake pula next week ...

untuk buat cheesecake ni, kena buat dulu base di bawah kek tu , buat base tu senang saja guna biskut yang telah dikisar dan juga butter ... 

biskut tu terpulang korang suka apa, oreo boleh, biskut marie boleh, biskut cracker boleh, asalkan biskut tu tiada jem la ya ... kalau ada, buajg dulu jem/inti biskut tu ...

Resepi Simple Durian Cheese Cake (Baked) 

jom kita tengok bahan bahan untuk buat durian cheesecake (baked) ni ...

Bahan-bahan buat durian cheese cake


250 gram cream cheese (disejukkan pada suhu bilik)
125 ml whipping cream
2 biji telur (mrs pip guna Gred B)
1/2 cawan gula kastor (mrs pip ganti guna 1/3 cawan susu manis) - kalau nak manis lagi, bolehlah letak extra susu ...
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar jus lemon (atau guna kordial lemon pun boleh)
5 - 7 ulas durian saiz sederhana (dibuang biji)
300 gram biskut kering (mrs pip guna deluxe cracker)
250 gram butter (dicairkan)
aluminum foil (kalau tiada aluminum foil, boleh guna kertas minyak)

resipi simple durian cheese cake


Cara membuat durian cheese cake

cara-cara membuatnya pula:-

sebelum membuat cheesecake ni, kenalah siapkan dulu base nya ...


untuk membuat base, 

1/ kisar biskut kering hingga halus

2/ di dalam pot / kuali leper , panaskan mentega di atas api sederhana hingga cair

3/ lapis loyang menggunakan aluminum foil (mrs pip guna loyang saiz 7" bulat, dan guna kertas minyak)

4/ masukkan biskut yang telah dikisar di dalam loyang dan tuang mentega cair dan gaul hingga rata, kemudian tekap padat biskut tersebut di dasar loyang

5/ masukkan loyang tersebut ke dalam freezer untuk mengeraskan bahan 'base'


untuk buat kek,

1/ di dalam blender, masukkan whipping cream, 2 biji telur, gula castor (mrs pip guna susu manis), tepung, isi durian dan kisar sehingga semua bercampur sebati

2/ di dalam mixer, pukul cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan bahan bahan yang diblender ke dalam mixer dan pukul bersama cream cheese sehingga kembang dan masukkan jus lemon dan pukul seketika

3/ keluarkan loyang yang telah disiapkan base nya tadi daripada freezer 

4/ tuang campuran cheese ke atas loyang dan ratakan

5/ guna teknik double boiling untuk membakar keju di dalam oven 

6/ panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius (api atas bawah) , dan bakar kek selama 30 - 40 minit bergantung dengan oven masing masing (mrs pip bakar selama 35 minit)

7/ dah siap, periksa di tengah tengah kek menggunakan lidi sama ada kek melekit atau kering, once kering kek sudah masak ok.

8/ dah masak, bolehlah sejukkan kek pada suhu bilik dulu kemudian keluarkan dari loyang dan letaklah atas papan kek , kemudian sejukkan di dalam peti sejuk semalaman sebelum sedia untuk dihidang 


selamat mencuba ...

p/s: 

1/ boleh ja mau makan terus once kek sejuk pada suhu bilik, tapi rasa kek tu kureng lah sikit... better tunggu sehari dua baru makan ... mcm mrs pip, tunggu 3 hari gitulah sebelum makan kek ni T_T

2/ hiaslah kek kalau suka , mengikut kreativiti masing-masing

nak try buat chilled cheesecake, boleh try  >>> Chilled Chocolate Cheesecake <<< versi mrs pip 

cheers.

 Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

13 Comments

  1. aduh duh duh..rajinnya la dia baking2 ni...kalau umah sebelah ni, dh pi mintak sambil bawak bekas polisterin..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh la kita berjiran..boleh sembang2 sambil makan kek bersama...

      Delete
  2. Rajinnya Mrs Pip baking, untung la family dpt mkn sedap selalu. Akak suka durian, & almost everything related to durian, tapi hubby and most of my kids x suka pulak...so makan durian di rmh mak ja. :D

    ReplyDelete
  3. Nyum2 kak pip sha mmg hantu durian hahah

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.