Jalan-jalan Zoo Lok Kawi 6.12.18 - Cerita Blog Mrs Pip

Saturday, 15 December 2018

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi 6.12.18

hi there, hari tu 6.12.18, sempatlah bawa anak anak jalan-jalan pergi Zoo Lok Kawi ... since hari tu memang sudah berjanji dengan budak berdua ni, lil' Iman dan lil' Amin cuti nanti akan bawa dorang tengok elephant, so haruslah janji ditepati ... cumanya, waktu pergi zoo tu, cuaca kurang menyebelahi kami :(( hurm.

tak ingat bila masa terakhir kitorang pergi zoo, tapi sebelum ni pernah buat entry pasal zoo ni 


waktu tu Iman n Amin still kecil, dua dua masih kena guna stroller masuk zoo ... what a memory!

dan selain tu pernah pergi zoo waktu lil' Amin berusia 40days ! kecil yakmat budak lil' Amin time tu , dan boolat sungguh si lil' Iman waktu dulu-dulu


rasanya, lil' Nami ni iras-iras Iman pun ada, iras-iras Amin pun ada bila throwback gambar lama dorang ni , hehe ... eh,dulu dulu kan, Amin's 1st visit to zoo pun hujan lebat, ni Nami punya 1st visit pun time hujan juga ... apakah ini semua kebetulan?

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi

since kitorang ada urusan di KK, so menyinggah kejap di KK , lepas siap urusan sudah hampir masuk tengahari, dan cuaca pula kelihatan sedikit mendung ... so, mr.Husband cadang kitorang beli nasi ayam (tapau) lepas tu makan di sekitar zoo saja, risau pula kalau ambil masa untuk makan di kedai, nanti tak sempat habis makan, hujan turun pula nanti.

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi

sampai saja kawasan letak kereta di zoo, hujan renyai renyai dah ... alamak, macam mana ni? so, kitorang round sekitar kawasan luar zoo cari tempat lepak untuk makan since dah beli tapau (tak sempat mak pip nak buat bento box pagi tu),  dan end up kitorang nampak kawasan Sabah Borneo Botanical Conservation Centre tu, di luar ada meja dan redup tempatnya, so kitorang singgah lepak makan kat situ.

sambil makan sambil anak anak layan tengok ikan dalam kolam ... boleh tahan banyak ikan ikan di dalam kolam tu ... suka betul lil' Iman dan lil' Amin tengok ikan ikan berenang ...

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi

dah siap makan, alang alang dah ada di luar Sabah Borneo Botanical Conservation Centre ni, so jomlah ambil gambar dulu .. nak masuk dalam, tapi macam suram saja kawasan sekeliling, so macam malas nak masuk ... lagipula, hujan yang renyai renyai tadi dah hilang, so lepas ambil gambar di depan Sabah Borneo Botanical Conservation Centre tu, kitorang drive balik ke kawasan letak kereta zoo tu ...

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi

so sebelum masuk ke dalam, jomlah kita ambil gambar lagi ... suka budak budak ni layan mommy daddy dorang mau ambil gambar ... bayaran masuk dewasa RM10.00 sorang, untuk kanak-kanak errrr RM5.00 kot sorang (lupalah pula since mr.Husband yang tolong bayarkan) ... baby dan warga emas percuma kalau tak silap :)) ...

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi

niat datang sini nak tengok gajah jer ... dah since hari tu lagi lil' Iman balik balik tanya di mana boleh tengok gajah ... so memang masuk saja zoo ni, jom cari gajah ...

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi

bila dah nampak gajah, happy lah budak budak ni ... tapi bukan gajah saja yang ada kat zoo ni , banyak lagi haiwan lain ... cuma kitorang memang tak habis tawaf pun zoo ni since nak cepat balik coz memang cuaca mendung sangat, bila bila sahaj akan hujan lebat.

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi

#gengdaddy .

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi

jalan jalan tengok haiwan ... time tengok haiwan ni, kebetulan masa makan dorang, so pegawai zoo yang bagi haiwan haiwan ni makan explain in details mengenai haiwan yang ada dalam kandang kurungan tu ... cumanya  mrs pip tak layan sangat penerangan pegawai tu coz busy layan lil' Nami yang macam tak selesa dalam stroller , hiks!

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi

yang ni memerang kan ... ni kata pegawai zoo tu la, memerang suka makan ikan segar ... kalau bagi dia ikan yang sudah kena frozen lepas tu kena unfreeze, dia tak layan ...

lepas tu, memerang ni seperti anjing juga sifatnya cuma dia boleh hidup di dalam air ... so jangan cuba cuba dekat dengan memerang ni, kang tak pasal pasal korang kena gigit! ... nampak saja cute kan , tapi disebalik wajah yang cute tu, memerang ni suka menggigit hokey.

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi

yang ni pula spesis monyet la juga, lupa nama sebenar haiwan ni ... nampak cute kan ... tapi ko janganlah nak dekat dekat , silap silap nanti kena berak ...

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi

dah siap tawaf separuh kawasan zoo tu, kitorang cepat cepat jalan nak pergi pintu keluar coz memang cuaca gila gila mendung ... tapi biasalah kan, mommy pip ni suka bergambar .. so pit stop kejap ambil gambar coz pokok di belakang tu chantik ... muehehe ...

Jalan-jalan Zoo Lok Kawi

ekceli yang nak bergambar tu mrs pip and baby Nami , tapi budak budak berdua tu enterframe la pula ... baby nami kan #gengmommy, so bagilah chance mommy bergambar dengan si baby gundul ni ... done bergambar, kitorang jalan laju nak keluar tetapi HAHAHA, hujan turun dengan lebat lepas tu ...

so kitorang pun stranded dekat kawasan pemerhati beruang ... dah hujan lebat, baby Nami pula nampak mcm mengantuk, so he was a bit grumpy ... mrs pip bagi dia bonbon, lepas tu dia tidur nyenyak dalam stroller, while Iman n Amin busy panjat panjat nak tengok beruang ...

lama juga kitorang stranded kat kawasan beruang tu , around 30 minutes gitu ... lepas hujan berhenti, kitorang pun terus balik ... and on the way balik tu, memang hujan turun lagi, kali ni gila-gila lebat sangat!

syukur kitorang sampai rumah dengan selamat, dan waktu tu hujan still turun lebat, sepanjang malam hujan .... cia cia cia ...

tapi ok lah, dah berjaya tunaikan permintaan anak anak nak tengok gajah kan ... so maybe next time will come here again kot, insya allah...

selamat bercuti sekolah korang.

cheers.

11 comments:

  1. hahaha kemain demand memerang ni. Ingatkan okay ja kasi makan apa2 pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, memang demand pula memerang ni kan ...

      Delete
  2. Aktivi paling seronok buat anak-anak.. Dah pergi pun nak pergi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kurus mommy kena tawaf kalau selalu dtg zoo ...

      Delete
  3. Wah tentu budak2 ni seronok Kan. Boleh tgk org utan dekat2 Dan juga binatang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok iman n amin, dorang ni memang suka betul tengok haiwan...

      Delete
  4. Anak-anak memang akan seronok kalo pergi Zoo. Lagi2 dapat tengok binatang yang diaorang selalu nampak kat TV jer.

    ReplyDelete
  5. Pergi zoo dgn anak2 sambil mengenal haiwan.. menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak anak mrs pip ni suka betul tengok haiwan...
      so sambil jalan jalan, sambil belajar mengenai haiwan.

      Delete
  6. i love zoo!!! boleh plan pegi sini if my friends and i actually berjaya travel sama-sama ke sabah. haha.

    ReplyDelete