Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis - Cerita Cinta Surirumah

Tuesday, 20 November 2018

Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis

hi there, so hari tu time mrs pip mengandungkan baby Nami, mrs pip ada kencing manis tau ... ni bukan pertama kali kena kencing manis ketika mengandung ... ni kali kedua ... yang kali pertama tu time mengandungkan lil' Iman ... memang kena banyak berpantang makan ... adoi! cer bayangkan kau tengah preggy, lepas tu nafsu makan mak preggy ni lain sikit, kalau tak dapat makan yang dia nak tu, mesti H.A.N.G.I.N satu badan kan ... siapa mcm ni?

Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis
Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis

bila mrs pip disahkan sekali lagi mempunyai kencing manis ketika hamil, ataupun lebih dikenali sebagai GDM (gestational diabetes mellitus), risau memang risau, ada sebab kenapa setiap ibu mengandung perlu peka terhadap GDM ni dan perlu jaga kesihatan agar sepanjang proses mengandung tu baby sentiasa sihat di dalam kandungan.

mrs pip ada share di entry terdahulu ketika mrs pip mengandung kan Baby Nami mengena kesan GDM ke atas kehamilan dan langkah langkah yang baik untuk diambil mengatasi GDM ni, bleh baca entry di bawah ni:-


Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis
Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis

tapi kan, selain apa yang mrs pip share kan di entry mengenai GDM ketika hamil tu, mrs pip diperkenalkan dengan makanan tambahan / supplemen yang dikenali sebagai SOY PEPTIDE POWDER ... soy peptide powder ni ialah serbuk peptida soya yang diekstrak daripada kacang soya berkualiti, menggunakan teknologi hidrolisi enzimatik. 

Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis
Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis

SOY PEPTIDE POWDER 

antara kebaikan atau keistimewaan yang terkandung dalam soy peptide powder mengikut kajian yang mereka jalankan ialah :-

  • Mengawal tahap gula - soy peptide powder dikatakan sesuai untuk pesakit yang mengidap diabetes jenis 2. Ianya peptida soya yang melambatkan penghadaman sukrosa dan kanji, dan membantu mengawal tahap glukosa kita lebih baik daripada mengasingkan protein soya.
  • Anti Penuaan - Peptida soya merangsang 2.5 kali pengeluaran hormon pertumbuhan yang bermanfaat di dalam badan kita. Tahap hormon pertumbuhan yang tinggi boleh menghidupkan semula jam dalaman tubuh kita, menghasilkan badan yang lebih baik, kulit yang lebih berseri, tidur yang lebih baik dan bertenaga.
  • Membantu menurukan tekanan darah - Peptida soya juga menghalang tindakan angiotensin - converting enzyme (ACE), yang membantu mengurangkan vasokonstriksi yang mengakibatkan tekanan darah menurun.
  • Memperbaiki sistem imuniti badan - Peptida soya boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh kita dengan memodulasi sel-sel imun dalam badan kita.
  • Membantu mengawal tahap kolesterol - Peptida soya mencetuskan penghapusan kolesterol "buruk" di hati dan pada masa yang sama, membantu meningkatkan HDL ("kolesterol" yang baik). Yang akhirnya menurunkan tahap kolesterol untuk membantu mencegah penyakit buah pinggang dan jantung.
  • Meningkatkan kecergasan otak - Di dalam otak anda, peptida soya berfungsi dengan mengurangkan aktiviti gelombang alpha 1 (yang menyebabkan rasa mengantuk dan keletihan otak) dan meningkatkan aktiviti gelombang alfa 2 (yang meningkatkan kejelasan pemikiran).
Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis
Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis

ini ialah bacaan GDM mrs pip ketika mengandungka Baby Nami .. yang tulisan menggunakan pen merah merupakan bacaan yang tidak memuaskan ... untuk bacaan GDM, haruslah tidak lebih daripada paras 5.0 ketika hamil ... bacaan melebihi 6.0 sangat tidak digalakkan ...

nampak sangat tak dengar cakap untuk kawal nafsu makan ... lepas tu bertabahlah kena lecture oleh staff nurse di klinik kesihatan ibu dan anak ... 

mrs pip start consume soy peptide sekitar minggu kedua bulan Jun ... memang setiap hari consume soy peptide ni ... bukan susah nak consume pun, just larutkan serbuk soya tu di dalam minuman kegemaran , sama ada minum sejuk atau minuman panas ...

satu pek kecil soy peptide powder ni hanyalah seberat 5gram, so memang senang nak larut dalam mana mana minuman kegemaran ... dan tak ada langsung pun sebarang perubahan rasa pada minuman kegemaran mrs pip, so nak minum pun tak perlu risau tetiba jus oren terasa seperti minuman soya , memang NO ... 

sehari boleh diambil sekali atau sehingga tiga kali terpulang pada kesesuaian korang ... 


Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis
Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis

disamping masih menjaga corak pemakanan , dan mengambil minuman soy peptide powder ni, mrs pip dapati bacaan BSP (blood sugar profile) lebih baik berbanding just jaga makan tanpa soy peptide powder ni ... 

kalau sebelum consumed soy peptide powder ni, memang kena kawal makan kaw kaw ler, tapi bacaan tu still ada yang merah menyala ... huhu ... makan mee goreng sikit ja pun dah dapat RED READING ketika bacaan BSP di ambil ...

tapi lepas ambil soy peptide powder ni, boleh chill sikit la, bacaan BSP sentiasa di bawah 5.0 walaupun layan mee goreng ... 

selain tu, badan lebih rasa bertenaga dan bab ngantuk2 tu memang nampak berkurangan ... 

Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis
Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis

ni cara pengambilan yang tertera di kotak soy peptide powder ni ... senang kan nak bancuh :))

Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis
Soy Peptide Powder untuk ibu mengandung yang ada kencing manis

ni pula isi kandungan yang tertera ...

so, untuk ibu ibu mengandung yang ada GDM, ataupun korang yang nak jaga kesihatan kekal cergas tu, mungkin bolehlah mencuba produk soy peptide powder ni ...

nak tahu lebih lanjut mengenai neo peptide ni, layari laman web di bawah


cheers.

9 comments:

  1. Good sharing mrs pip..selalu juga dgr kawan2 yg preggy kena gdm. Boleh suggest kat dorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try suggest kat mommy2 yg ada gdm soy peptide ni ...

      Delete
  2. wow. ni sebenarnya takyah tggu mngandung pun boleh makan. kulit halus syantik je~ jadi ni lah rahsia kakak sbnrnya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, tp tak dpt nak lawan mak yg sentiasa 17 tu..

      Delete
  3. Hi, i need your help to blast my crowdfunding campaign for my studies expenses. All the details are in the blog post. Thank you!

    https://messarah.blogspot.com/2018/11/my-crowdfunding-campaign.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, nanti kak pip terjah .. And gudluck ..

      Delete
  4. yang penting menyihatkan and tak memudaratkan kak pip ^^~

    ReplyDelete
  5. Woww sangat bermanfaat perkongsian kak pip :D

    ReplyDelete