Review Novel Cinta Jangan Tipu (by Emma Maizura)

hi there, novel Cinta Jangan Tipu ditulis oleh emma maizura setebal 631 muka surat ... ceritanya berkisar mengenai Nurain, atau lebih mesra dipanggil dengan nama Ain, yang menjaga anak angkat bernama Abil ketika belajar di Sydney.

Ain ingin dijodohkan dengan anak kepada rakan ayahnya, namun dia menolak sekeras-kerasnya, dan hanya ingin fokus dengan pelajarannya ... tindakannya membuatkan ibu dan ayahnya terbang ke Sydney untuk memujuknya, namun setibanya ibubapa Ain di apartment sewanya, mereka terkejut mendapati Ain memiliki bayi dan sedang menyusukan bayi tersebut.

Dan kebetulan, rakannya Khairul turut berada di kediaman Ain, menyebabkan ibubapa ain salah sangka memikirkan Ain memiliki anak haram bersama lelaki yang berada di kediamannya ... ibubapa Ain terlalu marah dan perang putus saudara terhadap Ain ... 

6 tahun berada di Sydney, Ain kembali ke tanah air bersama anak angkatnya Abil ... ibubapanya masih tidak menerima Ain .. Ain mendapat pekerjaan di syarikat event management milik abang kepada sahabat baiknya Fasha.

Novel Review || Cinta Jangan Tipu (by Emma Maizura)
Novel Review || Cinta Jangan Tipu (by Emma Maizura)

Ain hidup bahagia bersama Abil, namun ayah kandung Abil berjaya mencari Abil dan Ain, dan ingin mendapatkan Abil semula .. ayah Abil yang bernama Imran sudah lama mencari Abil dan Ain, dan akhirnya pencariannya berjaya.

Imran adalah rakan kepada Fasha dan abangnya Faris, dan Fasha sudah terlalu lama menaruh harapan cinta terhadap Imran.

Ain tidak membenarkan Imran merampas Abil daripadanya, namun Imran ingin menebus segala dosa lalunya meninggalkan Abil, dan Imran pernah berkata , dia hanya berkahwin dengan wanita yang menjaga anaknya. 

mrs pip baca novel ni kerana nak sangat tahu Abil tu Ain yang jaga padahal dia kan student time tu... rupa-rupanya , Abil tu anak kepada kawan baik Ain ketika di Sydney iaitu Nabila, namun Nabila maut ketika menyelamatkan Ain daripada kemalangan jalan raya, dan anak dalam kandungan Nabila juga berjaya diselamatkan.

dan Nabila ekceli berkahwin secara senyap dengan Imran, namun Ain memang tak pernah mengenali Imran, malah gambar Imran sekalipun Ain tak pernah nampak ... dan Imran meninggalkan Nabila sementara apabila terpaksa pulang ke tanah air kerana ibubapa Imran kemalangan dan terpaksa menguruskan hal dan syarikat keluarganya ..

macam mana Imran boleh jumpa Ain dan Abil? yang ni korang kena baca novel ni .... lepas tu Fasha suka Imran, adik kepada Ain iaitu Aina pun nakkan Imran ... amboi, hot stuff betul si Imran ni kan ... tapi imran pula jatuh cinta dengan Ain ... muehehe ..

dan Ain dan Imran kawin ok ... tapi kena paksa oleh ayah si Ain kerana sekali lagi ayah si Ain ni salah sangka ingatkan si Ain ni buat hubungan sulit dengan si Imran ... bila ayah si Ain paksa dorang kawin, memang happylah si Imran coz memang dia nak sangat dgn si Ain, tapi si Ain tak suka Imran kerana Imran kawin dgn kawan baik dia si Nabila, lepas tu tinggalkan Nabila macam tu saja ...

dan whoot whoot, bakal jodoh si Ain yang mak ayah dia nak sangat di kawin time di Sydney tu sebenarnya si Imran tu lah ... si Imran ni lah anak kepada kawan ayah si Ain ... hiks! apa ni cerita twist itu ini ...

Baca Juga Review Novel Lain:-

Review Novel Rindu Awak 200% (by Liyana Zahim)

Review Novel Lelaki Itu Untukku (by Mazni Aznita)

Review Novel Marry Me Senorita (by Suri Ryana)

dan Khairul tu seorang doktor yang bekerja di Sydney, Khairul ni byk sangat jasa kat Ain, tapi Ain tak nak si Khairul ni pasal mak Khairul ni benciiiii sangat dgn si Ain ni ... selain Khairul, kawan lama si Ain ni, juga seorang doktor bernama Rashid juga sukakan si Ain tapi bila dpt tahu Ain dah kawin, dia move on ... and end up jatuh cinta dengan Fasha ...

korang rasa, Fasha terima Rashid tak?  ... 

novel ni mcm fokus sangat dengan Ain , dan Ain ni ada masanya I suka watak dia, dan ada masanya rasa nak hempuk pun ada ... eh, emo pula mrs pip baca novel ni ... tapi, ada juga benda yang tak logik kat dalam novel ni ...

well, bila kawan baik kau kawin, tak mungkin la kan kau tak pernah tengok gambar pasangan kawan baik kau tu... hello, we are living in digital world nowadays kan ... yes, Nabila dan Imran kawin senyap2, Ain tak kenal Imran, tapi bila Imran balik tanah air, dan Nabila pregnant, mesti as a BFF kau akan curious nak tahu siapa suami kawan baik kau kan... 

dan lupa nak cerita pasal Abil ... dia budak yang baik, senang dengar cakap, dan sayang sangat kat Ain ... dia juga sayang kat papa Khairul, tapi dia lebih sayang kat papa sebenar dia si Imran tu ...

apapun, novel berjaya dibaca sehingga muka surat terakhir.


cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. amboi ramainya hotstuffnya Imran ni...kalau baca ni mesti ni emo and geram je nanti hehe buku yang emma maizura tulis memang best2..baca review mrspip buat Fatina nk beli n baca novel ni cepat :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Fatina ...kak pip baca novel ni sampai habis pasal nak tahu cerita si Abil ni, rasa mcm cute ja budak Abil ni ... hehe...

      Delete
  2. Pergh.. Banyak betul konflik dia.. Kalau sha pun mesti baca sebab nak tahu kenapa Ain boleh jaga Abil.. Menarik cerita dia..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.