Beralih dari Digi ke XOX pula

hi there, akhirnya berakhirlah cinta internet mrs pip bersama Digi selepas bertemu kasih dengan XOX ... bukan Digi tak bagus, tapi line Digi di sekitar rumah mrs pip ni agak slow , jadi mrs pip mengambil keputusan untuk menukar perkhidmatan telco yang mampu memberikan internet speed yang mantap dan harga perlulah affordable dan berpatutan.

XOX
pelan XOX B59

apa yang best sangat dengan XOX ni?

bagi mrs pip, ini pendapat peribadi saja ... korang boleh cari pelan internet yang sesuai mengikut gaya hidup dan kemampuan korang ... mungkin ada pelan internet yang lebih murah daripada pelan XOX ni, dan memberikan data yang lebih banyak kan ...

yang best pasal XOX ni, mrs pip ambil pelan ONEXOX BLACK B59 ... sebulan hanya perlu bayar RM59.00 sahaja dengan 12GB data, 100 mins TALKTIME dan 100SMS ...

talktime sebulan yang diberikan ialah 100 minit masa berbual, dan memandangkan mrs pip memang jarang sangat berbual di phone, jadi ok lah dengan 100 minit yang diberikan, sah sah tak habis guna nanti ... nowadays kita lebih mudah berhubung di media sosial dan wasap kan ... so nak sembang lama lama tu mmg jarang sangat ...

bab SMS pula, memang jarangggggg nak SMS, kan dah ckp guna media sosial dan wasap ja ... tapi bab DATA tu penting ... coz hari hari guna internet kan ... sebulan sekitar 8GB juga data yang mrs pip guna ... so 12GB sebulan yang XOX tawarkan tu, memang awesome!

selain tu, data yang tak habis guna bulan ni, boleh dibawa semuanya ke bulan seterusnya dan tak burn (menurut jurujual XOX tu la) , yeah!

XOX
XOX

boleh guna nombor yang sama eh?

sebelum ni mrs pip guna line Digi Postpaid tau ... number ni dah lama guna, so memang tak nak tukar nombor lain ... so jurujual XOX tu bagitau, kena tukar dulu Digi Postpaid ke Digi Prepaid ya ... 

macam mana nak tukar Postpaid ke Prepaid? kena pergi Digi Centre, dan request untuk tukar postpaid ke prepaid ... lepas dah tukar ke prepaid, jurujual XOX tu bantu mrs pip untuk tukarkan perkhidmatan telco dari Digi ke XOX, 3 kali percubaan baru berjaya ...

lepas tu dapat pesanan SMS daripada Digi mengatakan pertukaran dibenarkan, so lepas tu terus berpisah dengan Digi ... selepas berjaya mematikan perkhidmatan Digi, baru jurujual XOX tu set nombor lama mrs pip kat sim card XOX ... lepas tu guna sim card baru yang diberikan oleh jurujual XOX tu ...

ekceli, mr.Husband yang guna dulu XOX ni ... dulu dia guna Celcom postpaid, tapi pelan bulanan mahal, so end up dia tukar ke XOX bila dapat tahu pelan bulanan XOX ni lebih murah dan data tu boleh bring forward dan tak burn kalau tak habis ...

so tepat 24/11/2018, mrs pip start guna XOX ... sekarang ni setiap bulan kena TOPUP RM59.00 (boleh topup di Lazada website), so far ok la harga yang ditawarkan , dan so far XOX ni memang fast speed kat kawasan rumah mrs pip , so puas hati guna.

https://xox.com.my/

Post a Comment

2 Comments

  1. Mana2 line pun okey mrs pip as long coverage cun especially tmpt kita stay. Yelah kita hari2 perlukan data. Klu x dpt line tu, rasa x complete.. Haha.. People nowadays.. Data tu dh mcm makanan.. Perlu ada.

    ReplyDelete
  2. xox ni best. pada satu ketika dulu, xox tarikh luput dia sampai puluhan tahun kan?

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.